Bab 3

Humor Completed 28838

(Day 1)

"Siapa tuh Dhia?" tanya Zaiful. Dia memandang kelibat lelaki itu.

"Tak ada sesiapa. Abang Zaiful sorang aje? Kak Radiah mana?" tanya Dhia. Dia menjemput kekasih sepupunya duduk.

"Dekat bilik. Dia kata tak nak keluar. Abang pun tak tanya lanjutlah. Betul ke tak ada sesiapa? Abang tengok lama dia duduk dengan meja ni. Dhia jangan berbual dengan orang tak kenal. Kita tak tahu siapa dia. Kita di negeri orang. Tak boleh terlalu percayakan orang yang baru kita kenal." Nasihat Zaifullah. Dia risau akan keselamatan gadis ini. Gadis ini sudah dianggap macam adiknya sendiri. Sudah dekat 10 tahun dia kenal Dhia. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga keselematan Dhia ketika abangnya tiada.

"Yelah abang Apul. Dhia tahu."

"Bukan apa, abang risaukan Dhia. Bukannya abang tak tahu, Dhia ramah dengan orang. Abangkan dah janji dengan abang Dhia, abang akan jaga Dhia sementara dia belajar di luar negara."

Dhia mengangguk tanda faham. Abangnya Diyan sudah mengarah Zaiful untuk menjaganya semasa dia belajar ke luar negara.

"Abang, Dhia tanya ni, abang jangan marah ya?"

Zaiful hanya mengangguk.

"Apa sebenarnya terjadi dengan Abang dan Kak Radiah?" tanya Dhia. Dia risau melihat keadaan Radiah yang sentiasa kelihatan tak keruan.

Zaiful mengeluh. Dia tahu itulah soalan yang gadis itu mahu tanya. Dia tahu, hanya gadis itu sahaja yang faham gelora hatinya.

"Abang boleh share dengan Dhia. Kan Dhia dah kata, kalau abang perlukan pertolongan Dhia, abang boleh cakap aja. Dhia kesian tengok Kak Radiah tuh," sambung Dhia.

"Dhia pun tahukan, abang dengan Kak Radiah kamu tuh dah tak rapat lagi sangat. Entahlah. Abang pun tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya, abang, abang ragukan kejujuran Kak Radiah kamu." Terluah juga sebenarnya keraguan Zaiful yang membuat dia dingin dengan Radiah.

Dhia mengerut dahi mendengar kenyataan Zaiful. Melihat kerutan Dhia, Zaiful tahu, gadis itu mahukan penerangan.

"Abang dapat tahu, Kak Radiah kamu contact balik dengan, Hariq."

"Abang Hariq?" tanya Dhia dengan terkejut. "Biar betul bang? Abang Hariq dah lama tinggalkan Singapore. Dia dekat Malay..." kata-kata Dhia terhenti. Dia melopong. Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak, tak mungkin. Kak Radiah bencikan Abang Hariq. Dia dah lukakan hati Kak Radiah. Tak mungkin."

"Dhia, abang nampak sendiri pesanan yang Hariq hantar." Ujar Zaiful. Wajahnya sudah mula keruh. Dia marah. Geram. Dia rasa seperti ditipu.

"Abang ada tanya Kak Radiah kamu, kalau-kalau dia ada berhubung dengan Hariq. Dia menafikannya. Abang rasa ditipu," sambung Zaifullah.

Dhia mengeluh. "Habis tuh, kenapa Abang tak terus terang aja kat Kak Radiah tentang ini?"

"Dhia, its not that easy."

"It is Abang. If you are willing to be honest with Kak Radiah, Inshaa Allah, she will too. Abang kena buat first move." Bantah Dhia.

"Abang, mungkin Abang tak tahu ni, tapi, kerana benda ni, Kak Radiah murung sahaja. Sejak kita tiba sampai sekarang, Kak Radiah asyik termenung. Dia cuma senyum bila kita tengok dia. Itupun senyum paksa. Abang, Kak Radiah pun terseksa." Sambung Dhia.

Zaiful termenung. Kata-kata Dhia mengusik sedikit tangkai hatinya. Dia juga sedar kemurungan Radiah. Dia kasihan dengan kekasihnya, namun luka hatinya dirasakan terlalu dalam untuk menghiraukan perasaan orang lain.

"Abang, Dhia bukan nak menyibuk tapi Dhia rasa Abang kena beri Kak Radiah peluang untuk menjelaskan hal sebenar. Kak Radiah juga perlu tahu apa yang Abang rasa. Dan tak semestinya Abang Hariq hantar pesanan, Kak Radiah akan balas. Abang kena tanya dulu sebelum membuat apa-apa andaian." kata Dhia.

Dia memerhatikan wajah Zaiful. Lelaki itu mempunyai paras rupa yang menarik. Wajahnya yang kemelayuan mempunyai iras-iras pahlawan melayu. Amat cocok berpasangan dengan Kak Radiah yang seperti wanita melayu terakhir. Sayang kalau hubungan mereka musnah.

"Dhia, nantilah Abang fikirkan. Abang nak naik ke bilik. Dhia nak naik sekali?" tanya Zaiful akhirnya.

"Tak apa bang. Dhia belum ngantuk lagi. Abang naik dululah. Dhia nak jalan-jalan kat hotel ni." Ujar Dhia. Zaiful hanya menganggukkan kepalanya. Dia segera meminta diri sambil berlalu.

Radiah merenung keluar beranda. Dia menarik nafasnya tajam. Dia merenung telefon bimbitnya. Fikirannya penuh dengan masalah hubungannya. Dia teringat kembali saat bertemu dengan Zaiful.

(Flashback)

"I'm Siti Radiah. I am handling the project. So, You are from Roberts & co?" kata Radiah dengan yakin. Dia menghadiahkan pemuda di hadapannya sedikit senyuman.

"I'm Zaiful. Yes, I am the company's representative," jawab Zaiful. Dia tertarik dengan wanita di hadapannya. Wajah wanita itu seperti pernah dia lihat.

"Awak ni sepupu Diyan?" tanya Zaifullah dengan hati-hati. Dia tidak tahu bagaimana mahu berbicara dengan wanita yang kelihatan tegas ini. Wajah Radiah mengendur.

"Ya. Diyan Alfian, dia cousin saya." Jawab Radiah pendek. Dia mengerling the jam dinding di restoran itu. Zaifullah yang melihat lagak Radiah berasa sedikit cuak.

'Banyak sangat masakah yang aku buang?' fikir Zaiful.

"Saya Zaiful Aziz, kawan baik Diyan. Saya tahu tak kalau awak ingat tapi saya pernah attend family gathering awak." Jelas Zaiful.

Radiah menganggukkan kepala."Boleh kita teruskan perbincangan kita?"

Sejam berlalu dan perbincangan mereka sudah pun berakhir buat hari ini.

"Thank you for coming." Zaifullah berkata.

"You're welcome. Saya minta maaf kalau tidak sebelum perbincangan, saya kelihatan sombong. Saya cuma tidak suka buang masa. Tujuan utama saya berjumpa dengan awak adalah atas urusan kerja. Harap awak tidak kecil hati." Jelas Radiah. Zaiful hanya tersenyum. Tidak sedikit pun dia tersinggung. Malah dia rasa kagum dengan karisma yang wanita ini ada.

"By the way, ya, saya ingat. Awak kawan Diyan sejak sekolah kan? Tak salah Dhia ada bercerita tentang awak dengan saya."

"Saya harap yang baik-baik aja." Jawab Zaiful. Dia mula senang melihat Radiah lebih seleasa berbual dengannya sekarang.

"Of course. Well, selamat berkenalan." Huluran persahabatan antara mereka menjalinkan hubungan kasih.

--

"Sayang, jom kita jalan-jalan kat luar sekejap. Siang lagilah kalau nak balik." Ajak Hafizul. Rafidah hanya mengangguk. Memang dia setuju, the night is still young.

"Di, aku dengan Rafidah nak jalan-jalan. Nak ikut tak?" tanya Hafizul.

"Tak apa. Kita tak mahu kacau korang berdua dating. Pergilah. Jangan balik lambat. Jangan buat yang bukan-bukan. Korang tuh bertunang belum berkahwin. Bahaya berdua-duaan lama-lama." Jawab Fandi. Memandangkan dia yang paling tua, dia berasa bertanggungjawab atas mereka. Mereka telahpun dianggap sebagai adik-adiknya.

"Sayang, kalau kita kahwin nanti, you nak berapa anak?" tanya Hafizul dengan nada romantik. Rafidah tersenyum malu.

"Apalah you ni, kahwin pun belum, dah tanya nak anak berapa."

Hafizul tertawa riang. Dia renung wajah tunangnya. Memanglah, Rafidah bukan wanita yang tercantik pernah dia temui, namun Rafidah adalah wanita yang tercantik di dalam hatinya. "Sayang, I janji dengan you, I akan jaga you sehingga akhir nyawa I. Sebab you satu-satunya wanita yang I sanggup mati untuk selain mak I," janji Hafizul.

"Zul, jangan berjanji sangat. Takut you tak dapat tunaikan janji you," bantah Rafidah.

"Sayang, you tak yakin dengan cinta I kah? Sayang, you janji dengan I, kalau I curang dengan you, you jangan maafkan I. Janji?"

"You jangan menyesal suruh I janji," tanya Rafidah.

"Sayang, janji please."

"Ok. I janji. Kalau you curang dengan I, I akan tinggalkan you sampai bila-bila."

--

"Abang, kalau sayang pregnant, Abang suka tak?" tanya Raudah. Ketika itu mereka sedang bergandingan tangan berjalan menyusuri jalan. Sebentar lagi, sampailah hotel mereka.

"Sayang, mestilah. But, not now. Abang belum ready lagi nak datang anak." Kata Fendi sambil tersenyum.

Langkah Raudhah terhenti. "Kenapa?"

"Sayang, bisnes Abang baru nak menapak. Kehadiran anak ni akan menyulitkan keadaan. Ekonomi kita tak stabil lagi sayang. Berilah lah abang masa ya."

"But Raudah bukan muda lagi. Dah 30 bang. Raudah takut anak kita baru masuk tadika, Raudah dah sakit-sakit." Ujar Raudah.

Kalau ter-pregnant?" tanya Raudhah berhati-hati.

"Sayang, kenapa tanya abang macam-macam ni?" tanya Fendi.

Raudhah menggelengkan kepalanya. "Tak ada. Raudah saja tanya. Jomlah Abang."

--

Dhia kembali ke kolam renang itu. Kalau petang tadi suasananya nyaman, apalagi bila sudah malam. Sejak kecil dia suka tempat-tempat yang tenang. Malah dia juga sebenar suka air. Cuma dia malas sahaja mahu belajar berenang.

"Awak memang suka kolam renang ni?" tanya seseorang.

Dhia tersentak. Dia menoleh. Wajah Faiz menghiasi kaca matanya.

"Faiz kan? Assalamuailaikum." Kata Dhia Arifah dengan mesra.

Faiz senyum, "Wa'ailaikumsalam."

"Awak memang suka kolam renang kah?" tanya Faiz lagi.

"A'ah, mana awak tahu?" tanya Dhia.

"Sebab awak dah lemas pun masih kembali ke sini. Awak tahu tak, selalunya, bila orang lemas, mereka jadi fobia air?"

"Ya? Saya tak rasa saya boleh fobia air. Saya terlalu sukakan air untuk fobia. Air pun tenang aja. Senang nak berfikir." Jawab Dhia mesra. Hatinya senang dengan kemesraan yang ditunjuk Faiz.

"Pelik, ada juga orang yang sukakan air. Saya minat berenang, sebab itu saya jadi lifeguard."

Kening Dhia terangkat. "Oh, awak life guard? Sebab tuh awak selamatkan saya? Ingatkan sebab awak terpikat dengan saya."

Faiz mengerut dahi.

"Joking." Kata Dhia.

"Oh. Uhm, Cik Dhia, saya..."

"Cik? Hello, saya sendiri panggil awak Faiz. Sekejap, umur awak berapa?" tanya Dhia.

"24 tahun."

"Taklah jauh beza. Tak bolehlah saya panggil awak 'abang'. Melainkan kita kahwin."

Kata-kata Dhia membuat Faiz terdiam. Dhia tersenyum riang. Terserlah lesung pipitnya di pipi kiri.

"I'm joking. Janganlah serious sangat."

"Dhia, sebenarnya, kolam renang ni dah tutup. Awak tak boleh berada di sini." Kata Faiz. "Oh yakah? Maaflah. Hai. Tak apalah kalau gitu, saya pergi dulu." Ucap Dhia sambil berlalu.

"Sekejap. Tapi kalau awak nak duduk sini sebentar saya boleh temankan." Pelawa Faiz. Dhia memandang lelaki itu.

"Bolehkah? Bos awak tak marah?" tanya Dhia. Faiz hanya menggeleng kepala.

"Ok. Sure."

Mereka berdua duduk di bibir kolam. Dhia merendamkan kakinya ke dalam kolam. Hatinya riang.

"Awak dari mana?" tanya Faiz tiba-tiba.

"Singapura."

"Berapa lama awak duduk sini?"

"Lima belas hari."

"Kenapa awak nak bercuti kat KL?"

"Saja."

Faiz memandang wajah Dhia. Wanita itu sedang merenung dalam kolam air itu. Dia pelik melihat wanita itu. Sebenar tadi dia bergurau senda dengannya seperti suka kenal lama, sekarang, sepatah dia tanya, sepatah dia jawab.

"Awak tahu kenapa saya suka air?" tanya Dhia tiba-tiba. Faiz yang sedang merenung Dhia tersentak. Mukanya merah apabila Dhia nampak dia merenung dirinya.

"Sebab tenang?"

"Sebab kita tidak boleh sepenuhnya fahami air. Air kita boleh dapat mana-mana tapi kuasanya, amat besar. Kita tidak boleh hidup tanpa air. Air nampak tenang, harmless but beribu-ribu orang dah menjadi mangsa lemas air. Do I make sense?"

Faiz senyum. "I guess."

"Ok, tukar topic. Awak dah berapa lama kerja sini?" tanya Dhia.

"Sebulan lebih? Ini kerja sementara. Dalam dua bulan lagi, saya akan kerja department lagi di hotel ni. Tolong abang tiri saya."

Dahi Dhia berkerut.

"Saya anak tiri pemilik hotel ini." Nyata Faiz pendek.

Dhia hanya mengangguk. Dia tidak peduli tentang siapa pemilik hotel ini dah sebagainya.

"Oh, jadi awak tinggal sinilah?" tanya Dhia. Faiz hanya mengangguk.

"So, dah berapa hari awak ada kat sini?" tanya Faiz.

"Sehari. Baru hari ni sampai saya dah lemas."

"Dhia, macam mana awak boleh lemas? Awak jatuh dalam kolam ke?" tanya Faiz lagi.

Kali ini Dhia tersenyum lalu berkata, "Saya lemas, sebab nak awak selamatkan."

Dhia mengenyitkan matanya. Faiz tergamam.

"Dahlah, jom. Saya nak balik hotel. Penatlah."

--

Radiah, I dengar you akan ke KL? Boleh kita jumpa? I rindu.-Hariq

Radiah membaca message itu sekali lagi. Sudah beratus-ratus kali dia baca message itu. Sejak dari Singapura lagi. Hatinya tak keruan. Dia berbelah bagi mahu membalas atau buat bodoh. Dia menghela nafas. 'Hardziq, kenapa kau muncul sekarang?'

Radiah, you mesti dah sampai kan? Boleh kita jumpa besok?

Tak kisahlah, you tak reply I. Tapi, please, give me a chance.

Let me explain. Kita jumpa ya?

I akan tunggu sampai you datang. -Haziq

Radiah membaca pula message kedua Haziq. 'Haruskah aku pergi?'

Dhia curi-curi memerhatikan wajah Radiah. Wajah wanita itu kelihatan penat dan runsing. Dia tahu, kakak saudaranya itu sebenarnya tidak menumpuhkan perhatian kepada rancang di televisyen. Dia lebih banyak menjeling ke arah telefon bimbitnya.

"Apa yang Dhia tengok-tengok?" tanya Radiah. Dia tahu dia diperhatikan oleh adik sepupunya.

"Mana ada kak. Orang tengok tv lah," nafi Dhia. Dia menghalakan pandangannya semula ke kaca tv.

"Eleh, nak pura-pura concerntrate konon," jawab Radiah sambil menlemparkan bantal peluknya ke arah Dhia. Tepat mengena muuka gadis itu. Dhia mendengus.

"Kak, akak ni kenapa? Dari kita sampai tadi, akak macam orang ada masalah. Kalau ditanya, asyik geleng senyum, geleng senyum. Macam patung dah." Tanya Dhia. Radiah yang tadi tersengih terdiam.

"Agaknya, memang akak dah jadi patung kot Dhia?"

Dhia yang tadi marah terus terdiam. "Kenapa akak..."

"Dhia, akak memang rasa macam akak ni patung. Yang boleh diarah, boleh disuruh macam tak ada perasaan," keluh Radiah. kemudian seperti dia baru tersedar dari lamunannya, dia terus bertanya,

"Apa Dhia tanya tadi?"

Dhia memandang Radiah. Sebenarnya, dia kehilangan kata. Dia tidak sangka kakak saudaranya akan berkata begitu.

'Ni kalau aku tanya balik ni, parah pula keadaan akak ni.'

"Uhm, Dhia tanya, memandangkan kita kat KL ni, akak tak contact Abang Hariq?"

Radiah tersentak. Dhia juga begitu. 'Alamak. Salah tanyalah.'

"Uhm, kak, uhm, maksud Dhia..."

"Tak. Buat apa akak nak jumpa dia?" jawab Radiah dengan dingin.

Dhia terus terdiam. Dia sedar, dia tidak sepatutnya bertanya soalan sensitif itu.

"Kak, maafkan Dhia."

Radiah mengeluh. "Tak apa. Akak nak ambil angin sekejap."

Dhia mengeluh. Dia tahu dia silap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience