BAB 15

Romance Series 27442

                 Jobi Menuju ke bilik Makmal itu dengan cepat. Dia tahu Nora masih sibuk dengan kerjanya.

Novel yang mahu dibaca itu harus diambil dengan cepat. Dengan segera Jobi menuju ke bilik Makmal itu. Tidak kesah dengan Nora.

“Yes. Akhirnya sempat juga aku.".

Novel yang dilihat Jobi sekarang bukan novel yang diberi oleh Guna. Tajuk ceritanya juga lain. Tajuk Novel yang diberikan oleh Guna ialah The Love. Yang di depannya ini pula bertajuk Andesgar.

Jobi mengambil buku itu dengan cepat. Dia keluar dari Makmal itu. Menuju ke biliknya. Dia pastikan buku itu hanya dibaca olehnya sendiri.

Semasa di pejabat dia terlihat Nora keadaan santai. Langsung tidak hirau dengan pesan Proffesor Guna.

Jobi semakin curiga melihat Nora. Dia terasa ada sesuatu yang tidak kena pada Nora.

Jobi menghala ke tempat Nora. Disebabkan terasa aneh dia melihat corak muka Nora.

“Kau nak apa? Aku da kata jangan datang tempat aku. Tak pandai faham! Pergi sekarang!".

Marah Nora. Suaranya begitu kuat. Nasib saja Guna sudah balik. Haripun sudah malam. Kedua mereka perlu siapkan bacaan Novel itu. Esok Proffesor Guna harus dengar. Bahagian daripada denda mereka.

Jobi melihat semua bahagian meja Nora. Tidak terlihat apa-apa yang mahu dicarikan.

Buku yang dipegangnya sekarang ini nampak lain. Dia pasti buku itu bukan diberikan oleh Guna.

“Mana buku tu?".

Jobi lihatkan muka geram dengan Nora. Nora pula tetap tenang. Dia sembunyikan Novel itu di dalam almarinya.

“Kat tangan kau tu apa! Pergi lah baca dulu. Nanti bagi kat aku esok kalau kau da habis baca.".

Nora cuba mengabur fikiran Jobi. Tapi Jobi tidaklah sebodoh yang dia fikirkan. Jobi tahu buku itu berada di tangan Nora sekarang.

“Aku akan kira sampai tiga. Kalau kau tak bagi, aku masuk dalam ni.".

Paksa Jobi. Jobi ugut Nora yang sedang sibuk menaip ayat di Laptopnya.

“Kau da kenapa ni! Tak de kat aku lah buku tu.".

Nora tetap tidak beritahu keberadaan buku itu.

“Satu.".

Jobi mula mengira. Tangannya juga ditunjukkan kiraan satu.

Nora memandang tajam terhadap Jobi. Begitu jengkel dia lihat perangai Jobi sekarang.

“Dua."..

Jobi teruskan mengira. Dia tidak kesah dengan pandangan dari Nora itu.

“Buku tu ada kat aku.".

Nora terpaksa jujur. Dia tidak mahu Jobi masuk di kawasannya. Paling dilarang orang seperti Jobi masuk di ruangannya.

“Macam tu lah. Mana buku tu?".

Tanya Jobi. Dari awal melihat Nora saja dia sudah dapat tangkap ada sesuatu yang tidak kena dengan raut wajah Nora.

Nora berdiri dari mejanya. Mengambil buku itu di almarinya.

Jobi hanya memandang pergerakan Nora. Dia tahu yang Nora bencikannya. Hingga tidak mahu masukkan dia di ruangannya.

“Ni.".

Novel itu diserahkan kepada Jobi. Nora sudah habiskan bacaannya. Nasib saja sempat. Dia tidak mahu berlama-lama di Makmal itu dengan Jobi. Rasa meluat yang dirasakannya nanti.

“Alamak!".

Lampu yang berada di Makmal itu semua tertutup. Gelap bilik pejabat Nora dan Jobi.

“Jobi da kenapa dengan lampu ni?".

Tanya Nora dengan cepat. Dia tidak nampak apa-apa sekarang. Kerjanya juga sangat banyak. Ada yang masih perlu disiapkan. Guna akan marah kalau kerja yang diberikannya tidak siap.

“Balik je lah. Da tau gelap ni.".

Nora kemaskan barang-barangnya. Dia setuju dengan nasihat dari Jobi itu.

Jobi juga kembali ke biliknya. Dia juga mahu kemaskan semua barangnya. Dia juga harus balik. Dia mahu membaca buku itu di rumah saja. Generator pula sudah rosak. Guna lupa baikinya.

Nora menuju ke pintu keluar. Tangannya dipenuhi dengan fail-fail. Dia tidak lupa juga membawa Laptopnya itu.

Nora mula menekan tombol pintu itu.

“Kenapa pula ni!".

Berang Nora. Sudah banyak kali menekan tombol itu, pintu tetap tidak dibuka.

Jobi pula menghampiri.

“Kenapa?".

Tanya Jobi dari arah belakang.

“Pintu tu tak dapat buka.".

Terdiam Jobi seketika. Dia melihat Nora keadaan resah. Jobi dekatkan dirinya ke tombol pintu itu. Mana mungkin tidak hidup tombol itu. Itu yang dirasakan Jobi sekarang.

“Patutlah. Huh".

Keluh Jobi.

“Kenapa?".

Tanya Nora dengan perasaan cemas.

“Tombol ni guna Elektrik.".

Nora baru tahu. Selama dia bekerja di sini belum pernah berlaku situasi seperti ini. Dia baru tahu yang tombol pintu itu menggunakan elektrik.

“Habistu nak buat macam mana ni?".

Nora menyoal dengan gelisah. Jobi pula tidak larat mahu menjawab soalan dari Nora itu.

“Macam mana lagi. Duduk sini je lah sampai esok.".

Pandang Nora ke arah Jobi.

“What? Tidur kat sini lagi? Aku tak nak. Aku nak pulang.".

Rungut Nora.

“Nak pulang macam mana kalau pintu tu tak dapat nak buka.".

Tengking Jobi.

“Aku tak kesah. Kau kena cari jalan untuk buka pintu ni. Aku tak nak duduk kat sini. Kerja aku banyak nak kena siapkan.".

Rungut Nora kali kedua. Dihempas-hempas kakinya di lantai. Dia tidak mahu tidur di Makmal ini lagi.

“Buang masa lah aku nak layan kau ni. Kau je lah yang buka pintu tu kalau dapat. Erh.”.

Jobi muak melayan karenah Nora. Dianggapnya macam budak-budak. Merungut tak tentu pasal. Dibuat tekanan saja.

“Kenapa aku pula?”.

Jobi lari dari pintu itu. Dia tidak mahu buangkan masa yang ada. Buku yang diberi Guna itu belum dibacakan. Dia perlu bergerak ke biliknya sekarang.

“Eish.".

Nora geram dengan sikap tidak ambil peduli Jobi itu. Dia terpaksa akur dengan keadaan yang berlaku sekarang. Nora menuju ke ruangannya.

Dia terpaksa siapkan kerja Guna bagi dalam keadaan gelap.

Jobi pula menyuluh buku itu menggunakan cahaya daripada telefon. Bateri telefonnya masih penuh. Begitu fokus dia membaca cerita di dalam Novel itu.

Nora juga membuka Laptopnya. Bateri juga masih penuh. Disebabkan Laptop itu sudah dicas dengan lama.

Sejam Kemudian.

Nora berjaya siapkan semua kerjanya. Lampu pula masih belum terbuka. Dia menyandarkan badannya ke belakang. Nora rehatkan diri.

“Haha. Macam mana lah dia boleh baca buku tu. Dengan gelapnya sekarang ni. Tak nampak apa langsung.".

Nora pandang Jobi yang sedang fokus membaca Novel yang diberikan oleh Guna. Dia sempat juga menyindir Jobi.

Tidak lama kemudian mata Nora semakin berat. Menandakan dia mahu tidur. Tangannya menghala ke meja. Dia berbaring di mejanya. Nora menghumban badannya ke mejanya.

Jobi pula terkejut dengan hentakan meja dari arah Nora. Begitu kuat hentakan meja Nora terdengar.

Jobi menutup bukunya. Memandang posisi ke arah Nora yang sudah tidur dengan lena.

Lama Jobi perhati..

“Kenapa lah pempuan ni garang sangat. Dia ni tak lah jahat sangat. Baik juga ada. Mungkin mulut dia je ni kot. Tak boleh ke dia ni nak baik-baik dengan aku. Ye lah. Aku bukan ada kawan lagi. Dia dengan aku je kerja kat sini. Huh. Nora-Nora. Tak de lelaki yang akan suka kau kalau macam ni lah sikap kau. Mulut tak de Insurans langsung. Adakah patut nak aku buka pintu tu. Da gila ke apa. Haha. Pempuan gila.".

Jobi membuka buku itu kembali. Dia sambungkan bacaannya. Masih banyak lagi bab yang perlu dia baca. Jobi biarkan saja Nora tidur. Dia terus fokus membaca Novel itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience