Happy birthday to you
Happy birthday to Ellya Arisya..
Tersenyum Ellya di hujung telefon, Husna terlebih dahulu menelefonnya tepat pukul 12.
“Thanks wehh, kau lah sahabat yang ingat birthday aku tau. Laki aku sendiri pun tak ingat”
“Eh siapa kata laki kau tak ingat?”
‘Opps’ katanya perlahan .. terbocor rahsia..Husna & Irsyad sudah terlebih dahulu plan birthday Ellya.
Namun Ellya masih tak perasan..dia masih meneruskan kisah sedihnya kepada sahabatnya itu..
“Yelah weh..tadi aku cakap esok nak keluar dengan kau pun dia takda kata apa..wish pun dak..ni dah siap berdengkur tidur..”
“Alololo shiannn baby i sorang ni..alahh esok nanti dia wish lah tu..dia penat kerja tu..kau kena faham lelaki ni kadang kadang takboleh nak expect weh”
“Haa yelah..aku harap esok dia ingat lah..esok kau rasa kita nak pergi mana?”
“Kita main bowling, pastu kita karok lah apa lagi!! Hahahaha” Teruja Husna menceritakan cadangannya
“Alaa bowling? Tiap tahun birthday kita, itu je yg kita selalu pergi. Karokk tu okay lah, bowling tu takmau lah..lain lain?”
“Lain eh..japp aku fikir.. takpun kita pergi theme park kat times square pun okay jugak? Last kita pergi masa form2 kot boleh mengimbau kenangan giteww”
“Haa boleh gak..boleh cuci mata nanti..”
“Okay cunn. Jumpa esok..dah birthday girl kena tidur awal..nanti taknak esok ada panda eyes pulak..rosak gambar”
“Woii! Agak agak lah nak kutuk aku pun”
“Gurau gurau!! Bye assalamualaikum”
Telefon dimatikan..
Irsyad mendengar setiap yang diperkatakan Ellya..sengaja dia buat buat tidur..harap Ellya suka akan kejutan yang bakal dirancangannya..
Keesokan harinya..Ellya bangun bertambah lagi terkejut apabila Irsyad sudah tiada di sisinya..
‘Mana pulak dia pergi ni’ Puas Ellya mencari Irsyad di serata pelusuk rumah..namun kelibatnya tidak kelihatan..
nombor Irsyad didail..hampa..tidak berangkat malas masuk peti simpanan suara..
Ellya mempersiapkan diri untuk keluar bersama kawannya..
Sedang Ellya memilih tudung untuk dipakai..telefonnya berbunyi..
“Weh kat mana?”
“Kat rumah lah..baru pukul 8 weh.. mall pun tak bukak lagi”
“Hehe takdalah saje je..k lah bye”
Pelik dengan panggilan Husna sebentar tadi Ellya segera menyuakan tudung dan keretanya terus meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.. terbit rasa risau kemana Irsyad pergi.. tak pernah Irsyad begini..walaupun penting pasti Irsyad akan meninggalkan message atau nota kecil di meja. Tapi kali ni tiada..
Tepat pukul 10 Ellya sudah terpacak menunggu sahabatnya di Berjaya Times Square..
Husna sudah berlari lari anak saat melihat Ellya yang sudah mencuka menunggunya lama..
“Asal lambat? Selalu kita kan on time..” berang Ellya
“Sorry lah.. aku ada hal jap tadi..jammed lah..”
“Banyak kau punya jammed..traffic smooth je tu”
“Dah dah pagi pagi dah bising..ni penangan jadi bini orang ke apa.. jom kita breakfast dulu aku tak makan lagi ni..” pinta Husna..
Sedang mereka makan..Ellya sudah bengang melihat Husna yang asyik memegang telefon..
‘Nak kata ada bf..takda pulak..’
“Woi kau ni busy sangat dengan phone mcm ada bf..kau ada bf ke?”
“Wehhh kau ni..aku ni siapa jelah nak..aku tengok news lah..yelah tadi tak sempat beli paper kan..” Laju Husna menutup telefonnya setelah lama diperhatikan Ellya, seram pula..
“Nanti before pergi theme park tu.. aku nak cuci mata dulu lah.. boleh?”
“Of course lah boleh.. untuk birthday women semua boleh no worries” Gurau Husna
‘Bagus..lagi senang plan berjalan..huhu’ desisnya
Sedang Ellya asyik mencuci mata.. Husna mengerang kesakitan..
“Weh kau asal?”
“A..ku..sakit..pe..rut..aku pergi tandas jap..kau tunggu kau restoran tu..” sambil jarinya menunjukkan restoran yang berada di hujung Ellya.
Ellya hanya menturuti arahan kawannya.. dia pergi ke restoran mewah itu.. dan duduk sebentar..
Happy Birthday day..to you..
Happy birthday to Ellya..
Happy Birthday to My wife..
Happy Birthday to you...
Irsyad datang dengan membawa cake, belon.
Mama, papa juga turut ada..
Husna dari belakang membawa belon bersama staf restoran tersebut..
Ellya yang terharu dengan kejutan dari Suaminya dia sudah mengalirkan air mata.. Sungguh dia tak percaya suaminya bakal buat semua ini deminya..
“Heyy..jangan la nangis..tiup lilin ni dulu” pinta Irsyad
“Thank you awak..ingat awak dah tak ingat birthday saya”
“Mana boleh saya lupa..awak kan isteri saya..”
“Eeee ni mesti kerja kau kan Una..” Ellya sudah menjegilkan matanya kearah Husna..
“Hehehe..sorry..this is for you..”
“Thank you mama papa..susah susah je datang celebrate birthday El..”
“Tak susahnya El..ni semua kami dah plan bersama..Syad ni ha yang excited lebih..” Kata Puan Hana
Ellya terlupa sesuatu..
‘Atokk’ desisnya tangannya laju mendail nombor Tok Ki.
“Salam Tok..”
“Selamat Hari Jadi El..Maaf lah atok takdapat datang..Syad ada bagitahu nak datang ambik atok..tapi Atok ada kenduri dekat sini..”
“Takpa tok..El faham.. Atok sihat tak ni?”
“Alhamdulillah sihat nak..jangan lah kamu risau kat sini ramai yang menjaga atok..”
“Lega El dengar..nanti El balik kampung ya tok..rindu sangat kat Atok..”
“Iyelah..kamu kirim salam dekat Mama papa kamu sekali ya..”
“Baik Tok”
“Ohhh jadi awak dah rancang lah semua ni ye..saje je kan..”
“Yelah untuk isteri tercinta..sengaja je saya buat buat tak ingat birthday awak.. saya dengar je awak mengadu kat Husna..”
Ellya sudah malu dengan apa yang diperkatakan semalam..dia telah buruk sangka terhadap suaminya..
“Maafkan saya..”
“Takpa nanti ada denda dia” Irsyad sudah mula dengan nakalnya..
“Eee dia ni kan..kan public ni..malu lahh” Ellya mencubit pinggang Irsyad
“Aduhh sakit sakit..okay okay sorry tak buat dah” Irsyad mengerang kesakitan..
“Eh dah dah takyah nak sweet sweet kat sini..aku lapar..” Husna sudah memotong agenda potong kaki Ellya dan Irsyad sebentar tadi.. Puan Hana & En Kamarul sudah tergelak dengan perlakuan anaknya itu..
“Kalau macam ni..makin cepat lah papa nak timang cucu kan Mama?” En Kamarul bersuara..
“Betul lah tu papa..dah lama tangan ni gatal nak menimang cucu”
Ellya yang mendengar sudah merona merah pipinya..
‘Macam mana nak ada anak..sentuh pun tak..tapi takpalah aku akan cuba untuk bahagiakan keluarga ini’ desisnya..
“No worries papa mama.. Irsyad Rayqal kot..sekali kembar Irsyad bagi nanti hahahaha”
‘Apa benda dia ni..statement maut betul dia bagi’ Ellya memandang Irsyad dengan kerutan di dahi..
Selesai makan dan theme park, karoke semua sudah diterajui.. kini Ellya sudah kepenatan.. Husna juga..Irsyad mengajak mereka pulang..
“Jom lah balik..dah mengantuk gila dah ni”
“Hak ah..kau bawak bini kau ni balik Syad..dah takboleh bukak dah mata dia tu” Pinta Husna..
Irsyad membawa Ellya ke kereta bersama Husna.. mama papanya terlebih dahulu pulang oleh kerana taknak campur aktiviti orang muda katanya..
Di dalam kereta Irsyad ralit memerhati setiap kecantikan di wajah Ellya..dia sungguh rasa bersyukur dikurniakan isteri seperti Ellya, walaupun wanita ini dulu pernah menjadi musuhnya ketika kecil..namun setelah di ijab kabul..timbul rasa sayang kepada Ellya.. dia semakin hari semakin jatuh cinta terhadap isterinya sendiri..
Sampai mereka di rumah.. Ellya sudah cergas terbuka matanya.. Mungkin kerana sudah terlelap di dalam kereta sebentar tadi.. Irsyad pula masih mengantuk..dia terus baring di katilnya..Ellya pula sudah mencabut satu persatu pin di tudungnya..
Dan scarf yang disarung sudah kemas dibuka..dan rambutnya yang ikal mayang itu dilepaskan..Irsyad yang mamai sebentar tadi terbeliak matanya saat melihat kecantikkan isterinya apabila tidak bertudung.. matanya tidak berkelip..
Ellya yang perasan akan Irsyad memandangnya sengaja didekati suaminya itu..
“Kenapa tak percaya eh?”
“Err..ma..na..ada..” Irsyad merasakan jantungnya bakal meletop sangat Ellya mendekatinya..
“Dahtu kenapa gagap?”
“Kenapa bukak tudung?”
“Biar lah..saya rasa saya dah sedia jadi milik awak sepenuhnya..” Ellya tersenyum saat membicarakan itu..
“Maksud?”
Ellya bermain dengan rambutnya..dilentokkan kepalanya di dada milik Irsyad..dia dapat merasakan degupan jantung Irsyad yang semakin laju..
Dia sudah mula membuka butang baju Irsyad satu per satu..
Ps : Selebihnya pandai lah korang fikir??
Share this novel