BAB 1

Drama Completed 44039

Nabilla tersenyum manis.Dia menarik beg bagasinya dan menunggu teksi.Dia menggigit bibirnya menahan tangis.Adakah ini mimpi?Adakah dia berimaginasi?Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dibacanya pagi tadi.

"Tahniah Nabilla.Giatkan usaha anda dan berseronoklah dalam pekerjaan.Tetapkan pendirian anda dan berpegang teguhlah kepada agama.In Shaa Allah,kerja anda dapat menjadi amalan di akhirat kelak,"

Itulah teks yang baru dia terima selepas subuh tadi.Hatinya melonjak gembira dan terus dia melaksanakan solat sujud syukur.Mahu sahaja dia memberitahu satu dunia bahawa kerja yang dia impikan sejak dia kecil akhirnya berjaya menjadi kenyataan.

Nabilla melihat kereta berwarna putih berhenti dihadapannya.Dia berfikir,itulah teksi yang baru sahaja dia telefon.Lalu dia pun membuka bonet kereta dan memasukkan barang-barangnya.Peliknya,pemandu teksi tersebut tidak menolongnya langsung!Mungkin sibuk.Tetapi bukankah ini salah satu kerjanya?Jika tidak mahu menolong,sekurang-kurangnya perlulah munculkan diri.Lantaklah,dia tidak kisah.

Dia pun memasukkan dirinya di dalam perut kereta tersebut.Dia membetulkan tudungnya dan menarik nafas panjang.Tidak sabarnya dia mahu berjumpa dengan keluarganya.Pasti mereka terkejut dengan kehadirannya.

"Dari mana?"tanya pemandu teksi tersebut.

"Dari Singapura,"

"Belajar?"

"Ha'ah,"

"Jurusan apa?"

"Perundangan,"

"Ouh.Seronok balik Malaysia balik?"

"Mestilah seronok pakcik.Dah lima tahun duduk luar negara kot,"

"Kenapa panggil pakcik?Pakcik muda lagi tau,"Nabilla mengerutkan dahinya.Suara dan loghatnya seperti dia kenal.

"Pakcik?"

"Paksu,"Nabilla terkejut.Tak sangka orang yang membawanya pulang ialah Iskandar,pakcik saudaranya.

"Laa paksu rupanya!Paksu buat apa kat sini?"

"Bawak hang baliklah!Pi Pining,"

"Aik?Haiwat pi Pining pulak?"

"Iyela..Semua orang ada kat sana,"

"Haiwat?"Iskandar senyap.Mendiamkan diri dan itu membuatkan Nabilla keliru.

"Paksu dah makan?"tanya Nabilla,mengubah topik.

"Belum..Hang?"

"Belum juga,"

"Haa,cantik.Nanti aku bawak hang pi satu kedai ni,huish sedap!Mau?"

"Mau mau,"

"Canteek,"

(2 jam kemudian)

Iskandar laju menekan minyak,memotong beberapa buah kereta.Nabilla yang sedang duduk disebelahnya selalu dia jeling.Novel yang dibaca Nabilla dari tadi membuatkan dia tertarik.'Pakcik itu milik aku'

Nabilla mengeliat secara tiba-tiba dan itu membuatkan Iskandar terkejut seketika."Kak bell ngantukla.Kenyang makan roti canai kot,"kata Nabilla.

"Ouh.Nak aku turunkan seat?"

"Macam mana?"

"Sat.."Iskandar pun memberhentikan keretanya ke tepi dan pergi dekat ke arah Nabilla.Tangannya mencari butang untuk menolak tempat duduk tersebut.

"Sat na..Dia susah sikit nak tarik,"

"Okayy,"kata Nabilla,bersahaja walhal jantungnya sudah laju mengepam.Dia melihat Iskandar yang sedang berada dekat dengannya.Matanya membulat memandang jejaka yang sedang berusaha menolak kerusi tersebut.Air liurnya diteguk.Tidak mahu dia merasa lain di hadapan lelaki itu.Secara tiba-tiba,kerusi itu berjaya dibaringkan dan itu membuatkan Nabilla terkejut.

"Hang okay?Terkejut?"

"Okay..Kak bell okay..Terima kasih,"Nabilla kekok.Suaranya kecil.Lain sungguh perasaannya tadi.

"Sama-sama.Tidurlah,"Nabilla mengangguk.Dia pun bersandar sambil menarik nafas panjang.Cuba menenangkan jantungnya yang laju berdegup.Wangian Iskandar pun sudah cukup melelahkan dirinya.

Dia memandang Iskandar yang sedang tenang memandu lalu tersenyum secara tiba-tiba.Iskandar tidak tahu bahawa Nabilla merupakan anak angkat.Nabilla pun baru mengetahuinya apabila dia berusia 12 tahun.Dia baru tahu bahawa dia boleh berkahwin dengan lelaki yang pernah dia suka secara senyap apabila dia berumur 12 tahun.Senyumannya bertambah lebar.Hatinya cukup gembira.Berkali ganda!

Dia memejamkan matanya.Terbayanglah wajah seorang lelaki yang sentiasa dia tunggu apabila dia pulang ke kampung.

"Orang Pining tak balik ke?"soalan itulah soalan pertama yang dia akan tanya.Dan jawapannya sudah pasti."Malam nanti depa sampai,"

"Paksu,"panggilnya secara tidak sengaja dan itu membuatkan Iskandar terkejut.Iskandar hanya berdeham sambil tersenyum.

"Herm,haiwat?"

"Bila kak bell tengok paksu,kak bell rasa umur kak bell ni baru 16 tahun,"katanya.

"Hang ni ngigau ni.Pi tidur,"Nabilla tersenyum dengan ayat Iskandar.

"Okay,"kata Nabilla dan memejamkan matanya.Namun,memori lama kembali menjenguk.

"Paksu tak ikut?"

"Dia takmau ikut.Kawan dia panggil buat projek sama-sama.."sakitnya hati apabila orang yang dia mahu jumpa tidak berada di depan mata.Tetapi kini,dia akan beritahu segalanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience