Bab 7

Short Story Completed 10265

Pintu bilik Ailyn dibuka perlahan.Kosong.Selamba jelah Naim masuk dalam.

Naim menghenyakkan punggungnya di atas tilam empuk milik Ailyn.Phone Ailyn yang berada atas bantal diambilnya.

Terukir senyuman pada bibir Naim tatkala jarinya menekan punat on.Terpampang gambar perkahwinan mereka berdua.

Dua-dua sama cantik, sama padan ! Busana penggantin yang mereka pakai adalah berwarna kelabu pink.So nice !

Kemudian, phone Ailyn diletakkan semula di tempat asal.

"awak buat apa kat sini ?"soal Ailyn yang tiba-tiba muncul dari bilik mandi.Tangannya sibuk mengeringkan rambutnya dengan kain tuala.

Itulah ! siapa suh simpan rambut panjang ? kan dah lambat nak kering..

"saje nak tengok bilik kau ni..mana tahu bilik ni macam tokang pecah.."

"ceh ! macamlah saya ni tak pandai nak kemas bilik.."

"aku nak tido jap..rasa selesa pulak bilik kau ni.."bagitahu Naim.Pantas badannya dihempas atas tilam.Bantal golek ditarik dan dibawa dalam pelukan.

"ishh ! awak ada bilik sendiri kan ? pergilah tido dalam bilik awak tu.."marah Ailyn.

"ala..kejap je..nanti kau gerak aku.."pesan Naim sebelum kelopak matanya ditutup.Posisi badan ditukar kepada mengiring.'uh ! selesanya..'

"ishh ! dia ni..gedik betullah.."bebel Ailyn kemudia dia duduk di atas kerusi bulat dihadapan cermin solek.Rambutnya disikat.

A FEW MINUTES LATER...

Ishh ! dia ni..taknak bangun lagi ke ? Dah 20 minit jugak tido..Aku pulak nak tido ni..

"awak..bangunlah.."gerak Ailyn.Bahu Naim ditolak banyak kali.

Naim senyap sepi.

"haih..awak ni..bangunlah...mak ?!"terjerit Ailyn tatkala tangannya ditarik Naim.

Setakat badan kecik molek tu, sekali tarik je dah jatuh..

Pinggang kecil Ailyn dipeluk erat sehingga belakang badan Ailyn bertemu bahagian abdomen Naim.

Naim senyum.Pandai kau kan Naim ? Acah nak tido padahal.. hmm..

"awak saje je kan ?"marah Ailyn.Badannya cuba untuk pusing menghadap Naim.

Naim senyum jahat.

"ishh ! sanalah ! saya nak tido.."Ailyn tolak dada Naim yang betul-betul hampir dengan mukanya.

Naim buat derk je..

"Naim..saya nak tido.."suara Ailyn separuh nak nangis.

"weyh, rilek arh ! adui kau ni..sikit-sikit nak nangis..cenggeng betul !"ujar Naim seraya bangun dari pembaringan.

"awak tu ! kacau saya nak tido.."

"eleh..ni rumah aku.So, dekat mana-mana pun aku boleh tido.."

"shuh ! shuh ! sibuk je nak tido kat bilik orang.."halau Ailyn.Tangannya tolak bahu Naim.

"eh, main halau pulak ! ok, fine ! aku tido bilik aku.."ujar Naim sebelum keluar dari bilik Ailyn.

Ailyn temenung kejap."kenapa dia macam lain je hari ni ? tak pernah pun dia nak baik dengan aku.dan tengah hari tadi cium aku ? takkan dia suka aku ? dia jugak cakap yang dia kahwin dengan aku pun sebab mama yang suruh.."

Ailyn senyum sendiri.'tapi not bad jugak Naim tu..eh, tak salah kan kalau aku terjatuh hati kat suami sendiri kan ? '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience