SUDAH hampir 3 tahun Aniq mencari keberadaan gadis yang telah membuatnya obses, walaupun hanya sekali bersamanya. Namun bau wangi dari tubuh gadis itu masih menghantui hari-harinya, sehingga membuatkan matanya memandang gadis lain menjadi kabur. Hanya gadis itu yang bersinar di matanya.
*****
DI villa mewah milik pemuda kaya raya, yang kekayaannya tidak dapat di ceritakan kerana ia terlalu kaya. Dia di kenali sebagai ceo yang cerdas dan bijaksana kerana BlueA Group miliknya berhasil mengalahkan banyak pesaing dalam perbuatan air mineralnya. Meskipun air mineral bukan perkara yang luar biasa untuk di bangakan, namun air mineralnya telah menjadi pilihan orang ramai masa kini, dan telah memenangkan banyak perhargaan kelas dunia. Bukan itu sahaja, BlueA Group juga menempatkan kedudukkannya di urutan nombor 3 sebagai company yang berpengaruh dan semua itu di ketuai oleh Tengku Aniq Irfan.
"Tuan." Sapa assistantnya dengan menunduk hormat padanya.
"Ya, ada apa?."
"kami ada berita baru mengenai Hana."
"Hana?. Korang dah jumpa dia ke?."
"Belum. Tapi sekarang dia tinggal di sebuah kampung yang di beri nama, kampung Sentosa. Kata orang-orang, Hana tinggal di sana, namun tidak pasti kerana mereka juga jarang dah tengok si Hana tu berniaga nasi lemak." Terang assistantnya.
"Kampung Sentosa?." Ulang Aniq.
"Betul. Kampung Sentosa. Kami akan pergi ke kampung tu sekarang. Tuan nak ikut?."
"Boleh juga, kerana hati ni dah tak sanggup menahan rindu dekat dia. Kau tahu sendiri yang aku dah tunggu dia dah hampir 3 tahun. Jadi baiklah, jangan buang masa. Jom kita kesana." Lalu melangkah pergi di ikuti assistantnya.
******
SAMPAI sahaja di Kampung Sentosa, terlihat Aniq dan assistantnya berada tepat di depan rumah Hana yang terlihat usang itu. Dengan banyak daun di halaman rumah, seperti lama di tinggalkan.
"Assalamualaikum." Ucap assistantnya dengan mengetuk-getuk pintu rumah tersebut. Namun tiada siapa, yang menyahut salamnya.
"Betul ke dia tinggal sini?." Soal Aniq kurang yakin, kerana dari kondisi rumah ini sepertinya. Sudah lama di tinggalkan.
"Betullah tuan, takkanlah pakcik tu bohong."
"Kalau betul. Mana dia?." Soal Aniq dengan nada kasar. "Siap kalau pakcik tu tipu, aku siat-siat daging dia."
Tiba-tiba....,
"Kamu berdua cari siapa ya?." Soal seorang makcik yang datang entah dari mana, mengejutkan Aniq dan Rahyu.
"Oh makcik. Assalamualaikum." Ucap Rahyu.
"Waalaikumsalam."
"Makcik ni siapa?."
"Makcik Leha, jiran rumah ni. Kamu berdua ni mesti orang luarkan. Dari rupa makcik dah tahu."
"Ya, kami orang luar. Sebenarnya, kedatangan kami berdua di sini, kerana kami tengah mencari seorang gadis. Orang cakap yang dia duduk sini, tapi tengok dari keadaan rumah ni, macam usang je. Mana tuan rumah ni pergi ya makcik?."
"Siapa yang kamu cari?." Soal Leha ingin tahu.
"Hana. Makcik kenal ke?." Jawab Rahyu.
"Oh Hana. Ya, ni memang rumah dia. Tapi semenjak bapa dia meninggal dunia, dia dah pindah ikut mak dia."
"Pindah?. Kenapa pindah ya?."
"Makcik dengarlah yang Hana tu mengandung anak luar nikah." Kata Leha dengan nada berbisik.
Kata-kata makcik Leha membuatkan Aniq dan Rahyu terkejut. Mengandung?. Namun dalam terkejut Aniq, dia juga bahagia. Pada akhirnya di memiliki pewaris dari gadis yang dia puja selama ini.
"Maaf makcik, dia mengandung?." Soal Aniq inginkan kepastian.
"Ya dia mengandung, sampai bapa dia meninggal dunia sebab terkejut. Kesiankan."
Seketika Aniq terdiam,
"Oh, saya turut simpati atas kehilangan bapa dia." Ucap Rahyu turut simpati atas perginya ayah Hana.
"Orang-orang di kampung ni asyik mengata tentang keluarga mereka je, malah menjaga jarak lagi. Katanya, takut berjangkit dengan anak dara merekalah. Makcik kesian tengok keluarga Hana, sedangkan Hana tu di rogol oleh seorang pengusaha kaya raya. Tapi tak nak bertanggungjawab. Makcik percaya Hana, kerana dia budak baik. Huh, tapi nak buat macam manakan, dah takdir dia macam tu, terima jelah."
Seketika Aniq membuka kaca matanya, lalu mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
"YaAllah. Encik ni Aniq bukan?. Ceo BlueA Group. Wah, saya selalu tengok encik dalam televisyen. Tak sangka pulak boleh tengok depan-depan." Kagumnya.
"Ya, saya adalah ceo BlueA Group. Memandangkan makcik dah bagi saya maklumat tentang Hana. Nah, ni ada sedikit hadiah untuk makcik. Harap makcik terima pemberian saya." Lalu menyerahkan sampul berisi wang itu.
"Eh, takpayahlah. Makcik ikhlas membantunya." Tolak makcik itu.
"Takpalah makcik saya pun ikhlas memberinya. Ambillah."
"Baiklah, kamu yang paksa. Terima kasihlah." Ucapnya dengan menerima sampul pemberian Aniq itu.
"Tapi, boleh saya tanya sesuatu?."
"Ya, tanyalah."
"Jadi, diakan mengandung. Adakah dia melahirkan?. Anak dia jantina apa?." Soal Aniq dengan senyuman lebar terpancar di bibirnya.
"Pasal ni, makcik nak bagitahu kamu yang ini rahsia kita bertiga tau. Please jangan bagitahu siapa-siapa. Ok?."
"Ok, kami janji." Jawab mereka serentak.
"Cerita dia macam ni, selepas saja bapa dia meninggal. Dia stress dan asyik menyalahkan baby dalam kandungan dia saja kerana menganggap bahwa baby tu penyebab, bapa dia meninggal. Pada akhirnya, dia memutuskan untuk mengugurkan kandungannya." Jelas Makcik Leha.
"Gugur?. Betul ke apa yang saya dengar ni?." Soal Aniq ulang.
"Ya, dia gugurkan bayi dalam kandungan dia. Mak dia macam tak percaya yang Hana berani buat macam tu. Ibu mana yang tak kecewakan, kalau anaknya mengugurkan cucu yang tidak bersalah. Jadi macam tulah ceritanya, dan sampai sekarang makcik tak tahu kabar mereka."
Kata-kata Makcik Leha membuatkan Aniq panas hati, terbukti dari kedua-dua tangan pemuda itu terlihat di genggam kemas, menahan amarahnya.
'Berani kau gugurkan pewaris aku. Kau tak kenal lagi aku ni siapa. Akan aku pastikan yang kau membayar semuanya.' Guman Aniq.
******
DI halaman rumah, terlihat seorang gadis sedang duduk santai sambil menikmati makanan ringannya. Memandangkan hari ini cuti, jadi dia harus mengisi masa cutinya dengan kegiatan yang menyenangkan seperti, duduk di rumah sambil makan dan menikmati drama korea yang semestinya menghiburkan.
"Amboi Hana. Ketawa dah macam pontianak. Tak kerja ke harini?." Soal ibunya, dengan melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Hana.
Ya, aku Hanna Ellysha . Seorang gadis yang merusia 20 tahun. Aku seorang gadis yang kosong, seakan-akan di lahirkan semula. Kenapa aku berkata begitu?. Ya, memang dah hakikatnya seperti itu. Nak di jadikan cerita, aku kehilangan sepenuhnya ingatanku semenjak kemalangan menimpaku setahun yang lalu. Semua tentang diriku, aku tidak dapat menginggatnya, apatah lagi tentang diri orang lain, memang taklah.
"Cuti mak. Penat, nak pulihkan balik tulang ni." Keluh Hana.
"Kalau penat tu, berhenti jelah jadi pembantu dekat rumah Puan Maya. Kamu fokus pada benda yang kamu suka."
"Tapi mak, gaji dekat sana besar. RM 3500 sebulan, mana nak dapat kerja gaji macam tu. Rugilah, kalau berhenti. Dapat juga Hana, bayar hutang Uncle Qalid tu. Lagipun Puan Maya tak layan Hana macam pembantu rumah pun, dia lebih kepada layan Hana macam anak dia sendiri. Susah kot dapat boss macam tu."
"Tapikan Uncle Qalid tu, asyik cakap dekat mak yang dia boleh lupakan hutang kita jika kamu sudi jadi isteri dia."
"Hah. Tak sedar dengan tua. Tapi dia sesuai dengan mak. Apakata mak je kahwin dengan dia."
"Eh, kita pulak yang dia suruh kahwin."
"Yelah, mak sesuai dengan dia. Sama-sama single, dia tu duda, mak tu janda. Sesuai sangat."
"Dahlah, mak hanya setia pada ayah kamu tu je. Ni, mak nak tahu. Hutang kita tinggal berapa lagi ya?."
"RM 56 000."
"Banyak lagi. Biar mak kerjalah, dapat mak tolong kamu sikit-sikit."
"Tak perlulah mak. Hana masih larat lagi, dan masih mampu nak bayar tu, bayar ni. Mak duk rumah, masak nyaman-nyaman."
"Tapi kalau rasa dah tak mampu tu, jangan paksa. Dekat kampung tu, masih ada tanah kita. Kalau kita jual, ada juga hasil."
"Mak, mak, mak. Tanah tu, biarkan dia. Anggap je takda. Mana tau satu hari nanti, Hana kaya habistu buat rumah dekat sana dengan mulut orang kampung sekali Hana beli."
"Amboi, besar angan."
"Angan-angan itukan percuma. Betulkan mak?." Kata Hana, berserta ketawanya.
"Kamu ni pandai-pandai je. Dah, mak nak masak dulu. Mesti kamu laparkan?."
"Ya, lapar."
"Kamu santailah. Mak masuk dapur dulu." Lalu melangkah pergi.
"Baiklah mak." Jawab Hana, lalu sambung dengan menonton dramanya.
.............................
SEMENTARA di rumah Puan Maya, terlihat dia kedatangan tetamu yang amat ia rindui. Namun kelihatannya, dia dalam masalah, kerana terpampang dari raut wajahnya. Sehingga membuatnya tertanya-tanya, sebab apa tetamunya itu bermasam saja.
"Ai, kenapa tiba-tiba balik ni?. Selalunya, setiap hujung bulan, tak pun setahun sekali baru nak datang jengguk mama. Ingatkan dah tak ingat jalan pulang dah." Perli ibunya dengan melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan anak bujangnya itu.
"Aniq takda mood sekarang ni mama. Sakit hati ni."
"Kenapa ni sayang, ada yang tak kena ke?." Soal Puan Maya Khawatir.
"Mama masih ingat lagikan, dengan gadis yang Aniq ceritakan tu?."
"Kamu dah jumpa dia ke?. Macam mana keadaan dia sekarang?. Sihat?. Dah kahwin ke belum?." Soal Puan Maya ingin tahu.
"Dia mengandung." Jawab Aniq selamba.
"What !, seriuslah. YaAllah, mama dah jadi neneklah ni. Alhamdulilah. Kalau macam tu, ajak dia kahwin dan jadikan dia isteri kamu. Itulah yang seharusnya." Kata ibunya, bersyukur yang teramat kerana cita-citanya ingin menjadi seorang nenek tercapai.
"But, dia gugurkan."
Seketika senyuman Puan Maya hilang,
"Gugur?."
"Ya. Gugur. Sebab tulah Aniq kesal atas perbuatan dia mama."
"Sebab apa?."
"Orang kampung duk cerita tentang dia, sampaikan dia berfikir nak gugur anak Aniq. Hah. Tak, fahamlah mama. Sebab tulah sekarang, Aniq berusaha untuk cari dia sampai dapat, dan membuat dia bayar semuanya." Kata Aniq, dengan wajah yang serius. Puan Maya yang melihatnya juga seram sejuk kerana dia kenal anaknya yang suka akan 'PAKSAAN'. Dia berharap agar, anaknya berfikir sebelum menghukum seseorang, kerana dia yakin bahwa gadis itu memiliki alasan sendiri yang memaksanya untuk berbuat demikian.
Share this novel