Bab 3

Fantasy Series 2417

Langkah kaki seseorang bergerak pantas menuju ke balkoni rumah agam dimana kelihatan seorang pemuda duduk membelakangkan dirinya yang sedang melihat pemandangan luar sambil menghirup secawan kopi Latte.

"Tuanku Fionz, boleh kita gerak sekarang?, kenderaan pun dah siap menanti" berkata pengawal di raja panglima satu Zaider kepada pemuda yang dikenali sebagai Fionz, waris raja kepada bekas kerajaan Xylantos.

"Zaider, dah berapa kali saya cakap jangan guna perkataan tuanku di planet ini, panggil saja Fionz atau berat sangat nak cakap nama, panggil je tuan Fionz ke. Kita ni bukan lagi pemerintah di tempat ini dan ingat kita ni hanya orang biasa sahaja." tegur Fionz pada pengawal nya.

"Baik tuan Fionz, maafkan saya, dah terbiasa ucap perkataan tu walau dh lebih beberapa tahun kita menetap di sini" ucap Zaider yang tersenyum-senyum.

"Maaf, maaf, tu je lah yang kamu tau, lepas tu buat balik, dah tak payah senyum-senyum kambing depan saya. Ingat hensem sangat ke muka tu?" Fionz mengingatkan Zaider sambil bergerak bersama pengawalnya itu ke arah kereta bewarna biru metalik berlambangkan kepala harimau bintang lalu terus masuk ke tempat duduk penumpang belakang, manakala Zaider pula duduk di bahagian penumpang sebelah pemandu.

Pemandu kereta Jaguar FX Luxury biru metalik mula memandu keretanya bergerak keluar daripada rumah besar kepunyaan waris kerajaan Xylantos.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience