Bab 24 Selesai Majlis Akad Nikah

Drama Completed 212693

Majlis pernikahan Izara tidak la besar. Kamal hanya memanggil jiran tetangga yang berhampiran dengan rumah mereka sahaja. Walau pun sederhana sahaja tapi sangat bermakna bagi diri Izara.Hari ini adalah hari bersejarah baginya kerana sudah bergelar isteri pada Haziq. Tetamu sudah ramai yang pulang. Mak Su dan Wan ingin meminta diri untuk pulang pada Izara dan Haziq.

"Mak Su dan Wan nak balik dulu la. Cucu Mak Su tu dah merangam nak balik", kata Mak Su pada Haziq.

" Kalau macam tu tak pa la, Wan nanti Haziq hantar balik.Lagi pun Haziq pun nak ambil baju lupa bawa tadi...Zara abang nak balik hantar Wan dengan nak ambil baju sekali,nanti petang abang datang pula,"kata Haziq pada Izara yang berada di sebelahnya.

"Tak pa la,tapi kena bagitahu pada ayah dulu la. Nanti ayah cari pula", kata Izara pada Haziq.

Haziq dan Izara meninggalkan Mak Su dan Wan untuk mencari kebaradaan Kamal ayah Izara. Kelihatan Kamal ada bersama Pak Ngah sedang bersembang berdua. Haziq dan Izara menghampiri ke dua lelaki tersebut. Melihat kedatangan Izara dan Haziq,Pak Ngah mengukir senyuman pada pasangan pengantin tersebut.

"Selamat pengatin baru,tak sangka jodoh kau dengan anak saudara aku ni",kata Pak Ngah sambil memadang sahabatnya itu.

"Nak buat macam mana,dah jodoh",kata Haziq.

"Ayah,Haziq nak bagitahu sesuatu dekat ayah ni",kata Izara sambil matanya melirik ke arah Haziq supaya memberitahu pada ayahnya.

"Oo ya,saya nak hantar Wan balik dengan nak ambil pakaian sekali. Dalam pukul 6.00 petang saya datang balik" kata Haziq memberitahu pada ayah mentuanya itu.

"Tak pa pergi je. Lagi pun rumah Wan kamu tu bukan jauh mana pun. Satu kampung juga", kata Kamal pada menantunya.

" Kalau macam tu saya pergi dulu la hantar Wan",kata Haziq sambil melangkah kaki menuju ke arah Wan.

Izara mengikuti langkah kaki suaminya itu. Tapi tiba-tiba di tegur oleh ibu tirinya.

"Zara nak pergi mana tu ,takkan nak ikut Haziq pergi hantar Wan sekali kut. Dah tak sabar sangat nak berkepit ya" tegur ibu tiri Izara.

"Taklah,Izara cuma nak teman je sampai dekat kereta", Jawab Izara agak malu-malu.

Sementara Haziq hanya tersenyum sahaja melihat reaksi Izara yang malu bila ditegur ibu tirinya itu.

" Nanti lepas teman sampai dekat kereta tu,pergi tukar baju. Tolong ibu kemas dekat dapur ni",kata ibu tiri Izara.

"Yalah,nanti Zara datang la" kata Izara sambil tetap berjalan mengekori Haziq yang sudah sah menjadi suaminya.

Sampai di tempat kereta Haziq terparking, Izara pun segera menyalami Wan sebelum Haziq dan Wan masuk ke dalam kereta.

"Zara tak nak ikut sekali ke pergi rumah Wan" Soal Wan pada Izara.

"Tak boleh la Wan. Banyak benda nak kemas ni",kata Izara sambil mengukirkan senyuman manis pada Wan. Kalau boleh nak je ikut,tapi nak buat macam mana ibu dah tegur tadi,bisik hati Izara.

"Kalau macam tu Wan balik dulu ya. Mak Su kamu dia tumpang kereta anak dia tadi",kata Wan sambil kakinya mula melangkahkan kaki masuk ke dalam kereta.

" Abang balik dulu nanti petang abang datang balik"kata Haziq pada Izara.

"Petang ni kalau abang tak datang Zara datang rumah Wan jemput abang naik motor. Lagi pun rumah Wan bukan jauh mana pun." kata Izara cuba mengungut.

"Jangan risau abang mesti datang", kata Haziq sambil kakinya mula melangkah masuk ke dalam kereta.

Wan hanya tersenyum sahaja melihat pasangan yang baru sahaja bergelar suami isteri itu. Selepas kereta Haziq sudah bergerak meninggalkan halaman rumah. Izara pun masuk kembali ke dalam rumah. Seperti yang di suruh oleh ibu tirinya Izara masuk ke dalam bilik dan menukar baju yang biasa ia pakai dirumah. Selesai memakai baju biasa Izara pun pergi ke arah ibu tirinya yang sedang sibuk mengemas. Izara mula melakukan tugasnya menolong mengemas bersama ibunya. Kedua adik Izara pun ada menolong untuk mengemas apa yang patut.

Selesai mengemas apa yang patut Izara asik memadang pada jam yang berada di dinding rumahnya. Izara merasakan jarum jam tersebut tersangat lambat berputar menuju ke pukul 6.00 petang.

Kenapa aku rasa lambat pula jam ni bergerak ni. Agaknya apa abang Haziq tengah buat sekarang ni. Entah-entah dia seronok je baring-baring dekat rumah Wan. Aku je yang letih dekat sini kena mengemas.Rumah Wan dia bukan jauh mana pun tak sampai 10 minit dah sampai,bisik hati Izara sambil matanya sesekali memadang pada jam di dinding.

"Zara kau tu mengalamun apa pula ni. Teringat dekat Haziq ke tu?",tegur Mak Ngah sambil tangannya menyentuh bahu Izara.

"Mana ada Zara mengalamun. Izara letih la dari tadi mengemas je. Baru ni nak rehat",jawab Izara pada Mak Ngah.

" Yalah tu, Mak Ngah dan Pak Ngah nak balik dah ni,"kata Mak Ngah.

Mendengar Mak Ngah ingin pulang Izara segera menghulurkan tangannya untuk menyalami Mak Ngah dan Pak Ngah. Tak lama selepas Pak Ngah dan Mak Ngah pulang barulah kereta Haziq sampai. Izara rasa sangat gembira bila melihat lelaki yang sudah sah menjadi suaminya pagi tadi datang kembali.

Haziq memarkir keretanya di halaman rumah Izara. Melihat Haziq sudah mematikan enjin kereta Izara berjalan menghampiri kereta suaminya itu.Haziq membuka pintu kereta lalu melangkah kakinya keluar dari kereta, sambil di tangannya ada satu beg sandang.

Haziq dan Izara berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Masuk ke dalam rumah mereka berdua terus menuju ke arah bilik Izara,untuk meletak beg galas kepunyaan Haziq.

"Zara esok ikut abang tidur rumah Wan ya. Malam ni takpa kita tidur sini dulu. Sebab lusa kita dah kena balik ke Selangor. Abah dan mak abang dah tak sabar nak jumpa dengan Izara",kata Haziq pada Izara.

" Zara ikut je,asalkan dapat bersama dengan abang pergi ke mana-mana saja Zara tak kisah,"kata Izara sambil tersenyum.

"Ada-ada saja isteri abang ni" kata Haziq.

"Betul apa yang Zara cakap tu," kata Izara agak protes.

"Yalah,jom kita keluar nanti keluarga Zara kata apa pula. Petang-petang duk dalam bilik terus," kata Haziq mengajak Izara keluar dari bilik.

"Yalah," kata Izara. Walau pun di hati Izara agak tidak setuju.

Dah kenapa pula nak fikir pasal orang lain pula. Biarlah orang nak kata apa pun,lagi pun kita dah sah jadi suami isteri dari agama dan undang-undang,bisik hati Izara.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience