Mayat

Drama Series 421991

"Kau ni kak, badan sekeping tapi beratnya cam apa je. Kau makan apa kak?", tanya along yang mengangkat aku dari dalam bilik ke pintu dapur. Aku tau dia sekadar mengusik tapi boleh dengar along kemengahan. Mak sudah menanti dengan kerusi rehat yang boleh dilipat. Sebaldi air ada di sebelah mak.

"Lain kali biar mak angkat kakak kalau berat sangat", kata mak dengan mata berkaca. Aku menahan rasa. Apa pun mak tetap pertahankanku, perasaan aku.

"Mak ni. Bukan macam tu maksud along. Cuma pelik je".

"Kakak kan sakit. Memang la berat. Entah apa setan tu letak kat kakak ni".

"Mak... kakak nak mandi", ujarku, membantutkan ayat mak supaya mak tak terus menuduh bonda. Entah kan ya atau tidak. Tak pasal merangkak mencari bonda di akhirat sebab nak minta maaf.

"Ha.. ye la. Kejap lagi pun keluarga Aedy datang nak ambil Joy", sahut mak. Mak mula menyiram dari hujung kaki sehingga ke kepala. Air mata mengalir bersama air. Sejak kecil mak dah mandikan aku, ni dah besar pun mak terpaksa mandikan aku. Bila pula aku nak merasa memandikan mak? Takkan nak menunggu saat mak dah terbujur kaku?

"Kenapa menangis? Sakit ke mak sabunkan kat kakak tadi?". Aku menggeleng. Kata kata tak terluah, semuanya aku simpan dalam hati.

"Selawat kak. Mak nak siram air ustaz Fuad tadi ni dari kepala. Mata tu jangan tutup", pesan mak.

"Jangan nangis sangat nanti jadi Kassim Selamat", usik mak sambil mengelap badanku dengan tuala setelah selesai upacara mandi.

Joy memeluk aku bersungguh sebelum mengikut keluarga Aedy. Menurut ibu Aedy yang masuk ke bilikku untuk berziarah, dia tak tahu keadaan Joy sehinggalah mereka ke penjara melawat Aedy. Kes Aedy masih berjalan. Hanya keluarga terdekat yang dapat melawat setakat ini, selain peguam yang dilantik. Patutlah Joy tak pernah mengajak aku ke penjara.

"Joy, aku minta maaf tau. Aku tak dapat jaga kau dan Alicia macam yang kita rancang", kataku menahan sebak.

"Kau tu sihat dulu. Nanti boleh jaga Alicia bila aku pergi kerja", balas Joy ketawa namun matanya berkaca.

Aku memberi senyuman palsu, sememangnya aku mengharap akan kesembuhan. Belum seharian aku terlentang begini, aku dah rasa tak tentu arah.

"Aku nak minta maaf dari kau. Mana la tau selama kita berkawan, aku ada tersakitkan hati kau, termakan makanan kau. Halalkan ye", bisik Joy sewaktu mendakap aku.

"Aku pun sama Joy. Aku halalkan semuanya. Aku doakan kau mudah bersalin. Jangan lupa hantar gambar Alicia kat aku. Anak kau, anak aku jugak".

Malam itu angah datang membawa sebotol air zam zam, lampin pakai buang dewasa dan beberapa barang lain. Mak sedang menyuap aku bubur ketika itu. Aku dipaksa makan. Ikutkan hati aku tak mahu makan apa apa, tekak semakin perit namun perut semakin berkeroncong.

"Mak, tak nak bawa kakak pergi hospital ke?", soal angah sambil menghidupkan radio yang baru dikeluarkan dari kotak kecil. Radio khas mengandungi hanya bacaan dari surah al Quran dan ayat ruqyah.

"Ni bukan sakit moden. Ni kerja orang bela jin, bela hantu".

"Mak...", tegurku.

"Bukan apa mak. Kot la kakak ada penyakit yang kita tak tau. Mungkin sebab kakak stress sebab Yeh, jadi virus tu aktif dan menyerang saraf", ulas angah.

"Ngah, mak tak nak orang tu tau kakak kat sini. Nanti bila ambulan masuk, mesti orang tertanya ke rumah siapa. Ni pun mak tak tau la macam mana orang bercerita pasal kakak dengan Yeh", keluh mak perlahan memandang wajahku sayu.

"Angah". Angah berpaling padaku.

"Kenapa angah buat macam tu?", tanyaku perlahan. Aku ni dah macam mayat bernyawa rasanya.

"Aku geram kak. Dia janji dengan aku, nak jaga kau", luah angah.

"Dia sempat tak akad ngah?", tanya mak.

"Angah tak pasti mak. Masa angah masuk dewan tu, tok kadi tengah berjabat tangan dengan Yeh. Angah fokus kat Yeh je. Angah berlari pergi kat Yeh, hentak dia masa tu jugak".

"Angah ni.. kakak dah izinkan la", luahku dengan penuh sesal.

"Terpaksa kan? Aku kenal kau kak. Kau bukan jenis nak bagi apa yang kau sayang kat orang. Kau rela bergaduh dengan aku dulu, bertumbuk berebutkan pensel tekan. Padahal aku nak pinjam kejap je".

Aku tersengih mengingatkan kisah lampau.

Setiap malam aku tak dapat lelapkan mata. Badanku sakit di merata tempat. Panas sama seperti malam pertama aku balik ke kampung walaupun di luar hujan lebat. Aku lihat mak siap berselimut tebal. Aku ni kalau boleh nak buka baju kain semua.

Lebih seminggu aku terbaring, hanya mampu melihat matahari melalui tingkap saja dari atas katil. Sehari dua kali mak mengelap badanku dengan air suam. Lampin pakai buang mak gantikan tiga kali sehari. Aku dah macam bayi baru lahir. Kadang kadang aku halang, sebab tiada najis yang keluar pun. Aku tak makan dan minum banyak. Hanya sekadar yang aku perlukan. Kulit aku pun mulai kusam kering dan mengelupas. Mak sapukan losyen agar kulit aku sentiasa lembap.

"Long, lambat lagi ke tok guru tu balik? Mak tengok kakak makin teruk. Dah berapa orang ustaz dan bomoh kita panggil ni. Upah mahal mahal tapi sama je keadaan kakak", tanya mak menyatakan kebimbangannya tentang aku. Mak dan along berjemaah sebelum subuh. Kadangkala kak Zah dan angah pun ikut serta. Along mengingatkan aku supaya sentiasa berzikir walaupun dia tahu betapa liatnya aku. Mak atau kak Zah bergilir membantu aku berwudhu untuk solat.

Angah makin kerap pulang melihat aku dan membawa stok keperluan. Pada angah juga aku berikan kad ATM untuk dia menguruskan bil bulanan dan pembiayaan rumah. Sementara aku masih berdaya dan waras. Aku bimbang juga jika keadaan semakin teruk.

"Mak, malam ni guru ustaz Fuad datang", ujar along sebaik balik dari sekolah. Kemudian dijengah padaku yang terbaring di dalam bilik. Dalam hatiku penuh harapan, penyakit misteri ini boleh disembuh.

Lewat jam sepuluh, terdengar ada suara memberi salam. Aku memasang telinga. Ada tiga suara lelaki selain suara along. Mak masuk ke dalam bilik bagi memastikan auratku terjaga.

Seorang lelaki sebaya mak memakai baju kurta putih, bersongkok dan berseluar slack berdiri di depan pintu bilik. Sehelai kain pelikat yang terletak di bahunya ditarik dan dilibas sambil mulut membaca sesuatu. "Pergi. Kan sudah dibuang, datang lagi kenapa?", ujarnya kemarahan.

Dia dan seorang kawannya yang memakai sepasang baju melayu turut ada sehelai kain di bahu mendekati aku  yang terbaring. Telapak tangannya dirapatkan tanpa bersentuh dari kepalaku terus ke badan dan berakhir di kepala. Dia merenungku.

"Dalamanmu kosong terlalu lama. Usah alpa dengan urusan duniawi. Allah sering mengujimu namun kamu tetap sama. Tak kembali padanya", kata kawannya yang berbaju melayu itu.

Emosi aku bergelora ketika dia berkata begitu. Mulutku ringan untuk membalas tapi ibaratnya terkunci. Mata aku merah menahan geram melihat mulut lelaki terkumat kamit mengelilingi katilku.

"Kakak", panggil mak mungkin mak dapat rasakan perubahan air mukaku. Mak kelihatan terkejut bila aku menoleh padanya. Terus mak memandang lelaki tadi.

"Ustaz!". Suara mak terdengar gementar. Lelaki berkurta sekadar mengangkat telapak tangannya menahan mak dari terus berkata kata.

Suara kucing di tepi tingkap semakin kuat kedengaran. Bukannya aku tak bisa mendengar bunyi kucing mengiau selama aku terlantar tapi kali ini seolah menarik aku supaya bangun dan lihat walhal tubuhlu keras dan kaku.

"Ha.. nak kemana? Kamu tak boleh bergerak pun", kata lelaki berbaju melayu dengan bengisnya.

"Kucing", kataku sayu. Aku nak sangat tengok kucing yang berbunyi tu. Aku nak belai.

"Kamu rindu si hitam yang ada di rumah tu ye? Dia ada di luar ya?". Aku mengangguk laju.

"Aku nak tangkap dan buang kucing tu".

"Jangan la", rayuku teresak seperti anak kecil.

Lelaki tadi tersenyum sinis. "Kenapa kamu berikan kucing hitam ni pada dia?".

"Bukan untuk dia. Ianya warisan milik keluarga untuk anakku".

"Tapi kucing ini mengganggu dia sedangkan dia cuma menantumu. Aku rasa anak kau tak tau tentang kucing ini kan?".

"Ya, ianya warisan turun temurun. Aku tak suka perempuan ni".

"Kenapa?"

"Dia pembawa sial. Keluarganya juga menyusahkan keluargaku", kataku garang dan kasar. Mataku meliar memandang keadaan dalam bilik kemudian tertumpu pada mak yang tertunduk memandang lantai.

"Dia tak suka kucing hitam ini. Katanya mengganggu hidup dia suami isteri. Jadi aku akan buang".

"Jangan!!". Aku mendengus kemarahan.

Lelaki tersebut melibas kakiku dengan kain pelikat yang sememangnya ada di tangannya. Aku menjerit terasa seolah disebat dengan cemeti berkali kali.

"Ambil semula kucing tu!", kerah lelaki itu. Seketika suasana menjadi hening. Tiada lagi bunyi ngiauan kucing.

"Ada pokok kelapa mawar di belakang dan depan rumah ye?". Lembut tutur lelaki yang mak panggil ustaz setelah nafasku kembali tenang. Aku mengangguk tapi masih sedikit lali.

"Siapa tanam?"

"Tak tau. Selalunya yang menanam pokok ni bonda. Mak mentua saya", jawabku tenang tak seperti tadi. Aku baru perasan mak mula memandangku kembali. Pandangan mak agak takut takut.

"Kenapa ustaz?", soal mak.

"Ada barang ditanam bagi menjaga kawasan rumah itu. Tinggal di kawasan orang ada ada ni". Aku sekadar menunduk. Segan bila orang kata begitu.

"Ada yang mengganggu kamu semasa di rumah?". Aku mengangguk dengan soalan itu.

"Eh ustaz, bukan ke penjaga selalunya tunjukkan diri pada orang berniat jahat?", soal mak.

"Selalunya begitulah. Pada orang yang tak digemari oleh tuan pun, sama juga", ujar ustaz menundukkan pandangannya sambil jari jemarinya bergerak seperti berzikir. Begitu juga kawan ustaz, setelah dia melibasku, dia duduk seperti bermeditasi. Ustaz Fuad pun begitu juga.

"Tak guna punya jantan. Tak suka tapi kawin dengan anak aku", luah mak kegeraman.

"Suami di mana?", tanya ustaz.

"Dah bernikah baru. Tengah honeymoon kot. Langsung tak call atau mesej si Nura ni", jawab mak bersahaja. Hatiku terluka bila mak cakap begitu. Aku perasan ustaz memandang wajahku dengan penuh makna.

"Ni tak boleh bergerak kenapa pula ustaz?", soal along yang dari tadi mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu dan berdiri di muka pintu bilik.

"Yang ni saya tak mampu ubatkan. Muhammad Amin boleh kot?", balas ustaz menepuk paha teman sebelahnya.

"Insya Allah saya cuba. Tapi ni lama bang. Tak cukup sepuluh minit. Saya perlu bersolat hajat dengan jemaah 40 orang. Kemudian kami akan baca al-Quran hingga khatam setiap malam. Ada beberapa perkara lain yang kami akan lakukan. Tempoh pengubatan terpulang pada kekuatan ilmu hitam yang dikenakan pada adik ni. Selalunya maksimum yang pernah saya buat sebulan. Ada juga yang lebih pendek tempohnya".

"Di mana tu ustaz Amin?", tanya along.

"Jangan panggil saya ustaz. Ilmu agama saya tak tinggi. Saya akan buat di pondok tahfiz milik ustaz di kampung. Tempat saya belajar sekarang", jawabnya sopan. Berbeza dengan awal tadi, bengis.

"Amin ni mualaf. Dia dulu sami Buddha. Saya dan ayahnya dah lama bersahabat dari kecil dulu. Jadi Amin ni dah macam anak. Alhamdullillah, dia peroleh hidayah baru baru ni. Banyak kes kes berkaitan ilmu hitam dia selesaikan".

"Nura ni kenapa tiba tiba jadi macam ni?", tanya mak.

Amin menarik nafas dalam sebelum dilepaskan kemudian memandang aku.

"Jawab dengan jujur ya"

"Ada tak pakaian awak dan suami hilang dari simpanan?"

"Tak"

"Yang tiada dalam simpanan selepas dicuci?"

"Hari tu saya bermalam di rumah mentua.  Pakaian kami mentua basuhkan dan simpan di bilik suami".

"Hubungan badan dengan suami macam mana?"

Aku menggeleng. Nak jawab pun malu.

"Kebelakangan ni tak teringin. Sesekali je. Selalunya bukan di rumah"

"Kat rumah, sering bertengkar ya ?". Aku mengangguk

"Ustaz, tadi makcik nampak muka Nura ni macam...." mak terhenti dan menoleh padaku seolah memastikan sesuatu.

"Macam mayat?"
Bulat mataku dengan kata kata Amin. Mak mengangguk perlahan. Patut la mak macam takut takut tadi.

"Macam ni makcik. Ada barang milik anak makcik ni telah ditanam di tanah kubur. Ibaratnya anak makcik sudah mati. Jadi paras rupanya memang seperti orang mati. Kerana itu suaminya sering tak berahi melihat. Pendek kata, anak makcik dan menantu sudah diberi sihir pemisah. Sudah lama. Tapi alhamdullillah rumahtangga masih bertahan hingga sekarang", terang Amin.

"Siapa yang buat ni? Apa lagi dia buat?", soal mak mula menyinga.

"Siapa yang buat tu, bukan hak saya untuk beritahu. Cuma nanti kita tunggu saja satu saat pasti akan ada khabar atau dia sendiri datang menemui keluarga makcik", kata ustaz lembut cuba menenangkan hati mak yang mula membara.

"Ustaz, boleh tak kita pulangkan?". Aku tau darjah kemarahan mak semakin meninggi. Siapa saja yang tidak jika anak disihir sebegini.

"Mak. Jangan la. Kakak sihat pun dah alhamdullillah", pujukku.

"Mak bukan pe kak. Bagi pengajaran kat dia. Jangan senang senang nak sihirkan orang. Kau tu dah macam bangkai bernyawa", luah mak penuh kecewa. Ustaz dan Amin sekadar tersenyum.

"Makcik, jika berdendam maka sama saja makcik dengan dia. Tiada beza. Biar Allah yang tentukan apa balasan untuk dia". Mak terdiam dan memandang aku. Aku bersetuju dengan kata kata ustaz. Mereka bertiga bangun ingin pulang.

Amin datang mendekatiku.

"Adik, jangan putus wudhu ya. Sementara begini, qadha semula solat yang ditinggalkan. Buat solat taubat setiap hari. Banyakkan selawat dan solat sunat yang lain. Sedekahkan sama buat suami adik. Hatinya tak tenang. Doakan yang baik baik buat dia. Saya akan bantu kamu berdua".

Share this novel

thalia efe
2020-02-26 16:11:39 

ha?masa sih mirip?engga deh @Lala Black

panda starbucks
2020-02-26 16:06:40 

iya sama aku juga gk begitu mengerti @Honda Scoopy95

Honda Scoopy95
2020-02-26 16:00:10 

aku gk begitu mengerti bahasanya, ini bahasa apa yah?


NovelPlus Premium

The best ads free experience