SCENE 9

Drama Completed 7675

Nediya berjalan menuju ke kantin hospital yang berdekatan dengan unit ICU. Dari petang tadi lagi dia tidak menjamah makanan kerana tiada selera memikirkan keadaan ibunya. Sekarang ini, dia sudah pun cuba belajar muhasabah diri akan kesemua benda yang dia telah buat kepada ibunya dan juga Laila. Hatinya bertekad untuk cuba melupakan Khalif secara perlahan-lahan walaupun agak sukar.

Selesai sahaja dia makan di kantin berkenaan, dia terus ke unit kecemasan dimana emaknya sedang dirawat sekarang. Telefonnya sekali lagi berdering memaparkan nama Khalif di skrin telefon. Nediya sengaja putuskan talian kerana dia berharap Khalif menghormati keputusannya untuk memutuskan hubungan mereka itu.

Dia tahu bahawa Khalif pasti akan mencari punca dia membuat keputusan itu secara mendadak tetapi apa pun yang berlaku, dia semakin yakin bahawa dia tidak patut menjadi perantara hubungan Khalif dan Laila. Walaubagaimanapun mereka berdua masih lagi suami isteri. Bukan itu sahaja, luka hati anak-anak mereka juga dapat dirasai oleh Nediya sekiranya bapanya memilih untuk berkahwin dengannya.

Nediya terus berjalan ke unit kecemasan itu. Setibanya dia di katil ibunya, hatinya berasa lega melihat emaknya sudah pun sedar. Dia terus berlari untuk mendapatkan emaknya. Mak cik Khadijah melihat gelagat anaknya itu. "Mak, Dhia minta ampun atas semua kesalahan yang Dhia dah buat dekat mak. Ampunkan Dhia sebab tiada di sisi mak masa mak jatuh." Nediya berkata sambil menggenggam erat kedua tangan ibunya itu. Air matanya turut mengalir.

Mak cik Khadijah lantas berkata dengan nada yang perlahan, kedengaran samar-samar sahaja. " Mak ampunkan Dhia. Mak tahu, Dhia anak yang baik. Ni semua salah mak kerana tidak mendidik Dhia dengan baik sebelum ni." Nediya menguncup tangan ibunya sambil memeluk emaknya yang sedang terlantar itu.

"Dhia janji, Dhia akan dengar kata-kata mak. Dhia akan jaga mak dengan baik selepas ni." Nediya tidak dapat menahan rasa sebaknya itu. Dia berharap emaknya memaafkan segala dosanya itu terhadapnya. Mak cik Khadijah terus menguncup dahi anaknya itu. Dalam hatinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukurnya hati seorang ibu apabila doanya siang dan malam untuk melihat anaknya berubah akhirnya termakbul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience