“okay! Semua dah siap?”
“dah!”
“baiklah! Siapa volunteer nak ke depan? Kalau taknak biar cikgu panggil nama..”
Pantas Una mengangkat tangan.
“yes, Husna? Nak jadi volunteer ke?”
“eh! Bukan sayaa! Tapi Aileen!”
Mata Aileen membulat.
“woi! Apa kau ni!”
Kesemua mata memandang Aileen.
“cikgu! Aileen punya best! Macam dalam novel gitu!”
Aileen meraup wajahnya. Kurang asam betul punya kawan!
“yeke? Hah! Aileen! Cepat ke depan! Saya tak sabar nak dengar..”
Aileen mengeluh lalu dia bangun dan berjalan ke depan kelas.
“hai.. semua…”
“haiiii!!!”
Aileen mengeluh lagi.
“Huraikan tentang seseorang yang anda sukai. Seseorang yang saya sukai ialah lelaki…” Kesemua rakannya ketawa dengan jawapan Aileen termasuk cikgu. “come on.. aku dah habis cakap lagi kot…”
“okay.. okay.. teruskan Aileen…”
Aileen menarik nafas lalu dilepaskan. “Seseorang yang saya sukai ialah lelaki. Dia seorang lelaki yang baik kerana sepanjang saya kenal dia, dia tak pernah mencarut. Kalau ada pun, dia cuma cakap ‘pondan’ je.” Kedengaran satu kelas ketawa dengan huraian Aileen. Aileen hanya mengendahkan dan menyambung kembali menghuraikan.
“Dia juga seorang yang disenangi oleh orang, termasuk cikgu dan dia juga seorang yang ramai peminat dan sudah semestinya kacak lagi bergaya.” Lagi sekali ketawa rakan kelasnya pecah.
“akhir sekali, dia dah berjaya buat saya sedar tentang sesuatu dan saya juga……. Sukakan dia…”
“omg! Ni confession ! omg, Aileen.. lelaki tu ada dalam kelas ni ke?”
Aileen mengangguk.
Kesemua di dalam kelas terkejut beruk lagi-lagi Nazeem.
“siapa Leen?!!”
“Leen! Aku ke orang tu?!”
“Leen! Siapa doh!”
“bapak berani confess depan kelas, fuh!!”
Aileen memandang cikgunya. “boleh saya cakap siapa orang tu, cikgu?”
Cikgu sivik Aileen ketawa kecil lalu dia mengangguk. Aileen tersenyum kecil.
“Nazeem.”
Nazeem terkejut lalu Nazeem memandang Aileen yang membuat wajah selamba tersebut. Serius dua kembar ni takde beza, memang tak malu langsung!
“OMG!!!!!!!”
“NAZEEM! AILEEN SUKA KAU!!!!!!!”
“Nazeem cepat la kasi feedback!!”
Nazeem terpinga-pinga.
“hah.. oh..”
***
Sebaik sahaja kelas sivik tamat, Aileen memandang Nazeem sambil mencebik. Nazeem pula membuat wajah blur.
“er.. aku gi tandas jap..”
“okay..”
Sebaik sahaja Nazeem keluar daripada tandas dia dikejutkan oleh Aileen.
“ ‘hah.. oh..’ je..?”
“opocot!” Nazeem memandang Aileen. “Leen.. kau ni! Terkejut aku..”
“eleh.. hm, dah la..”
“Leen..”
Aileen berhenti lalu dia memandang Nazeem.
“apa?”
“betul ke?”
“apa betul?”
“kau suka aku..?”
“hmmmm…” Aileen mengangguk.
Nazeem tersengih.
“ke betul ni?!”
“ke betul ni…?”
“eh..! betul ke ni?!!”
Aileen ketawa suka.
“betul la, pondan… dalam geng kita siapa yang selalu kata ‘pondan’ kalau bukan kau…”
Nazeem tersengih lagi sekali.
“thankyou.. Aileen…”
“you’re welcome… dah jom masuk kelas…”
“jom!”
“nanti aku nak bagitahu ibu kau tau pasal kita..”
“apa?!”
“apa?!”
“apa kau cakap?!”
“aku cakap apa?!”
“ish! Kau cakap kau nak bagitahu ibu aku pasal kita!”
“apa salahnya..”
“ergh! Annoying!”
Nazeem ketawa suka.
-TAMAT-
Share this novel