Bab 103

Romance Completed 207871

Dua minggu sudah berlalu dan alahan yang Caden alami sudah tiada, cuma kadang-kadang bila datang mengidamnya, kalut juga Kak Sal nak masak dan abang Budin nak cari bahan. Ada satu hari tu, Caden teringin makan siput sedut masak lemak. Puas abang Budin mencari, mujurlah hari berkenaan ada pasar tani dan siput dijual di situ. Kalau tidak..

Intan pula tiada masalah, morning sickness tidak teruk cuma rasa mual bila menggosok gigi di waktu pagi. Selain dari itu tiada masalah. Makan? hm.. makan kalau tak bertambah, bukan Intan namanya. Badan macam dah dipam-pam tapi Caden suka, katanya macam giant teddy bear, puas peluk sebab penuh. Lepas bersalin jenuh pulak nak work-out untuk fit semula..

Hari ni Caden dan Intan mahu keluar membeli barang-barang keperluan baby. Kalau ikut pada jangkaan doktor mungkin lepas raya, tidak sampai tiga bulan lagi due date bersalin. Jadi rasanya, sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk membeli barang-barang tersebut. Lihat pada keterujaan Intan membuatkan Caden senang hati.

"Sayang dah siap?" soal Caden pada Intan.

"Dah abang. Jom lah. Tak sabar nak shopping barang baby" balas Intan yang baru keluar dari wardrobe.

"Cantiknya isteri abang" puji Caden sambil tersenyum memandang Intan yang sedang melangkah ke arahnya.

"Dah gemuk macam ni cantik lagi ke?" soal Intan sebaik berdiri di hadapan Caden.

"Of course sayang, tambah lagi dengan adanya tanda cinta kita" balas Caden sambil mengusap perut Intan yang sudah besar dan ditarik Intan dalam pelukannya.

"Ala.. tak boleh nak peluk rapat, sangkut perut" kata Intan sambil ketawa. Caden yang mendengar juga turut ketawa.

"It's okay, nanti dah bersalin, dah kurus, kita peluk rapat-rapat" kata Caden sambil kenyit mata kanannya pada Intan. Dah macam orang gatal..

Hm.. buat dah perangai dia yang satu ni.. pantang diusik.

"Lepas bersalin, sayang sibuk peluk baby je.." sakat Intan lalu menarik lengan Caden untuk keluar dari bilik tapi tak bergerak tubuh itu, masih keras di situ. Intan memandang wajah Caden, mak oi, apa masam sangat ni.

"Abang, kenapa ni?" soal Intan tidak faham.

"Betul ke lepas bersalin sayang tak nak peluk abang?" soal Caden dengan wajah serius. Terkebil-kebil mata Intan mendengar pertanyaan Caden.

"Abang.. Of course not. Sayang gurau je la. Kenapa serius sangat ni?" soal Intan sambil mengusap lembut wajah Caden di hadapannya.

"I'm worried, you not interested of me anymore" balas Caden dengan wajah muram. Intan sudah terkekeh ketawa.

"Abang, are you kidding me. Oh my!.. takkan lah sayang nak buat macam tu" kata Intan yang masih lagi dengan tawa. Tiba-tiba tawa Intan berhenti dan Intan memandang tepat wajah Caden.

"Don't tell me you got jealous of our baby!" kata Intan tidak percaya. Caden di hadapannya sudah tertoleh wajahnya ke sisi. Memerah telinga. Adoi.. tergeleng sambil ketawa Intan dengan ulah Caden.

"Don't laugh.." kata Caden perlahan. Intan yang mendengar terus menarik wajah Caden menghampirinya dan bibir itu dipaut perlahan hingga Caden turut membalas dengan asyik.

"Abang jangan fikir bukan-bukan. Takkan sayang nak buat macam tu pula. Hurm.. don't ever you think like that again, okay.." balas Intan sambil memaut lengan Caden dan disandar pada bahu itu.

Intan dan Caden melangkah turun dari tangga dan terus ke pintu utama. Waktu itu Kak Sal baru balik dari pasar bersama abang Budin.

"Amboi.. cantiknya Puan. Seri orang mengandung" tegur Kak Sal, abang Budin di sebelah sudah tersenyum.

"Pandai la Kak Sal ni. Lupa nak bagitau, hari ni Kak Sal tak payah masak banyak ye, masak untuk Kak Sal dan abang Budin je, saya dan Caden makan di luar. Cuma masak untuk makan malam je" kata Intan pada Kak Sal.

"Baik Puan. Er.. Tuan ada nak makan apa-apa tak?" soal Kak Sal pada Caden.

Caden dah berdeham. Segan ditanya begitu, dah macam dia pula yang mengandung. Rasanya sejak alahan nya kurang, makan makin bertambah. Berat badan pun rasa dah naik. Ah.. kena melawat bilik gym ni.

"Tak ada. It's okay. Kak Sal masak je apa-apa. Er.. kalau ada ikan belanak masin, Kak Sal gorengkan ya" balas Caden. Tak cakap nanti, teringat-ingat pulak..

"Oh, ada Kak Sal dah beli tadi" balas Kak Sal.

"Okaylah Kak Sal. Kitaorang gerak dulu ya" kata Intan pada Kak Sal. Abang Budin sejak tadi lagi sudah menghilang ke belakang rumah, ada la tu kerja nak dibuatnya.

"Ye la, hati-hati Puan, Tuan" kata Kak Sal. Intan dan Caden hanya mengangguk lalu kaki melangkah ke pintu utama dan sebaik keluar, Fahmi telah pun bersedia di sisi kereta.

"Tuan, Puan" tegur Fahmi lalu membukakan pintu pada Caden tapi sebelum dia masuk, pintu penumpang belakang sebelah kiri dibukakan untuk Intan masuk. Setelah membantu Intan barulah Caden bergerak ke sebelah kanan kereta dan melolos masuk lalu pintu ditutup Fahmi. Tidak lama kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

+++

Intan tidak cukup tangan membeli barang baby, katanya semua cantik. Ikutlah sayang.. tapi jangan sampai lebih-lebih sangat sudah.. Puas Caden dan Fahmi mengikut Intan shopping. Mujurlah Fahmi turut sama, jika tidak jenuh Caden nak membawa barang yang diborong Intan.

"Caden" tegur satu suara. Caden yang sedang memegang botol susu baby di rak terus menoleh ke belakang.

"Eh, Tuan Aniq. Shopping juga ke?" soal Caden lalu menghulur tangan dan bersalam.

"Haah, katanya barang yang dibeli sebelum ni tak cukup." kata Aniq sambil memandang Yus di sisi.

"Abang.. mana ada" balas Yus sambil tersenyum pada Caden.

"Intan tak datang sekali ke?" soal Yus sambil memandang pada sisi Caden.

"Ada, tu ada sana. Penuh tangan nak bawa" kata Caden sambil menunjukkan di mana Intan berada.

"Oh.. tak perasan. Saya ke sana dulu la" kata Yus.

"Boleh sayang ke sana?" soal Yus pada Aniq.

"Okay sayang, be careful" balas Aniq sambil melepaskan genggaman jemari Yus.

"Bila due?" soal Caden pada Aniq.

"Tak lama dah. Kata doktor hujung bulan atau awal bulan" balas Aniq dengan wajah ceria.

"Oh, that's mean, awal puasa la?" soal Caden. Bestnya, dapat beraya dengan orang baru. Aniq mengangguk. Dapat dilihat aura bahagia di wajah itu.

"Intan bila pula?" soal Aniq pada Caden yang dari tadi mata tidak lepas-lepas memandang Intan dari jauh.

"Dalam dua bulan lebih" balas Caden.

"Thanks" kata Caden sepatah. Aniq yang mendengar dah sudah tidak faham.

"Tuan banyak membantu saya, tak terbalas budi saya pada Tuan" kata Caden sambil memandang Aniq.

"It's okay. Kalau awak jadi saya, awak pun akan buat perkara yang sama" balas Caden sambil menepuk perlahan bahu Caden.

Tidak lama datang dua wanita cantik yang mempunyai aura dan kekuatan masing-masing dalam memperjuangkan kebahagian bersama orang yang mereka sayang dan cinta.

"Tuan Aniq" sapa Intan pada Aniq. Aniq angguk dan senyum.

"Dah puas shopping?" soal Aniq pada Yus. Memuncung bibir Yus bila ditanya begitu.

"Belum, ada lagi yang tak cukup" balas Yus sambil beg barang yang dibeli tadi diserahkan pada Aniq.

"You see Caden" kata Aniq pada Caden.

"Same here" balas Caden pula dan akhirnya tertawa mereka semua.

"Tuan, Puan. Saya dan Caden gerak dulu." kata Intan pada Aniq dan Yus sebaik keluar dari kedai barangan bayi itu.

"Ya.. there is more to buy" usik Caden.

"Hey!" marah Intan sambil menepuk lengan Caden. Ketawa Caden dapat mengenakan Intan.

"Okay, jumpa lagi" balas Aniq pula sambil salam dihulur. Manakala Intan dan Yus pula salam cara perempuan, laga pipi.. apa lagi..

+++

"Puan, hari ni nak berbuka apa?" soal Kak Sal pada Intan yang sedang berehat di ruang tamu. Semenjak kandungan Intan yang sudah sarat, Intan telah mohon cuti rehat separuh gaji hingga bersalin dan sekarang sudah seminggu Intan bercuti dan berehat di rumah.

"Kak Sal tanya macam tu segan saya, macam saya puasa pulak" balas Intan.

"Eh.. bukan macam tu. Mana tau kalau Puan ada rasa nak makan apa-apa atau nak abang Budin belikan apa-apa di bazar ramadhan. Boleh Kak Sal masak." kata Kak Sal yang berdiri di sisinya.

"Saya cuma teringin nak makan bubur pulut hitam yang macam Kak Sal buat sebelum ni, sedap sangat" kata Intan.

"Boleh. Nanti Kak Sal masakkan" kata Kak Sal lalu berlalu meninggalkan Intan di ruang tamu.

"Assalamualaikum" dengar suara Caden memberi salam.

"Waalaikumsalam abang" balas Intan lalu bangun dan perlahan berjalan menuju ke arah Caden.

"Hey.. tak payah la datang sini. Risau la abang tengok sayang" kata Caden lalu memaut bahu Intan.

"Tak ada apalah.." balas Intan lalu mengekori Caden ke arah lift. Semenjak kandungan Intan sudah membesar, Caden sudah tidak benarkan Intan menggunakan tangga untuk naik ke tingkat atas, risau takut Intan terjatuh. Kalau sebelum ini, memang lift tu buat pameran sahaja sebab tiada yang guna tapi sekarang tidak lagi. Caden memang tidak benarkan Intan memijak walau satu anak tangga.

Caden memimpin Intan dari masuk lift hingga masuk ke bilik tidur dan dudukkan Intan di birai katil.

"Hari ni anak daddy aktif tak?" soal Caden lalu meletakkan telinganya pada perut Intan yang sudah besar itu.

"Hari ni aktif sangat, dah tak sabar nak jumpa mummy dengan daddy agaknya" kata Intan.

"Ye ke.. apa khabar anak daddy, jangan nakal-nakal sangat tau, kesian mummy penat" kata Caden lalu melabuhkan cium pada perut Intan dan tanpa diduga ada gerakan dari sikecil.

"Eh.. anak daddy.." kata Caden teruja.

"Abang, nak tengok tak gambar baby Tuan Aniq, comel. Tapi sayang tak sempat nak melawat hari tu" kata Intan lalu menyerahkan telefon pada Caden.

"Nanti-nanti pun boleh. Bukan abang tak nak benarkan sayang pergi tapi sayang dah nak sampai due" kata Caden lalu melabuhkan duduk di sisi Intan.

"Okay, sayang faham. Sayang cuma nak tunjuk gambar baby boy ni je. Tak sabar nak tunggu anak kita lahir" kata Intan lalu mengusap perutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience