TH2 - 2

Drama Series 113650

Bismillahirrahmanirrahim...

—Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.” (sumber petikan dipetik dari encik google tentang rahsia perniagaan Rasullullah SAW).

"Itu pasai cheq habaq kat hang. Lain kali kalau nak pi... eh, Tuan Harraz! Assalamualaikum!" sapa Jeff saat melihat bayangan majikannya sudah muncul di pejabat tersebut. Dia yang sedang berbual dengan Han tadi segera berdiri tegak dan merapikan sedikit pakaian. Harraz yang baru tiba tersenyum mesra ke arahnya dan juga Han yang turut berdiri menyapanya.

"Waalaikumussalam. Amboi Jeff, awal-awal pagi lagi dah riuh ni. Ada apa?" soal Harraz bersahaja. Jeffri tersengih sambil menggosok belakang tengkuknya. Harraz masih tersenyum sambil menjongket keningnya. Dia menoleh ke arah Han pula.

"Tak ada apa sangat pun, Tuan. Biasalah si Jeff ni kalau tak riuh pagi-pagi bukan dia. Dulu Kak Ida. Ha sekarang dialah pula ganti tempat Kak Ida ni," Han menjeling ke arah Jeffri, membuatkan pemuda itu perasan akan jelingan dan perliannya.

"Eh hang baik-baik sikit, na? Satgi kalau cheq taboh baru tau!" Jeffri menyising lengannya namun segera dihentikan oleh Harraz. Aduhai, nak bergusti pula anak-anak buahnya ni.

"Dah-dah. Jangan nak bergaduh pula kat sini. Kang kejap lagi saya yang bagi penaboh penampar semua sekali," tegur Harraz membuatkan Jeffri dan Han tertunduk sedikit. Setelah itu, Jeffri perlahan-lahan meminta izin untuk kembali ke tempat kerjanya. Risau pula kalau dia berlama lagi disitu. Bukan risau apa, risau kena fired dengan Tuan Harraz!

Jangan ingat dia dah berubah sekarang ni, tak semestinya dia tak jadi macam dulu. Tegas itu bagaikan tertampal kuat pada diri Harraz.

"Han, hari ni ada apa-apa meeting or appointment dari klien?" tanya Harraz sambil menyeluk saku seluarnya apabila telefonnya bergetar menandakan ada satu notifikasi masuk. Han menyuruhnya untuk tunggu sebentar bagi melihat senarai 'to do list' di aplikasi Memo untuk Harraz. Sebagai seorang pembantu peribadi majikannya, segala maklumat informasi, perjumpaan dan mesyuarat dengan pelanggan harus diambil tahu dan dicatat untuk diberitahu kepada majikan nanti.

"Ermm ada. Dengan Encik Khairil," jawab Han dengan matanya masih tertumpu pada memo yang ditaip olehnya. Harraz berhenti menatap telefonnya. Terkebil-kebil biji matanya saat mendengar nama klien yang disebut oleh Han.

"Encik Khairil?"

"Ya. Encik Khairil," jawab Han pendek.

Kepala Harraz terteleng sedikit. Dahinya berkerut hairan. "Ada ke saya buat appointment dengan dia?" soal Harraz membuatkan Han pula yang mengerutkan dahi pelik. Dia tersengih sedikit.

"Aik, bukan Tuan ke yang letak tarikh untuk appointment dengan dia?" tanya Han semula menambahkan lagi kerutan di dahi Harraz. Ha sudah, dua-dua berkerut dahi. Sebelah tangan Harraz mencekak pinggang. Bibirnya terjuih cuba mengingat kembali bila masakah dia meletakkan tarikh tersebut.

"Bila ya?"

"Minggu lepas. Saya ada bagitahu Tuan tapi... masa tu Tuan macam kurang fokus sebab... tengah bercakap dengan handphone... lepas tu Tuan kata letak je tarikh yang Tuan lapang sikit. So...," Han menjedakan kata-katanya. Dia mengemam bibir dan melarikan pandangan ke arah lain. Risau jikalau majikannya itu tiba-tiba mengamuk kerana sesuka hatinya saja tetapkan tarikh tanpa berbincang terlebih dahulu.

Harraz terdiam seketika. Tak lama kemudian, dia tiba-tiba menampar meja kerja Han dengan kuat, membuatkan pemuda di hadapannya itu terkejut dan menikus sedikit.

"Oh haahlah. Ada ada ada. Ada awak bagitahu saya. Tapi masa tu saya tak berapa dengar sebab tengah cakap dengan Dato' Bakri," beritahu Harraz sambil menggoyangkan jari telunjuknya apabila sudah mengingat semula. Han tergelak kekok dan menarik nafas lega. Disangkakan Harraz nak pelangkung dialah tadi.

"Okay tak apa. Thanks, Han. Eh, tapi pukul berapa ya?" soal Harraz lagi. Han menunduk melihat buku notanya kemudian mengangkat wajah kembali.

"Pukul 11:00 pagi, Tuan."

"Okay baik. Kalau dia dah sampai nanti inform saya, ya? Sambung kerja awak." balas Harraz kemudian menepuk sedikit bahu Han dan terus berlalu masuk ke dalam bilik pejabatnya. Han mengangguk kecil dan kembali duduk di kerusi menyambung semula kerjanya.


Tepat jam 11:00 pagi, yang disebut-sebutkan pagi tadi tiba di syarikat pemaju termahsyur di kota bandaraya Kuala Lumpur tersebut. Dia menapak masuk ke dalam lif apabila diberitahu bahawa hari ini dia ada temu janji bersama Ketua Pegawai di syarikat ini di kaunter pertanyaan lobi syarikat tersebut.

Dia melangkah keluar apabila tiba di tingkat yang ditujui. Dia tersenyum mesra apabila beberapa orang pekerja yang berada di bahagian tersebut bertembung dengannya. Lebih-lebih lagi yang bernama wanita. Terus naik tangannya menyebak rambut ke belakang. Menunjukkan betapa berkilat dan licin dahinya tanpa sebarang jerawat.

"Eh, siapa tu?"

"Entahlah. Staf baru kot."

"Seriuslah staf baru. Macam gitu hensemnya. Awh, melting I!"

Tergaris senyuman bangga dibibirnya pabila mendengar bisikan-bisikan halus daripada para pekerja wanita yang mula menggeletis di situ. Langkahnya dihentikan tatkala tiba di satu ruangan yang agak sepi dan hanya seorang saja pekerja disitu. Dia menghampiri ke arah meja yang menempatkan seorang pekerja lelaki yang sedang fokus melakukan kerjanya.

"Excuse me," sapanya membuatkan Han terus mendongak ke arahnya.

"Ya, Encik?"

"I'm Mr. Khairil. Ada buat appointment dengan CEO hari ni."

Han tersentak sambil tersenyum sedikit. "Oh, Encik Khairil. Dah sampai rupanya. Sekejap ya, saya nak bagitahu dengan Tuan," pintanya lalu bangun dan melangkah ke pintu bilik pejabat Harraz. Khairil sekadar mengangguk kecil dan berdiri menunggu di situ. Sempat matanya meliarkan memerhatikan isi ruang pejabat tersebut.

"Encik Khairil," panggil Han yang sedang melangkah ke arahnya. Khairil menoleh.

"Silakan masuk," sambung Han kemudian tersenyum nipis kepadanya. Khairil turut membalas senyumannya tipis lalu mengangguk kecil. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Harraz.

"Have a sit, Encik Khairil," jemput Harraz kemudian membetulkan sedikit postur duduknya supaya tampak lebih professional. Khairil yang masih tersenyum itu menarik perlahan kerusi dan melabuh punggung di hadapan Harraz.

"First of all, panggil Khai je. Tak perlulah berencik Khairil bagai. Bukannya saya berpangkat macam Tuan Harraz ni," kata Khairil mesra. Harraz tergelak kecil sambil menggaru sedikit keningnya terasa gatal.

"Bukan apa, yelah Encik Khairil ni klien saya. Apa-apa pun saya kenalah beri layanan yang sama rata macam klien saya yang lain juga," balas Harraz.

"Tak apa, Tuan. Anggap je kita berdua ni macam dah lama kenal. Habis cerita," sekali lagi Khairil tersenyum. Akhirnya Harraz mengangguk setuju.

"So, ada hajat apa yang Khai datang hari ni?" soal Harraz tanpa berbasa basi lagi. Khairil terangguk sedikit apabila teringat semula niatnya bertandang ke mari hari ini. Sebuah dokumen nipis dari beg bimbit yang dibawanya diletakkan di atas meja Harraz.

"Macam ni, Tuan Harraz. Saya tengok projek yang Tuan jalankan sebelum ni dan dulu-dulu punya semuanya berjalan lancar dan berjaya disiapkan. Jadi, saya yang dibawah syarikat tak berapa nak besar ni adalah satu hajat besar sikit. Saya ingat nak ajak Tuan untuk bergabung bersama. Senang cerita, saya nak Tuan jadi rakan niaga saya," jelas Khairil panjang lebar.

Dokumen nipis di atas meja itu ditepuk perlahan. Khairil menatap tepat pada sepasang mata helang yang sedang tersenyum kecil itu. Terherot sedikit bibirnya pabila melihat wajah kacak maskulin di hadapannya itu.

"Dalam dokumen ni ada kriteria dan juga tawaran yang menarik untuk Tuan. Tengoklah dulu. Whatever your decision, I accept it," tutur Khairil lagi, menolak perlahan dokumen nipis tersebut dekat pada Harraz.

Harraz menurunkan pandangannya sekilas ke arah dokumen tersebut sebelum naik menatap Khairil semula. Perlahan-lahan dia mengambil dokumen tersebut dan dibuka. Satu per satu helaian di dalam dokumen tersebut diselak. Khairil tersenyum senget apabila nampak dari biji mata lelaki di hadapannya itu membesar sedikit.

"So, what's your answer?" tanya Khairil tersenyum mesra pada CEO di hadapannya itu. Harraz menoleh ke arahnya. Bibirnya membentuk senyuman sinis.

"My answer is..."

Bersambung...

Share this novel

ilahnrl
2021-05-30 00:38:06 

awal2 bab pon dh best..


NovelPlus Premium

The best ads free experience