Chapter 67

Romance Completed 35261

“Kau setuju dengan rancangan aku?” Datin Mariam bertanya kepada Wahidah Tiara selepas menerangkan rancangannya kepada Sara dan Wahidah Tiara.

“Bukan calang-calang orangnya dia ni. Aku pun tak erti nak fikir macam dia.” gumam Sara dalam hatinya. Dia sendiri kagum dengan plan Datin Mariam. Semuanya perfect!

Wahidah Tiara diam membisu. Soalan Datin Mariam biar disepi. Fikirannya terbang entah ke mana.

“Hei perempuan, aku tanya kau. Kau jauh termenung ni kenapa? Kau nak ikut rancangan aku ke tak?” meninggi suara Datin Mariam. Mukanya berubah tegang dalam sekelip mata sahaja.

“Tia...Tia…” berbisik Sara bagi menyedarkan Wahidah Tiara. Namun, hampa. Sara tidak berjaya untuk menyedarkan Wahidah Tiara. Sara menelan air liurnya kesat apabila melihat muka Datin Mariam yang sedang menunggu untuk menghamburkan segala rasa marah kepada Wahidah Tiara.

“Tia, aunty tanya awak.” Sara tanpa putus asa menyedarkan Wahidah Tiara yang sedang sibuk mengelamun itu. Lengan Wahidah Tiara mendapat satu cubitan daripada Sara.

“Auch…”

“Sorry, saya terpaksa. Aunty tanya awak. Awak pula sempat termenung jauh. Tengok muka dia.” bisik Sara perlahan. Sejujurnya, Sara juga takut dengan Datin Mariam.

“Alamak, mati aku!” Wahidah Tiara terasa bahangnya. Aura negatif dapat dirasai dari Datin Mariam.

“Mak Tiara…”

Air kopi yang diisi dalam gelas Datin Mariam disimbah ke muka Wahidah Tiara.

“Aunty!” tergamam Sara dengan tindakan Datin Mariam.

“Aku terang satu per satu. Kau pulak seronok termenung. Kau ingat aku ni apa?” jerkah Datin Mariam.

“Maafkan Tiara mak. Tiara tidak sengaja.” kata Wahidah Tiara sambil menunduk. Air matanya tidak dapat ditahan.

“Kau jangan nak cabar aku! Kau nak aku bencikan anak dalam kandungan kau?”

“Mak…” terhenti Wahidah Tiara. Tidak mampu untuk meneruskan perbicaraan. Kepalanya hanya menggeleng bertanda tidak mahu Datin Mariam membencikan anaknya.

“Lain kali bila aku cakap tumpukkan perhatian. Faham? Jangan duduk termenung! Faham?” Datin Mariam menekankan setiap patah perkataan.

“Baik mak. Tiara tak akan buat lagi.” balas Wahidah Tiara sambil menekur lantai. Tidak berani untuk menatapkan wajah ibu mentuanya.

“Buat apa tercegat lagi? Kau setuju ke tak?” tanya Datin Mariam lagi. Dia belum dapatkan jawapan dari Wahidah Tiara.

“Se...setuju mak.” Walaupun hatinya teramat sakit masa itu, Wahidah Tiara tidak mempunyai pilihan. Dia terpaksa bersetuju dengan rancangan Datin Mariam demi anak yang dikandung itu.

“Senang kerja aku. Kau sudah dengar semua plan aku kan. Jadi, lepas ini semuanya dalam tangan kau. Pastikan kau buatkan Hafiz setuju. Faham?”

“Faham mak. Tiara akan pastikan Hafiz bersetuju.”

“Masuk dalam masak spaghetti carbonara untuk dinner. Sara pun join makan malam.” arah Datin Mariam.

“Baik mak. Tiara masuk dalam.” tanpa membantah Wahidah Tiara mengikut arahan Datin Mariam.

Wahidah Tiara melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu. Hatinya sayu apabila memikirkan tentang keadaan dirinya. Mengapakah bahagia tidak menyebelahi dirinya? Kenapa dirinya hanya diselubungi oleh perasaan sedih? Bilakah Wahidah Tiara dapat hidup bahagia?

“Tiara! Tiara!”

Langkah Wahidah Tiara terhenti. Matanya tertancap pada susuk tubuh yang memanggilnya.

“Ye cik Sara?”

“You okay?” soal Sara prihatin.

“Saya okay.” balas Wahidah Tiara bersama satu senyuman manis.

“You boleh ke ikut rancangan aunty?”

“Kalau ini semua takdir, siapalah kita untuk menghalangnya? Insha Allah saya dapat buat apa yang mak suruh.” tutur Wahidah Tiara perlahan.

“You jangan risau. I tak akan pisahkan you dari Hafiz walaupun I sudah kahwin dengan Hafiz. I tahu you tidak suka untuk bermadu. Wanita mana yang suka bermadu kan. Eventhough Hafiz and I going to be married soon, I won’t take him away from you.” ujar Sara tenang.

Wahidah Tiara tidak membalas tetapi satu senyuman sahaja menghiasi di bibirnya.

“Saya masuk dalam dulu. Nak masak. Nak solat maghrib dulu. Cik tak solat?” tanya Wahidah Tiara kepada Sara.

“Erm, tak apa. You pergilah solat.”

“Baik.”

“Baru I tahu Hafiz, kenapa you pilih Tiara. I banyak kekurangan berbanding dengan Tiara. Walaupun I berpelajaran tinggi, berkerjaya, kaya tetapi dalam hal solat dan agama, I lemah. Solat pun tidak tahu bila kali terakhir I solat.” Sara berasa pengetahuan dalam soal agama sangat kerdil.

“Sara, awak dah buat apa yang aunty suruh?” tanya Datin Mariam.

“Sudah aunty. Tapi kenapa aunty nak Sara berbaik dengan Tiara? Apa motifnya?” Sara teringin nak tahu jawapannya dari Datin Mariam. Datin Mariam yang menyuruh Sara untuk berbual dengan Wahidah Tiara tadi. Siap menulis skrip untuk Sara. Apa yang Sara berbual dengan Wahidah Tiara tadi adalah semuanya Datin Mariam yang diajar.

“Mudah untuk kita pisahkan Hafiz dari Tiara. Aunty nak Sara berbaik dengan Tiara. Lepas kahwin nanti, kita rancang untuk pisahkan Hafiz dan Tiara.” balas Datin Mariam dengan penuh makna.

“Tapi kenapa nak mereka berdua berpisah aunty?” soal Sara pelik.

“Awak nak ke hidup bermadu?”

“Tak.” Sara mengeleng kepalanya. Sejujurnya, dia tidak sanggup untuk berkongsi Hafiz dengan perempuan lain.

“So, do like what I say!” kata Datin Mariam. Nampaknya sudah ada rancangan jahat untuk pisahkan Hafiz dan Wahidah Tiara!


**************************

“Abang, baby kick lah!” kata Sofia Amelia dengan penuh keterujaan.

“Really? Abang nak rasa juga sayang.” Iskandar Faiz meletakkan tangan di perut Sofia Amelia.

“Auch!” rintih Sofia Amelia. Perutnya terasa sakit akibat tendangan bayinya.

“Sakit ke sayang?”

“Ye abang.” jawab Sofia Amelia perlahan.

“So, young couples. Are you guys ready to know the babies condition?” soal doktor yang bernama Liyana.

“Wait doctor. Baby or babies?” Iskandar Faiz bertanya sambil menegakkan badannya. Sofia Amelia hanya beraksi tenang. Perhatikan reaksi suaminya.

“Yes Mr Is. Puan Sofi belum bagitahu suami ke?” Doktor Liyana tanya sambil senyum.

“Haven’t” jawab Sofia Amelia.

“Sayang, what is happening? Apa yang abang tak tahu?” Iskandar Faiz mula bersuara.

“Mr Is, you are going to be a father for three babies.” beritahu Doktor Liyana.

“What?” hampir terjerit Iskandar Faiz.

“Abang, relaks.” bisik Sofia Amelia. Dia tahu suaminya sangat bahagia pada saat itu.

“I am happy to see you when you are so happy abang. Kalau lah sayang gugurkan kandungan hari itu, kita akan hilang ketiga-tiga anak kita. Sayang tak dapat lihat abang happy macam ini. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan satu peluang kepada hambamu ini.” Sofia Amelia meluah dalam hati. Sofia Amelia sendiri terasa malu dengan tindakan bodoh beberapa bulan lepas.

“Yes, Mr Is. Masa ultrasound tadi, we have identified Puan Sofi is pregnant for triplets.”

“Alhamdulillah. Terima kasih sayang.” tangan isterinya digenggam lalu dicium.

“Sabar Mr Is. Lagi tiga bulan, dah boleh tengok anak-anak.”

“Tak sabar nak menunggu, doktor.”

“By the way Mr Is, tolong jaga Puan Sofi baik-baik. Mungkin selepas ini, Puan Sofi mudah untuk berasa penat. Jangan bagi dia buat kerja yang berat. Pastikan makan ikut waktu, makan ubat-ubat dan vitamin yang saya bagi, minum air yang secukupnya and pastikan rehat secukup-cukupnya.” Doktor Liyana menerangkan kepada Iskandar Faiz dan Sofia Amelia.

“Noted doctor. I will take care of her.” kata Iskandar Faiz.

“Alright then. We meet next check up ya. Take care Puan Sofi.”


******************

“Mak, kenapa dari tadi along nampak mak muram je. Tak sihat ke mak?” risau Razim.

“Tak along. Mak sihat je.” balas Linda.

Sejak Wahidah Tiara kahwin, Linda sudah berubah menjadi muram. Selalu bersendirian. Terasa suatu kehilangan.

“Mak, jangan nak tipu along. Mak rindukan kak Tiara kan.”

“Mana ada. Mak tak ada masa nak rindukan orang lain.” balas Linda tegas.

“Jangan cakap macam itu mak. Akak Tiara anak mak sendiri.” sayu suara Razim.

“Siapa anak mak? Mak ada dua orang anak sahaja!” bergetar suara Linda.

Terkedu Razim. Ibunya sudah membencikan Wahidah Tiara?

“Dengar sini Razim, jangan sesekali lagi kamu cakap pasal Tiara. Bagi mak, dia sudah mati!”

“Mak, bawa mengucap. Jangan cakap macam itu mak. Apa yang kita cakap adalah satu doa. Tak baik mak cakap akak sudah mati. Walaupun mak menafikan akak bukan anak mak lagi, itu tidak bermaksud akak bukan darah daging mak.”

“Kamu tak payah nak ajar mak.” tanpa menunggu Linda bangkit dari kerusi dan masuk ke dalam bilik.

“Kamu macam mana Tiara? Kamu sihat? Cucu mak sihat? Mak rindukan kamu.” menitis jua air mata seorang ibu.

Selamat membaca! Follow Kikki dalam IG jugak - miz.kikki_novelplus. Jangan lupa untuk comment dan rate :) Love you all !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience