BAB 9

Romantic Comedy Completed 16913

“Sejak bila?” soal Haziq serius. Rancangannya untuk ke Putrajaya bersama Aliya hilang lenyap begitu sahaja. Sekarang ini, mereka berdua sedang berbincang masalah yang lebih serius. Aliya menunduk.

“Sejak kita kahwin.. Haziq, aku mintak maaf sangat-sa..” Apa jua yang Aliya hendak katakan mati begitu sahaja apabila Haziq tiba-tiba berdiri. Aliya dengar suaminya itu beristighfar sambil meraup wajahnya.

“Tapi percayalah Haziq.. Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau..”

“Kau contact dengan dia senyap-senyap belakang aku, korang jumpa kat tempat kerja.. Tiga bulan, Aliya! Tiga bulan kita dah kahwin dan tiga bulan kau buat macam ni!” tinggi suara Haziq tika itu, melambangkan rasa kecewanya yang teramat sangat. Hatinya sakit, seperti ditusuk sembilu. Salah. Lebih sakit daripada itu.

Aliya menghela nafasnya panjang. Gara-gara mesej daripada Farizul, dia suami isteri bergaduh. Rahsia yang dipendam selama tiga bulan sendirian terbongkar jua.

“Patutlah kau selalu sorokkan handphone kau daripada aku.. Rupa-rupanya kau selalu main mesej dengan Farizul, kan?!”

“Ya Allah Ya Tuhanku.. Haziq ! Cubalah kau percaya cakap aku.. Sumpah, demi Allah. Aku tak pernah layan mesej dia.. Memang betul aku sorokkan handphone daripada kau, tapi sebab aku tak nak kau tahu pasal benda ni..”

Sekali lagi Haziq memotong kata-kata Aliya. “Benda apa? Pasal ada seorang lelaki bernama Farizul yang tergila-gilakan isteri aku? Pasal seorang lelaki yang sampai sekarang ni masih kejar cinta isteri aku sendiri?” Sebak hati Haziq saat mengungkapkan itu. Dia teringat lagi mesej Farizul tadi.

‘Sayang.. I love you very much.. I tahu you dah ada suami, tapi itu bukan penghalang untuk I cintakan you.. I takkan berhenti mengalah. I akan tunggu dia ceraikan you. I cuma nak you tahu yang I tak akan pernah berhenti cintakan you. Jawab call I.. Please, honey..’

Sayang? Honey? Dia sendiri tidak pernah mengucapkan itu kepada isterinya, malah dia menggelar isterinya Kappo-boo, sempena nama patung monyet.

“Memang.. Aku mengaku yang dia selalu kacau aku.. Tapi aku tak pernah balas langsung ! Aku tak cintakan dia, Haziq.. Macam mana lagi baru kau nak percaya cakap aku? Bila kitorang kat tempat kerja, pantang ada masa dia akan kacau aku.. Bila kau tak boleh nak makan lunch dengan aku, dia akan ikut aku.. Aku sendiri rimas dengan dia, kau faham tak?!” Penat Aliya mahu menjelaskan perkara yang sama berulang kali kepada Haziq. Seboleh mungkin, dia tidak mahu Haziq marah kepadanya. Dia tahu, Haziq terluka dan melihatkan Haziq terluka, Aliya sendiri terluka sama. Jangan ditanya kenapa, Aliya sendiri tidak pasti.

Haziq kembali duduk. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Haziq memandang wajah Aliya sedalam-dalamnya. “Kau nak aku lepaskan kau ke? Kalau kau nak..”

Sepantas kilat itulah Aliya menggenggam tangan Haziq. Tidak. Dia tidak mahu itu terjadi. Air matanya mulai mengalir dengan laju sekali. “Jangan.. Aku tak nak kau lepaskan aku.. Aku tak nak..” pinta Aliya dengan sepenuh hatinya. Haziq jadi rawan. Dia tidak mahu menyekat kebebasan Aliya. Selama tiga bulan mereka bernikah, tidak pernah sekali dia ‘menyentuh’ Aliya. Bermakna jika dia melepaskan Aliya, tidak ada tempoh edah baginya.

“Aku cuma nak kau bahagia..” bisik Haziq sambil tangannya melepaskan genggaman Aliya. Haziq menghilang di sebalik pintu biliknya. Bisikan Haziq tadi bermain di telinga Aliya. Hatinya bertambah sakit. Dia memegang dadanya yang turut merasa kesakitan. Air matanya bertambah laju.

“Aku.. Jangan lepaskan aku, Haziq.. Jangan lepaskan aku.. Haziq..” Aliya menangis teresak-esak hinggakan dia terjatuh dari duduknya. Dia merayu, seolah-olah Haziq ada di depan matanya saat ini. Betapa Aliya berharap Haziq tahu isi hatinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience