Rate

Ketukkan Misteri!

Horror & Thriller Series 501

riena seorang remaja berusia 23 tahun. dia adalah seorang pelajar sarjana muda dalam jurusan perniagaan di sebuah institusi yang agak terkenal di Kuala Lumpur. riena memang terkenal dengan sikapnya yang suka tidur lewat pagi dari zaman sekolah lagi. tatkala orang lain sedang lena diulit mimpi, namun riena masih berjaga kerana dia memang sukar untuk tidur atau penyakit yang lebih dikenali sebagai ‘insomnia’. nak dijadikan cerita.....pada suatu malam, dirumahnya sendiri yang juga terletak di Kuala Lumpur, riena melakukan rutinnya yang sering dilakukan seperti menonton movie, mendengar lagu, melakukan assignment dan pelbagai lagi aktiviti yang biasa sering dilakukannya tatkala semua orang sedang lena dibuai mimpi. riena juga seorang yang gemar makan. walaupun dia berangan angan untuk kurus seperti wanita cantik diluar sana, namun riena tidak boleh membuang sikapnya yang gemar mengunyah walau tidak rasa lapar.

‘DING...DING...DING...’ jam diruang tamu berbunyi memecahkan kesunyian yang menunjukkan sudah pun masuk jam 2 pagi. seperti biasa semua ahli keluarga riena sudahpun lena dibuai mimpi yang indah. namun riena masih berjaga melakukan kerja yang diberi oleh pensyarahnya yang harus dihantar pada esok hari. sedang asyik membuat kerja riena berasa lapar tiba tiba. dia pun terus bangun dari katilnya yang empuk dan pergi ke bilik adiknya untuk membangunnya adiknya dari tidur kerana riena juga terkenal dengan sifatnya yang penakut walaupun disiang hari. “adik..adik..bangunlah kakak lapar ni. jum teman kakak pergi dapur” bisik riena cuba membangunkan adiknya dari tidur. “ish kakak ni kacau lah orang tengah mimpi ni’ mujur adik riena mudah berjaga jika dikejutkan. adik riena iaitu rita bangun lalu menemankan riena ke dapur untuk mencari makanan. riena menjijit kakinya ketika berjalan menuju ke dapur kerana risau didengari mama dan papanya. usai sahaja sampai didapur, riena membuka tudung saji untuk melihat apa yang ada didalamnya. riena memuncungkan mulutnya kerana hanya ada ayam masak gulai lemak cili api. dia tidak gemar akan lauk tersebut. lalu dia mencapai kuali dan menghidupkan api untuk menggoreng hotdog dan juga nugget kegemarannya.

‘DING...DING...DINGGG’ tanpa sedar jam sekali lagi berbunyi menandakan sudah pukul 3 pagi. usai menggoreng riena basuh segala peralatan yang digunakan tadi dan diletakkan ke tempat asalnya semula. sambil tersenyum girang riena mengajak adiknya kembali kebilik sambil membawa pinggan yang berisi hotdog dan nugget yang digorengnya tadi. sambil berjalan menuju ke bilik riena menakut nakutkan rita, lalu rita terus berlari masuk kebilik meninggalkan riena dibelakang yang telah menakutkannya. riena ketawa kecil. sedang riena berjalan tiba tiba ‘TUKK..TUKKK...TUK’ bunyi pintu rumahnya diketuk. riena tersentak. dia berhenti dan hanya mendiamkan diri buat seketika. dia melihat jam didinding yang menunjukkan pukul 3:15 pagi. “arghhh mustahil orang datang diwaktu sebegini dengan hanya memberi 3 kali ketukkan” riena bermonolog. riena menunggu jika ada lagi ketukkan tersebut namun ianya hanya terhenti disitu. “kakakkkkkkk!!!! apa terjegat katsitu cepatlah masuk ish” jerit rita memanggil kakaknya. riena yang terkejut hampir sahaja tercampak pinggan yang dipegang ditangannya.

riena masih berfikir siapa yang ketuk pada waktu begini. adakah manusia ataupun.......pelbagai andaian bermain di kepala riena. “kakakkkkkk ni kenapa??? tadi ok je. ni dah kenapa macam nampak hantu diam ni. rita makan hotdog dengan nugget ni nanti tahulah” marah rita yang geram dengan kakaknya yang tiba tiba sahaja berubah. “rita ada dengar orang ketuk pintu tak tadi?” tanya riena kepada rita. “aikkk takde pun. tak pernah pula orang nak datang pukul 3 macam ni. kenapa?” soal rita. “lepas rita lari masuk tadi, kakak dengar ada orang ketuk pintu tapi cuma 3 kali je lepastu takde dah. rita rasa siapa yang ketuk” soal riena yang rasa ingin tahu bercampur takut. “ish kakak ni dahlah takpayah fikir. takut lah” rita terus baring disebelah kakaknya menunjukkan dia takut. riena hanya diam membisu masih bingung memikirkan siapakah agaknya yang ketuk pintu dan apakah yang dia mahu?

Share this novel

dhiaputri
2021-06-06 13:09:37 

seram Babi


NovelPlus Premium

The best ads free experience