BAB 7

Humor Series 28108

” Ika maafkan ayah nak…maafkan ayah” Rayu Karim bersungguh-sungguh. Rasa menyesalnya pada Zulaika mengunung pada saat itu.

” Siapa awak? Saya tak de ayah. Ayah saya dah lama mati!” Jawab Zulaika tegas. Dia benar-benar terkejut saat dia melangkah masuk ke dalam rumah sebentar tadi apabila wajah yang sudah lama hilang tiba-tiba muncul di hadapan matanya kini. Dia terasa luka lama seolah-olah kini berdarah kembali. Hatinya terasa pedih.

” Ayah tahu ayah bersalah pada Ika…Ayah minta ampun nak. Ika anak ayah dunia dan akhirat. Ika anak ayah”

” Saya tidak ada ayah yang seperti awak. Tolong pergi dari sini.” Ujar Zulaika. Dia terus berlalu dari situ.

” Kalaulah anak ayah masih hidup, dia pasti sebaya Ika.” Suara Karim tiba-tiba menusuk ke gegendang telinga Zulaika membuatkan langkahnya terhenti.

” Anak dan isteri ayah meninggal dalam kemalangan jalan raya. Ayah tak dapat nak terima kenyataan masa tu dengan kehilangan mereka sebab tak dapat jumpa mereka untuk kali terakhir. Mereka dikebumikan sebelum sempat ayah lihat wajah mereka. Selepas tu nenek cadangkan ayah berkahwin dengan Ibu Ika. Walaupun ayah tak bersetuju tapi ayah cuba tunaikannya dan terima ibu Ika. Kebetulan pula ayah Ika baru saja meninggal dunia waktu tu. Jadi ayah dapat tahu Ika sebaya dengan anak ayah. Setiap kali Ika panggil dengan panggilan ‘ayah’…seolah-olah ayah terasa bayangan anak ayah sedang memanggil-manggil nama ayah. Dan waktu tu ayah rasa tertekan sangat…Ayah rasa terkilan sebab tak dapat jumpa anak kandung ayah untuk kali terakhir….” Bicaranya terhenti. Dadanya terasa sakit saat itu. Dia menyeka air mata yang mengalir dipipinya.

” Jadi sebab itulah awak marah saya panggil awak ayah? Saya dah faham sekarang, sebab saya ni bukan anak kandung awakkan? ” Suara Zulaika kedengaran sebak.

” Ika….Maafkan ayah. Ayah berdosa nak… Ayah berdosa pada Ika.” Ulang Karim berkali-kali.

” Ika tak baik buat macam tu pada ayah. Ayah datang nak….” Pujuk Zarina. Dia tahu hati anaknya terluka.

” Mak….Masa tu umur Ika baru sembilan tahun. Ika ingat lagi, Ika rasa seronok sangat dapat seorang ayah sama macam kawan-kawan Ika yang lain. Ika cerita pada mereka Ika dah ada seorang ayah. Ika sayang ayah macam Ika sayang mak. Tapi apa yang Ika dapat, hanya tengkingan dan jerkahan dari ayah. Ika dimarahi kerana memanggil dia ayah mak. Mak tahu tak… Ika ditengking kerana Ika panggil dia ayah. Mak tau tak apa yang Ika rasa masa tu….Apa perasaan Ika ??” Zulaika terduduk. Dia tidak dapat menahan tangisannya. Saat itu dia benar-benar lemah dan tidak berdaya. Dadanya terasa sesak.

Zarina terus meluru ke arah Zulaika. Dia terus memeluk Zulaika erat. Dia tahu hati Zulaika benar-benar terluka.

Ikhwan yang baru saja tiba dimuka pintu terpana mendengar kata-kata Zulaika. Barulah kini Ikhwan dapat memahami kenapa Zulaika berubah menjadi sedemikian rupa. Ini hanya kerana kasih seorang ayah yang tidak dapat menerima dirinya. Ikhwan tidak jadi melangkah masuk. Dia masih setia berdiri disebalik muka pintu rumah Zulaika.

” Mak tahu tak perasaan Ika masa tu…Ika rasa sedih mak. Rasa sedih sangat sebab ayah buat Ika macam tu. Apa salah Ika mak? Apa salah Ika? ” Soal Zulaika berulang kali. Tangisan Zulaika meruntun hati Zarina begitu juga Karim. Ikhwan yang mendengar turut berasa sebak. Tidak disangka penderitaan yang dialami gadis itu selama ini.

” Maafkan ayah Ika…maafkan ayah…” Ucap Karim membuatkan dirinya rasa tambah bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience