BAB 8

Mystery & Detective Completed 2119

“Nek Maembong sudah selesai letak ubat. Kamu tukar dahulu ya pakaian ini. Nanti Balqis bawa kamu berjumpa dengan sepupu kamu lagi seorang. Namanya Bidara .” Nek Maembong mengusap-usap belakangku.

“Nek Maembong , apa syaratnya?” aku bertanya terlebih dahulu sebelum beredar.

Nek Maembong berpaling kepadaku. Balqis sudah hilang dari pandangan.”Kamu bisa tinggal di sini, tetapi kamu tidak boleh pulang.” Satu senyuman dihadiahkan kepada aku. Aku terdiam.

“Errr… Maisarah tukar pakaian dahulu ya.” Aku segera pamit. Seram sejuk pula mendengar kata-kata Nek Maembong itu.

Malam dinihari membuatkan aku memeluk tubuh. Sejuk mencengkam ke tulang-tulang. Sejuk di sini sememangnya agak berlainan membuatkan bulu romaku merinding. Perasaan tidak enak mulai hinggap ke sanubari lagi. Aku berdiri di tingkap, bulan yang terang benderang itu ku renungi.

“Cantik sungguh kawasan ni,” ucapku perlahan. Lebih kepada bergumam pada diri sendiri sahaja.

“Memang indah sekali tempat di sini, kamu janganlah pulang ya. Terus saja tinggal di sini.” Nek Maembong tiba-tiba menghampiri aku dan menegurku. Aku menoleh ke arah Nek Maembong .

“Nek Maembong , kenapa saya tidak boleh pulang? Bukankah saya boleh saja ulang-alik dari rumah dan ke sini? Apa masalahnya ya?” soalku berani. Dalam hati ada getaran yang bergetar. Menunjukkan sebenarnya aku gemuruh.

Pandangan tajam Nek Maembong menggerunkan aku. “Kau hak aku!” tegas suara Nek Maembong memeranjatkan aku.

Sudah kenapa ni? Hatiku mulai dihurungi perasaan bimbang. Pasti Tok Lepat , Mak dan ayah sedang menunggu kepulanganku ni. Aku mulai sedar.

“Aku takkan lepaskan kau pergi dari sini! Ingat tu!” ujar Nek Maembong kasar lalu meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu. Balqis ada di dalam bilik, malas pula mahu menganggunya. Aku menelan air liur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience