BAB 3

Family Completed 39439

"Cik Zea?" Lamunan panjangnya terus sirna!

Bingung sesaat ketika bola mata bertaut dengan bola mata Vanessa.

"Cik Zea..Perkenalkan..Ni pengurus Rumah Anak Yatim Harapan, Puan Seriayu.." Bola mata Zea Kilara terus berkalih pada seseorang yang berdiri di sebelah Vanessa.

Wanita separuh abad itu melakar sekuntum senyum manis padanya. Wajah Zea polos tanpa ekspresi, huluran tangan Puan Seriayu juga langsung tak disambut.

"Puan Seriayu, saya Zea Kilara, CEO Miqzan Group. Syarikat kita bercadang mahu menyambung semula sumbangan setiap bulan ke rumah anak yatim ni, cuma kena ikut prosedur..Perlu buat tinjauan dan satu lagi, seorang wakil dari Miqzan Group akan dihantar bekerja bersama puan di sini. Is that okay with you?"

Senyuman manis tetap terpamer di wajah Puan Seriayu walaupun nampak jelas riak kurang senangnya.

"Jemputlah masuk dulu, kita bincang dengan selesa dekat dalam bilik pejabat saya." Masih cuba memaniskan wajah.

"Tak perlu. Tujuan saya datang bukan untuk duduk dalam pejabat, saya mahu tinjau keadaan sekeliling." Tegas nada suara dilontar!

Berubah terus air muka Puan Seriayu. Mati senyum di bibir, berganti herotan senget penuh sebal.

"Takpelah kalau macam tu, nanti saya suruh Encik Rahim temankan cik berdua." Wajah terpamer sebal, bibir terjuih sedikit.

Zea Kilara langsung tak beri perhatian, pandangan lurus ke depan, mengarah ke hujung taman tanpa serinya itu. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ.

"Silakan, siapa tahu suatu hari Encik Rahim bakal mengambil alih tempat ni.." Langkah dibuka.

"Apa maksud cik? Saya pemilik tetap tempat ni!"

"Tempat ni perlukan seseorang yang ikhlas dan jujur menjalankan amanah yang diberi. Kalau puan punya sifat tu, ya silakan..Saya akan terus memberi sokongan."

Bola mata Puan Seriayu mencerlung. Memerhati belakang Zea Kilara yang sudah beberapa meter meninggalkannya. Dahi berkerut..

"Cik Zea!!" Laju kaki mengejar. Gadis yang dipanggil langsung tak berhenti, menoleh pun tidak.

"Cik ni siapa sebenarnya? Adakah kita pernah bertemu sebelum ini?"

"Who's that skinny girl over there?" Pertanyaan Puan Seriayu bagai angin lalu, langsung tak dipedulikan. Bola mata terus terlekat di hujung taman, di mana kelihatan seorang budak perempuan sedang duduk berteleku, seperti sedang menahan tangisan.

Laju langkah kaki menghampiri.

"Vinna! Buat apa dekat sini? Masuk ke bilik cepat!!" Herdikan Puan Seriayu menyentakkan anak kecil itu. Bingkas berdiri dalam keadaan tergopoh gapah. Wajah pucat lesi, seperti ternampak hantu!

Pantas Zea menyambar pergelangan tangan yang hanya tinggal tulang kering, ketika anak kecil itu cuba melarikan diri.

"Jangan takut dik, akak tak makan orang..See?" Mulut dikuak luas-luas..

"Gigi akak macam gigi adik juga..Tak runcing kan?" Terkelip-kelip bola mata polos anak kecil itu merenung Zea Kilara.

"Mengapa seorang diri kat sini?" Zea terus bertanya, bola mata tekun meneliti dari atas rambut hingga ke hujung kaki yang sedang bertelanjang tak beralas.

Luruh hati melihat keadaan anak kecil tersebut. Dengan pakaian lusuh yang compang camping, rambut tidak terurus, badan dipenuhi parut malah ada yang masih baru.. Siapapun yang melihat pasti tersayat hati. Mengapa dibiarkan si anak yatim piatu tak berdosa diperlakukan seperti bukan manusia? Di manakah silapnya? Terasa luka lama kembali berdarah.

"Vinna!! Masuk cepat!!" Puan Seriayu meluru lantas menarik tangan anak kecil itu dengan kasar. Si kecil itu terus berlari ketakutan. Zea merenung tajam, bola mata marak membara.

"Is that how you treat the children here?" Nada suara masih mampu dikawal, walaupun kemarahan sudah naik atas kepala.

Dengan selamba, Puan Seriayu membalas renungan Zea, wajah terpamer penuh angkuh.

"I treated them very well Cik Zea, I fed them with my own money because people like you..Don't even care about them! People like you will always do something with benefits!"

Jemari tergenggam erat..Terpukul mendengar kata-kata pedas Puan Seriayu.

"Is that so? Fine then, aku perlukan laporan kewangan rumah anak yatim ni."

Puan Seriayu tergelak sinis. Pandangan mengejek dilempar ke arah Zea.

"I heard you just came back Cik Zea. You must've not know yang semua laporan kewangan lama dah pupus. Bilik pentadbiran pernah diceroboh dan pernah terbakar."

Zea Kilara merenung tajam pada wajah yang jelas terpamer angkuh itu. Jadi, begitu cara wanita ini melepaskan diri? Otak ligat berfikir.

"Then I need laporan kewangan tahun berikutnya, iaitu tahun selepas kebakaran berlaku."

Tergelak lagi, kali ini lebih kepada mengejek.

"Why should I when there's no money given from outside hah?"

"Then where did you get the money? You aren't working..Kereta mewah, pakaian jenama mewah..Harta peninggalan arwah suami tak banyak mana, kalaupun ada takkan bertahan sampai mampu bermewah-mewah seperti sekarang."

"Perempuan...Harus bijak Cik Zea..Kalau tak, hidup merempat!"

Zea memaku pandangan sinis.

"Yes, that's true but I warn you..." Zea melangkah menghampiri lalu mendekatkan wajah ke telinga Puan Seriayu.

"Don't let me catch you selling the children."

Zea memberi isyarat melalui ekor mata pada Vanessa untuk beredar dari situ. Wajah Puan Seriayu pucat lesi, terketar-ketar melangkah masuk dan terus meluru mendapatkan telefon gagang di atas meja dalam bilik pejabatnya.

"Buat seperti yang telah dirancang Vanessa." Arah Zea sebaik sahaja mereka berdua berada di dalam perut kereta.

Vanessa mengangguk lalu mencatat sesuatu di dalam buku nota yang dipegang. Henfon di dashboard berdering ketika mereka tiba di perkarangan Miqzan Group. Vanessa meminta diri lalu keluar dari perut kereta. Zea termangu, merenung sejenak nombor tidak dikenali yang terpampang di skrin dashboard. Setelah beberapa saat, panggilan akhirnya disambut dan loud speaker dihidupkan.

"Zea Kilara..CEO of Miqzan Group..Still remember me?"

Ahh..Hampir terlupa pada orang pertama yang diberikan kad kerjanya.

"Zyaire Aiden.." Sebaris nama itu diseru perlahan.

"What should I do? The stains were still there.. On my shirt!"

Zea tersandar lesu di penyandar. Pelipis diurut perlahan.

"Say the price, I'll credit them in your account!"

"What about lunch with me?"

Hati mulai berbelah bagi. Dada yang bergelora seperti dilanda ribut taufan diusap perlahan. Calm down, it's just game!!

"Send the location, I'll come."

"Done, then I'll wait.."

Zea terus menamatkan panggilan tanpa menunggu Zyaire Aiden menghabiskan kata-kata. Cermin pandang belakang dikerling sekilas sebelum mengundurkan kereta. Memandu dengan tenang menuju ke destinasi yang dihantar oleh Zyaire.

Zea Kilara akhirnya tiba di sebuah restoran dalam hotel lima bintang yang sangat mewah! Pastinya hanya golongan tebal dompet saja berani memijak lantai bangunan itu. Zea melangkah masuk. Langkah terhenti sebentar di muka pintu sebaik sahaja bola mata bertaut dengan bola mata Zyaire yang sedang melambai ke arahnya. Langkah diorak semula dengan tenang.

"Have a seat.." Zea melarikan mata, meluat bila lihat bertapa sopan santunnya Zyaire melayan, siap bingkas bangun dan menarik kerusi buatnya lagi.

"Menu?" Zea menyambut sehelai kertas keras yang dihulur.

Usai membuat pesanan, menu diserahkan kembali pada pelayan yang setia menunggu. Zyaire yang sedari tadi leka merenung Zea berdehem perlahan.

"Zea Kilara..You're still single, aren't you?"

Zea angguk, wajah tenang tanpa sebarang ekspresi..Kosong!

"Why? I don't think ada lelaki yang sanggup kecewakan kau.."

Zea merenung tajam. Ekspresi wajah sukar ditafsir, kelihatan tenang namun bola mata penuh bergelora.

"I don't talk about my past." Tegas nada suara terlontar.

"Then let's not talk about the past." Zyaire menyokong, badan tersandar di penyandar, lengan pula berlipat di dada. Bola mata tetap tidak berkalih dari menatap Zea.

"You know Zea Kilara..You remind me of someone.."

Zea Kilara jongket sebelah kening.

"And who's that unluckiest person?"

Zyaire tergelak sinis. Tajam pandangan diberikan.

"Dunno..Died maybe.."

Buku lima tergenggam erat di bawah meja. Hampir menggigil badan menahan marah.. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan, cuba menenangkan diri sebelum penampar sulung melayang ke wajah tampan itu.

"Why?" Sakit hati tapi tetap mahu menyelam isi hati lelaki di depannya.

"Like you, I also choose not to talk about my past Zea."

Eii menyampah!!

Zea Kilara membuang wajah, rasa sebal tak mampu disembunyikan. Pekerja restoran datang dan menghidangkan makanan dan minuman yang dipesan. Zea terus menyambar gelas berisi jus buah-buahan lalu disedut dengan rakus. Rasa benci semakin mencanak bila Zyaire terusan merenungnya, garpu dipegang erat..Kejam tak kalau dia cucuk je sepasang mata tu?

"Hurm..Why so clumsy?" Zyaire tiba-tiba menarik badan merapat ke arah Zea. Jemari naik di pipi lalu mengesat sisa makanan di tepi bibir Zea Kilara.

Pantas tangan Zyaire ditepis kasar hingga terlanggar gelas yang masih bersisa air jus buah. Habis tumpah membasahi meja. Zyaire membulatkan mata, terkejut dengan tindakan Zea.

"Hey, I just...."

"Don't ever touch me with your dirty hand!!!" Melengking penuh amarah!

Zyaire Aiden terpempan kaku!

"W..What?!"

PANG!!

Terpempan sekali lagi bila penampar sulung Zea hinggap deras di pipi.

"You evil bastard!! I'll make sure you go to hell Zyaire Aiden!!"

SPLASH!!

Air sirap membasahi wajah dan separuh dada. Zyaire Aiden bingkas berdiri.

"Zea Kilaraa!!!"

Zea yang sudah berjarak beberapa meter jauhnya cuba dikejar namun akhirnya mengalah bila semua mata yang ada di situ memandang penuh curiga ke arahnya. Zyaire Aiden tercengat kaku, rahang diketap namun sebuah senyum penuh makna terukir di bibir..

Zea Kilara tersandar lemah di penyandar kerusi kereta. Dada naik turun dengan laju! Mata ditutup rapat, cuba untuk tidak menangis. Kejam?! Katalah dia kejam!! Tak kisah.. Penderitaan seseorang harus dibayar oleh Zyaire Aiden dengan penderitaan yang serupa.. Dia akan pastikan itu berlaku..Tidak lama lagi Zyaire Aiden...Kau akan hancur!!! Layar mata mulai main peranan tanpa dipinta, menayangkan semula tentang seseorang.. Seseorang yang tersakiti walaupun cuba untuk menjadi yang terbaik buat semua orang..


* * * * * *

*MARCH 2015*

Sahlah kini. Zuri sudah menjadi isteri pada seorang lelaki asing. Tidak tahu bagaimana menggambarkan perasaannya..Yang pasti, dia masih terkejut dan tidak percaya pada apa yang berlaku.

Malam itu bila majlis kecil yang hanya dihadiri oleh beberapa orang asing yang Zuri langsung tak kenal selesai, dia dibawa naik ke sebuah bilik mewah di tingkat atas. Debaran menggila semula, hingga mahu menarik nafas pun jadi sukar.

Bilik luas yang cantik terhias itu kelihatan terlalu suram dengan rona hitam yang terlalu dominan. Suasana sepi mencengkam jiwa.

“Zyaire Aiden….”

Zuri tersentak mendengar suara bernada lirih, lemah memecah kesunyian yang mencengkam. Bola mata berguling mencari si pemilik.

“Itu aku, lelaki malang yang kau kahwini..”

Lelaki itu duduk di kerusi roda di luar balkoni bilik, membelakangi Zuri. Bola mata penuh khusyuk merenung kepekatan malam, seolah ada sesuatu yang menarik di situ.

“Hanya kerana aku cacat dan tiada siapa sanggup menyusahkan diri untuk membantu aku, kau dibeli dengan jumlah wang yang besar untuk jadi pembantu aku. Isteri? Hahaha!!! Dalam mimpi pun tak akan berlaku!! Kau cuma seorang kuli yang selayaknya berada di bawah tapak kaki aku, faham?!!!”

Zuri terpempan! Bukan penolakan Zyaire yang membuat hatinya remuk, dia bisa mengerti itu. Tapi maklumat yang baru diketahui bahawa dia sebenarnya telah dijual oleh Puan Ayu, itu yang benar-benar buat Zuri terpukul! Tak sedar, air mata merembes keluar dari tubir mata.

“Sediakan air mandian aku bodoh! Kau nak aku sakit akibat mandi lewat ke hahh?!!" Bergema suara herdikan kasar itu di dalam bilik.

Zuri tersentak, namun cepat-cepat bergegas ke kamar mandi sambil kesat air mata. Terlalu banyak persoalan di kepala, namun tidak berani mahu disuarakan.

Merah padam wajahnya, ketika memandikan Zyaire Aiden. Kini baru Zuri tahu mengapa dia terpaksa kahwin dengan lelaki itu. Wajah Zyaire kelihatan tenang, sukar dibaca.. Beku dan dingin! Usai membantu Zyaire baring atas katil, Zuri tercengat di hujung katil, tidak tahu harus berbuat apa.

“Keluar sekarang! Kau tak layak tidur dalam bilik ini bersama aku. Setiap pagi, sebelum pukul lima, kau harus berada di sini, faham?”

Tak bertanya banyak, Zuri buru-buru keluar. Duduk atas lantai sambil badan bersandar pada pintu bilik Zyaire. Beberapa saat kemudian, dia mulai tersengguk-sengguk. Tidak lama kemudian, tertidur pulas dalam keadaan duduk menyandar.

Kehidupan baru yang dilalui oleh Zuri Azlara di banglo mewah itu tidak jauh bezanya dengan kehidupan dia semasa di rumah anak yatim. Bezanya, dia tidak perlu menahan lapar di sini. Makan pakai baginya terlebih mencukupi. Juga punya bilik sendiri di tingkat bawah, walaupun Cuma sebuah stor terbiar yang agak sempit. Tiada katil mahupun tilam, tidur di atas lantai bersalut jubin sejuk hanya beralaskan kain batik dan berbantalkan lengan baginya sudah mencukupi dari hidup merempat berbumbungkan langit.

Seperti di rumah anak yatim, layanan yang diterima tetap serupa. Tiada yang melayan Zuri dengan baik. Rata-rata maid cemburu kerana statusnya sebagai isteri kepada tuan muda mereka walaupun kebenarannya, ikatan itu cuma atas kertas.

Keluarga Zyaire Aiden tidak besar mana, dia merupakan anak tunggal, satu-satunya pewaris kekayaan keluarga. Ibu meninggal di usia akhir remaja, dan tidak lama kemudian ayahnya berkahwin semula dengan janda anak satu. Anak lelaki ibu tiri Zyaire itu lebih kurang umurnya dengan Zyaire, menetap bersama datuk dan nenek di luar negara.

Bunyi keletak keletuk kasut tumit tinggi menuju ke dapur membuat Zuri kelam kabut mengangkat pinggan berisi mehoon goreng udang lalu dibawa menuju ke meja makan.

“Aku nak coklat ais Zuri, bukan coklat panas bodoh!!”

Cawan yang sudah siap Zuri tuang penuh dengan air bancuhan coklat panas dilempar tepat mengena tubuhnya. Terlompat akibat terkejut, jeritan halus terpacul bila kulit melecur terkena air panas. Berkerut wajah menahan pedih.

“Maaf puan, saya buatkan ya..” Cepat-cepat berlalu untuk menyiapkan permintaan Puan Sri Hani, ibu tiri Zyaire merangkap mem besar di banglo mewah itu.

“Lepas ni bawa Zyaire ke fisioterapi. Rujuk jadual Zyaire setiap hari supaya tiada hal penting terlepas pandang! Awas kau ya, jangan buat kesilapan. Aku tak nak kena bising oleh orang tua tu!! Ishh.. Menyusahkan betul anak cacat tu! Mati tak nak, hidup menyusahkan orang je..” Mengomel panjang Puan Sri Hani, jemari runcing berkuku panjang dicat merah gelap menarik gelas berisi air coklat bersama ketulan ais lalu dibawa ke bibir.

Mata tertutup rapat, menikmati kesedapan rasa air yang dibancuh oleh Zuri. Memang sedap! Cukup segalanya…Tak rugi kutip perempuan itu untuk jayakan rancangannya erm..

Zuri sudah tidak kelihatan di ruang makan. Usai menyiapkan sarapan, kelam kabut berlari anak menuju ke bilik Zyaire Aiden.

“Arghhh, sakit bodoh!! Kau tak reti pegang baik-baik sikit ke?” Tubuh Zuri terhempas atas lantai akibat ditolak dengan kasar.

“Maaf tuan, tadi tak sengaja tertumpah air panas, tangan melecur…”

“Bodohhh!! Mengapa tak mati saja disiram air panas?!! Menyusahkan betul!!”

Zuri menikus. Sakit yang menyucuk-nyucuk pada kulit yang melecur ditahan sedaya upaya. Tidak mahu membangkitkan kemarahan Zyaire, Zuri bingkas bangun lalu membantu Zyaire semula.

Sesi fisio Zyaire berlangsung dalam suasana tegang. Bila kesakitan menyerang, Zuri jadi mangsa maki hamun Zyaire. Semua dilepaskan pada Zuri Azlara..Kasihan Zuri, hanya mampu menelan dengan pasrah.

Selesai sesi fisio, Zuri menolak kerusi roda yang diduduki Zyaire. Dia perlu membawa Zyaire balik dengan selamat. Ketika dalam perjalanan balik, Zuri melihatnya. Air mata mengalir perlahan di pipi Zyaire ketika lelaki itu sedang menyandar kepala dengan mata terkatup rapat.

Wajah tampan Zyaire memang tiada seri, mendung dilitupi awan kelabu. Sejak hari pertama bertentang mata, Zuri sudah menyedari keadaan itu. Zyaire Aiden kematian jiwa.. Penyebabnya tidak berani Zuri fikirkan. Mungkin kerana kecacatan, mungkin jua kerana sikap tidak peduli ahli keluarga..Semuanya mungkin!

Zuri juga mengerti mengapa dia dijadikan tempat melepaskan marah dan amukan gila Zyaire. Semua kerana jiwa itu telah mati, semua sifat kemanusiaan ikut mati! Bertindak kejam cuma untuk menutup kekosongan jiwa.

Mendesis Zuri ketika memandikan Zyaire. Pedih hingga sampai ke tulang sumsum bila separuh tangan yang melecur terkena air. Sedaya upaya ditahan dan tidak ditunjukkan kesakitan di depan Zyaire.

"Arghhh!!! Are you crazy?!!!" Pantas kepala shower di tangan Zuri direnggut kasar oleh Zyaire.

"Panass!!! Kau nak aku melecur ke bodoh!!!"

Zuri hanya mampu menahan esakan bila tubuhnya habis lencun disiram Zyaire. Tak panas sangat pun airnya, tapi memandangkan mood Zyaire memang tak baik, habis semua dilepaskan pada Zuri Azlara..Melihat Zuri langsung tak bertindakbalas, semakin geram jadinya. Tubuh Zuri ditolak sekuat hati hingga terpelanting ke sudut tepi bilik air. Kepala terhantuk kuat di dinding konkrit. Pandangan berbinar-binar..

"T..Tuan....To..long..."

Pandangan jadi gelap, badan terkulai layu di atas marmar basah.

"Mampus lagi bagus!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience