BAB 12

Family Completed 4130

Dia tidak ada kawan, apatah lagi teman sehidup untuk berkongsi kasih. Untuk apa kalau ia hanya untuk disakiti.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 dan seperti biasa Tuan Izz akan keluar untuk makan tengahari. Seperti biasa juga makan bersendirian. Hendak meminta teman? Dia segan.

Keluar sahaja dari pejabatnya, pekerja-pekerjanya hanya melihat dirinya dengan jelingan yang tidak menyenangkan. Dia mahu berbual dengan pekerja-pekerjanya, ingin bertoleransi dengan mereka semua, tapi entahlah.

"Yaya."

Seru Tuan Izz bila melihat susuk tubuh setiausahanya di satu kelompok yang terdiri dari pekerja-pekerjanya juga. Yaya menoleh bila namanya dipanggil. Bila dia tahu tuan punya suara tadi, terus sahaja kakinya melangkah kepada Tuan Izz. Adalah tu pesanan yang dia mahu sampaikan.

"Hari ini macam biasa saya tidak masuk kerja petang."

"Tapi tuan, tuan ada mesyuarat dengan lembaga pengarah nanti petang."

"Cancel it."

Tanpa mempedulikan Yaya, Tuan Izz melangkah keluar untuk sudah berlalu dari situ. Pintu kereta yang sudah dibuka oleh pengawal peribadinya dimasuki dengan tenang. Sesudah dia masuk ke perut keretanya, terus sahaja keretanya dengan kereta pengawal peribadinya di belakang keluar dari perkarangan bangunan pejabat mereka.

"Otman, tempat biasa."

Tuan Izz memberi arahan kepada pemandunya.

"Baik tuan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience