"Okey! Kau bayar ek makanan ni. Aku nak pergi tengok laut" kata Tiara selepas mengelap mulutnya dengan tisu.
Hadi dan Tiara makan dahulu di gerai yang berdekatan dengan pantai itu. Tanpa berlengah, Tiara bangun dan meninggalkan Hadi yang masih duduk di meja.
"Hah, itu lah Tiara Adriana. Main tinggal je orang, tak menunggu orang langsung. Siap suruh aku bayar lagi tu" bebel Hadi sambil melihat Tiara yang sedang berjalan ke arah pantai.
Lalu Hadi bangun dan bayar makanan yang mereka makan di kaunter. Selesai bayar, dia pun berjalan ke arah laut. Dari jauh, dia nampak Tiara sedang menikmati pemandangan indah laut Pantai Klebang itu.
Dari belakang Tiara, Hadi berfikir pasti cantik kalau dia menangkap gambar Tiara yang sedang asyik melihat laut itu. Ditambah pula dengan cahaya matahari yang ingin terbenam. Lantas, dia keluarkan telefon pintar nya dari dalam poket. Dia menangkap gambar Tiara dan melihat gambar itu.
"Cantik" kata Hadi perlahan sambil melihat gambar itu.
Kemudian, dia berjalan ke arah Tiara yang sudah duduk sambil memeluk lutut menghadap laut. Dia pun turut duduk di sebelah Tiara. Tiara yang melihat Hadi di sebelahnya menoleh.
"Kau dah bayar dah makanan tadi?" tanya Tiara
"Belum. Aku tak bayar, terus datang sini" balas Hadi selamba sambil melihat laut.
Tiara yang mendengar jawapan Hadi itu membuat mimik muka menyampah. Hadi yang sedang melihat laut itu menoleh untuk melihat muka Tiara tergelak kecil.
"Dah, aku dah bayar lah. Bukan macam orang tu main tinggal je" kata Hadi
"Biarlah, bukan selalu kau belanja aku" Tiara kembali melihat laut. Satu senyuman terpancar di wajahnya kerana hatinya tenang melihat laut.
"Tengok, tiba-tiba senyum sorang-sorang. Okey dah sekarang? Dah tenang dah fikiran? Kalau tak okey lagi meh aku bawak pergi gunung"
"Dah! Dah tenang dah. Jom! Kita jalan-jalan dekat tepi pantai ni" Tiara bangun dari duduk dan berdiri memandang Hadi yang masih duduk.
"Alah, malas lah. Duduk je lah sini"
"Jom lahh. Kau datang sini kan nak aku tenang. Kalau aku jalan-jalan lagi tenang. Jom lah Hadi" ajak Tiara lagi.
Pemalas betul lah mamat ni!
"Iye lah! Jom" Akhirnya Hadi berdiri juga.
"Bukak kasut kau!" kata Tiara tiba-tiba
"Hah? Buat apa bukak kasut?" Hadi pelik dengan arahan Tiara itu.
"Ye lah, kita kan nak jalan-jalan tepi laut. Bukak lah kasut kau. Kau tak pernah tengok tv ke? Diaorang akan bukak kasut kalau jalan-jalan tepi pantai" terang Tiara yang sedang membuka kasutnya.
Hadi mengeluh.
"Tapi nanti basah lah kaki aku. Nanti kan nak masuk kereta. Berpasir lah nanti" Hadi cuba memberi alasan. Sebenarnya dari dulu kalau dia ke pantai dia tidak akan buka kasut kerana kakinya nanti akan berpasir. Dan pasir itu susah untuk hilangkan.
"Ya Allah, Ikhwan Hadi! Sebab tu lah aku suruh bukak kasut. Nanti kasut kau berpasir dengan air laut ni lagi, habis lah kasut kau. Nanti basuh lah kaki kau nanti dekat paip"
"Ye lah, ye lah. Baiklah, Cik Tiara Adriana. Apa-apa je untuk cik" Hadi membuka kasutnya seperti yang diarahkan.
Tiara tersenyum melihat tindakan Hadi itu. Tak sangka Ikhwan Hadi yang semua orang gila kan di universiti mengalah dengan arahan nya.
Tiba-tiba difikirannya teringat Nia Natasha.
"Ini kalau Nia tahu aku keluar dengan Hadi siap pergi pantai ni memang kena pekik telinga aku dengan dia. Dah dia jenis kuat meroyan" kata Tiara dalam hati. Dia mengelamun sebentar.
"Kau nak berjalan-jalan ke berdiri tegak je kat sini?" kata Hadi mematikan lamunan Tiara.
"Dah? Jom" Tiara pun berjalan di pesisir pantai diikuti oleh Hadi.
Pada mulanya, mereka berjalan dengan senyap sahaja sambil menikmati pemandangan laut yang indah itu.
Terkadang kaki mereka terkena air laut yang datang.
"Kalau kau ada masalah, kau boleh cerita dekat aku. Aku sedia dengar masalah atau cerita kau. Tapi aku tak paksa kau untuk cerita. Tapi aku just nak kau tahu yang kau ada aku. Kau ada orang yang sudi dengar cerita kau" kata Hadi memecah kesunyian.
Tiara yang mendengar itu terkedu. Dia memandang muka Hadi yang berada di sebelahnya itu. Satu senyuman kecil terukir di wajah Hadi. Kemudian Tiara memandang ke hadapan semula.
"Kau jangan risau, aku tak kan cerita dekat sesiapa apa yang aku nampak atau dengar harini. You can trust me" sambung Hadi lagi.
Tiara menghadiahkan senyuman manis kepada Hadi. Dia sangat menghargai jasa baik Hadi itu. Tidak dia sangka yang Hadi sudi mendengar masalahnya.
"Iye, aku percaya dekat kau. Nanti kalau aku dah ready aku cerita masalah aku okey? Kau free tak bila-bila je dengar masalah aku?" usik Tiara
"Of course boleh. Kau stay strong tau hadapi semua masalah kau. Kalau kau dah tak tahan nak pendam semua tu, kau cari je aku" Terpancar riak kerisauan di wajah Hadi.
"Iyee Hadi oi. Rilek lah, jangan lah serius sangat" kata Tiara.
Tiba-tiba satu idea nakal muncul di fikiran nya.
"Mana lah aku tak serius, kau..." Belum sempat Hadi habiskan ayatnya, mulutnya terasa masin.
Rupanya Tiara percik kan air laut di muka Hadi. Sedang Hadi bercakap, senyap-senyap dia mengambil sedikit air laut itu.
"Tui!" Hadi meludah air liur nya di tepi. Dia melihat Tiara sudah ketawa terkekeh-kekeh.
"Masin lah Tiara! Kurang ajar betul!" Belum sempat Hadi mahu membalas perbuatan Tiara itu, Tiara sudah berlari pergi.
"Tiara Adriana!" jerit Hadi kemudian mengejar Tiara yang sudah jauh berlari.
Berlari lah mereka berdua di pesisir pantai itu dengan hati yang gembira. Kejadian yang berlaku antara Tiara dan abangnya seolah lenyap dibawa angin kencang di pantai itu.
//
Hadi dan Tiara sudah pulang daripada pantai kini berada di hadapan rumah Tiara. Terpancar riak kepenatan di wajah mereka berdua.
Penat akibat berlari lari di pantai sebentar tadi. Walaupun penat, tapi mereka gembira.
"Thank you tau Hadi sebab bawak aku pergi pantai tenangkan fikiran tadi. Susah-susah je kau bawak kereta tadi" kata Tiara di hadapan pintu rumah nya. Hadi turut keluar dari kereta untuk menghantar Tiara masuk ke dalam rumah.
"Tak ada apa-apa lah. Tak susah mana pun. Lagipun pantai tu bukan jauh pun. Setengah jam dah sampai dah. Cuma yang sakit hati tu, air laut masuk mulut aku lah tadi" balas Hadi.
"Hahahah, sorry lah. Tapi apa pun, thank you sangat-sangat tau" Tiara sangat berterima kasih dengan Hadi kerana sekarang fikirannya lapang sedikit.
"Aku pun nak cakap thank you dekat kau" kata Hadi tiba-tiba. Ayat itu seakan terluncur daripada mulut nya.
"Thank you dekat aku? Kenapa? Aku tak buat apa-apa pun" Tiara pelik dengan kata-kata Hadi itu. Seingatnya, dia tak buat apa-apa. Bukan dia yang belanja makan, bukan dia bawa kereta. Malah, di berinya Hadi air laut.
"Er, thank you sebab... Ingat kan aku kepada rasa air laut" tipu Hadi. Dia tahu dia berikan penipuan yang sangat tidak bijak.
Tiara yang mendengar jadi bingung.
"Kau okey tak? Aku rasa aku tak bagi kau minum banyak pun air laut tadi. Lagi satu, air laut tak memabukkan" kata Tiara
"Apa-apa je lah. Abaikan apa yang aku cakap tu. Kau pergi tak kelas esok?" Hadi mengubah topik.
"Pergi lah, kau dah kenapa?"
"Nah buku kau. Takut lupa pulak nanti" Hadi menghulurkan buku nota Tiara yang dipinjam nya.
"Ouh, thank you. Nasib baik kau jaga elok-elok" kata Tiara.
"Aku nak tanya ni, dekat kawasan kejiranan kau ni ada pencuri tak?" tanya Hadi tiba-tiba. Sangat rawak soalan yang ditanya itu.
Terlopong mulut Tiara mendengar soalan Hadi itu. Kepala dia terhantuk ke tadi?
"Kau dah kenapa tanya soalan macam tu?! Kau tahu kan aku tinggal sorang! Kau ni kan!" marah Tiara. Dipukul nya kuat bahu Hadi menggunakan buku notanya.
"Adoi! Bukan, dengar lah dulu aku nak cakap apa" balas Hadi sambil mengusap bahunya yang dipukul kuat oleh Tiara.
"Hah! Apa dia?"
"Aku rasa dekat kawasan kejiranan kau ni ada pencuri sebab ada orang yang dah curi hati aku" jawab Hadi sambil kepala didekat kan di telinga Tiara. Tetapi masih jauh. Hadi tak berani nak dekat sangat dengan telinga Tiara. Takut di lempang muka dia oleh Tiara.
Tiara yang mendengar jawapan Hadi itu tercengang seketika.
"Siapa?" tanya Tiara
"Kau" jawab Hadi selamba sambil tersenyum.
Tiara menahan geram. Itu sebenarnya yang dia nak cakap sampai tanya ada pencuri ke dekat kawasan kejiranan tu. Ikut kan hati dia, nak dipulas saja telinga Hadi.
"Kau ni kan! Main-main lah! Aku ingat apa benda lah kau cakap pasal pencuri tadi" marah Tiara. Dia sedang cuba menahan senyum.
"Aku saja je lah. Dah lah, kau pergi lah masuk rumah. Dah nak gelap ni"
"Okey lah, aku masuk dulu. Sekali lagi, terima kasih. Jangan lupa tutup pagar tu tau. Bye, assalamualaikum" Tiara buka pintu rumah dan melambai tangan kepada Hadi.
Hadi membalas lambaian itu dan berlalu pergi setelah Tiara menutup pintu. Setelah dia menutup pagar, dia pun balik ke rumah bersama keretanya.
//
"Assalamualaikum" ucap Hadi sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Dia melihat adiknya, Hawa sedang menonton televisyen rancangan kartun kegemarannya.
"Lambat Ikhwan balik. Cakap tadi nak pulangkan buku je" tegur Puan Balqis sambil berjalan dari dapur. Setelah dia mendengar suara anak teruna nya itu, dia terus bergegas ke ruang tamu.
"Ouh, Ikhwan pergi pantai kejap tadi umi" jujur Hadi. Lebih baik dia jujur daripada berdolak-dalik.
"Pantai?" ulang Puan Balqis dan Hawa. Hawa yang sedang khusyuk menonton televisyen terhenti setelah mendengar abangnya pergi ke pantai.
"Abang pergi pantai? Buat apa?" tanya Hawa
"Haah. Buat apa Ikhwan pergi pantai? Pantai mana Ikhwan pergi?" tanya Puan Balqis pula.
Daripada nak pulang buku boleh nak ke pantai pula. Anaknya itu memang tak boleh dijangka.
"Iyee, abang pergi pantai. Pantai Klebang tu je, dekat je pun" Hadi berjalan ke arah dapur untuk membasahkan tekak nya yang terasa kering.
Penat berlari tadi bersama dengan Tiara.
"Buat apa pergi pantai?" tanya Puan Balqis lagi.
Langkah Hadi terhenti untuk mengambil cawan. Otaknya ligat berfikir untuk memberi alasan. Akhirnya alasan tidak munasabah juga yang keluar.
"Ikhwan rasa dah lama tak pergi tengok laut. Tu yang rasa nak pergi tu" jawab Hadi teragak-agak. Kemudian dia duduk di meja island untuk minum.
Puan Balqis yang mendengar jawapan anaknya itu pelik tetapi tidak dia tidak bertanya lagi. Mungkin benar anaknya itu rindu melihat laut.
"Okey lah umi, Ikhwan naik dulu. Nak mandi, kejap lagi nak masuk maghrib dah" Hadi bangun dari kerusi dan pergi ke arah sinki dan membasuh cawan nya.
"Hah, ye lah. Pergi lah"
"Hawa dah mandi belum?" tanya Hadi semasa dia lalu di belakang sofa yang adiknya duduk.
Hawa hanya senyap. Hadi pelik. Jarang Hawa tidak menjawab pertanyaan nya. Selalu nya kalau ditanya satu soalan, berpatah patah perkataan Hawa jawab.
"Hawa? Hawa dengar tak abang tanya ni?" Hadi bertanya lagi. Di lihatnya muka Hawa dari dekat.
Hawa yang sedang mencebik memalingkan muka nya ke arah lain apabila abangnya melihat mukanya.
"Kenapa ni?" tanya Hadi buat kali ketiga.
Hawa turun dari sofa dan menyilangkan tangan nya di dada. Dia memandang serius muka Hadi.
"Kenapa abang tak bawak Hawa pergi pantai? Hawa pun nak jugak pergi pantai" marah Hawa. Rupanya Hawa terasa hati.
Hadi tergelak kecil mendengar kata-kata Hawa itu. Hawa yang melihat Hadi ketawa bertambah marah.
"Abang! Kenapa abang gelak pulak?"
"Ouh, sorry sorry. Alah, Hawa marah pasal tu ke? Abang pun tak plan nak pergi pantai. Abang..." Kata katanya terhenti kerana senario yang berlaku antara Tiara dan abangnya bermain di fikirannya sejenak. Hadi termenung sebentar.
"Abang!" panggil Hawa.
"Hah? Ouh, sorry. Abang pun tak sangka abang pergi pantai. Tak apa, nanti abang bawak Hawa pergi pantai okey? Kita main pasir, main layang-layang, mandi laut, main kejar-kejar" kata Hadi.
"Main kejar-kejar?" ulang Hawa dengan nada yang pelik.
"Eh. Kan ada orang main kejar-kejar dekat pantai" Hadi baru tersedar dengan apa yang dikatakannya.
"Ouhh, okey! Abang janji ek bawak Hawa nanti" Hawa sudah mula tersenyum.
"Iyee, abang janji. Tak kan abang nak tipu adik abang yang comot ni" usik Hadi
Hawa hanya ketawa mendengar usikan abangnya itu. Dia suka orang kata dia comot kerana baginya gelaran itu istimewa dan comel.
"Abang naik dulu tau. Abang nak mandi lepas tu solat"
"Okey!"
//
Selepas selesai solat Isyak, Hadi baring di atas katil sambil melihat-lihat telefon pintar nya.
Galeri telefon pintar nya dibuka dan gambar Tiara yang diambilnya semasa di pantai tadi ditatap nya. Kemudian dia kongsikan gambar itu pada Tiara.
Tiara yang sedang melipat telekung terhenti apabila terdengar bunyi notifikasi telefon pintar nya. Dia berhenti melipat dan duduk di birai katil sambil melihat telefonnya.
Dia melihat gambar yang diberi oleh Hadi. Gambar dia sedang melihat laut bersama dengan cahaya matahari yang ingin terbenam. Pantas tangannya menaip.
Tiara : Cantik kan aku? Aku tahu. Tak payah cakap.
Hadi yang membaca ayat Tiara itu tersengih.
Hadi : Tak payah nak perasan. Aku tangkap gambar kau tu sebab pemandangan waktu tu cantik. Kau pulak semak dekat tengah-tengah tu.
Tiara : Eleh! Nak mengelat pulak dia. Kalau nak cakap aku cantik tu cakap je lah. Nak pusing-pusing cerita pulak.
"Haah. Memang kau cantik pun" kata Hadi. Tapi tidak di katakan pada Tiara.
Hadi : Diam lah kau. Kau dah makan ke?
Tiara : Dah, aku dah makan. Aku masak sendiri tadi.
Hadi : Dapur kau okey tak tu? Ada terbakar dekat mana-mana tak? Risau aku bila dengar kau masak
Tiara : Hoi! Cakap elok-elok sikit ek. Aku pandai lah masak. Elok je lah aku punya dapur tu. Kau dah makan?
Hadi : Belum
Tiara : Asal tak makan lagi? Esok kita nak pergi kelas kan.
Hadi : Aku tengok kau tadi je pun dah kenyang.
Tiara : Kalau bagi ayat-ayat manis, kau lah nombor satu. Dah lah, banyak lagi benda aku nak buat ni. Bye
Hadi : Aik, bye dah? Okey lah, jumpa esok. Bye!
Selepas perbualan singkat mereka tamat, Tiara teringat kata-kata Hadi yang dia kata dia pun berterima kasih pada Tiara. Padahal Tiara tak lakukan apa-apa pun.
"Sewel barangkali dia tu" Tiara kemudian merebahkan dirinya di atas katil. Pipi kanannya yang ditampar dua kali oleh abangnya dipegang nya.
"Abang, abang... Bila lah agaknya pintu hati abang tu terbukak untuk berubah" bisik Tiara perlahan.
Hadi yang sedang termenung memandang siling bilik tidurnya menyatakan sesuatu.
"Thank you sebab kau jadikan harini hari yang indah buat aku"
thankyou sebab sudi bace :):) sorry atas kekurangan .
Share this novel