Adam melihat sekeliling tempat itu. Dia berada di dalam sebuah bilik kecil dilengkapi katil, tandas dan sebuah cctv yang monitor gerak gerinya. Adam duduk di katil dan bersyukur dia masih selamat walaupun dipaksa telan benda berbentuk kristal dan ditangkap oleh zombi. Setelah dia ditangkap oleh zombi berbadan sasa dia dibawa ke sebuah deretan kedai yang menunjukan daerah Sole. Adam hanya memandang lelaki separuh zombi itu membawanya ke tingkat satu kedai yang dia tidak tahu kedai apa. Dia dipaksa masuk ke dalam bilik kecil ini.
Di tingkat bawah kedai itu pula terdapat dua orang dewasa yang sedang meneliti beberapa komputer dan melihat gerak geri beberapa kanak-kanak yang diletakkan di dalam bilik hotel murahan itu. "Subjek 01 nampaknya telah berada di dalam proses perubahan fasa 1. Subjek hanya diam kaku tetapi badannya telah berubah. Kristal tersebut tak bagi kesan pada subjek." seorang wanita menulis maklumat tersebut di dalam sebuah buku. Lelaki yang masih menjadi separuh zombi itu menemaninya melihat pula pada subjek kanak-kanak yang terdiri daripada lima orang termasuk Adam. " Subjek yang lain di bawa ke sini selang sehari dari budak asia yang aku jumpa di jalan raya. Keempat-empat budak gagal terima ubat tu walaupun ada separuh yang tidak bertukar kepada zombi sempurna dan menjadi seperti aku. Aku nak lihat pula hasil ubat pada budak asia ni (Adam). Luke melihat ke luar tingkap dan memandang beberapa zombi yang berkeliaran di deretan kedai dua tingkat itu.
"Carly beritahu aku, jika eksperimen ini berjaya aku dapat kembali jadi normal? , Luke menyoal sambil memandang wanita yang duduk di sebelahnnya. " Aku hanya datang ke sini kerana ingin meneliti engkau. Engkau hanya bertukar dalam peringkat 50/50 sepatutnya berasa gembira kerana menerima ubat hasil buatan Doktor Abymel. Engkau memiliki kekuatan untuk kawal zombi dalam beberapa jam dan memilik kekuatan hebat hingga mampu bergerak selincah cicak. Jadi kau disini hanya untuk membantu aku dengan eksperimen ini pada subjek kanak-kanak sebab imuniti badan mereka yang lemah. Jika eksperimen ini berjaya dan ada yang bereaksi baik dengan ubat ni baru kita balik ke kem kita. Kau pasti tahu untuk dapat kepercayaan ketua bukan mudah dan hanya bertuah sebab kau bertukar separuh dan otak geliga kau. " Carly memaklumkan sambil melihat subjek di komputer. Luke menumbuk meja berdekatannya sehingga pecah. "Aku hanya datang sini semata-mata untuk kerja bawah ketua dan masuk ke universiti ini. Tapi tak aku sangka ketua jadikan aku sebagai kajian! Aku tahu aku hanya pelajar miskin sedangkan pelajar lain yang kaya dapat bekerja bawah ketua dan berlindung di kem." Luke melepaskan ketidakpuasan hatinya. "Jangan fikir kau boleh lari, kau nak sembuh kan? Jadi ikut seperti apa yang aku kata! Tak kisah macam mana kau nak cari budak-budak yang masih selamat dan kau boleh kawal zombi ni dalam beberapa jam sudah memadai." Carly merenung tajam ke arah Luke.
Luke mengetap giginya , "Sepatutnya kau beri aku sekumpulan tentera bersenjata untuk lindungi aku! Bukan engkau je yang patut dapat. " Luke teringat bahawa Carly ditemani oleh tiga lelaki lengkap bersenjata yang kini berada di luar bilik tersebut. "Sudah, kau jangan banyak soal lihat reaksi subjek akhir tu malam ni. Jika dia bertukar kau cari lagi budak-budak lain di luar sana. "Carly beredar dan pergi ke arah penjaga tenteranya berada. Luke membaling pula sebuah kerusi ke arah Carly selepas wanita itu beredar. "Tak guna punya perempuan! ", dia menjerit.
Adam berasa lapar kerana dia tidak dapat menjamah makanan berat sejak keluar dari hospital. Adam hanya mampu baring di katil sambil menahan kelaparan. Tiba-tiba dia terasa sakit di dada dan mengerang sambil mengurut dadanya. Adam berpeluh dan melihat peluh kekuningan keluar dari tangan kanannya. Dia cemas dan mengelap peluhnya menggunakan cadar. Adam sesak nafas dan menangis menahan kesakitan yang berlaku hampir tiga jam. Selepas itu dia tertidur akibat kepenatan. Luke yang terkejut melihat reaksi Adam yang setelah menjalani proses pertukaran itu dapat sambung tidur dengan lena. Dia gembira melihat Adam yang sihat sahaja. "Budak ni tak bertukar. Akhirnya aku dapat pulih." Luke terus keluar dari bilik itu dan menuju ke tangga untuk naik. Carly terlihat riak gembira Luke dan mengikuti belakang sambil ditemani tiga lelaki askar bersenjata.
Pintu bilik dibuka dan Adam melihat kehadiaran beberapa orang dewasa yang masuk ke biliknya. Adam duduk dan melihat mereka. Secara pantas Luke menerpa ke arah Adam kerana dia terbau sesuatu yang sedap dari badan Adam. Dia mengigit tangan kanan Adam dan ditahan oleh tiga askar. Adam menjerit sakit dan memegang luka pada tangannya. Luke diacu senapang pada kepalanya. Dia dapat merasakan perubahan pada badannnya. Lidahnya mengecil dan wajahnya secara mendadak berubah menjadi normal. Askar tersebut menarik picu untuk melepaskan tembakan ke kepala Luke tetapi Luke mematahkan senapangnya. "Haha..." Luke ketawa kerana dia masih mempunyai kekuatan zombinya. Dia terus menerkan ketiga-tiga askar. Mereka berempat bergelut dan Carly merasakan situasi yang berbahaya lantas menarik Adam yang kesakitan lari ke tingkat bawah.
Carly tergamam melihat beberapa zombi yang berada di luar kedai hotel murah itu. Dia mengeluarkan pistolnya dan menembak beberapa zombi dan menuju ke sebuah kereta jip. Kedengaran jeritan dari dalam kedai. Luke melompat melepasi cermin tingkat satu dan mendarat di hadapan Carly dan Adam. Mereka terkejut melihat Luke telah berubah menjadi zombi sepenuhnya pula. "Semua zombi makan perempuan ni dan hiraukan budak lelaki ini."Luke memberi arahan. Carly berlari dan menembak zombi yang menerpa dirinya. Adam berjaya ditahan pula oleh dua zombi dan cemas melihat situasi Carly yang bergelut menembak zombi-zombi yang menyerang. Terdengar pula bunyi sebuah motor menghampiri kawasan itu. Seorang askar yang tiba-tiba muncul sedang menaiki sebuah motorsikal besar dan melanggar Luke."Bam" Luke terpelating dan lelaki itu menarik Adam yang berjaya melepaskan diri dari zombi yang tercengang memandang ketua mereka tiada di situ akibat dilanggar. Carly menjerit ," Kau turun dan bagi aku naik.Aku akan bawa sendiri budak tu pada ketua." Adam kini membonceng motor itu. Lelaki itu memandang tajam Carly dan terus memecut laju motornya meninggalkan deretan kedai itu. " Tak guna...! " kedengaran jeritan Carly yang ditinggalkan di situ. Adam berpeluh sambil memeluk askar tersebut. "Kamu ok? " lelaki itu bertanya. "Sakit..." Adam memberitahu. Lelaki itu memandu dalam setengah jam dan mereka berhenti di hadapan sebuah setesen kereta api bawah tanah. Mereka bertuah kerana stesen itu kosong tiada orang atau zombi berkeliaran. Lelaki itu membawa Adam duduk di hadapan pintu masuk stesen itu. Dia mengeluarkan sebuah peti first aid lalu meletakkan ubat dan membalut tangan Adam yang luka. Adam bertanya, " Encik, adakah saya akan bertukar jadi zombi?" . Adam menangis takut dan memandang lelaki itu.
Share this novel