SHAH ALAM
SOFEA terpunduk disudut bilik. Matanya meliar kearah kanvas lukisan yang baru 30% siap dilukis. Lututnya dipeluk kejap. Cuba menenangkan diri. Dia benci apabila terpaksa menerima serangan mengejut ini. Anxiety attack! Buat nyawanya hampir tercabut. Pil Benzodiazepines berterabur di atas lantai ketika dia cuba untuk mengambilnya dari botol. Nafasnya semakin tersekat. Dia cuba untuk tenang, namun gagal. Dadanya berombak kencang, terasa sempit. Ibarat lemas.
Pintu bilik dikuak dari luar. Puan Zara menjenguk Sofea. Dia terkedu melihat Sofea yang sedang berusaha untuk menghirup nafas. Tangan gadis itu sedikit menggeletar. Segera Puan Zara mendekati Sofea. Dua biji pil Benzodiapines disuakan kemulut Sofea. Sebotol air putih yang tersedia diatas meja belajar dicapai dan diteguk perlahan. Secara perlahan, Sofea seperti sediakala. Dahinya merenik peluh sejuk. Geletar tangannya belum lagi reda sepenuhnya. Puan Zara menarik Sofea kedadanya. Mengusap-usap perlahan rambut Sofea yang separa bahu.
“It's okay, mama ada sayang…” pujuk Puan Zara. Sebak dia melihat keadaan Sofea ketika ini. Terasa sedikit kesal menyelubungi perasaan apabila gagal untuk memahami apa yang dirasa Sofea sepanjang 7 tahun berada di negara orang.
Sofea baru sahaja pulang ke tanah air awal tahun ini. Namun En. Hadi dan Puan Zara agak kaget dengan perubahan ketara pada Sofea. Anak mereka tidak seperti Erlina Sofea yang mereka kenal. Wajahnya muram, tidak seceria dulu. Senyumannya seakan mati dan tidak pernah lagi terukir dibibir. Kebahagian sudah luntur dari wajah bersih itu. Hal itu membuatkan En. Hadi dan Puan Zara tertanya-tanya, apakah ada sesuatu yang terjadi pada Sofea di sana.
Puan Zara berusaha menahan air mata dari mengalir. Dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya di hadapan Sofea. Takut kalau-kalau itu akan membuatkan lagi emosi Sofea terganggu.
BANGI
DR. HAFEEZ RAYYAN berjalan masuk ke dalam biliknya. Sempat menghadiahkan senyuman pada pembantunya, Maria. Kot putih digantungkan di belakang kerusi sebelum duduk. Planner dicapai, memeriksa jadualnya pada hari ini. 'Lima sesi hari ni' Fikir Dr. Hafeez. Dia berhenti menyelak helaian planner apabila terlihat sebuah nama.
“Patient baru ke?” segera Dr. Hafeez menekan interkom.
“Maria, kita ada patient baru ke?” soalnya.
“Haah doktor. Saya dah bagitau doktor semalam. Fail pesakit pun saya dah letak atas meja,” beritahu Maria. Dr. Hafeez mengetap bibir, malu. Sungguh dia lupa yang Maria sudah pun memaklumkan hal itu padanya semalam.
“Ouh err terima kasih...”
Dr. Hafeez mencapai sebuah fail yang diletak elok di dalam raga. Nama yang tertera dibaca perlahan.
Name of Patient : Erlina Sofea Binti Hadi.
Diagnosed : Major Depressive Disorder and Anxious Distress
“Dah diagnosed… Tapi kenapa tukar doktor?” Bisik Dr. Hafeez. Dia belum pernah lagi mengendalikan pesakit dari doktor lain. Ini adalah yang pertama kali. Dr. Hafeez cuba menyingkirkan perasaan kurang enak walaupun hatinya kuat mengatakan perkara itu apabila terbaca tentang 'Suicide Attempt'
SOFEA menundukkan pandangan apabila Dr. Hafeez menerkam wajahnya. Pandangannya tajam biarpun masih mengekalkan leretan senyuman dibibir. Gadis itu agak rimas apabila direnung begitu.
Dr. Hafeez meneliti sekali lagi fail pesakit milik Sofea. Kelihatan dia terangguk-angguk membaca laporan. Doktor kacak itu kemudian meletakkan fail sebelum mengangkat pandangan, kembali memandang Sofea. Dia menghela nafas sebelum bersuara.
“Erlina Sofea… Boleh saya lihat tangan awak?” Pinta Dr. Hafeez. Hampir ternganga Sofea mendengar suara macho doktor psikiatri ini. Nadanya sama seperti seseorang apabila memanggil nama penuhnya.
Sofea menggenggam erat hujung sweatshirt berwarna hitam yang dipakai bagi menghalang Dr. Hafeez dari melihat luka dan parut dipergelangan tangannya. Wajahnya ditundukkan serendah yang boleh.
Dr. Hafeez tersenyum hambar. Perlahan-lahan dia menarik tangan Sofea yang sedikit menggigil.
Diterbalikkan supaya dapat melihat pergelangan tangan Sofea. Sedikit terkedu Dr. Hafeez melihat kesan torehan yang banyak di pergelangan tangan Sofea. Tangan kiri Sofea ditarik. Juga sama banyak, malah lebih banyak kesan torehan baru dan lama. Lekas Sofea menarik semula tangannya dari pegangan Dr. Hafeez. Dia menggigil.
“Erlina tahu kan, kenapa Erlina disini?” Soal Dr. Hafeez, lembut. Erlina hanya diam. Jari-jemarinya digenggam kejap, menghilangkan gigil.
“Boleh doktor tahu, dah berapa lama Erlina cederakan diri sendiri?” Soal Dr. Hafeez lagi. Biarpun tahu gadis muda di hadapannya itu tidak akan menjawab semua soalannya.
Dr. Hafeez sudah terbiasa dengan situasi seperti ini. Sudah hampir 6 tahun dia bergelar doktor psikiatri , dan sudah terbiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit.
Sofea mengangkat pandangan. Matanya terhala tepat kedalam mata Dr Hafeez, lama sehingga lelaki kacak dihadapannya ini kelihatan gugup. Sofea tersenyum sinis apabila Dr Hafeez berdehem kecil dan melarikan pandangannya dari terus diterkam mata hazel milik Sofea.
“Doktor dah tahu?” Soal Sofea, serius. Matanya masih tajam menikam wajah Dr. Hafeez.
“Doktor dah tahu kenapa saya jadi macam ni? Mama dan papa saya dah ceritakan semua tentang saya pada doktor?” Sambung Sofea lagi. Dr Hafeez hanya tersenyum dan mengangguk kecil. Sememangnya En. Hadi dan Puan Zara sudah menceritakan serba sedikit mengenai Sofea, namun tidak sepenuhnya kerana dia mahu tahu sendiri daripada Sofea.
“So, you gonna judge me like others do?” Mata Sofea mulai berkaca. Senyuman Dr. Hafeez mati.
“No, I'm not! Look Erlina, I'm a doctor… Saya dah berjanji untuk merawat awak. Saya akan bantu awak untuk pulih macam dulu. Tapi sebelum tu awak kena janji dengan saya satu benda.. Boleh?” Lembut suara Dr. Hafeez memujuk.
“What?” Soal Sofea, dingin.
“Janji dengan saya yang awak tak akan cederakan diri sendiri lagi. I know its hard to you, but you don't have to cut yourself. Lepas ni, kalau awak rasa awak nak cederakan diri sendiri lagi, awak boleh hubungi saya... Anytime.”
Sofea pandang tajam Dr. Hafeez. Pandangannya kosong. 'Eleh mula-mula aje kau cakap macam tu, lepastu give up!' ejek Sofea. Ya, Dr. Hafeez adalah doktor yang ketiga dicari oleh mama dan papanya. Dua orang doktor sebelum ini menarik diri dari merawatnya kerana tidak tahan akan perangai Sofea. Gadis itu ketawa sinis.
“Jangan yakin sangat.. Doktor orang ketiga yang cakap macam tu. At the end semua give up,” Dr.Hafeez hanya tersenyum.
“We'll see!” air muka Sofea berubah.
“Saya nak balik!” gesa Sofea.
“Balik? Sesi kita baru bermula, Erlina,” Kening Dr. Hafeez bertaut. Sofea merengus perlahan sebelum duduk semula di hadapan doktor.
“So… Where we're gonna start first?”
Sofea diam. Wajahnya kembali membeku. Mata dinginnya tertancap pada lelaki yang bergelar doktor psikiatri itu. Leka sehinggakan suara Dr. Hafeez yang bertanya tenggelam dalam lamunannya. Lelaki itu mengingatkanya pada Farid. Tutur kata yang lembut, pandangan yang tajam dan leretan senyuman yang mampu mencairkan hati mana-mana wanita ditambahkan pula dengan lesung pipit di pipi kanan doktor kacak itu. Tanpa sedar, Sofea mengeluh. Dr. Hafeez yang menyedari akan keluhan Sofea, berhenti bercakap. Dia pandang Sofea. Wajah muram itu menarik perhatiannya.
“Erlina... Erlina Sofea?!” Dr. Hafeez meninggikan sedikit nada suaranya bagi menyedarkan Sofea.
“Dah sampai mana mengelamun tu, Erlina?” Soal Dr. Hafeez, sekadar mengusik.
“Saya tak mengelamun and its Sofea, not Erlina!” jawab Sofea,dingin.
“Okay, Sofea..,” Dr. Hafeez akur. Sedikit lega apabila Sofea sudah mampu menjawab soalannya. Dia kemudian bangun menghampiri almari dibelakangnya. Sebuah laci ditarik dan beberapa helai kertas A4 dicapai.
Kertas itu disua kepada Sofea. Sebatang pensil juga turut disertakan. Sofea memandang sepi kertas itu sebelum menatap Dr. Hafeez. Keningnya terangkat.
“Buat saja apa yang awak nak. Tulis apa yang awak rasa. Luahkan segala apa yang awak pendam selama ni. Sofea nak lukis pun boleh! Itu tugas pertama awak pada sesi pertama kita.
Selalunya pada sesi pertama saya akan biarkan pesakit saya bercerita.. bercakap tentang apa saja topik. Tapi memandangkan Sofea macam tak ada mood nak bercakap, jadi saya bagi kertas ni! Buatlah apa yang awak suka,” ujar Dr. Hafeez, lembut. Senyuman manis masih menghiasi bibir merahnya. Sofea terkedu apabila Dr. Hafeez menyuruhnya untuk melukis.
“Doktor tahu.. saya pandai melukis? Mama saya bagitahu doktor?” Sepatah-sepatah Sofea bertanya. Giliran Dr. Hafeez terdiam. Senyuman disembunyikan.
“Sofea pandai melukis? Sofea belajar melukis di London dulu?” D. Hafeez sengaja memancing Sofea untuk bercakap mengenai London. Sofea menunduk. Jarinya ditaup. Mulai menggigil. Dia menggenggam kuat tangannya. Wajah Dr. Hafeez berubah.
Dia mengamati perlakuan Sofea. Jari-jemarinya semakin kuat digenggam dan sekali-sekala ditarik kuat. Acapkali gadis ini menggigit bibir bawahnya. Tidak sengaja keluhan terluah. D. Hafeez dapat mengagak bahawa London adalah punca segalanya. Sejenak mereka jeda. Dr. Hafeez memandang Sofea yang berusaha menghirup nafas. Menenangkan diri.
“Sofea.. it’s okay kalau awak tak nak cerita sekarang.. ambil masa seberapa banyak pun awak nak. Saya tak paksa. Take a deep breathe.. stay calm! We’re here for you. I’m here for you!” tegas suara Dr. Hafeez. Dia menekan suara direngkungan apabila berkata ‘I’m here fo you’ supaya Sofea tahu yang dia tidak berseorangan.
Dr. Hafeez sabar menunggu Sofea bersuara. Dalam dia menunggu, wajah yang hilang seri itu ditenung dalam. Cuba menyelam perasaan gadis muda yang bagaikan hilang semangat hidupnya ini. Perlahan-lahan, Sofea mulai tenang. Dia angkat pandangan, merenung kehadapan. Bukan wajah Dr. Hafeez yang dia nampak, melainkan kenangan yang wujud ketika di London dahulu.
Matanya mula berkaca. Dibiarkan sahaja air hangat itu mencemari pipi. Dr. Hafeez kaget, namun dibiarkan Sofea yang mulai teresak-esak. Hampir sepuluh minit Sofea berkeadaan seperti itu. Dr. Hafeez hanya memandang sambil tersenyum. Kotak tisu dihulurkan kepada Sofea.
“Sebelum ni.. saya tak macam ni! Saya tak pernah tunjuk kelemahan saya pada sesiapa. 7 tahun saya disana.. sorang-sorang. Heh! Not literally alone..,” Sofea tersenyum dalam tangisnya. Nampak menyakitkan apabila terpaksa mengukir senyum dalam esakan. Dadanya terasa seperti dihimpit bebanan yang tak tertanggung seorang diri.
“Sofea.. you’re not alone! That’s why I’m here..,”
“Tak! Doktor tak faham.. I had enough. Masa saya perlukan dia, dia tak pernah ada! Dia hilang macam tu aje! Saya tak sedar sejak bila saya berkeadaan macam ni. That voices.. still following me. They said no one needs me. Just run! Or.. just die!
Doktor tak akan faham bila keluarga sendiri lebihkan orang lain dari anak diorang sendiri! Doktor tak faham macam mana rasanya ditikam kawan baik sendiri! I don’t have anyone anymore! Saya hilang satu-satunya orang yang faham saya.. I feel lost! Saya cuba untuk rasa hidup setiap hari! Trust me, I do! Every day.. I tried to pretend I’m fine. I smiled to everyone but at this rate.. saya dah tak mampu.. I’ve thinked that I rather be alone than be with someone whose don’t need me. Dulu saya selalu buat orang tersenyum tapi sekarang saya dah tak mampu. Saya rasa useless sangat! And the hardest part is.. deciding whether to walk away or try more harder. Or.. just stop both. And I think I just need to stop! Berhenti untuk berharap seolah saya masih ada harapan..,” Sofea berhenti lagi. Bahunya terhinggut menahan sedu tangisan. Dr. Hafeez terkedu mendengar apa yang dikatakan Sofea. Terlalu banyak yang ditanggung gadis ini bersendirian.
“Orang lain rasa.. yang saya dah sakitkan mereka. I hurt them! But no one realise that I’ve suffering to bear this much hurt alone! Orang lain hanya sedar salah kita pada mereka, tapi tiada siapa sedar apa yang mereka dah buat sampai kita terpaksa tanggung semua ni sendiri! Selfish! Bila kita bercerita.. rendahkan ego.. nope! It’s not about ego but it’s about a scared of a stigma.. bila kita buang semua tu, bercerita dengan mereka dan reaksi mereka hanya muhasabah diri.. kembali pada yang Berhak! They just don’t understand about how to feel lost, scared and tired in the same time.. ada yang menghakimi saya dengan pandangan serong. Mereka kata saya terlalu berharap pada manusia! Dan sejak dari tu, saya ambil keputusan untuk bersendiri. I don’t need them! Mereka bukan tak faham, cuma tak nak faham dengan apa yang saya hadap. Mental illness do exist but they’re just laughing and make a dumb joke about it!
You don’t get it when how people rely too much on us! They expect the best from us.. but they forget that I have limits as human. I need a rest but them keep pushing me like nothing! I tried to seek help, but they push me away dan sampai satu tahap, saya mengalah! Dua orang doktor yang mengaku nak bantu saya sebelum ni pun, tak terima saya! Then tell me, how can I put a trust on you, doctor?” Sofea tatap mata dr. Hafeez. Pandangannya tidak setajam tadi. Dr. Hafeez mengerti akan pandangan itu. Pandangan yang sarat pengharapan. Bagaikan meminta pertolongan darinya.
“Saya tak tahu macam mana nak yakinkan awak.. tapi saya akan jalankan tanggungjawab saya seperti mana yang diamanahkan pada saya sejak saya ambil keputusan untuk jadi seorang psikiatri!” suara Dr. Hafeez mendatar sahaja namun riak wajahnya yang serius meruntun hati Sofea. Sudah lama dia berhenti berharap pada sesiapa pun, tapi kali ini seorang lelaki yang mengaku untuk membantunya kembali memberi harapan kepadanya.
“Prove it!” Sofea kesat air mata ditubir mata. Lekas Dr. Hafeez menghalangnya.
“Tak perlu tahan air mata awak. Luahkan. menangislah sepuasnya, sampai hati awak lega!” lembut sahaja Dr. Hafeez memujuk. Semakin laju air hangat itu mencemari wajah Sofea. Dia tidak lagi segan-silu menghamburkan tangis.
Entah sejak bila dia menahan air mata itu. Sofea berjanji untuk tidak menangis lagi dan sejak itu, senyuman palsu sentiasa terlayar di bibir. Sehinggalah dia terbiasa dengan keadaan itu – tersenyum disiang hari dan pada malam hari menanggalkan topeng kepura-puraannya. Sofea akan menyendiri didalam bilik yang dibiarkan kelam tanpa cahaya.
Sejak dia balik semula ke Malaysia awal tahun lalu, air matanya kerap sahaja turun. Sofea sudah tidak betah untuk berselindung disebalik topeng yang sengaja dipakai. Semakin dia cuba untuk menafikan, semakin ramai yang cuba untuk menyelam perasaannya. Dia tidak suka perkara itu. Bukan benci tapi takut. Takut jika mereka hanya mahu mempersendakan apa yang dirasanya. Takut kalau-kalau mereka hanya mahu menghakiminya.
DR. HAFEEZ menyusun fail yang sudah diperiksa dan diletakkan semula kedalam raga. Tangannya terhenti apabila melihat beberapa helai kertas kosong diatas meja. Dia capai kertas itu. Terdapat kesan air mata Sofea yang sudah kering. Hatinya rawan tiba-tiba. Dia teringatkan Sofea yang teresak-esak di hadapannya tengahari tadi.
“I’ll help her!” getus Dr. Hafeez. Dia menghela nafas berat. Hatinya terdetik sesuatu. Perasaan yang tidak pernah dia rasa selama ini.
“Rasa kasihan atau kasih?” soalnya sendiri. Dia tergelak sinis. Cepat menyingkirkan apa yang dirasakan sekarang. Segera dia mengemas mejanya dan dicapai beg sandang dan terus keluar dari bilik itu.
Share this novel