Bab 12

Short Story Series 16005

Tepat pada pukul 9 Deyna sudah menunggu encik crush dimeja makan. Jam sudah menunjukkan waktu 9.30 malam tetapi kelibat Aidil Haziq belum ada.

"Jangan kata yang dia lupa."gumam Deyna perlahan sambil meletakkan kepala diatas meja.

Dalam ralit mata melihat lilin yang cair, bunyi tapak kasut kedengaran. Cepat-cepat Deyna panggung kepala tetapi yang dua nampak bukan Aidil Haziq tetapi Hazirah.

"Dia tak datang lagi Naa?"tanya Hazirah pelik.

Deyna hanya menggelengkan kepala. Tidak ada mood nak bercakap.

"Pukul 10 kalau dia tak datang juga aku balik terus." kata Deyna perlahan. Dia mendengar Hazirah menghela nafas dan terus berlalu pergi.

Mata Deyna sudah berkaca-kaca tunggu masa sahaja nak menitis apabila orang yang dia tunggu belum datang sedangkan Deyna sudah sediakan semua benda. Jam menunjukkan 9.45 malam. Cepat pula masa berlalu.

Deyna dah mengeluh. Tak tahu berapa kali dia sudah mengeluh. Deyna meniup lilin tanda dia sudah mahu pulang kerana dia dah kecewa. Sangat.

Pusing sahaja belakang Deyna dah nampak kelibat Aidil Haziq yang baru masuk cafe. Deyna cuba nak senyum tetapi dia tidak mampu kerana kekecewaan yang ada mengambil alih semua tempat dalam hatinya.

"Kenapa lambat?" tanya Deyna perlahan. Mata tidak memerhati Aidil Hazuq yang sudah berdiri di hadapannya selebihnya dia pandang luar cafe.

"Apa ni?" tanyanya sambil menunjuk sehelai kertas.

Deyna pandang mukanya sekilas sebelum mengambil kertas itu dan terus buka. Deyna terkedu kerana kertas misinya ada ditangan Aidil Haziq.

"Macam mana boleh ada dekat dia."bisik hati Deyna. Sekarang Deyna sudah tidak tahu mahu buat apa. Otaknya ligat memikirkan macam mana kertas misi boleh ada di tangan Aidil Haziq.

"Selama ni kau rapat dengan aku hanya sebab nak selesaikan misi kau tu? Kenapa kau buat macam ni? Sebab ada petaruhan kau dengan kawan kau. Dia bagi apa kalau kau dapat aku? Seronok mainkan perasaan orang." tuduhnya dengan nada suara yang tinggi.

Deyna menggelengkan kepala tanda semua yang dikatakan oleh Aidil Haziq itu tidak betul.

"Suara kau mana!" Terhinjut bahu Deyna mendengar suara tengkingan Aidil Haziq.

"Tak! Semua yang awak kata itu semua salah. Awak tak ada hak nak tuduh saya dan kawan saya macam tu. Ya memang saya yang buat misi tu dari zaman sekolah Haziq. Tak ada pertaruhan dengan siapa-siapa. Saya buat semua tu sebab saya sayangkan awak dari dulu tetapi saya tak berani nak dekat dengan awak. Saya cuma mampu tengok awak dari jauh. Saya tak pernah nak terfikir untuk mainkan perasaana orang tambah-tambah lagi orang yang saya suka." serentak itu air mata Deyna jatuh setitik demi setitik.

"Saya buat semua tu sebab saya nak awak jadi milik saya tapi saya tahu semua itu tak akan pernah terjadi dan tak akan berlaku. Betullah orang kata terlalu berharap dekat orang yang belum tentu jadi milik kita itu sakit. Saya yang terlalu yakin yang awak akan jadi milik saya tetapi saya bukan tuhan nak tentukan hidup saya." tersekat-sekat Deyna menahan tangisan yang makin kuat.

"Saya cuma nak awak tahu yang saya cintakan awak dari dulu sampailah sekarang Aidil Haziq tapi awak dah hancurkan semuanya." terus Deyna berlalu pergi tanpa mendengar suara Aidil Haziq yang memanggilnya.

Nampak sahaja Hazirah Deyna terus masuk dalam pelukkannya sambil menangis teresak-esak.

"Shuhh aku ada Deyna Uqasha, aku ada." pujuk Hazirah sambil menepuk belakang Deyna perlahan.

"Betullah kau cakap...yang...bila kita...terlalu berharap...kita sendiri yang akan terluka. Sakit Rah, Sakit." kata Deyna dengan suara yang tersekat-sekat dibahu Hazirah.

Hazirah tak bersuara sehinggalah Deyna menjadi semakin tenang sedikit.

"Kau dah ok? Jom kita balik."ajaknya perlahan. Deyna hanya mengganguk.

Sampai sahaja diapartment Deyna terus naik ke rumah.

Tanpa menunggu Hazirah, Deyna terus menuju masuk ke dalam bilik dan menghempaskan diri di atas katil. Matanya tunak memandang syiling. Tanpa sedar air mata Deyna menitik sekali lagi.

Setitik...

Dua titik...

Tiga titik...

Dan akhirnya Deyna melepaskan tangisan dia atas bantal.

"Mungkin belum masa untuk kau bahagia dengan orang yang kau cinta Deyna." gumam Deyna perlahan dengan air mata yang masih mengalir.

Tok tokk.

"Naa mandi bersihkan diri lepastu solat isyak." kata Hazirah diluar bilik. Deyna tidak menjawab tetapi dia terus berlalu kebilik air.

Usai sahaja solat, mata dia menatap ke arah telefon. Deyna meminta cuti selama seminggu kerana sudah tiba masanya untuk dia balik ke rumah keluarganya. Bukan untuk lari dari masalah tetapi untuk mencari ketenangan

Keesokkan paginya.

Deyn masuk ke dapur dah nampak Hazirah yang sibuk memasak.

"Asal kau tak gerak aku Rah. Kalau tidak aku boleh tolong." Haziqah memusingkan kepalanya sambil tersenyum.

"Tak apalah Naa. Kau pun nampak penat saja. Aku tak nak ganggu." Kata-kata Hazirah membuatkan Deyna menjadi serba salah.

"Kau tak payah risaulah pasal aku. Baru rasa putus cinta bukannya mati lagi." kata Deyna sambil meletakkan makanan di dalam pinggan.

"Mata kau sembam. Kau nangis lagi ke pagi ni?" tanya Hazirah dengan mata masih memerhatikan Deyna yang ke hulur-hilir menyediakan makanan.

"Tak lah. Semalam punya la kot." Terus Hazirah menganggukkan kepalanya tanpa banyak soal.

"Boss kata kau apply cuti?"

"Haah aku nak balik Penang." kata Deyna selamba

"Bila?"tanya Hazirah.

"Esok kot. Sebab hari ni aku nak pergi bayar tempahan semalam." kata Deyna perlahan.

"Boss mesej aku kata tak payah bayar. Lagipun boss memang ada niat nak belanja tapi tu lah boss pon tak percaya yang akan jadi macam tu." kata Hazirah sambil tangan sibuk menyusun pinggan.

"Takdir yang tentukan. Lagipun aku terima mungkin dia bukan jodoh aku." sayu saja Deyna membalas.

"Esok kau balik aku ikut ehh." katanya mengembalikan mood ceria.

"Kau ambik cuti juga ke?". berkerut dahi Deyna memandang Hazirah pelik. Minah suku ni pantang kalau dia cuti sekejap.

"Haah. Bila boss kata kau ambil aku pun ikut la." tersengih Hazirah apabila Deyna menggelengkan kepalanya.

TBC...

Follow and Comment to unlock new chapter tehee..

Saya ada cakapkan yang jalan cerita buku ni tersangatlah Klise. Kan. Kan.

Share this novel

linarina
2020-10-20 12:49:51 

unlock new chapter tehee


NovelPlus Premium

The best ads free experience