Bab 30

Romance Series 80702

ADA pernampakkan sesuatu di atas meja itu yang membuatkan Nurjihan bangun semula. Tangisan dia kini terhenti lalu dia merampas sehelai kertas di atas meja itu.

Benjamin ingin menahan Nurjihan dari membaca kertas tersebut namun Nurjihan pantas melarikan tangannya.

"Huh rupanya ini kontrak yang berharga 200 ribu tu?" Ada senyuman sinis terukir di wajah Nurjihan.

Tuan Syed Iqwal memandang tanpa riak.

kertas kontrak itu di koyak lalu di campakkan di hadapan Tuan Syed Iqwal. Kemudian kad kredit, kunci kereta dan kunci rumah di letakkan di atas meja itu dengan menutup segala pintu kebaikan hati pada lelaki itu.

Ternganga Benjamin melihatkan perlakuan Nurjihan itu.

"Cik Nurjihan...."
Kata-kata Benjamin terhenti bila melihat Nurjihan yang melangkah pergi.

KEPUTUSAN bedah siasat dari hospital telah keluar dan mak Eton telah selamat di kebumikan oleh pihak hospital. Nurjihan berasa ralat berada di depan kubur wanita yang pernah dia menghuni rahim itu selama 9 bulan 10 hari.

"Keputusan bedah siasat tidak menunjukkan cap jari si pelaku, dari gaya pembunuhan itu di dapati bahawa tertuduh melakukan pembunuhan ini secara professional. Namun pihak polis masih mencari bukti-bukti yang lain untuk cuba mengesan si pelaku."
Kata-kata dari Detektif Umarul terimbau-imbau kembali ketika Nurjihan berjumpa dengannya di hospital pada petang tadi.

"Mak.. maafkan orang sebab tak tahu apa yang mak lalui sorang-sorang selama ni."
Nurjihan menangis sayu memeluk gambar dan baju-baju peninggalan Mak Eton.

LAILA membawa secawan kopi expresso itu ke meja bernombor 3 di mana terdapatnya seorang gadis yang termenung melihat ke arah tingkap. Bahu gadis itu di gosok perlahan memberi kekuatan.

"Jihan, ni kopi kau. Minum la dulu." Laila tersenyum manis memandang bekas rakan sekerjanya dahulu.

"Thanks Laila."

"Macam mana life kau sekarang? Study kau dah habis?"

Selepas menghirup dan menghidu harumnya aroma expresso itu Nurjihan meneku pasu bunga mini kaktus yang berada di hadapannya.

"Life aku? Disaster..Sejak mak aku pergi, aku dah tak ada semangat nak buat apa dah. All is gone".

"Kau kena kuat Jihan. Mak Eton mesti sedih tengok keadaan kau sekarang ni. Cari balik diri kau yang dulu. Tak apa perlahan-lahan bangun okay?."
Laila menggosok tangan Nurjihan memahami kesakitan yang di alami bila kehilangan orang tersayang.

Mata Nurjihan berkaca mendengarkan nasihat dari Laila itu. Makin orang cuba untuk kuatkannya, makin dia rasa hatinya rapuh tidak ampuh dengan segala kata-kata

" I tak nak..kenapa kopi yang selalu i order dulu rasa lain. You all tak jaga quality ke? Jauh tau i datang ni."
Kedengaran tinggi suara dari seorang wanita yang berdiri di hadapan kaunter di cafe Lily itu.

Tersentak Laila terus memandang ke arah kaunter.

"Gosh ! dia ni lagi. Jihan kau tunggu kejap eh. Nanti aku datang balik."

Nurjihan tidak beriak balas dengan pesanan Laila. Mindanya kini di awangan.

Laila bergegas ke arah kaunter untuk cuba menenangkan wanita yang sedang mengamuk itu.

Hilang sabar juga dia mahu melayan kerenah pelanggan yang terlalu cerewet ini. Sejak Jihan berhenti kerja, wanita tua ini tetap datang memesan minuman yang sama dan setiap kali itulah dia akan complain dengan rasa kopi tersebut. Apa yang dia cari? sudah naik jelak pekerja di cafe Lily itu mahu melayan.

"Sorry Puan, memang kopi jenis yang Puan pesan tu kami buat ikut resepi yang tepat dan cara pembuatan yang sama dalam s.o.p. Tak ada yang berbeza pun."

Laila dengan sabar melayan kerenah pelanggan yang sentiasa merasa 'Customer always right' itu.

"No, i punya lidah dah sebati sangat dengan caramel macchiato + chocolate drizzle yang i order dulu tu. I tahu la." Balas wanita yang berada di pertengahan umur itu.

"Puan, kalau Puan rasa kopi tu dah tak sedap, kami minta maaf sangat-sangat. Mungkin Puan boleh tukar selera Puan dengan pilihan kopi yang lain?". Laila beralah.

Nurjihan memicit-micit kepalanya. Naik rimas dengan pergaduhan antara pelanggan wanita itu dan Laila.

Haish.. bising betul. Nak layan perasaan pun tak senang la !

Nurjihan terus bangun dan menyebabkan suasana di dalam cafe itu hening dengan bunyi pergerakkan kerusi dari meja Nurjihan itu. Semua mata tertumpu ke arahnya yang berjalan dengan selamba badak masuk ke ruangan pantry pembuatan air.

"Huishh Jihan, kau nak pergi mana ni? asal masuk sini?". Laila Panik.

"Pergi buat air la. Biar aku jela buat."
Kata Nurjihan tanpa perasaan dan tanpa menoleh ke arah mereka yang tercengang di situ.

Setelah 5 minit, datang semula Nurjihan membawa pesanan secawan caramel macchiato + chocolate drizzle dan di letakkan di atas kaunter dan dia kembali menuju ke meja tempat duduknya tadi.

"Ehem, let me taste."

Wanita itu kembali menumpukan perhatian kepada kopi yang di bawa oleh gadis aneh tadi.

Laila dan pekerja yang lain ralit menatap wanita tua itu meneguk air kopi yang di pesannya tadi. Mereka sabar menanti.

"Yes , this one. I cari yang macam ini la selama ni". kata wanita itu.

Laila dan yang lain menelan air liur melihat Nurjihan di balik meja sana. Agak-agak la mak cik oi. Jihan tu bukan kerja dekat sini dah. Takkan la tiap kali kau datang aku nak kena panggil Jihan yang buatkan order kau aduh !

Wanita itu perlahan-lahan mendekati gadis tadi. Lalu dia duduk di hadapannya. Gadis itu tidak langsung menyedari kehadirannya di situ. Di tatap wajah mulus gadis tersebut dalam-dalam.

"Kau ada masalah?". Wanita tua itu bersuara menegur Nurjihan.

Terpanggung wajahnya melihat gerangan yang bersuara itu. Eh ! sejak bila ada orang duduk di depan dia ni? Nurjihan meraup wajahnya. Terlalu jauh terbawa fikirannya.

Eh kejap ! Dia kembali menatap wajah wanita tua itu.

"Eh..Puan Nora ?!"

"Kau ?!"

Serentak mereka berdua bersuara meneka identiti masing-masing. Patut la dia macam kenal je gadis itu. Nurjihan pula tidak sedar kerana sepanjang dia berada di depan tadi tidak langsung matanya menyapa ke wajah sesiapapun.

Ketawa mereka berdua.

"Hei budak.. lama tak nampak." Kata Puan Nora.

Nurjihan mengganguk.

"Tula saya tak sempat nak jumpa Puan masa keluar dari hospital hari tu. Saya ingatkan tak jumpa dah Puan."
Nurjihan menggaru-garu kepalanya segan.

"Tak payah panggil Puan la. Panggil Aunty je."

Nurjihan hairan. Kenapa Puan Nora di hadapannya kini dan sewaktu berada di hospital dahulu sangat berlainan. Dulu seperti kanak-kanak dewasa yang mengamuk tak mahu makan ubat tapi kini yang di hadapannya adalah Puan Nora versi wanita moden yang sangat klasik.

"Hei, why you diam?. aunty cakap dengan you ni."
Petikan jari Puan Nora mengentak lamunan Nurjihan.

"Err..Puan Nora dah sihat ke? hari tu kan..."

"Hari tu apa? macam kanak-kanak tak dapat mainan kan perangai aunty ni?". Ada ketawa di hujung pertanyaannya.

Nurjihan mengganguk .

Kemudian dia menggeleng. Eh , biadap kau Jihan jaga perasaan orang tua !

"Kalau you nak tahu. I memang macam tu dengan diorang. I saja nak test kesabaran diorang. I memang suka menyakat orang." matanya di kenyitkan pada Nurjihan.

Pergh ! ini sekali dengan aku kena game malam tu.

"Ouh...i see. Patutlah". Kata Nurjihan tanpa membiarkan bicara wanita itu sunyi.

"Rupanya you la barista yang handal buat kopi favorite aunty ni ek? No wonder rasa dia limited edition."

"Biasa-biasa ja aunty." Nurjihan merendah diri.

"No ! kalau biasa-biasa aunty tak akan mengamuk dekat kaunter tu tau hihi"

"You ada masalah? dari tadi aunty tengok you asyik termenung. Masa you buat kopi untuk aunty tadi pun you macam tak bermaya. Why darling?".

Nurjihan kembali menunduk.

Tersentak Nurjihan bila rasa tangannya di gengamkan Puan Nora.

"Aunty ada salah cakap ke?." Risau hatinya jika perkataannya itu ada terguris hati gadis ini.

Nurjihan menggeleng.

"Mak saya baru meninggal. Saya dah tak ada tempat nak bergantung. Saya dah tiada siapa-siapa."
Titisan air mata jatuh membasahi kain pelapik meja itu.

Puan Nora merasakan sebu di dadanya lalu di pegang dadanya. Sungguh dia dapat rasakan kesedihan gadis ini.

"Aunty percaya yang your mom orang yang baik-baik. Allah dah jemput dia dahulu sebab Allah sayang dia. You kena kuat semangat."

"Apa pun terjadi hari ini, kuatlah bertahan demi hari esok dan selamanya. Perjalanan you masih panjang sayang."

Nurjihan menyeka air matanya.

"How do i ? kalau orang yang saya percaya selama ni la salah satu punca kematian mak saya, Aunty?".

Puan Nora tergamam. Pegangan tangan itu di kuatkan.

"You tak akan tahu sekuat mana you sampailah kekuatan itulah satu-satunya pilihan yang you ada. Tabahkan hati tu. Aunty percaya akan ada kebahagian dan kekuatan yang akan mengisi diri you."

Nurjihan memandang Puan Nora tanpa kata yang mampu di keluarkan saat ini.

"Ini alamat aunty. Kalau you rasa nak stay dengan aunty datang la. Aunty mengalu-alukan kedatangan you sebagai anak aunty. Aunty pun tinggal seorang je."
Senyuman di lebarkan pada Nurjihan.

"Thanks Aunty."

Nurjihan melihat kad nama itu. Membulat matanya melihat lokasi tempat tinggal Puan Nora.

"Aunty stay dekat Singapore?. saya ingat aunty ni orang Malaysia?"

Puan Nora tersenyum.

LANGKAH kakinya di lajukan setelah dia terasa ada seseorang mengekorinya. Dengan ternampak satu lorong Nurjihan berlari dan masuk ke celah lorong sempit tersebut.

"Kenapa kau ikut aku ?!!!"
Tengking Nurjihan dan mengacu sebatang kayu tajam ke arah individu yang mengekorinya.

Seorang lelaki betopeng menutup separuh muka.

Lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangannya bila ternampak ancaman yang hampir tepat ke arah matanya.

lalu topeng di buka. Dia tersenyum sinis ke arah Nurjihan.

"Mak dengan anak memang suka pukul orang pakai kayu kan? Tak ada beza langsung !".

Terkejut Nurjihan melihat lelaki yang di hadapannya kini ialah Zabidi.

"Tak guna kau. Kau nak apa ha? macam mana kau hidup lagi ni?". Marah Nurjihan.

Zabidi ketawa.

"Huh, nyawa aku liat. Nak buat macam mana kan? tak macam mak kau. Sekali tarik !.... erk..erkk...hahaha".

Ketawa Zabidi mengejek detik kematian Mak Eton tempoh hari.

Nurjihan berang lalu di hayunkan kayu itu tepat mengenai kaki Zabidi yang sudah jatuh terduduk.

"Kau bunuh mak aku ?! aku dah agak. Sepatutnya kau yang mati !!".

kayu itu cuba di libas kali kedua oleh Nurjihan.

"Jihan !!" Kayu itu di hentikan oleh tangan seseorang yang lain.

"Kenapa halang? biar saya tamatkan nyawa si jahanam ni !!". Marah Nurjihan ke arah Dr.Haider.

"Tak boleh. Bukan ini caranya nak melepaskan dendam. Sini ramai orang.. kalau dia mati nanti, awak yang akan masuk penjara".

"Saya tak peduli biar..biar dia mati. orang macam dia ni tak layak hidup !".
Nurjihan lemah dah jatuh melutut ke lantai jalan di sambut Dr.Haider.

Nurjihan menangis di bahu Dr.Haider.

Luluh hatinya menenangkan gadis itu menangis dan meraung.

Zabidi ketakutan dan melarikan diri menahan perit kakinya yang berdarah di pukul kayu tajam bersama beberapa butir paku yang terlekat pada kayu tersebut.

"Jihan...Shushh tak apa saya ada ni jangan risau. Tak akan ada orang yang boleh apa-apakan awak."
Pujuk Dr.Haider hatinya resah melihat keadaan Nurjihan.

KEESOKKAN PAGI
TANPA berfikir panjang Nurjihan kini menuju ke arah lapangan terbang antarabangsa KLIA dan nekad untuk ke Singapura dan tinggal bersama Puan Nora. Dia tidak memaklumkan kepada sesiapapun tentang keberangkatannya itu.

Dia ingin lari dari semua kisah pahit yang ada di sini. Ye dia harus pergi tidak peduli jika perlu menanggung risiko sebesar apa pun !

Dalam dia hampir untuk ke pintu pagar pelepasan yang di jaga imigresen ... tiba-tiba dia terasa tangannya di tarik seseorang dan tidak semena-menanya dia terpaut rapat dalam dakapan orang yang menariknya itu.

Tuan Syed !!

"Awak nak pergi mana?!"

Tajam mata Tuan Syed Iqwal memanah tepat ke sepasang mata Nurjihan.

"Let me go !"
Nurjihan menarik kasar tangannya dari pegangan Tuan Syed Iqwal.

"Never ! awak lupa ke yang awak tu hak saya ! kontrak yang mak awak tanda tangan malam tu?"

Nurjihan naik berang mendengarkan perihal kontrak itu.

"Tak valid ! aku dah koyakkan depan kau. Kau lupa ke buta ?"
Dengan berani Nurjihan melawan semula tatapan mata Tuan Syed Iqwal penuh sinis.

"Well my dear..Itu cuma salinan. Bukan original."

Nurjihan tergamam. Tak kan la?

Nurjihan memerhati pula ke arah Benjamin sekilas. Benjamin yang melihatkan itu terus dia mengangguk mengiakan kata-kata Tuan Syed Iqwal.

"Habis tu kau nak aku buat apa dengan kuasa yang ada pada kontrak tu? jadi hamba abdi kau?"
Pertanyaan dari Nurjihan yang berbaur memperli Tuan Syed Iqwal.

"Awak kena jadi isteri saya by hook or by crooks.. i don't care."

Jawapan dari Tuan Syed Iqwal itu memeranjatkan Nurjihan.

"In your dreams !!".

Nurjihan masih sedaya upaya untuk melepaskan pegangan tangan Tuan Syed Iqwal pada pergelangan tangannya itu.

"If that's was in my dreams ... I'll make it real my dear..."

Senyuman lebar di berikan ke arah gadis yang memerah mukanya mehanan marah.

Nurjihan tidak mampu lagi melawan bila Tuan Syed Iqwal tiba-tiba mendukungnya pergi dari situ.

Benjamin tergesa-gesa membawa kesemua beg pakaian Nurjihan kembali ke arah kereta.

"Tak nak !!! turunkan aku !!". Nurjihan meronta-ronta kaki dan tangannya untuk minta di turunkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience