Bab 107

Romance Completed 78329

Gia mengelap badan Luqman menggunakan tuala basah. Pandangan Luqman dia hanya buat bodoh. Dari tadi Luqman pandangnya. Bukan setakat pandang dia tapi pandang ke perut bonyotnya sekali.

“Kau buat apa balik sini?” Pertanyaan dari Luqman, Gia hanya buat bodoh. Malas nak menjawab.

“Aku tanya kau ni. Buat apa kau balik sini?”

“Saja.” Ringkas saja jawapannya.

“Ke kau balik sini sebab kau kesian dengan keadaan aku macam ni? Aku rasa kalau aku tak eksiden, kau takkan balik kan?” Dalam keadaan macam ni pun, kau masih lagi nak dingin dengan Gia? Isteri kau sendiri?

“Awak fikir saya balik sini sebab apa kalau bukan nak tengok keadaan awak?” Jawabnya malas. Nampaknya Luqman still tak boleh terima aku dalam hidup dia.

“Kalau kau balik sini setakat nak jenguk keadaan aku, baik tak payah! Kau pergi balik sana! Aku tak perlu pun kau dekat sini!” Luqman menarik tangannya dari pegangan Gia.

Sejujurnya dia nak dengar yang Gia balik sini sebab dah maafkan dia dan nak stay dengan dia sampai bila-bila tapi jawapan lain yang dia dapat.

Padanlah Luqman! Kau pun cakap kasar dengan dia! Kau ingat dia faham ke apa yang kau cuba maksudkan dalam ayat kau? Dah kau cakap macam tu memang dia takkan faham sampai bila-bila lah. Cubalah cakap terus-terang apa yang kau nak sebenarnya!

“Awak tak nampak ke perut saya yang tengah bonyot ni? Saya dah fikir masak-masak saya nak bersalin dekat sini. Saya tak nak bersalin dekat sana.”

“Kenapa kau nak bersalin dekat sini? Bukan ke kau seronok sangat dekat sana? Adik-beradik family mummy kau pun ada. Apa salahnya kalau kau bersalin dekat sana?”

“Sudahlah Luq! Saya penat tau nak bertengkar dengan awak dari dulu sampai sekarang tak pernah sudah-sudah. Boleh tak kali ni awak berhenti sakitkan hati saya? Saya dah penat ok? Saya dah penat.” Gia meletakkan tuala basah di tempatnya kembali. Mood aku mulalah tak stabil sebabkan perangai suami aku yang cenggini punya.

“Gia…”

“Apa?”

“Kenapa kau larikan diri kau dari aku dulu?”

Soalan yang susah untuk dia jawab.

“Kenapa awak nak tahu?”

“Sebab aku nak tahu.”

“Awak sendiri ada jawapan pada soalan awak tu. Awak tahu apa yang awak dah buat pada saya selama ni dan saya pun sedar diri yang awak takkan boleh terima saya lagi. Satu je yang saya mintak pada awak…kalau awak tak boleh terima saya dalam hidup awak, tolong terima anak dalam perut ni. Saya kandungkan anak awak dan bukannya anak orang lain. Saya harap bila saya dah bersalin nanti, awak boleh terima anak ni dan tak bencikan dia macam mana awak bencikan saya. Itu je yang saya mintak,” Gia mengusap air matanya yang mengalir. Tak tahulah kenapa dia rasa sebak sangat bila cakap macam tu. Rasa macam dia akan terpisah lama dengan anaknya nanti.

Kakinya melangkah keluar dari wad dengan tangisan yang masih lagi tak boleh nak berhenti. Moodnya dah mula swing. Aku ingatkan aku balik sini aku nak berbaik dengan suami aku tapi bila aku tengok cara penerimaan dia dekat aku pun macam tak boleh nak terima aku lagi…aku pun dah tak nak berharap apa-apa dari dia.

“KAU ni Luq…Gia tu balik sini semata-mata untuk kau tahu tak? Yang kau layan dia dingin buat apa?” Idham bersuara tak puas hati. Nak je dia luku kepala si Luqman ni. Apa bendalah layan isteri sendiri pun serupa macam bukan isteri.

“Entah kau ni Luq. Sepatutnya bila dia dah balik sini kau ambiklah peluang tu untuk berbaik dengan dia balik. Ini tak, layan macam entah apa-apa. Kau ni kan gamaknya kalau Gia mintak cerai dengan kau, baru kau tahu kot apa itu erti penyesalan!” Taufiq pula masuk campur.

“Korang ni! Janganlah takutkan aku!”

“Kitaorang bukan nak takutkan kau tapi seeloknya dalam fasa macam ni, kau layanlah Gia baik-baik walaupun keadaan kau tak berapa nak baik. Kau tengok sendirikan macam mana Gia susah payah bawak anak kau ke sana ke sini. Berat tu! Dalam waktu macam ni, sepatutnya kau layan Gia baik-baik, tak sakitkan hati dia dan tak buat dia stress. Dia sanggup fly dari Bangkok ke Kuala Lumpur semata-mata untuk kau. Kalau kau tak appreciate lagi, aku tak tahulah nak cakap apa.” Idham pun naik pening dengan perangai Luqman yang satu ni. Tiba-tiba pulak jadi Luqman yang tak bertauliah macam dulu.

“Aku bukan apa. Aku takut kalau Gia masih marahkan aku lepas apa yang aku buat dekat dia dulu.”

“Dah sebab tu kau layan Gia macam tu? Kau gila ke apa Luq? Kau buat perangai macam ni lagilah Gia layan kau nak tak nak je sebab Gia ingatkan yang kau ni masih bencikan dia. Aduh kau ni Luq! Nama je lelaki, badan gagah perkasa tapi macam pondan!” Selamba Taufiq membidas Luqman.

“Dah tu kalau Gia layan aku still sama macam aku kenal dia dulu, kau nak expect aku buat apa lagi?”

“Kau suami dia dan tak lama lagi kau bakal nak jadi ayah dah pun. Apa hallah otak kau ni tak maju-maju lagi? Kau buat jelah apa pun supaya Gia boleh terima dan berbaik dengan kau balik. Kau sebagai suami kau ada hak ke atas dia. Takkan itu pun kitaorang nak kena ajar kau?”
Idham menjulingkan matanya ke atas. Kalau bab-bab lain dia bijak sangat tapi bab nak pujuk bini? Langsung ke laut!

“HAI bro? Termenung apa lagi tu? Tak nak balik ke?” Amirul menjengukkan mukanya di hadapan pintu bilik Ariff. Shif Ariff sepatutnya dah habis tapi ni tercongok lagi macam tengah fikirkan sesuatu.

“Kau nak balik, kau baliklah. Aku ada benda nak fikir.”

“Hmmm…interesting! Kau tengah fikir apa?” Niatnya yang tadi dah nak balik terus terbantut bila mendengar kata-kata Ariff tadi. Fikir apa tu?

“Sibuklah kau! Tadi kau kata nak balik kan?”

“Alah…kejap lagi pun boleh balik. Sharelah dengan aku
kau fikir apa?”

“Bawang kau ni kalah mak cik bawang! Menyibuk je!”

“Menyibuk hal kau je. Kejap-kejap…let me guess…kau fikirkan pasal Vitalika eh??? Hmmm? Hmmm?”

“Memandai je.”

“Alah…aku tahulah Ariff! Kau takkan fikirkan orang lain selain Vitalika kan? Kau ingat aku tak perasan ke sejak Vitalika dah tak ada dekat sini, kau asyik dengan dunia kau sendiri? Dulu kalau Vitalika ada, kerja kau berjalan je satu hospital ni.”

Mamat ni tak sah kalau tak tahu apa yang aku tengah fikir! Apa yang ada dalam otak aku, cepat je dia dapat meneka!

“Kau suka dia sebenarnya kan? Alah! Mengaku jelah Ariff! Kau tahu tak? Aku tak pernah nampak kau minat dekat seseorang macam mana kau minat dekat Vitalika. Apa salahnya kalau kau bagitahu terus-terang je dekat Vitalika yang kau memang suka dekat dia? Dah kalau kau pendam macam ni kang kau melepas, menangis tak berlagu nanti!”

“Hesy kau ni! Aku dah bagitahu dia yang aku suka dekat dia cuma dia cakap dekat aku…kalau aku betul-betul serius sukakan dia, dia nak aku attend konvokesyen dia dekat sana nanti.”

“Habis tu? Kau nak pergi tak? Bila konvokesyen dia?”

“Dalam dua hari lagi konvokesyen dia.”

“Serius lah?! Dah tu kau tak buat keputusan lagi?”

“Aku tak sure aku dapat pergi ke tak sebab aku banyak
kerja lah.”

“Pasal patient, banyak lagi doktor yang boleh handle. Apa susahnya? Selama kau kerja kau jarang nak apply cuti kan? Apa salahnya kalau kali ni kau apply cuti dan pergi jumpa dengan Vitalika? Kalau kau tak nak pergi tak apa…biar aku je yang pergi. Last-last aku yang dapat Vitalika. Kau? Makan hati hahahaha!!!”

“Kurang ajar ehh kau?”

“Dah kau tu susah sangat nak buat keputusan? Bila aku cakap macam tu, gelabah pulak kau. Aku bagi cadangan dekat kau. Kalau kau betul-betul serius sukakan Vitalika, kau pergi jumpa dia pada hari konvokesyen tapi kalau kau tak serius, kau tak payah pergi. Simple.”

Ariff berfikir seketika. Nak pergi ke tak? Kalau ikutkan, memang aku serius sukakan Vitalika tapi…tapi apa lagi Ariff oiii!!! Kalau betul-betul suka, pergi jelah! Bukannya susah mana pun!

“HAH?! Seriuslah Vi?!” Kristine dan Maya sama-sama terjerit kecil. Mata masing-masing dah membulat.

“Seriuslah! Apa? Nampak muka ni sekarang tengah main-main ke?”

“Isy! Tak sangka Doktor Ariff boleh sangkut dengan kau
eh? Kau macam mana pulak? Tak sangkut dengan dia ke?” Kristine mencucuk-cucuk bahu Vitalika dengan jarinya.

“Entahlah…sejujurnya lah kan dia tu baik, hensem dan tak kisah pasal orang lain. Dia banyak bantu aku time praktikal dulu. Marah aku pun tak pernah dan dia memang betul-betul jaga aku sepanjang aku praktikal dekat sana. Tapi…tak tahulah sama ada dia betul-betul serius ke tak.”

“Kenapa pulak?” Maya pula bersuara seakan-akan tak puas hati.

“Yelah…aku cakap dekat dia kalau dia betul-betul suka dan serius dengan aku, aku nak dia datang majlis konvokesyen dalam masa dua hari ni lagi. Kalau dia tak datang, aku akan anggap dia tak serius pun dengan aku.”

“Aku yakin dia akan datang!” Kristine bersuara yakin.

“Sokong!” Maya backup dari belakang.

“Kalau dia tak datang?” Dua-duanya tersenyap seketika.

“Errr…kalau dia tak datang tu kau janganlah makan hati pulak. Dalam dunia ni banyak lagi lelaki yang sesuai untuk kau. Tapi bagi aku, Doktor Ariff sesuai lagi,” dalam masa yang sempat lagi Kristine memuji.

Serius aku tak tipu. Masa first time jumpa Doktor Ariff dekat hospital pun aku dah impress! Dalam diam-diam puji dia hensem dan sangat berkarisma! Kalau Vitalika tak nak, memang aku nak offer diri aku dekat dia untuk jadikan bini. Tapi, nampak mustahil sangatlah hahaha sebab Doktor Ariff memilih Vitalika.

“Tapi aku terfikir. Boleh ke dia terima diri aku seadanya?” Maya dan Kristine mengerutkan dahi mereka.

“Apa yang boleh terimanya?” Maya dan Kristine sama-sama tak faham apa yang cuba dimaksudkan Vitalika sebenarnya.

“Maksud aku…yelah…aku dah tak suci lagi. Dah pernah kena pakai dengan Danial. Korang berdua rasa Doktor Ariff boleh ke terima aku?”

“Kau jangan fikir negatif sangat Vi. Aku yakin Doktor Ariff boleh terima kau seadanya. Lagipun benda yang jadi antara kau dengan Danial dulu bukan atas kerelaan diri kau sendiri. Kau buat semua tu sebab nak selamatkan kakak kembar kau.”

“Betul! Aku sokong apa yang Maya cakap. Kalau kau ragu-ragu dengan penerimaan dia, masa hari konvokesyen kau nanti kau bagitahu benda yang sebenarnya then cuba kau tanya dia sama ada dia boleh terima kau ke tak. Kalau dia tak boleh nak terima kau, kau blah jelah dari hidup dia. Kalau dia boleh terima kau seadanya, proceed jelah.”

“Aku takut kalau aku bagitahu dia benda yang betul, dia akan kecewa dengan aku nanti sebab aku pun sebenarnya sukakan dia. Tapi…”

“Vi…dalam dunia ni semua manusia diciptakan ada pasangan. Kalau Doktor Ariff pergi dan tak terima kau, mungkin akan ada lelaki yang akan datang dan boleh terima kau seadanya. Percayalah…” Kristine cuba menghulurkan semangat kepada Vitalika. Dia tak nak
Vitalika rasa down disebabkan benda yang pernah terjadi antara dia dengan Danial dulu.

SELESAI menguruskan Luqman, Gia melangkah menuju ke arah plastik kertas berisi bekas makanan yang dimasaknya tadi. Dia hanya memasak ayam masak kicap bersama nasi putih untuk hidangan tengahari Luqman. Ibu cakap sekarang Luqman hanya selera makan ayam masak kicap dengan nasi putih. Yang lain dia tak nak.

Bekas makanan berisi nasi putih dan ayam masak kicap dibuka. Aroma wangi dari ayam masak kicap tersebut membuatkan perut Luqman terus berkeroncong kencang minta diisi. Maklumlah…pagi tadi dia hanya makan sikit je sebab tak berapa nak lalu. Bila dah masuk tengahari ni, berdangdut hebatlah perut aku.

Bekas makanan diserahkan kepada Luqman. Luqman pula memandang Gia dengan pandangan tak faham. Dia nak suruh aku makan sendiri? Tak nak suap aku ke? Dia bermonolog di dalam hati.

“Kenapa? Tak nak makan ke?” Tanya Gia bila bekas makanan tak diambil Luqman lagi. Tengok aku lain macam.

“Kau tak nampak ke tangan aku tengah sakit?”

“Tangan sebelah lagi tak sakit kan?”

“Kau nak suruh aku makan tangan belah kiri? Memang taklah!”

Maknanya aku nak kena suap dia lah ni? Gia mengeluh kecil sebelum melabuhkan punggungnya perlahan di kerusi sebelah katil. Dengan keadaan perut besar dia ni membataskan pergerakannya.

Kuah kicap bersama beberapa ketul isi ayam diambil dan digaul sekali dengan nasi putih. Nasi dengan isi ayam dicedok dan dihalakan ke mulut Luqman. Luqman membuka mulutnya dan mengunyah nasi dan isi ayam tersebut.

“Siapa masak?” Tanyanya.

“Sayalah masak.” Jawabnya malas.

“Patutlah…”

“Tak sedap? Kalau rasa tak sedap, tak payah makan. Saya pergi tapau je dekat kedai lain,” Gia bertindak untuk menutup bekas makanan tapi dihalang oleh Luqman.

“Yang kau sensitif sangat ni dah kenapa? Ada aku cakap makanan ni tak sedap?” Agak-agaklah! Aku dah tengah lapar! Buatnya sungguh dia tak bagi aku makan dan suruh aku tunggu sementara dia pergi beli makanan baru, boleh kebulur aku nanti.

Gia tak bagi reaksi apa-apa. Hanya bereaksi biasa dan dingin. Malas nak berbual dengan Luqman. Bukan atas alasan dia benci atau marah tapi dia tak nak taruhkan hati dia lagi untuk berharap yang Luqman akan terima dia sebagai isteri ataupun Luqman akan layan dia baik-baik sebagaimana selayaknya dia dapat.

“Benci sangat ke kau dekat aku sampaikan kau diam macam ni?” Gia diam lagi. Tak balas.

“Aku tanya kau ni. Jawablah.”

“Perlu ke saya jawab?”

“Perlulah!”

“Saya rasa awak tahu kot apa jawapan saya?” Nasi disuap ke dalam mulut Luqman tapi mata masih lagi tertumpu pada bekas makanan. Muka Luqman tak dipandangnya.

“Kenapa kau bagi rumah kau dekat aku?”

Diam. Tak jawab.

“Jawablah Gia!”

“Sebab saya nak bagi! Apa yang awak tak puas hati lagi Luq? Boleh tak kalau kita stop bergaduh?! Saya penat!”

“Bila masa aku cari gaduh dengan kau?”

Helaan nafas panjang dilepaskan. “Macam nilah. Anggap jelah rumah yang saya bagi dekat awak tu sebagai tebusan rasa bersalah saya pada awak dan ibu dan jugak pada arwah Dariya. Anggap jelah apa yang saya buat selama ni sebagai tebus rasa dosa saya pada awak dan ibu. Ok?”

“Sebab tu je?”

“Awak nak sebab apa lagi Luq? Cukuplah…saya dah tak nak apa-apa lagi. Kalau awak rasa awak tak puas hati lagi dengan apa yang dah jadi dalam hidup saya, awak bagitahu saya! Saya akan selesaikan semuanya sampai awak puas hati!”

“Kau rasa aku masih tak puas hati dengan kau ke?”

“Yes! Saya sampai tak tahu macam mana lagi nak buat bagi awak puas hati. Anggap jelah apa yang jadi dalam hidup saya sebagai bayaran pampasan atas kematian Dariya. Apa yang dah jadi pada mummy dan keluarga saya…saya dah tak ada siapa-siapa lagi. Orang yang saya sayang dah pergi tinggalkan saya. Tatay, mummy, daddy…dah pergi tinggalkan saya. Saya cuma ada Vitalika dan abang Eric je sekarang ni. Tolonglah…kalau dendam awak pada saya masih lagi tak terlunas, tolong lunaskan pada saya dan bukannya pada dua orang ni.”

“Sampai macam tu sekali kau fikir pasal aku Gia? Kau rasa aku masih berdendam dengan kau lepas kau dah buat banyak kebaikan dekat aku. Macam tu?”

“Tak mustahil awak berbaik dengan saya sekarang ni semata-mata nak balas dendam. Dulu pun sebelum kita kahwin awak buat-buat baik dengan saya sebab awak nak balas dendam. Dah lupa ke? Lepas tu awak tendang saya keluar dari hidup awak sedangkan waktu tu tak sampai dua puluh empat jam kita jadi suami isteri.”

“Gia…aku…”

“Bagi saya masa. Saya takut nak berharap pada awak sekarang ni Luq. Sumpah saya takut. Saya takut kalau saya terima awak lagi dalam hidup saya, nasib saya akan sama macam dulu. Saya tak nak jadi macam dulu lagi. Bodoh sebab percaya yang awak betul-betul cinta dan suka saya tapi rupanya tak.”

“Kalau aku cakap yang aku nak kau ada di sisi aku setiap masa, kau percaya tak? Kalau aku nak kau stay dengan aku sampai bila-bila dan jadi isteri aku sampai akhir hayat, kau percaya tak?”

Bekas makanan diletakkan ke atas meja stand. “Boleh tak kita jangan cakap pasal ni? Saya tak suka.”

“Kenapa? Aku masih suami kau dan kau masih lagi isteri aku. Tu…anak dalam perut kau tu pun anak aku. Apa masalahnya?”

“Apa jaminan yang saya akan dapat kalau saya kembali pada awak? Apa jaminan yang saya akan dapat kalau saya lupakan semuanya apa yang awak dah buat pada saya? Saya takut saya tak bahagia Luq. Awak tahukan dari kecil sampai ke besar…saya tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu sejak tatay saya meninggal. Saya dibenci oleh mummy dan Vitalika…bila saya melangkah masuk ke dalam keluarga Scott Padilla, saya dapat rasa kasih sayang dari daddy dan Lola. Bila saya langkah ke bumi Malaysia, saya dapat rasa kasih sayang dari ibu…kasih sayang yang saya tahu saya hanya menumpang saja sampai bila-bila. Kemudian, saya jatuh cinta pada awak bila saya ingatkan awak betul-betul jatuh cinta dengan saya dulu tapi saya silap. Saya bodoh sebab percaya semua tu!”

Air matanya dilap pergi. Dia tak nak nampak terlalu lemah di hadapan Luqman.

“Saya harap awak boleh faham saya Luq. Saya tak kisah kalau kak Zarina atau mama nak marah saya sekalipun sebab abaikan awak selama ni tapi hati saya dan apa yang saya nak selama ni tak pernah ada yang kisah pun. Orang tak pernah jaga hati saya sedangkan saya nak kena jaga semua hati orang. Saya penat…”

“Kenapa kau perlu ungkit benda yang dah lepas Gia? Kau buat aku rasa lagi bersalah dekat kau. Kau sengaja nak buat aku rasa bersalah ke?”

“Tak…saya cuma cakap apa yang hati saya rasa. Awak tanya pada hati awak sendiri kalau awak ada dalam kasut saya, apa yang awak rasa? Apa yang awak akan buat? Awak akan tersenyum dan terima dengan hati yang terbuka? Macam tu?”

Luqman mendiamkan diri. Tak ada point untuk balas lagi. Apa yang Gia cakap memang meninggalkan kesan dalam hatinya.

“Saya mintak maaf Luq kalau apa yang saya cakap buat awak terasa hati. Saya balik dulu,” Gia mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari wad. Sikit je lagi dia nak menangis tapi cuba ditahan tangisannya sampai nak rasa sesak dada. Apa-apa pun aku akan tetap jaga Luqman sampai dia pulih. Itu niat utama aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience