Chapter 4

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.4 Chaos

Normal POV

Setelah Olyn tersedar , akhirnya doktor melepaskannya keluar tiga hari kemudian. Dia kembali ke sekolah pada hari kelima.

Sejujurnya , dia amat merindui Olala. Semasa dia di hospital sebelum ini , Olala selalu menjenguknya. Dan kali ini , dia telah membuat Olala benci kepadanya. Tak ada jalan lagi untuknya bersama dengan Olala.
Put.. Ainaa.. Alyn.. Yaya.. Yana.. Nad..

Semua ayat mereka di hospital hari itu terngiang-ngiang di kepalanya. Nak menyesal pun dah terlambat. Olala dan dia tidak akan bersama lagi. Sekurang-kurangnya dia ada juga rasa bangga dengan tindakannya. Jika dia berbuat begini , Isabella tidak akan ganggu hidup Olala. Hubungan Olala pun sudah agak renggang. Tidak rapat seperti dulu.

"Olyn petang ni kan ada buat 1Murid 1Sukan dekat sekolah. Apa kata kita orang ajar kau dekat Jusco je?" tanya Yasmin.

Olyn berfikir sebentar. "Kenapa tak buat dekat library?" tanya Olyn. Yasmin dan Ani tersengih.

"Kita orang lapar.. Hehehe" Ani menggaru kepalanya yang Olyn yakin tidak gatal. "So?"

"Erm , okay lah. Aku pun lapar jugak. Hehehe.." Ani dan Yasmin tersenyum. Itu kali pertama dalam seminggu mereka lihat Olyn tersenyum tanpa stres. Sebelum ini senyum Olyn hanya palsu belaka.

"I'm glad you're smiling.." Kata Yasmin. Olyn tersenyum.

"Past is past.." Katanya. Dia teringat Put apabila menggunakan ayat itu. Dia terkikih.

*
*

Di Tutti Frutti , Jusco.

Olyn memandang Yasmin dan Ani membawa makanan yang mereka beli di Mcdonald dengan mata terbeliak.

"Wow , korang nak makan untuk sehari atau seminggu ni?" tanyanya. Yasmin dan Ani tertawa.

"Kalau kau nak tahu , macam ni lah kita orang." Yasmin meletak plastiknya di atas meja.

Olyn melihat sekeliling. Tutti Frutti.. Fikirnya. Tutti Frutti ini adalah tempat Olala selalu lepak setelah tamat waktu sekolah. Dia terpandang 6 orang yang sangat dia kenali di tempat mereka selalu duduk. Wajah mereka terlihat stres dan penat. Rasa bersalah menyelubungi Olyn kembali. Olyn menarik Yasmin dan Ani ke meja yang jauh sedikit.

"Kenapa Olyn?" tanya Ani.

"Umh , ni tempat Olala selalu hang out.." kata Olyn. Mata Ani dan Yasmin membulat. Mereka melihat sekeliling. Betullah! Ada Olala.. Fikir Yasmin dan Ani.

"Kenapa tak cakap awal-awal?" tanya Yasmin.

"Aku baru teringat. Tak apalah. Kita duduk jauh sikit." Olyn cuba menenangkan Ani dan Yasmin yang terlihat rasa bersalah. Olyn duduk di meja yang berada di tepi dinding kaca.

Ani dan Yasmin duduk di hadapan Olyn. Mereka makan dalam keadaan senyap. Rasa bersalah masih menyelubungi mereka bertiga. Olyn rasa bersalah terhadap Olala , manakala Yasmin dan Ani rasa bersalah terhadap Olyn.

*

Satu jam kemudian ,

Sudah satu jam Olala duduk tanpa berbuat apa-apa di Tutti Frutti itu. Makanan yang mereka beli pun tidak tersentuh.

Dari tempat Olala duduk , Put ternampak kelibat Olyn dan dua orang lagi gadis yang dia yakin itu adalah Yasmin dan Ani. Put mengeluh perlahan. Dia sudah penat dengan drama yang Olyn buat. Rasa marah dan sedihnya meningkat naik.

Ainaa yang nampak Put termenung , mengikut arah pandangan Put. Rasa marahnya melonjak-lonjak apabila terlihat Olyn dan dua orang kakak senior itu.

"Melampau dah dia ni!" Marah Ainaa. Put tersedar dari lamunannya. Dia memandang Ainaa. Wajah Ainaa sekarang ini memerah. Dia tahu Ainaa sudah nampak Olyn.

Ainaa menolak kerusinya hingga menyebabkan bunyi denyit yang mengilukan telinga orang-orang di kedai Tutti Frutti itu. Olala memandang Ainaa yang berjalan ke arah Olyn yang sedang tertawa bersama Yasmin dan Ani.

Entah apalah yang mereka tengah bualkan. Mungkin tengah kutuk Olala.. Fikir Ainaa. Yaya , Alyn dan Yana mengejar Ainaa.

"Olyn!!" Olyn memandang kanannya. Dia terkejut melihat Ainaa yang sedang marah menjerit dan menuju ke arahnya.

"Ainaa , jangan.." Yaya menarik Ainaa. Ainaa menghentak tangannya yang dipegang Yaya. Pegangan Yaya terlepas.

"Aku dah cukup sabar dengan kau ni! Apa masalah kau sebenarnya!? Bagi alasan tak ada duit nak lepak , nak catch up balik perlajaran yang dah terlepas. Fvck off lah!! Disebabkan kau , disebabkan kau reputasi Olala jatuh dekat sekolah! Disebabkan kau , Alyn asyik menangis! Disebabkan kau , Put berubah! Disebabkan kau , pelajaran kita orang semua terganggu!!" Ainaa menggunakan suara megaphonenya. Olyn mengeraskan rahangnya. Dia sudah tertangkap menipu.

Put bangun dari tempatnya. Tangannya menggenggam penumbuk. Olyn yang hanya memerhatikan Ainaa tidak perasan Put menghayun penumbuknya ke muka Olyn. Olyn nyaris terjatuh dari kerusinya. Kini semua pelanggan yang berada di Tutti Frutti memandang mereka dengan curious.

"PUT APA KAU BUAT NI!?" Alyn menolak Put dan ingin membantu Olyn tetapi Olyn menepis tangannya. "Olyn.." Alyn berkata perlahan. Olyn berdiri. Hidungnya kini berdarah , begitu juga dengan bibirnya.

"OLYN, AKU DAH TAK TAHU NAK CAKAP MACAM DEKAT KAU! TAPI BILA DIFIKIRKAN BALIK , KAU MEMANG DAH MELAMPAU! AKU DAH PENAT NAK PUJUK KAU UNTUK CERITA DEKAT KITA ORANG MASALAH KAU! TAPI SAMPAI SEKARANG KAU TAK CAKAP APA-APA PUN! KAU TINGGALKAN OLALA MACAM TU JE! APA YANG AINAA CAKAP TU BETUL!" Put ingin menghayunkan lagi sebiji penumbuk ke wajah Olyn. Namun tangannya ditahan Yana dan Alyn.

"DISEBABKAN KAU , REPUTASI OLALA MENURUN! DISEBABKAN KAU , AKU JADI MACAM NI! DISEBABKAN KAU , OLALA DAH NAK BERPECAH!"

Tiba-tiba pipi Put ditampar. Semua yang berada disitu memandang Yasmin. Mereka terkejut dengan tindakan Yasmin yang berani menampar Put.

"Apa yang kau-"

"Jaga mulut kau , Put! Kau tak tahu apa masalah Olyn! Korang tak tahu apa yang dia tanggung! Dia tak bagitahu korang sebab dia taknak bebankan korang! Korang semua pentingkan reputasi je! Bagi korang reputasi lagi penting dari friendship kan!?" Yasmin memarahi Put.

"Kau ingat Olyn ni tak ada maruah ke!? Put kau lupa ke , kalau kau ada masalah , orang pertama yang dengar masalah kau tu , Olyn! Cuba kau kurangkan sikit ego kau tu!" Yasmin menundingkan jarinya di hadapan wajah Put.

"Yasmin , dah" Olyn menarik tangan Yasmin.

"FVCK YOU AND YOUR PROBLEM , FVCKER!!!" Put menjerit di hadapan wajah Olyn. Olyn memandang lantai. "And kau!" dia menunding jadi ke arah Yasmin. "SEKARANG NI KAU NAK BACK UP OLYN LAH!? MASALAH?! APA MASALAH DIA? ADA DIA BAGITAHU KITA ORANG? TAK ADA KAN? BEBAN KONON?! EH , AKU TAK PERNAH RASA TERBEBAN LAH KALAU PASAL KAWAN! AND LAST , KAU TAK LAYAK NAK CAKAP PASAL EGO AKU! KAU FAHAM!? YASMIN DENGAR SINI, MULAI DARI HARI NI , AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI! KAU BERKAWAN DENGAN AKU DULU TAU! BUKAN DENGAN PEREMPUAN NI!"

"KAU MEMANG KEJAM PUT! SEBAB EGO KAU , KAU AKAN KEHILANGAN KAWAN-KAWAN KAU! KAU DENGAR TU!?" Ani pula menjerit kepada Put. "DAN KORANG SEMUA INGAT , SATU HARI NANTI , KORANG PASTI AKAN MENYESAL ATAS APA YANG KORANG DAH BUAT PADA OLYN!"

"Kemas barang ," Arah Ani kepada Yasmin dan Olyn. Yasmin yang sudah menangis itu hanya mencampak barang-barangnya ke dalam beg. Begitu juga dengan Olyn. Setelah itu mereka meninggalkan Olala yang tercengang di situ.

"Singgah toilet sekejap.." Kata Olyn. Yasmin dan Ani mengangguk. Mereka bertiga masuk ke dalam tandas besar milik Jusco. Olyn mencuci mulutnya yang dipenuhi darah. Yasmin dan Ani mengeluh perlahan. Olyn melihat mereka melalui cermin.

"Aku memang patut dapat ni kan?" Tanya Olyn. Dia melihat hujung bibirnya menjadi warna biru keunguan. Dia berkumur untuk membersihkan darah di dalam mulutnya.

Ani menggeleng. "Tak Olyn. Kau tak salah. Tak ada siapa bersalah dalam hal ni." katanya.

Yasmin membasuh wajahnya juga. "A.. Aku takut Put betul-betul tak kesah pasal aku lagi.." Yasmin menutup mukanya dan mula menangis. Ani memeluk Yasmin. Olyn hanya memandang mereka dari tepi kerana dia tidak biasa berpeluk-pelukan ini. Walaupun dengan Olala.

"Yasmin , maafkan aku. Disebabkan aku , kau dengan Put bergaduh. Aku memang tak guna.." kata Olyn lirih. Air mata yang dia tahan dari Tutti Frutti tadi akhirnya mengalir juga. Selain bibirnya , hidungnya juga terdapat garisan lebam. Mungkin tumbukan Put terlalu kuat. Dia yakin tulang hidungnya patah kerana hidungnya terasa ngilu. Olyn menyumbat tisu di dalam hidungnya.

"Tak apa Olyn , aku just membantu. Pasal Put tu nanti pandailah aku pujuk. Yang penting , keselamatan Olala. Aku taknak ada yang.." Yasmin menangis. "..aku taknak ada yang mati antara korang. Lagi-lagi kalau orang yang mati tu Put atau kau" Ani mengusap-ngusap belakang badan Yasmin. Olyn mengeluh perlahan.

"Olyn , stay strong! Jangan biarkan benda jahat tu hancurkan friendship Olala." Ani menepuk bahu Olyn. Olyn tersenyum kepadanya. "Ah , aku ada.." Ani membuka begnya. Dia mengeluarkan kapas dan sebotol ubat.

"lahh.. Dari tadi tak nak cakap.." Ani terkikik.

"Sorry" Ani tersengih menunjukkan giginya. Olyn menggeleng perlahan. Dia mengambil kapas di tangan Ani dan mula membersihkan lukanya dengan ubat itu. Walaupun perit , namun dia tahankan juga.

"Aku tak tahu lah apa yang akan terjadi tadi kalau Ani tak tarik kita pergi dari situ.." kata Yasmin dengan perlahan.

"Maybe muka aku dah tak serupa orang kut." mereka bertiga tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience