BAB 3

Action Series 75993

Current – MALAYSIA

THE DAYYAN'S MANSION

"UNCLE jahat! Arghhh!"

Tan Sri Dayyan Rafael Kim yang sedang serius berdiskusi bersama-sama dengan doktor peribadi keluarga The Dayyan's di hujung sudut kamar mula bergegas mendekati katil.

"Ke tepi sayang!"

Puan Sri Tiara Helena melepaskan genggaman erat pada kedua belah tangan Dayyan Rania Kim yang mula bergawang agresif... yang masih lagi dalam keadaan separa sedar dan kelopak matanya yang juga masih lagi terkatup rapat.

Agresifnya igau dalam keadaan separa sedar Dayyan Rania Kim sedikit sebanyak melelahkan Tan Sri Dayyan Rafael Kim.

"Abang! Biar Tiara handle Rania. Tiara tahu macam mana mahu tenangkan dia." Puan Sri Tiara Helena mula pantas bertindak.

"Honey... mommy ada sini sayang. See... mommy bring Incess (Princess). Come, mommy dodoikan honey ya..."

Doktor peribadi yang dikenali sebagai Doktor Richard mula menekan picagari cecair penenang di lengan kanan Dayyan Rania Kim yang sudah tenang diulit oleh Puan Sri Tiara Helena.

"Cecair penenang tu sudah saya campurkan dengan sedikit dos 'Propranolol'. Hanya cuma perlu pastikan yang Cik Rania dalam keadaan tidak sedarkan diri pada tempoh empat puluh lapan jam." Doktor Richard memberi sedikit penerangan.

Propranolol... merupakan ubatan dalam mengubati pesakit yang mengalami trauma di masa lampau. Jika diikutkan cara mantan Mafia Boss The Za'os, sudah lama Tan Sri Dayyan Rafael Kim melakukan proses denyutan mikro gelombang pada minda Dayyan Rania Kim sekali lagi tetapi ditegah keras oleh isteri tercintanya dan juga...

"Abang..." Puan Sri Tiara Helena menyeru lembut suaminya.

"Ye sayang..." Tan Sri Dayyan Rafael Kim mula melabuhkan duduknya di tepi birai katil.

"Tiara teraba benda ni dalam saku dress doll."

Tan Sri Dayyan Rafael Kim mengambil sekeping nota berlipat daripada tangan isterinya.  Menyempat panahan tajam menikam tuanya mengerling Rayyan Rania Kim yang sudah dibuai lena di dalam dakapan wanita utamanya beserta anak patung yang berlumuran dengan darah yang sudah meresap kering... yang dipeluk kemas oleh anak perempuannya itu!

Berubah langsung seraut wajah Tan Sri Dayyan Rafael Kim tika beliau membaca nota berlipat tersebut dengan genggaman tangan yang sedikit mengigil dalam menahan rasa yang bercampur-baur menyentak hebat jiwanya!

****

UNKNOWN LOCATION (1)

SI dia mula menyalami tangan seseorang yang amat beliau hormati dan kasihi dengan sepenuh hatinya. 

Hidangan mewah yang berada di atas meja membuatkan bibirnya secara spontan menyinis naik terukir.  Lalu panahan matanya mengitari pula pada sekeliling ruangan yang serba mewah ini. 

"Ibu belum makan lagi?"

"Ibu tunggu anak ibu balik..." Si ibu tersenyum tipis namun bias senyuman yang terbentuk di ulas bibir wanita itu cukup sinis.

Si anak hanya terusan menyinis mengukir senyum. Bukannya dia tidak tahu yang ibunya ini bukanlah sebaik-baiknya seorang ibu yang sanggup berlapar hanya semata mahu menanti kepulangannya dan menjamu selera hidangan makan malam bersama-sama. 

Sekejam dan sekeji manapun si ibu... wanita ini tetap ibu kandungnya... yang melahirkan... yang menyusukan dan... yang menjaganya sehinggalah dia juga membesar menjadi seorang yang...

Kejam dan keji juga!

"Ibu bangga dengan kau! Tak sangka anak ibu sebijak ini."

Dia hanya diam lalu meneruskan suapannya. Sesekali daging mentah dilempar kasar ke hujung sudut ruangan kamar santapan yang menempatkan tiga ekor anjing berbaka Pit Bull Terrier yang sudah menyalak kelaparan.

"Balas dendam pada keturunan The Dayyan's!  Dari aku kecil lagi ibu sudah 'brainwash' aku untuk membenci dan pasang dendam untuk hapuskan keturunan diaorang."

"Kau rasa rancangan yang kau buat ni boleh kucar-kacirkan keluarga sial tu?" Si ibu mula bertanya.

"Itu hanyalah permulaan ibu. Anak patung tu hanyalah permulaan... dan aku ada rancangan yang lagi hebat lagi dan, aku cukup yakin ibu yang rancangan ni akan menjadi permulaan juga dalam merungkai rahsia besar yang tersimpan kemas oleh keturunan sial tu!"

Si ibu sudah melepaskan dekah tawa penuh jelik. Apa jua rancangan si anak, dia hanya bersetuju sahaja kerana yang penting... keturunan The Dayyan's harus dihapuskan di muka bumi ini!

"Ibu jangan kacau aku malam ni. Tolong suruh si Azie persiapkan diri sekarang."

Si dia melemparkan hirisan separa tebal daging mentah itu kembali pada tiga ekor anjing peliharaan kesayangannya.  Teruja benar melihat haiwan ganas itu berebut-rebut melapah daging.

"Daging manusia siapa pula kali ni yang jadi makanan anjing-anjing aku?  Setahu aku, aku tak ada bunuh sesiapa dalam masa terdekat ni, ibu."

Si ibu hanya tersenyum lalu dikucup lembut dahi sang anak sekilas.

"Ibu bunuh Azie hari ni... sebab perempuan jalang tu cuba larikan diri.  Esok ibu carikan yang baru ya."

Si dia hanyalah bereaksi biasa tika mendengar bicara ibu tercinta yang sudah berlalu pergi sambil melepaskan tawa penuh jelik.

Panahan matanya mula dibuang visual pada anak buahnya yang berada di situ.

"Ya, Tuan. Itu daging Azie.  Madam siat tubuh Azie siang tadi."

Si dia hanya menjongket sebelah keningnya sahaja sambil meramas hirisan sederhana besar daging mentah yang berada di tangannya.

"Ibu... ibu..." Si dia hanya berdekah ketawa.  Melepas mahu melempiaskan nafsu rakusnya pada tubuh montok gebu Azie. Wanita yang diculik secara rawak di kelab malam oleh anak buahnya... yang dikurung dan disiksa secara fizikal oleh si ibu tercinta dalam melempiaskan 'kegilaan sakit mental' wanita itu.

****

UNKNOWN LOCATION (2)

"UNCLE jahat!  Arghhh!"

BEEP!  BEEP!

Jeritan yang jelas dan terang mengiang-ngiang di minda dan juga getaran telefon pintarnya yang berada di atas meja menyentak terus lamunan beliau.

Puncak dadanya sedikit berombak beserta gerakan tulang rahang di pipi maskulinnya juga sedikit tergerak-gerak tika membaca titipan kiriman mesej di permukaan skrin telefon pintar miliknya.

Namun... tika beliau membuka beberapa kepingan foto digital yang dihantar kepadanya, rombak puncak dadanya yang bidang dan sasa itu kembali beransur tenang. 

"Boss..."

"Cepat kau sampai sini bro..."

"Dah boss suruh aku datang sini A.S.A.P!"

Lelaki yang digelar 'Boss' itu mula melontar telefon pintarnya ke arah lelaki yang dipanggil 'bro' itu... yang merupakan salah seorang orang kanan utama kepercayaannya.

"Kalau niat musuh mahu aku munculkan diri dengan apa yang dia sudah buat pada Rania, itu belum cukup yakinkan aku, bro."

"Boss tak ada ura-ura ke mahu munculkan diri?"

Dia hanya membalas renungan tajam orang kanan utama kepercayaannya, yang juga merangkap sahabat baiknya. 

"Sampai masa aku akan muncul juga..."

Sengaja beliau melepaskan asap nikotin pada seraut wajah segak sahabat baiknya itu.

"Tolong jaga Rania untuk aku, bro."

"Kau tak perlu risau, Boss.  Rania sentiasa dalam pemerhatian kami."

**

SELEPAS menghantar kepergian orang kanan kepercayaan merangkap sahabat baiknya yang harus segera pulang ke bumi Malaysia sebelum Rania sadar daripada lenanya selama tempoh empat puluh lapan jam yang telah disuntik dengan cecair penenang, beliau mula melangkah ke lif rumah agam dan menuju ke kamar beradu utamanya.

Sebaik sahaja dia mengatup rapat pintu, orak langkahnya mula mendekati satu almari yang berkunci kemas.

Dicapai satu pakaian yang masih utuh lekatnya beberapa jalur dan tompokan darah lama yang sudah meresap kekal pada pakaian tersebut.

"Uncle jahat!  Arghhh!"

Air mata jantannya mulai gugur.

"Mica Mea Mierre (My little honey)... I am so sorry..."

Didakap erat pakaian tersebut lalu beliau melutut lemah dalam melepaskan tangisan penuh sesalan yang tiada berkesudahan.

Bukannya dia tidak mahu munculkan diri, tetapi dia tidak kuat mahu bersemuka dengan wanita yang bernama Dayyan Rania Kim!

Sungguh dia tidak kuat! 

Dan seboleh mungkin, dia tidak mahu menjejakkan kakinya semula ke bumi Malaysia buat selama-lamanya!

Biarlah rahsia itu terkubur buat selama-lamanya...

Mellbie ISR
4/11/2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience