Bab 31

Short Story Series 55082

"Yaasin...wal qur-aanil-hakim..." Terdengar sayup-sayup suara wanita mengajji saat Haikal ingin menuruni anak tangga. Haikal melihat jam berjenama Rolex di tangan kirinya. Baru pukul empat pagi, siapa pula yang mengaji di dalam rumahnya itu kerana selama ini rumah itu tidak pernah diisi dengan ayat-ayat Quran jika Aqil berada di universitinya dahulu atau Mak Sofi yang kadangkala membacanya di kamar pembantu itu. Haikal menghentikan langkahnya berjalan menuju ke arah suara itu yang tertuju ke bilik paling hujung di tingkat dua itu.

Haikal tidak teragak-agak langsung untuk menolak daun pintu bilik yang dianggap bilik Aqil dan Shofwah itu. Dari kejauhan Haikal melihat sosok tubuh wanita sedang mengaji membelakanginya. Bilik itu tidak dinyalai lampu utama kecuali hanya lampu-lampu meja yang dihidupkan tetapi cahaya di dalam bilik itu seakan menerangi seluruh bilik. Cahaya itu juga seperti datangnya daripada wanita yang mengaji itu kerana serakan cahaya seperti tertumpu ke arahnya.

Haikal yang awalnya mahu turun ke bawah bagi membasahi tekaknya selepas penat asyik menghadap komputer ribanya kerana membuat sedikit pekerjaan pejabatnya yang terletak di luar negara membatalkan niatnya apabila terdengar suara itu. Haikal melangkah setapak ingin masuk ke dalam tetapi seakan itu saja batas dia mampu melangkah kerana tidak seharusnya dia masuk ke dalam bilik Aqil dan Shofwah ditambah pula satu perasaan yang seakan ada 'orang' yang menghalanginya untuk pergi daripada terus berada disitu. Haikal menjeguk mahu mencari kelibat Aqil di dalam bilik itu tetapi tiada sesiapa kecuali isteri Aqil yang sedang mengaji dan anaknya yang sedang lena dibuai mimpi.

Dimanakah Aqil? Berada di bawahkah pagi-pagi buta seperti ini? Haikal berlalu mahu mencari Aqil di tingkat bawah tetapi tiada sesiapa di situ kerana keadaan yang sangat gelap gelita. Hanya lampu dapur saja yang dihidupkan oleh Mak Sofi malam semalam sebelum masuk tidur. Haikal melepaskan hajatnya dengan meneguk beberapa gelas air kerana berasa begitu haus di dapur sendirian. Matanya masih melilau mencari kelibat Aqil. Haikal naik semula ke tingkat atas apabila yakin Aqil tidak berada di bawah. Suara Rina mengaji itu sudah terhenti. Haikal kembali berjalan ke bilik itu untuk mengintip semula bagi melihat apa yang dilakukan oleh wanita yang dianggap adik iparnya itu.

Hanya Kau satu Ya Allah,
Hanya Kau satu yang Rahman,
Hanya Kau satu yang Rahim,
Hanya Kau satu yang Karim.

Ya Allah,
Aku hamba-Mu yang sering lupa,
Aku manusia yang lemah,
Aku ikuti gelap dunia,
Aku turuti hawa nafsu.

Ku sakiti diri-Mu tapi Kau maafkan aku,
Ku khianati diri-Mu tapi Kau sayangi aku,
Ku bergantung pada mahluk-Mu tapi Kau tak tinggalkan aku,
Ku berpaling dari-Mu tapi kau peluk erat aku.

Ya Allah,
Ku mohon kemurahan-Mu sebelum datang sulitku,
Ku mohon kelapangan-Mu sebelum datang sempitku.

Ya Allah,
Terimalah taubatku,
Sesungguhnya solat ibadahku hanyalah untuk-Mu.
Dan sesungguhnya hidup matiku hanyalah untuk-Mu.

Kedengaran suara Rina berdoa kepada Allah dengan puisi yang indah. Haikal merasakan ada satu perasaan yang sukar digambarkan terselit di dadanya ketika itu. Dia rasa seperti manusia yang tidak mempunyai langsung kekuatan ketika itu seolah-olah hidupnya kosong. Badannya berpeluh-peluh apabila mendengar suara Rina yang berdoa itu seakan-akan yang selayaknya berdoa sedemikian rupa adalah dirinya manusia yang penuh dengan dosa. Segera dia melangkah pergi denngan langkah yang lemah tidak berdaya meninggalkan bilik itu masuk ke dalam biliknya.

Rina menoleh ke belakang apabila terasa terdengar tapak kaki seseorang. Rina mengerutkan dahinya ketika itu kerana pintu biliknya terbuka. Seingatnya dia tidak pernah membuka pintu itu. Rina bangun dari duduk bersimpuhnya dan menuju ke arah pintu yang tiada sesiapa di situ. Rina menggelengkan kepalanya, mungkin dia terlupa untuk menutupnya rapat dan segera pintu itu ditutup. Rina membuka telekungnya dan dilipat kemas sebelum diletakkan diatas kabinet kecil bersebelahan dengan al-Qurannya.

Rina mendukung Qalifh yang lena dibuai mimpi itu sebelum mencium anaknya itu berkali-kali kerana berasa amat rindu.

"I must say that you're the best part of my life, you are the reason that I wanted to live my life. Qalifh, be strong even I'm not with you and keep remember ummi always love you." Rina mencium anaknya sangat lama sebelum meletakkan anaknya semula ke atas katil. Air matanya menitis perlahan. Entah kenapa dia sangat merinduinya anak saat itu. Dia memikirkan kelak anaknya menginjak dewasa akan seperti apakah kehidupan yang bakal dilalui oleh anaknya.

Mengingati kepulangan Haikal dia tidak senang duduk. Dia tahu rahsia yang disimpan rapi satu hari pasti akan terbongkar jua dan ketika saat itu tiba apakah yang bakal menimpa nasibnya dan anaknya waktu itu. Adakah Tan Sri Mansur dan Aqil akan selamanya melindunginya kerana mereka juga manusia biasa.

Dia tidak memikirkan dirinya melainkan memikirkan Qalifh. Kenyataan bahawa Haikal adalah ayah kandung Qalifh amat menyakitkan hatinya saat itu. Mengapa anaknya harus mempunyai bapa yang bengis dan berperangai buruk seperti Haikal? Atau betulkah kata-kata Tan Sri Mansur bahawa Haikal pasti berubah satu saat nanti. Bukannya dia tidak tahu bahawa bapa mertuanya itu masih berharap untuk dirinya menerima Haikal dan memaafkan lelaki itu diatas kesalahan-kesalahannya yang lalu. Tapi hatinya memang benar-benar tidak mampu untuk menerima lelaki itu lagi. Dia masih teringat air mata Puan Mawar dan Nek Jah yang mentangisi nasibnya. Mengingat hal itu seakan membuatnya tercekik. Dia hormati Tan Sri Mansur sebagai bapa mertuanya yang dianggap penyelamat hidupnya tetapi dia amat mencintai Puan Mawar sehingga tangisan ibunya itu membuatkan dia menolak Haikal jauh dari hidupnya.

“Allah, bimbing hamba-Mu ini dalam membuat keputusan hidupku.” Rina berdoa perlahan sebelum matanya terpejam dan lena disebelah Qalifh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience