H7

Crime Series 45700

Pagi itu seperti biasa Dafika akan bangun awal walaupun hari ini kedainya bercuti.

Sudah menjadi kebiasaan Dafika untuk bangun menyiapkan sarapan serta mengemas sedikit rumah sebelum Atok dan Wan bangun.


Hanya itu yang Dafika mampu lakukan untuk membalas jasa Hajah Salhah serta Haji Bohari yang memberi dia peluang untuk berlindung dirumah ini. Kalau takde dua orang tua tu, tak tahu lah macamana Dafika nak teruskan hidup dengan Othman Karsyad.


Malam tadi tidurnya pun terganggu. Bayang Harwana beberapa hadir dalam benak fikiran Dafika.

Nak dibandingkan dengan dia, Harwana sungguh sempurna. Tak silap dia pernah bertemu dengan rakan Ezhar itu beberapa tahun yang lepas sewaktu wanita itu hadir juga bersama Ezreen.


Dafika tak rapat sangat dengan adik perempuan Ezhar, wanita itu jika datang rumah Haji Bohari langsung tak pernah menegurnya.

Yela.. Dafika pun sedar dia hanya menumpang disini.


Sewaktu Ezreen datang ke kedai baru- baru ni, bukan Dafika tak dengar Ezhar bermanja-manja dengan Harwana, lagak pasangan kekasih yang dah lama tak berjumpa.

Ezhar pun membahasakan diri 'awak dan 'saya'. Dengan Dafika pula 'kau' dan 'aku'

Nampak sangat kau tu takde makna langsung kat sisi Ezhar, Dafika oiii!


Seusai membersihkan diri, Dafika menyauk baju kurung kain kapas sebelum melilit tudung bawal berwarna biru lembut dikepalanya.

Hajat nak pergi jeti kecil kat hujung kampung, mana tahu dapat beli ikan segar dan murah untuk jualan esok. Nasib Karsyad dah kesekolah, tak lah terkejar-kejar sangat untuk bersiap.

Sewaktu Dafika melangkah ke ruang tamu, kelihatan Ezhar masih bergulung selimut, tidur diruang tamu dan hanya beralaskan tilam nipis.
Pelik juga dengan mamat ni, dah ada bilik sendiri pun nak juga tidur kat luar. Pulak tu siap peluk bantal lagi.

Gengster la konon? Gengster tahi kucing. Haish!

Perlahan Dafika menapak kaki takut lantai papan itu berbunyi dan mengejutkan Ezhar.

Suasana pagi yang mula menampakan cahaya matahari membuatkan langkah Dafika laju ke jeti di tepi laut.
Seusai membeli ikan dan sedikit makanan basah lain, dia kembali untuk pulang kerumah.
Dalam hati dah berkira-kira untuk masak menu tengahari ni.

"Fika... sorang ke? nak abang teman?"

Hampir tersalah langkah kaki Dafika, ketika dia dikejutkan dengan suara garau lelaki yang tiba-tiba menghentikan motor cabuknya dihadapan Dafika.


Satu jelingan Dafika beri pada mamat bernama Hidayat itu sebelum dia membetulkan langkah untuk cuba meninggalkan lelaki itu.


Bunyi enjin motor Hidayat masih dekat menandakan lelaki itu mengekori Dafika dari belakang.

Makin laju langkah Dafika saat itu, namun tak mungkin dia dapat menyaingi pemanduan Hidayat.

Sekali lagi motor lelaki itu menghadang laluan Dafika membuatkan langkahnya mati di tengah jalan.

"Kau nak apa Dayat? Kalau kau tak ganggu aku tak sah ke?"
Marah Dafika, sambil menghentak kakinya di lantai tar. Wajah Hidayat yang berlubang-lubang dek jerawat batu, dipandang tajam.

"Fika... kau ni makin sombong kan, mentang-mentanglah kau dah duduk dengan banduan tu, sampai aku pun kau tak pandang?"


Banduan?

Dari mana Hidayat tahu yang Ezhar baru keluar penjara?


Hidayat pandang muka kerut Dafika lantas melebarkan senyumnya.
"Dari kau pilih banduan tu, baik lah kau dengan aku Fika, Aku ni bersih. Aku tak minum arak, aku tak ambik dadah. Bukan macam mamat belagak tu. Silap-silap hari kalau kau dengan dia, kau pun akan kena AIDS."

"Eh! mulut kau ni memang takde insuran kan, mana kau tahu Ezhar ada AIDS. Dan kau jangan nak belagak alim la, bukan aku tak tahu kau pun makan dadah."

Dafika yang masih menjimbit plastik berisi ikan dan barang basah lain, cuba untuk meneruskan langkah namun dihalang kembali oleh Hidayat yang sudah turun dari motorsikalnya.

"Aku bukan makan dadah, aku ambil pil je, alaa.. untuk suka-suka. Kalau kau nak aku boleh bagi"

"Giler kau Dayat!"

Dafika cuba melibas tubuh Hidayat yang semakin hampir denganya, menggunakan plastik di tanganya.

Namun tangkas lelaki itu mengelak.

"Kau jangan nak bajet muslimah sangat la Fika! Bertudung litup, bebaju kurung macam ni. Bukan aku tak tahu cerita kau dulu-dulu. Betina pelacur! tu Arsyad tu, anak haram dengan jantan mana ntah!"

"Celaka kau Dayat!"

Sumpah Dafika, sambil melibas-libaskan lagi plastiknya ke tubuh Hidayat.


Lelaki itu mengelak-elak sambil ketawa berdekah-dekah. Tak mungkin Dafika seorang wanita yang bertubuh kecil macam ni boleh menghentam dia yang berbadan sasa.

Pak!
Puas dibiarkan Dafika mencuba untuk memukul, Akhirnya Hidayat mencapai kedua lengan wanita itu dan dipegang kejap.
Bibirnya terus meloret senyum ketika wajah mereka hampir bertembung.

"Kau dengan aku sama je Fika, apa salahnya kau terima aku. Aku tahu kau pun dah lama tak rasa tubuh jantan kan?"

Sinis kata-kata Hidayat sebelum cuba untuk mencium pipi Dafika.

Dafika meronta-ronta, wajahnya dipusing kiri dan kanan bagi menghalang bibir Hidayat hinggap ke kulit pipinya.
Hidayat pula makin kasar aksinya ketika melihat Dafika terus mengelak.

"Woi!"
Bukk!


Ezhar yang datang dan belum sempat mematikan enjin motorsikal, terus meluru kearah Hidayat lantas melayangkan penumbuk sulungnya pada lelaki itu.


Terandah sebentar Hidayat, ketika buku lima Ezhar hinggap pada sisi pipinya. Mata seakan berpinar dan kabur seketika.

"Tak puas kau kacau Fika kat kedai, sekarang kau nak kacau kat jalan jugak? Kau ni dah puas hidup ke?!"
Ezhar merapati Hidayat, kolar baju Tshirt yang dipakai lelaki itu ditarik hingga wajah Hidayat hampir ke muka Ezhar.

"Kalau kau dah puas hidup! Kau cakap dengan aku! aku boleh tolong galikan kubur untuk kau!"

Bukk!

Sekali lagi, lima penumbuk Ezhar melekat tangkas ke tengah muka Hidayat hingga lelaki itu kembali menapak kebelakang.

"Har sudah Har!"

Jerit Dafika lantas meletakan plastik barang-barangnya dan cuba menghalang kemaraan Ezhar.

Dafika bukan tak tahu, sekali Ezhar layangkan buku limanya, tak mungkin lelaki itu akan berhenti dari memukul.

"Bang.. ampun bang... aku takkan kacau Fika lagi.. ampun bang.."

Rayu Hidayat , mungkin tak tahan lagi bila diri hampir dipecahkan oleh sepak dan terajang Ezhar yang bersambung-sambung.

"Har! sudah!"

Dafika menarik lengan sasa Ezhar agar berhenti dari terus menghentam Hidayat. Kalau dibiarkan mahu mati Hidayat dikerjakan lelaki itu.


Kali kedua arahan Dafika akhirnya Ezhar turut, kolar baju Hidayat dilepas laju, sehingga lelaki itu terjelepok ke lantai tar.


Dah macam nangka busuk jatuh ketanah!

Hidayat memegang seluruh tubuhnya yang sudah terasa sengal, darah pekat yang keluar dari mulut dan hidung disapu dengan belakang tangannya.

Wajah kemudian didongak memandang Ezhar yang sudah membongkok mendekatinya kembali.

"Kau, dah tahu lembik macam pondan, jangan la berlagak nak kacau perempuan. Baik kau balik main congkak lagi bagus lah!"

Pak!Pak!Pak!

Ezhar memaki hamun lagi sambil tapak tangannya menampar pipi Hidayat berkali-kali.

"Bang!Lepaskan aku, aku janji takkan kacau Fika lagi! Aku janji bang!"
Hidayat terus merayu sambil kedua tangannya dirapatkan meminta ampun.

"Aku akan lepaskan kalau kau boleh buat sesuatu untuk aku."
Tiba-tiba Ezhar mendapat idea!

"Ye bang! aku akan buat apa kau suruh.."

"Mmm... aku nak kau bawak member kau yang tuduh aku belasah dia masa kat dalam penjara. Kalau dalam seminggu dia tak datang jumpa aku, member kau dengan kau sekali aku humban dalam laut! Faham!"

Tempik Ezhar sekali lagi membuatkan Hidayat laju mengangguk faham.

"Fa.. faham bang..."
Jawab Hidayat, tergagap,-gagap.

"Dah! kau balik! ingat! dalam seminggu aku tak jumpa member kau, kau sedia untuk kumpulkan orang kampung suruh baca yassin kat kau!"

"Ye bang! aku akan suruh dia jumpa kau!"
Sekali lagi Hidayat menjawab, lantas bangun dan terhencot-hencot menuju ke motorsikal cabuknya.

Berkali-kali 'kick starter' ditolak oleh kakinya untuk menghidupkan enjin. Entah kali keberapa, barulah motor buruk itu meraung hidup.
Apa lagi, laju pedal minyak dipusing dan Hidayat terus memandu meninggalkan Ezhar dan Dafika yang masih berdiri.


Ezhar jongket hujung bibir, sebelum kedua tangan dimasukan kedalam poket seluarnya. Lagak samseng.
"Dia punya sembang, babi pun boleh terbang Tapi bila tumbuk sikit dah melolong macam pondan!"

Eh! eh.. berpantun pulak mamat ni!
Bangga lah dapat bantai orang?
Dafika cebik bibir tengok aksi berlagak Ezhar sebelum mengangkat kembali barang-barangnya dan melangkah pergi.

Terjerit-jerit Ezhar memanggil nama Dafika, namun wanita itu langsung tidak menoleh kearahnya.
Akhirnya Ezhar menyusur langkah Dafika dengan memandu perlahan motorsikal C70 milik Atoknya.

Entah kenapa ketika dia bangun dari tidur, terus Ezhar mencari Dafika.
Wan cakap Dafika mungkin ke pelabuhan. Apalagi selepas membasuh muka dia terus keluar menjejaki Dafika menggunakan motorsikal Haji Bohari.

Mungkin ada hikmahnya, kalau tidak tak tahu apa yang bakal Hidayat lakukan pada Dafika.

Sampai dirumah, Dafika menjimbit barangnya hingga ke dapur. Kelihatan Hajah Salhah berdiri di sinki membasuh cawan.

"Eh Wan, biar je lah, nanti Fika basuh."

Barang yang Dafika beli tadi diletakan diatas meja, lantas meluru ke arah Hajah Salhah.

"Ala.. sikit je ni.. Fika dari jeti ke? Tadi Har cari? jumpa dia tak?"


Oooo... Wan lah yang bagi tahu?

Dafika melirik Hajah Salhah disebelahnya. Soalan Wanita tua itu tidak dijawab malahan dia cuba mengubal perbualan baru.
"Wan, Fika nak cakap ni, Fika dah jumpa seseorang untuk bantu Fika memasak kat kedai, kalau Wan takde halangan, Fika akan mintak dia kerja kat kedai Wan."

"Siapa?"

"Salwa, Anak MakCik Jah, Kawan Fika masa sekolah dulu."
Terang Dafika lagi.

"Elok lah tu, sekurang-kurangnya ada yang bantu Fika."

Dafika mengangguk lantas mengukir senyum.
Dapat lah dia menjauhi Ezhar.

"Kau dah dapat pekerja baru? kenapa aku tak tahu?"


Ezhar masuk kedapur tiba-tiba mengejutkan Wan dan Dafika.

"Baguslah Fika ada pembantu, Jadi Har boleh lah duduk kat bahagian buat air je."

"Tu Har tak kisah, yang Har nak marah ni, kenapa Fika ambik pekerja tanpa pengetahuan Har?"


Bergilir pandangan Hajah Salhah antara Dafika dan Ezhar. Tak tahu nak jawab apa dengan soalan Ezhar tadi.

"Eerr... Wan... Fika nak keluar sidai baju sekejap."

Dafika bersuara dan tanpa menunggu jawapan, kakinya melangkah keluar.
Walhal dia cuba lari dari Ezhar.

"Fika!"

Ezhar turut meluru keluar mendapatkan Dafika. Panas pulak hatinya dengan sikap wanita tu.

"Fika!"


Berkali-kali nama Dafika dilaung, namun wanita itu langsung tidak menyahut, bakul berisi baju yang siap dibasuh dibawa keampain di belakang rumah.

Satu-persatu pakaian diambil dan disangkut pada tali ampaian.

"Fika! kau dengar tak aku panggil?"

Ezhar terus menjerit seraya menghampiri Dafika. Wanita itu memekak kan telinga sambil meneruskan kerjanya.

"Fika! kau tuli ke apa?"

Jerit Ezhar lagi, Kali ni dia berdiri betul-betul dihadapan wanita itu hingga kerja Dafika terhenti.

"Tepi lah! saya nak sidai baju ni!"
Dafika cuba menolak tubuh Ezhar ketepi, namun lelaki itu mengeraskan diri.

"Oo! Ada mulut pun! Aku ingat dah bisu!"


Dafika merengus ketika terus ditempelak oleh Ezhar.
'Dengan Harwana boleh cakap lembut, dengan aku, macam cakap dengan harimau!'

Dafika mengomel sendiri. Wajah Ezhar langsung tidak di pandangnya.

"Kau ni kenapa Fika? Aku rasa dah dekat 3 hari kau macam taknak cakap dengan aku, sepatah aku tanya, sepatah kau jawab. Kalau kau datang bulan sekali pun tak payah lah nak moody sangat dengan aku!"


Hish jantan ni! mulut tu takde insuran ke? Suka-suka cakap aku datang bulan! Tak malu betul lah!

"Tepi lah Har, Saya nak sidai baju ni!"

Sekali lagi Dafika menolak sisi tubuh Ezhar, namun lelaki itu tetap berdiri kaku.

"Cuba kau cakap betul-betul Fika, kenapa kau macam ni? Apa salah aku? tengok lah, kau dah dapat pekerja pun, kau tak bagi tahu aku?"

"Salah ke saya dapatkan pekerja baru? Lagipun awak bukan lama nak duduk sini kan? Siapa nak tolong saya nanti kalau awak pergi?"

Bidas Dafika sambil menghadiahkan jelingan kepada Ezhar.

"Bila aku cakap yang aku nak pergi dari sini?"

Berkerut kening hitam Ezhar sewaktu menyoal kembali.


Dafika tidak menjawab, tangannya meneruskan kerja menyidai baju.

Memang 3 hari ni dia agak terasa dengan Ezhar, Mungkin sebab adik perempuanya memujuk untuk Ezhar pulang ke bandar.

Namun yang paling menyentap jiwa Dafika, adalah ketika melihat gurauan Ezhar pada Harwana.


Cemburu?!

Ye! Dafika memang cemburu!

"Ooo... aku tahu... ni mesti kau ingat aku nak balik ke bandarkan lepas adik aku datang baru-baru ni? Betul tak?"

"Mengarut lah awak ni.."

Tempelak Dafika dengan kata-kata Ezhar, walha jantungnya sikit tersentap ketika lelaki itu meneka betul tentang perasaanya tika ini.

"Asal muka kau merah? Betul lah kau taknak aku pergi dari sini kan?

Sekali lagi Ezhar membentak. Senyum senget sengaja dipamer.

"Sudah lah Har!"

Dafika melibas baju yang diambil dari bakul kearah Ezhar yang masih berada di tepinya.

Dia pun dapat agak pipinya dah merona merah.

"Fika.. aku tahu, kau takut kalau aku takde kat sini, pondan-pondan tu kacau kau lagi kan?"


Pondan?

Sah Ezhar cakap pasal Hidayat.

"Betul kan?"

Soal Ezhar lagi.

"Err.. mm.. Ye, saya takut diorang kacau saya lagi."

Hah! Penipu la Dafika!

Padahal kau takut Ezhar tinggalkan kau dan pergi dengan Harwana. Betul kan?

"Cakap la awal-awal. Tak payah lah nak buat muka capati kat aku, dua tiga hari ni. Aku pun tak tahu apa salah aku pada kau!"

Muka capati?!
Hish mamat ni! Buruk sangat ke rupa aku?
Bibir Dafika kembali muncung!

"Fika.. Aku janji selagi aku ada, aku akan jaga kau.."

"Sampai bila?"
Eh! Apa mulut aku tanya ni?
Dafika gigit bibir bawahnya. Rasa nak hantuk kepala kat dinding dengan soalanya tadi.

"Mmm.. sampai bila?"
Ezhar mengurut jambang nipisnya seraya menyambung kata-katanya.
"Sampai kau dapat laki baru lah. Masa tu takkan aku nak jaga kau lagi. Mahu gaduh besar dengan laki kau nanti."

'Har... saya taknak lelaki lain.. Saya nak dengan awak?'

Mata Dafika menyusur anak mata kelabu dan tajam milik Ezhar.

Kata-katanya tadi hanya beku dihujung lidah.
Rindu dan cinta Dafika pada Ezhar tak pernah pudar dari dulu, Walau cuba ditutup namun agak payah.

Pak!
"Kau ni mengelamun ke apa?"
Ezhar melempar sehelai baju yang belum disidai ke wajah Dafika menyebabkan lamunan wanita itu kembali kepada realiti!

"Har!"
Jerit Dafika lantas menarik keluar baju yang melekat pada wajahnya. Baju itu kemudian dilibas untuk memukul Ezhar yang sudah melarikan diri.
Geram!

"Abang!"

Aksi kejar-mengejar Ezhar dan Dafika terhenti ketika melihat Ezreen menghampiri mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience