Bab 24 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~She standing on the line. Between giving up and seeing how much more she can take.~

"Eshal..." Eshal bagaikan terdengar suara lelaki yang selama ini ditunggu-tunggukannya. Matanya dibuka sedikit lalu dilontarkan ke arah datangnya suara itu.

"Han?" Tengku Naina terlebih dahulu menyebut. Terkejut dengan kemunculan Eshan yang tiba-tiba. Bukan ke Eshan ada di Terengganu? Macam mana boleh Han ada dekat sini?

Tercengang. Semua yang ada di situ tercengang dengan kedatangan Eshan. Dibelakang Eshan adanya, Adham. Adham sempat curi pandang kepada Nafla sebelum beralih kepada Eshal.

"Han..." Eshal menyebutnya. Meleret. Matanya yang masih basah itu dipasakkan kepada Eshan.

"Eshal kenapa?" Entah bagaimana mahu katakan, tapi Eshan tak suka lihat mata itu menangis. Dia tak suka lihat Eshal yang tampak lemah begini. Eshan mengatur tapak mendekati Eshal tapi,

"Han..." Baariq mendekati Eshan, menghalang. Dia juga terkejut lihat kemunculan Eshan namun dia rasa satu kelegaan. Eshal bangun dari tempatnya dibantu oleh Bazilah ke bilik tidurnya. Tubuhnya sudah penat. Dia keletihan. Dia perlukan rehat.

"Baariq?" Eshan baru perasankan keberadaan Baariq di situ. Matanya melilau melihatkan satu persatu wajah yang ada disitu.

"Mak...mak Som?"

Mak Som mengangguk. Ini kali pertama mereka bertentangan mata setelah hampir 10 tahun Eshan membawa diri.

"Apa umi dan chik buat dekat sini?"

Rasa kerongkong masing-masing tercekik. Perlukah berterus terang saja Eshal itu Sarah kepada Eshan? Tengku Naina menggerakkan matanya kepada Nafla, membiarkan Nafla menjawab sebab ini semua plan Nafla.

"Err.. cik.. cik dan umi datang melawat Mak Som," jawab Nafla tergagap-gagap.

"Kenapa Mak Som? Mak Som tak sihat?" Eshan kembalikan pandangannya kepada Mak Som.

"Sihat Han. Cuma... Eshal yang tak sihat."

"Eshal... kenapa dia? Kenapa Eshal ada dekat sini? Apa dah jadi ni?" Eshan masih binggung sebenarnya. Tak tahu dan tak dapat tangkap apa yang sebenarnya sedang berlaku disini. Dia berkejaran kesini, terkejut bila Adham bagitahu ada sesuatu berlaku kepada Eshal.

"Eshal.. dia anak angkat Mak Som. Dia tak sihat. Semalam dia demam panas. Meracau." Nafla pusing cerita lagi. Dia tak boleh terus terang siapa Eshal selagi tu Eshal masih begini. Kali ini dia tekad, mahu bawa Eshal untuk buat rawatan. Eshal perlu jadi Sarah semula! Eshal perlu sihat!

"Demam panas? Sebab kena serang tu ke?"

Nafla mengangguk. Eshan melepaskan keluhan.

"Dah berapa hari demam?"

"Dah 3 hari."

"Kenapa tak bawa Eshal pergi hospital?"

"Dah bawa. Eshal demam panas saja, itu kata doktor." Mak Som menjawab.

Eshan mengangguk. Kali ini matanya beralih kepada Baariq.

"Kau dah jumpa siapa yang serang Eshal, Riq?"

Baariq sedikit tersentak. Suara Eshan itu mengembalikan kenangannya bersama Eshan suatu ketika dulu.

"Baariq belum tahu siapa. Polis dah ambil keterangan. Masih dalam siasatan." Nafla menjawab lagi.

Eshan terangguk-angguk. Perancangan Nafla untuk membawa Eshal jauh dari sini sudah dipersetujui demi keselamatan Eshal. Walaupun dia tidak faham kenapa itu tindakan kakaknya tapi dia yakin Eshal tidak selamat disini. Dia risau kalau Eshal diserang lagi.

* * *

Andy termenung jauh. Teringat perbualannya dengan Munir dan Adham tempoh hari. Hatinya berbisik sesuatu. Sesuatu yang dirasakan yang dia perlu masuk campur. Bukan setakat dia sahaja tapi seluruh 'geng'nya kalau perlu.

'Doktor Juwita, siapa Doktor itu kepada Eshan? Apa hubungan mereka berdua? Kenapa bila ditanyakan kepada Doktor Juwita, doktor itu cuma tersenyum saja? Ada kisah yang dia perlu tahu ke?'

Datuk Waazin... nama itu sekali lagi menghiasi kotak fikirannya. Nama itu seperti pernah didengari sebelum ini. Nama yang gah tapi dia lupa di mana dan bila kali pertama dan terakhir kalinya nama itu disebut-sebut. Tapi... nama itu menarik minatnya untuk terus masuk campur dalam urusan majikan sahabatnya itu.

Ingatannya berputar, kembali kepada setiap butir perbualannya dengan Munir dan Adham sebelum Adham mendapat panggilan dari seseorang yang menyatakan seseorang yang bernama Eshal itu dalam kecelakaan.

"Munir... apa sebenarnya ini? Aku indak faham..." Ya, dia memang tidak faham apa sebenarnya tujuan sahabat lamanya itu datang ke sini. Sejak dari awal-awal lagi dia dapat rasakan kedatangan mereka bertiga itu bukannya sekadar datang dengan tangan kosong semata-mata.

Munir berpaling kepada Adham. Ada anggukan kecil dari Adham barulah Munir kembalikan matanya kepada Andy.

"Kalau aku bagitahu kau, kau boleh simpan rahsia ini, Andy?"

"Eh kau ni Munir... Kau ingat aku ini mak cik-mak cik bawang ka? Mahu report sana sini? Kasi tahu semua orang, ha?" Andy menempelak marah.

Munir tergelak bersambung dengan Adham.

"Kau bagitahu aku Munir sebelum aku keluar silat aku ni..." ugut Andy. Panas hati tengok Munir dan Adham gelakkan dia.

"Kau ni Andy, sejak bila kau belajar silat?"

"Aku belajar semua tahu? Mahu try? Okay... boleh try masuk..." Andy sudah gerakkan kaki dan tangannya. Lagi sekali Munir lepaskan tawanya. Andy ni tak berubah langsung walaupun sudah lama tidak bersua.

"Sudahlah. Kan nanti boss datang sini. Bising jelah korang ni." Adham menegur.

Andy kembalikan tubuhnya kepada posisi asal. Kolar bajunya dibetulkan. Sekarang moodnya sudah masuk ke serius. Andy berdeham, basahkan tekak.

"Okay, let me know. What's happened?"

Munir bagi isyarat kepada Adham untuk mulakan cerita. Adham mengangguk lalu mulakan ceritanya. Diceritakan bagaimana permulaan kisah Eshan terlibat dengan kehidupan Sarah yang jadi buruan seseorang yang high profile kerana hubungan Sarah dengan anak lelaki itu.

Lalu diceritakan pula kisah mereka berdua berpisah kerana Sarah melarikan diri dengan Waeez dan Eshan membawa diri ke Turki. Sarah dan Waeez hilang jejak. Tak tahu kemana. 8 tahun Eshan di sana dan Eshan pulang ke Malaysia dengan perwatakan berbeza. Cuma sekejap sahaja Eshan kembali, dan dia terlibat dengan kemalangan. Eshan hilang ingatannya.

Dua tahun Eshan selepas kemalangan, Eshan pulih dan kembali ke sini. Kisah pelik Eshan bermula. Eshan cuba cari segala jawapan walaupun dia sendiri tak tahu harus di mulakan dari mana. Kisah Eshan cari Juwita hanya berpandukan kenapa suara yang ada disebalik telefon yang dikatakan miliknya. Eshan percaya ada sesuatu disebalik suara Juwita itu. Mungkin agak pelik bila mereka ceritakan kisah Eshan kepada Andy, tapi mereka percaya mungkin ada yang boleh Andy bantu.

"Kau kenal Datuk Waazin?"

Andy termangu. Seperti pernah dengar nama itu tapi masih tak dapat tangkap siapa orangnya.

"Datuk Waazin itu ayah Waeez, suami Sarah. Arwah suami Sarah."

"Arwah? Jadi sekarang Sarah itu macam mana?"

Keduanya terjongket bahu dengar soalan Andy.

"Aku tak dapat info Sarah dekat mana. Last yang aku tahu, Sarah hilang tak tahu ke mana. Tanpa jejak. BFF Boss pun hilang. Dengan mak dia sekali. Tapi baru-baru ni kitorang ada jumpa dengan BFF boss tu.. dia pun tak tahu mana Sarah."

Andy mengeluh lemah dengan jawapan Adham itu.

"Anak-anak Sarah?" Andy bertanya lagi. Tertarik dia dengan kisah Eshan. Rasanya boleh dia minta orang-orang dia untuk bantu Eshan.

"Anak-anak Sarah ada dengan Datuk Waazin. Dia rampas anak-anak dari Sarah kalau ikutkan info yang aku dapat. Cuma location Sarah tu yang tepat masih aku tak dapat jawapan," jawab Adham bersama keluh. Munir mengangguk menyokong jawapan Adham.

"Tapi aku masih tak faham... ada apa kaitan dengan Dr. Jue?"

"Aku pun tak tahu apa yang boss aku fikir. Tapi dia dapat rasakan ada somethings related with Dr. Jue." Munir pula menjawab pertanyaan Andy.

Andy masih lagi tercengang. Serius dia tak faham.

"Kau kenal Dr. Jue sudah lama ka Andy?"

Andy cuma mengangguk.

"Sejak bila?"

"Sejak bila ya? Sejak aku datang sini bawa Aunty Kesuma. Kira-kira 7 tahun lepas. Dr. Jue memang stay dekat sini selepas kematian suami dan anak-anaknya."

"Maksud kau?"

"Dr. Jue itu seorang balu. Dia pernah berkahwin muda. Ada dua orang anak. Lelaki dan perempuan. Suami dan anak-anaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Itu kisah yang aku tahu dari dia. Dr. Jue bangkit dari kesedihan dia. Dia cuba bantu orang-orang yang hidap depression. Dia sambung belajar dalam psikologi bantu pesakit dia. Masa aku datang sini dia baru habis Master. Dia mula rawat Aunty Kesuma. Selepas tu dia pindah, bertugas di Hospital Terengganu. Dr. Jue itu seorang yang mudah untuk dibawa kongsi apa saja. Dia jenis open minded."

"Masa dia kerja di Terengganu, dia pernah cerita dekat aku. Dia ada jumpa dengan seorang pesakit, seorang ibu muda. Nasibnya lebih kurang dia. Tengok perempuan tu, dia teringat dia masa muda. Suami dan anak-anaknya sudah tak ada."

Adham dan Munir saling berpandangan.

"Lepas tu? Apa jadi?" Bersemangat mereka mahu tahu.

"Katanya dalam 2 tahun dia rawat pesakit tu. Mood pesakit tu up and down. And last year pesakit tu pindah. Pindah mana aku tak tahu." Andy sampaikan maklumatnya.

"Dia ada bagitahu nama pesakit tu?"

"Tak ada. Itu rahsia yang dia perlu simpan."

"Huh!" Keduanya melepaskan keluhan. Hati. masing-masing sudah berbisikkan sesuatu.

Telefon Adham berbunyi. Adham seluk poket seluarnya. Ada satu nama terpapar di dada skrin lalu Adham mencari ruang untuk menjawab panggilan dari Nafla.

"Hello cik Nafla..."

"Hello Ham, Han ada?"

Adham kerut kening dengar suara cemas Nafla.

"Han ada discussion. Ada apa-apa yang perlu saya sampaikan ke Cik?"

"Ham, something was happened to Eshal. She needs Eshan now."

Kali ini kening Adham makin berkerut. Terlopong.

"Apa maksud Cik ni?"

"Eshal... dia... dia sebenarnya... Sa.. Sarah..."

"What?!"

"Yes. She's. But tolong... tolong jangan bagitahu Han lagi. Saya tak nak Eshan terkejut dan awak kena tolong saya. Saya perlukan bantuan awak."

Adham gali nafas. Masih tercengang dengar berita yang baru sahaja disampaikan oleh Nafla. Eshal, Sarah?

"Tolong apa?"

"Tolong rahsiakan dulu perkara ni. Jangan bagitahu sesiapa. Nanti kita bincang face to face. Ada sebab kenapa saya minta awak rahsiakan dulu."

"Oo... okay, Cik."

"Okay Ham. Saya tunggu awak bawa Eshan datang sini. Nanti saya share location."

Adham matikan panggilan, kembali menapak ke tempat duduk mereka sebelum ini. Andy dan Munir terlebih dahulu melihatnya.

"Munir, kita kena balik KL sekarang. Ada masalah."

"Masalah? Masalah apa tu?"

"Eshal..." Adham nak habiskan ayatnya tapi teringat pesan Nafla. Dia berhenti di situ.

"Eshal kenapa Ham?" sekali lagi Munir bertanya. Terkejut tiba-tiba nama Eshal boleh jadi sebutan.

"Eshal... ada sesuatu dah berlaku pada dia."

Munir turut bangkit dari kerusinya. Kisah Eshal diserang tempoh hari juga menjadi perhatiannya.

"Jom. Andy, next time kita bincang lagi pasal tadi."

"Okay-okay."

* * *

"Datuk Waazin..." Sekali lagi nama itu meniti dibibir Andy. Tanpa menunggu lebih lama, laju sahaja tangannya mengagau telefon dalam poket tracksuitnya. Dia harus cari tahu siapa Datuk Waazin itu. Terasa dekat dengannya tapi dia tak pasti.

Satu nama dipetik, nama yang mungkin tahu siapa Datuk Waazin itu. Lalu diterkapkan telefon itu dicuping telinga. Menunggu jawapan dari sebelah sana.

"Hello Andy..." suara serak-serak basah kedengaran dihujung sana.

Andy lorek senyuman lebar. Rindu mahu dengar suara itu. Mereka jarang berbual, sekadar bersembang dalam bentuk mesej saja untuk menghantar laporan kerana dia tahu bossnya itu bukannya suka bersembang dalam telefon. Semerta itu raut wajah serius bossnya terbias dimata. Sudah sekian lama tidak bersua.

"Andy?" suara itu memanggilnya. Tersentak sedikit Andy.

"NJ."

"Ya aku. Ada apa kau call? Nenek... Nenek aku okay ke?" Suara itu bertukar sedikit cemas. Terbias kerisauannya sebagai seorang cucu mithali.

"Aunty Kesuma okay. Dia baik-baik saja. Cuma dia rindukan kau saja."

Keluhan kasar dilepaskan diseberang sana sehingga jelas kedengaran dicorong cuping telinga Andy. Andy serba salah.

"NJ, kau jangan risau. Aunty tahu kau bukan mudah boleh jumpa dia macam yang dia mahu. Nanti bila dah okay, kau datang la jumpa dia. Aku yakin dia baik-baik saja bah. Dia faham keadaan kita sekarang ini."

"Thanks Andy."

"Jangan berterima kasih pada aku, NJ. Ini tugas aku..." Andy senyap sekejap. Tengah menyusun ayat yang sesuai untuk bertanyakan perihal Datuk Waazin.

"NJ, aku mahu tanya kau sesuatu boleh?"

"Sejak bila kau pandai tanya aku soalan macam tu, Andy?"

Andy disini tergelak sedikit.

"Kau mahu tanya apa?" suara NJ kembali kepada serius.

Andy teguk liur. Serba salah mahu bertanya tapi dia harus dapatkan jawapan itu.

"Kau kenal ka seseorang namanya Datuk Waazin?"

"Datuk Waazin? Kenapa kau tanya? Kau ada jumpa dia ka Andy? Dia ada umpa nenek au?" Keras bunyi suara NJ menyoal. Terkejut mungkin.

"Erk.. tak-tak NJ. Aku cuma tanya kau saja. Sebab aku rasa macam pernah dengar nama tu tapi aku lupa siapa dia..."

Si dia dihujung sana sudah tarik sebelah hujung bibirnya. Menyinis. Genggaman telefon juga diperkemaskan.

"Kau mahu tahu siapa dia, Andy?"

Andy lantas mengangguk laju walhal NJ itu tidak melihatnya.

"Dia... Datuk Waazin dengan JR, kau tahu apa hubungan diorang itu?"

Andy rasa sesak nafas. Mahu tahu siapa!

"Diorang itu sepupu. Dia yang bantu JR rampas The James Lagecy. Kau tahu?!" bentak NJ. Andy sudah membangkitkan darah panasnya melalui soalan itu.

Semerta Andy teguk liur. Musuh NJ juga rupanya!

"Kenapa kau tanya Andy? Bagitahu aku, macam mana kau boleh tahu tentang Datuk Waazin?" gertak NJ.

"Sebenarnya... macam ni..." Lalu Andy menceritakan pula kisah Eshan kepada NJ. Manalah tahu kalau tiba-tiba NJ berminat untuk menolong majikan sahabatnya itu.

"Jadi kau rasa aku patut campur tangan?" Sudahnya itu yang ditanya NJ selepas Andy menghabiskan ceritanya.

"Aku cuma harap kau mampu tolong diorang mana yang patut NJ."

Senyap disana. Andy disini sudah tidak keruan.

"Kau bagitahu orang kita. Cari maklumat tentang Waazin, Sarah dan Eshan. Nanti kau bagitahu aku. ASAP!"

"Baik-baik NJ."

Talian dimatikan. Tanpa menunggu lebih lama, Andy cepat-cepat menghubungi orang-orangnya.

NJ muncul. So, kes ni dh jadi kes NJ kan? NJ skdr watak sampingan dlm HV dan watak utama dlm crita no 2 saya iaitu 'NJ. INI KISAH KITA.' Tapi jangan cari ke mana crita tu... mak kasi tidurkan dia dulu. Garang sgt orgnya! Haha Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Sm.mh (Tulip Haura)
2023-09-18 19:13:40 

Alhamdulillah. terima kasih byk2 awak

Junaini Ju
2023-09-17 23:12:05 

terbaik mak


NovelPlus Premium

The best ads free experience