BAB 2

Family Completed 4130

Ceritera Maroz

25 TAHUN YANG LALU.

Maroz dengan pasangannya sudah lama dibuai gelora nafsu asmara. Mereka sudah tidak menghiraukan keadaan disekeliling mereka. Permainan yang tidak senonoh sudah lama bermain diantara mereka berdua mendapat sorakan yang hebat dari kawan-kawan seperjuangan mereka. Tangan jantannya juga sudah mula memainkan peranan.

Bagi Maroz, gadis ini hanyalah tempat dia melempiaskan nafsu serakahnya semata-mata. Gadis yang sedikit masa lagi akan hilang daranya. Gadis yang sedikit masa lagi akan menjadi habuannya malam itu. Gadis yang sudah terkulai layu dengan pujuk rayunya. Gadis yang mudah tertipu dengan paras rupanya juga dengan kebaikannya. Gadis yang mudah tunduk apabila hanya setakat diberikan sedikit kesenangan. Memang gadis seperti inilah yang kerap kali menjadi mangsanya. Tidak pernah ada yang tidak berjaya. Semuanya berjaya!

HUH! Dia berjanji hendak bertanggungjawab dengan semua apa yang telah terjadi? Jangan harap! Itu hanyalah taktik semata-mata bagi mendapatkan apa yang dia mahu daripada gadis itu. Selepas dia puas dan bosan, gadis itu akan ditinggalkan. Dengan rupa paras yang boleh mengetarkan hati gadis-gadis diluar sana juga umurnya yang masih 20 tahun itu, senanglah dia memilih gadis-gadis yang dia mahu sebagai santapannya tiap-tiap malam.

"Hoi Maroz, kalau dah tak tahan tu, carilah port lain bro. Kami yang tak berteman ni telan air liur saja dari tadi."

Permainan diantara pasangan itu terus berhenti. Si gadis dengan muka sentapnya, si jejaka dengan muka sengih bangganya.

"Sorrylah bro, benda sedap. Fresh. Masih merah-merah ni."

Si gadis yang masih di dalam pelukannya sudah tersipu malu mendengar kata-kata daripada Maroz.

Kawan-kawannya yang lain sudah bantai gelak bila mendengar kenyataan daripada Maroz. Bukan apa yang mereka gelakkan itu, tetapi mereka tengah sedap menggelakkan si gadis yang sedikit masa lagi akan menjadi bahan buangan Maroz selepas digunakan.

"Jom sayang. Pergi rumah abang."

Bisik Maroz ke telinga gadis itu.Dengan gedik yang ada, gadis itu membalas dengan senyuman dan lirikan yang menggoda. Tanpa membuang masa, mereka berdua berlalu daripada situ diiringi oleh siulan-siulan nakal daripada kawan-kawannya yang ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience