Bab 8

Romance Series 8464

sayup-sayup kedengaran suara merdu membaca ayat suci Al-Quran membuatkan tidur Nur Qawi terjaga. di pandang sekilas jam yang menghiasi dinding bilik itu. jam menunjukkan 6.45 pagi.

Nur Qawi meraup wajahnya perlahan, tidurnya memang tidak lena kerana mimpi buruk yang sama berulang. mimpi akan hal kejadian semalam yang hampir meragut mahkota sucinya.

Namun ketakutannya terubat sedikit kerana malam tidurnya di temani oleh Hanim emak Fahd. tiap kali Nur Qawi masa meracau pasti Hanim akan meredakanya dengan selawat dan bacaan ayat kursi.

Nur Qawi menoleh ke sisi terlihat susuk tubuh tua lengkap mengenakan pakaian lengkap solat berwarna putih sedang berteleku di atas sejadah. Hanim khusyuk mebaca bait-bait yang tertulis di kitab suci itu dengan lancar.

sedang Nur Qawi cuba menghayati ayat suci dibacakan tiba-tiba ia terhenti. matanya bertembung dengan mata Hanim. wanita tua itu tersenyum lalu bertanya.

"Qawi dah bangun? nak solat?" soal itu membuatkan Nur Qawi membisu. solat? dia tidak pernah melakukannya. malah tidak tahu bagaimana mahu mengerjakan juga dia langsung tidak pandai setiap ayat yang perlu dibaca.

Hanim bangun perlahan-lahan tubuhnya agak rasa sengal namun dek kerana terbiasa di gagahkan juga. selesai menanggalkan telekung, melipat sejadah dan menyimpan Al-Quran dia menghampiri Nur Qawi.

"kenapa diam nak?"soal Hanim lembut penuh dengan sifat keibuan. membuat hati Nur Qawi tak keruan. air matanya membasahi pipi, tidak dapat di tanah malah dia pun tidak tahu apa sebabnya air matanya boleh mengalir tapi yang pasti ada rasa gembira teramat.

perlahan Nur Qawi cuba bangun. dirangkul erat tubuh tua Hanim. rasa hangat tubuh tua itu membuatnya makin senang. terlalu dia ingin perasaan gembira sebegini menyapa. Hanim agak pelik namun dibiarkan sahaja Nur Qawi begitu.

"Qawi kalau ada benda nak cerita.. cerita je.. makcik sudi dengan" mendengar kata-kata Hanim Nur Qawi meleraikan pelukannya. lantas hanya membisu nak kembali membaringkan tubuhnya.

***********

Fahd sedang bertungkus-lumus menyiapkan sarapan pagi. pagi itu dia hanya menghidangkan nasi goreng. Fahd sudah biasa melakukan semua kerja rumah selepas emak sudah mula tidak sehat.

"Fahd" panggil Hanim perlahan namun jelas. Fahd menyahut panggilan emaknya menggunakan dengan mengangkat keningnya.

"Mak rasa pelik dengan kawan kamu tu. Dia macam ada masalah yang berat." tambah Hanim lagi.

"Fahd pun sedar tapi segan lah nak tanya.. sebab dia perempuan saya ni lelaki." jelas Fahd sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.

"habis kamu nak mak lah tanya?" soal Hanim lagi.

"pada mak lah nak tanya atau tak.. Fahd cuma tolong je.." jawab Fahd sambil menyuapkan nasi goreng kedalam mulutnya.

"Mak kesian tengok dia.." luah Hanim. sambil mengenangkan kejadian pagi tadi. baginya mungkin Nur Qawi terlalu memendam rasa sendirian hingga jadi sedemikian rupa.

**************

sakit kepala dan pening namun Kamarul cuba juga mencelikkan matanya. setelah dia berada dalam posisi duduk perlahan-lahan kepalanya di usap-usap dan melihat sekeliling sambil ligat kepalanya memikirkan kejadian semalam.

setelah sedar akan sesuatu lantas dia bangun dan meluru keluar bilik dengan keadaan kelam-kabut. sudah setiap seluruh ruang dalam rumah itu di geledahnya namun apa yang di carinya tidak juga jumpa.

Kamarul melihat kelibat Izat terhuyung-hayang menuju ke dapur. Izat dalam keadaan pening kepala di sebabkan sisa mabuknya semalam membuka peti ais untuk mengambil air mineral. untuk minum.

"kau nampak Qawi?" Soal Kamarul cemas. Izat yang sedang meneguk air dengan rakus, itu hanya menggeleng.

"bukan dia dengan kau semalam?"soal Izat pula. namun soalan itu dibiar tanpa jawapan lantas Kamarul mengambil handphonenya mendail nombor telefon rumah Datin Roziah.

****************

"Mak Nah!" laung Datin Roziah memanggil pembantu rumahnya Munah. sambil kepalanya menoleh ke kanan dan ke kiri Mencari kelibat wanita itu.

"Mak nak!" Laungnya lagi kini lebih kuat.

"ye Datin.. " Munah berlari anak mendapatkan Datin Roziah.

"kau nampak Qawi?" soal Datin Roziah

"tak Datin saya tak nampak dari semalam." jawabnya tergagap-gagap.

"isshh mana anak tu dari semalam tak balik." rungut Datin Roziah sendirian.

"ibu.. abang Kamarul coll.." ujar Maisarah manja. dengan pantas Datin Roziah mendapatkan telefon di tangan Maisarah.

"Assalamualaikum mak lang" Kamarul memberi salam tergagap-gagap.

"Waalaikumsalam.. haa.. rul mana kau bawak anak aku? dah siang tak balik lagi?" soal Datin Roziah dengan nada cemas.

"saya mintak maaf tak bagi tahu nak bawa Qawi jalan-jalan jauh sikit.. jadi ambil masa sikit.." jelasnya dalam tawa.

"ye lah jaga Qawi baik-baik!" nasihat Datin Roziah.

"ye mak lang.. sebaik mungkin saya jaga dia" bohong Kamarul. kemudian taliannya putus. mendengar apa dijelaskan Kamarul hati Datin Roziah kembali tenang.

************

"masak! mati aku! mana dua hilang!" Kamarul runsing ditumbuk meja makan di dapur itu. fikirannya serabut, mahu kemana dia mencari Nur Qawi. mahu mula dari mana dia pun tidak tahu.

"sabar bro.. ada jalan.. kita mintak kawan-kawan tolong cari.. apa susah.. geng kita berapa ramai.. nak cari seorang perempuan bukan susah!" ujar Izat.

"okey panggil semua mintak cari perempuan tu! kalau tidak mati aku!" arah Kamarul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience