Chapter 10

Horror & Thriller Completed 5356

Part 10.
{ Emylea POV }

Aku membuka mataku. Ah, sedapnya dapat tidur! Hmm, lena betul.

Aih, aku kat mana ni? Macam pelik je tempat ni. Nak kata buruk, takdelah buruk sangat. Cantik pun tak jugak. Sederhanalah. Takdelah gah sangat. Biasa - biasa je.

Hurm, aku tak ingat pun aku dengan Daiyan dan Fayzal datang sini? Kenapa dalam bilik ni ada aku seorang je? Mana yang lain? Aku kat mana ni? Wah, too many questions without answer! I want answers!

Aku bangun duduk memandang wallpaper dinding yang emas keorenan warnanya yang masih kemas terlekap di dinding.

Kosong fikiranku. Tak tahu nak buat apa. Buntu.

Kreakk...

Bunyi pintu terbuka. Aku melihat siapakah gelaran yang memasuki bilik bertuah ni? Ceh, bertuah ke?

Erm, goblin. Wait, goblin?! Okay, aku dah ingat! Semalam, waktu nak curi keluar dari istana mummy, Daiyan dan Fayzal bergaduh. Then, aku tak ingat daa.

"Kau, bersiap cepat. Tuanku nak jumpa kau." Kata goblin berhidung panjang dan bertelinga capang kalah toyol itu. Macam bentuk silinder pun ada hidungnya tu. Hahha. Hee, Emylea, tak baik kutuk anak orang. Aih, orang ka? Anak goblin. Hehe.

Berkerut mukaku. Tuanku mana ni? Haa, tulah. Banyak sangat raja, ratu, permaisuri dan ketua kat dunia ni. Sampai aku pun pening.

"Tuanku mana pulak ni? Kenapa saya nak kena jumpa dia pulak? Esok tak boleh ke? Lusa ke?" Pintaku. Malas benar kau ni, Emylea. Terbaik punya malas. Beruang kutub pun tak macam kau Emylea!

"Tuanku Raja Goblinlah. Kan semalam aku dah cakap. Kau kata kau nak jumpa tuanku harini. Semalam nasib baik tuanku tak marah aku, kau tahu tak? Kalau tak memang aku belasahlah kau. Dah, dah. Jangan banyak alasan. Pergi bersiap cepat." Bebelan goblin ni mengalahkan makcik janda anak 5 jiran sebelah rumahku di duniaku . Ceh, ada hati nak belasah juara taekwondo peringkat daerah ni? Sekali aku kepak, terbelah 14 dia nanti.

Aku menggaru kepalaku yang tak gatal ni macam ada kutu. Bila masa pulak aku kata nak jumpa harini?

"Erm, yalah." Jawabku mengalah. Haih, malasnya. Aku dah bergolek - golek atas katil. Kalah ayam golek kat bazaar Ramadan. Pelik benar si goblin tu memandang aku. Apehal? Tak puas hati?

"Er, nama awak apa?" Soalku kembali duduk apabila goblin tu tak keluar - keluar lagi. Kang aku halau karang kata aku ni biadap pulak. So, kita ikut cara yang sopan sikit.

"Nama aku, Orm." Katanya.

"Owh, okay. Orm, saya nak pergi bersihkan diri kejap. Awak keluar, ya? Kalau nak tunggu pun, tunggu kat luar." Kataku sesopan yang boleh. Ergh, sopan ke kau ni, Lea? Perangai pun macam tomboy ada hati nak jadi wanita melayu terakhir. Orm mengangguk tanpa banyak songeh dia keluar.

Nasiblah bilik ni ada bilik air sekali. Takdelah susah.

_____
Skip
_____

Siap! Fuh, lega sikit dapat mandi. Baru rasa segar sikit kepala otak aku yang bergeliga ni. Hurm, agak - agak Orm tunggu kat luar ke? Kalau dia takde bolehlah aku cabut. Cabut apa? Cabut larilah!

Aku membuka pintu perlahan. Harap tak bunyilah. Aku bukak sedikit dahulu, nak intai. Ha, Orm tidurlah! Ada chance nak lari ni!

Aku buka pintu dengan lebih luas untuk keluar. Wahai pintu, janganlah bunyi, ya? Kita kawan, kan?

Kreakk~

Wahai pintu, sampai hati kau khianati aku! Aku ingat kita dah sepakat setengah minit yang lalu. Huhu.

Orm terbangun. Maka dengan itu, sebelum Orm bukak mulut, aku bukak langkah dulu. Apa lagi, larilah!

Haih, tak sangka pulak jumpa 'abang sado' sedang berkawat. Nasib dia tak nampak aku. Aku terus patah balik bila nampak askar goblin kot dan berlari ke tempat tadi. Haa, tahu takut kau, Emylea. Orm masih di situ. Ke hulur ke hilir. Dia nampak takut. Erk, kau patut cermin diri sendiri. Nampak askar sasa sikit je dah sasau. Dah kenapa?

"Orm!" Aku sergah belakang. Terkejut anak harimau Orm. Menjerit kalahkan anak ular tercekik tulang sendiri. Aih, ada ke? Hahah.

"Kau ni! Kau pergi mana? Kau nak suruh raja tu bunuh aku ke? Aku dahlah belum kahwin lagi. Aku nak ada 15 orang anak, tau? Kalau tak sampai hajat aku, kau nak tanggung? Janganlah buat macam tu! Aku ni dah lah lemah semangat. Nasib baik banyak lagi nyawa aku." Marah Orm sambil mengurut dadanya yang nampak lekuk tulang itu. Aku tergelak. Dia ni takdelah teruk sangat. Erk, dia nak ada 15 orang anak? Huish, dasyat! Baru hilang aku sorang dah kalut, kalau anaknya 3 orang hilang? Tak ke pengsan dibuatnya?

"Lepas jumpa raja, saya nak balik boleh ke?" Soalku membuat muka comel kerana Orm masih marah.

"Terpulang kepada raja. Aku takde kuasa nak tentukan semua tu." Jawabnya dengan nada serius. Marah lagi lah tu.

"Okaylah. Jom." Ajakku.

"Jom pergi mana?" Soal Orm. Aih, tadi kata nak bawak pi jumpa raja? Dia pulak yang lupa. Ish, ish, ish...!

"Jumpa rajalah. Nanti ada orang tu merajuk pulak takut tak dapat anak. Bini pun takdak lagi. Nanti siapa yang tanggung? Aku jugak. Dah, jom!" Kataku. Orm mencebik. Aku tersenyum. Bagi seekor goblin, Orm ni taklah sehodoh dan sebengis serta sesombong yang lain.

{ End Emylea POV }

***

"Tuanku Ratu Airy, Putera Daiyan dan Putera Fayzal nak jumpa tuanku." Kata Bubble a.k.a. pembantu peribadi merangkap sahabat baik Ratu Airy. Ratu Airy yang masih muda itu sedang baring di atas kerusi takhtanya sambil merias kukunya. Wah, bermaharajalela nampak. Untunglah, muda - muda dah jadi ratu.

"Tak payah nak formal sangatlah, Bub. Siapa datang? Hah, Puteri apa? Bayan? Fauzah?" Kata Ratu Airy masih tidak menyedari kedatangan 2 orang tetamu terhormat itu yang sudah pun berada di situ. Sibuk dengan kukunya itu. Suka hati datuk moyang sebelah mak dia je tukar - tukar nama orang. Dah sedap nama orang tu dibagi maknya, ditukarnya pulak. Dahlah tukar jadi nama perempuan pulak tuhh!

Bubble berdehem. Ratu Airy menoleh dan terkejut apabila ternampak Daiyan dan Fayzal. Terus dia membetulkan kedudukannya.

"Ya? Apa yang beta boleh bantu?" Secara automatik sistematik, cara percakapannya bertukar. Kepada lebih formal. Merah sudah mukanya. Malulah tu.

"Erm, kita perlu berbincang." Kata Daiyan. Ratu Airy mengangkat sebelah keningnya.

"Bincang? Pasal apa? Kat sini tak boleh ke?" Soal Ratu Airy bertubi - tubi seperti tembakan das peluru pada zaman Jepun dahulu. Pergh, gempak. Hiperbola gila!

"Secara bersendirian berhad boleh tak? Tak ramai orang. Serius ni. Hal ni penting. Ini soal hidup dan mati!" Hurm, over pulak si Fayzal ni. Dengan muka seriusnya. Alahai, tergugat iman Ratu Airy melihatnya. Aih, tu pun nak cair ka? Pelik, pelik.

"Okay, okay. Mari ikut saya." Kata Ratu Airy, serius, cuba untuk cover line muka tak tahan nak ketawa. Kemudian dia berlalu pergi ke suatu bilik diikuti Fayzal, Daiyan dan Bubble.

Mereka masuk ke dalam bilik itu melalui pintu bentuk cangkerang itu. Memanglah ikut pintu. Mana ada orang masuk bilik guna dapur? Ya, dak?

"Okay. Apa yang awak nak bincangkan? Oh, sebelum tu, jemputlah duduk. Jangan malu - malu timun laut pulak." Kata Ratu Airy sambil tangannya mempersilakan Daiyan dan Fayzal untuk duduk di atas.... Anemone a.k.a. tempat tinggal Nemo yang sangat beracun dan boleh bawak mati! Walhal Ratu Airy duduk di atas kerusi yang digantung di siling atasnya yang nampaknya amatlah selesa, mereka terpaksa duduk di atas kerusi maut pula? Andwae, never!

Bubble sudah duduk. Bubble juga duduk di kerusi gantung yang terdapat bersebelahan dengan Ratu Airy. Orang tak pelawa pun nak duduk dia ni. Eh, suka hati dialah! Diakan PA si Ratu Airy. Kau bak marah apa hal pulak?

"Jangan risau. Ia jenis yang tak beracun." Jelas Ratu Airy sambil tersenyum manis umpama cotton candy. Macam tahu - tahu je orang tengah was - was nak duduk. Mana taknya, dua - dua duk berdiri dengan muka teragak. Nak duduk ke tak nak? Nak ke tak nak? Nak, tak nak?

Fayzal dan Daiyan tersengih macam kerang tak mandi 5 setahun dan kemudian duduk. Kerang bukan hari - hari mandi ke? Sebab dia duduk dalam air, kan?

"Best ke?" Soal Ratu Airy apabila melihat telatah Fayzal yang sudah buat 'kerusi' anemone tu macam hak milik terciplak untuk diri sendiri pulak. Terlompat - lompat macam anak beruk jumpa isteri chimpanzee.

"Hehe. Best - best." Kata Fayzal sambil tersenyum. Saja nak jadi model iklan ubat gigi Colgate. Ratu Airy turut tersenyum.

Daiyan menyiku lengan sahabatnya yang entah bila jadi muka Tembok China entahlah. Fayzal buat muka toya saudara itik yang dijual di pasar bila pandang Daiyan.

Biliknya cantik berwarna - warni. Terumbu karang pelbagai bentuk dijadikan lampu yang menerangi bilik itu. Bentuknya macam chandelier pun ada. Cantik dan elegan. Ceh, sejak bila jadi designer ni?

"Okay, apa nak cakap tadi?" Sergah Ratu Airy sambil menepuk tangannya sekali mengejutkan Fayzal yang dah jadi macam sakai duk melilau matanya melihat sekeliling. Fayzal bagaikan tersedar dari alam maya. Aih, banyak berangan dia ni. Daiyan hanya menggeleng. Kawan siapalah ni?

"Sebenarnya, macam ni. Erm, kami.. perlukan bantuan kamu" Daiyan mula membuka cerita ala - ala Mak Jemah.

"Bantuan apa?" Soal Ratu Airy serius. Memandang kedua makhluk di hadapannya. Ekornya dihayun ke depan dan ke belakang untuk menghayunkan kerusi gantung yang didudukinya sekarang.

Daiyan menyiku Fayzal memberi isyarat supaya dia memberitahu Ratu Airy perkara yang sebenar. Tetapi Fayzal menggeleng. Maka, terjadilah adegan siku - menyiku antara mereka.

Bubble sudah menepuk dahinya apabila adegan siku - menyiku itu membuatkan Ratu Airy sudah menongkat dagunya di atas ekornya.

Bubble yang sedang geram tahap jaws berkepala 5 dengan perangai manusia 2 ekor ni terus bangun dan berenang ke arah belakang kerusi anemone tanpa diketahui oleh mamat 2 orang ni.

Dengan rasminya, Bubble, telah menghantukkan kepala dua orang putera dalam masa tak sampai 1 jam selepas mereka bertemu. Yeay, tepuk tangan! Tahniah.

Daiyan dan Fayzal mengaduh sakit.

'Ni dah masuk 2 kali kena hantuk dengan perempuan. Boleh pecah otak aku yang genius ni kalau asyik kena hantuk je. Tak pun gila jadinya. Huu, tak nak!' Bebel Daiyan. Tapi dalam hati je lah. Meroyan apa nak cakap kuat - kuat? Daiyan menggosok - gosok kepalanya yang baru dihantukkan pada tempat yang sama dia pernah kena dibuat oleh Emylea beberapa hari lepas.

"Sedap tak?" Soal Bubble tersenyum sinis.

"Akit.." Fayzal dah buat muncung baby face nak nangis. Hmm, dah datang balik dah perangai gila dia ni. Ingatkan dah berubah bila dah besar. Hmm, macam tak je.

"Nak aku tambah dengan perisa cubitan? Tak pun nak rasa dessert penyepak guna ekor duyung? First time, kan?" Soal Bubble muka macam perogol bersiri sudah. Tangannya sudah membuat demo pemulasan cubitan dan ekornya dilibas - libas gaya nak sepak orang. Fayzal pucat. Terus dia bangun dan sembunyi belakang kerusi Ratu Airy yang dari tadi hanya melihat cerekarama ni macam movie gamaknya.

Ratu Airy ketawa melihat telatah Fayzal. Haih, payah nak jaga budak tak cukup fius ni.

"Okay, okay. I give up! Apa kau nak ni sebenarnya?" Kata Ratu Airy sambil ketawa berdekah - dekah macam lawak sangat. Apa yang lawak pun gua tak tahulah, bro.

Bubble sudah pun kembali ke tempat duduknya. Fayzal pula masih lagi duduk memeluk lutut di belakang kerusi Ratu Airy. Trauma nampak?

"Err, macam ni..." Akhirnya Daiyan yang menjadi panglipurlara. Biasalah Mak Jemah uolls. Daiyan menceritakan dari A samapai Z. Lepas Z ada lagi ke? Takde, kan?

Terangguk - angguk Ratu Airy mendengarnya. Kadang dia terkejut. Kadang dia terdiam. Kadang juga dia mengetap bibirnya menahan marah.

"Jadi macam mana?" Soal Daiyan setelah selesai menceritakan Full Movie tadi.

"Baiklah. Aku akan bantu kau. Tapi dengan satu syarat." Kata Ratu Airy bersetuju.

"Apa syaratnya?" Sola Fayzal mengengsot keluar dari belakang kerusi Ratu Airy. Dah serupa suster ngesot dah gua tengok. Laa, dia pasang antenna rupanya. Aih, ingat dah mati tadi. Uish, kejamnya.

ToBeContinue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience