Tubuh badan Rina yang masih lemah itu bergerak perlahan-lahan membuatkan Aqilah yang setia disebelahnya terjaga dari tidur apabila tangannya yang menggenggam tangan Rina terasa pergerakan sahabatnya yang sudah seharian tidak sedarkan diri itu. Aqilah mendekati Rina dan memanggil nama Rina lembut berkali-kali sehingga mata redup itu terbuka perlahan-lahan. Aqilah mengucap syukur di dalam hatinya. Tangannya segera menekan butang kecemasan yang berada di atas kepala katil pesakit. Tidak lama kemudian, jururawat dan doktor yang merawat Rina masuk ke dalam bilik wad itu.
"Puan Rina, puan dengar suara saya?" Doktor wanita yang merawat Rina itu bertanya sambil memandang mata Rina yang masih terpejam celik itu.
Rina tidak menyahut kerana merasakan dirinya masih berada di alam tidak sedar tetapi dia boleh mendegar suara doktor itu dengan jelas.
"Puan, kalau puan dengar suara saya, boleh tak puan mengangguk?" Doktor lelaki itu berkata lagi. Mungkin Rina masih terkesan dengan kesan ubat yang diberikan.
Perlahan-lahan Rina mengangguk. Doktor itu berpuas hati dan mula menunjukkan isyarat tangan. Boleh ikut tangan saya dengan gerakkan mata?" Dotor itu mula menunjukkan jari telunjuknya dan digerakkan perlahan-lahan ke kiri dan ke kanan dan perlahan-lahan juga mata Rina mengikutinya.
"Macam mana keadaan kawan saya, doktor?" Aqilah yang masih risau bertanya tidak sabar.
"She's fine. Don't worry. Mungkin kesan ubat tak hilang lagi dan dia masih mamai. Sekejap lagi dia akan baik sepenuhnya. Nanti saya datang lagi. Biarkan saja dia berehat dulu." Doktor itu tersenyum melihat Aqilah yang setia menjaga Rina daripada semalam. Pelik juga dia apabila Aqilah pula yang menjaga Rina bukan suaminya.
Setelah doktor itu pergi, Aqilah kembali mendekati Rina yang sudah tertidur semula. Aqilah juga menyambung tidurnya disebelah Rina. Dia berdoa agar Allah memberikan kesembuhan kepada sahabat baiknya itu.
Rina sudah sedar sepenuhnya apabila dia sudah boleh duduk dan mendegar bebelan Aqilah yang masih tidak berhenti walaupun sudah lima belas minit berlalu. Rina hanya mendiamkan diri tidak membela diri dan juga tidak marah kepada Aqilah yang membebel kepadanya. Malah dia bersyukur ternyata dia mempunyai sahabat yang baik yang sanggup menunggu di hospital sepanjang hari.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Aqilah merengus geram apabila Rina hanya memandangnya dengan pandangan kosong tiada riak bersalah.
"Aku dengar. Maafkan aku tak beritahu kau awal-awal lagi." Rina membalas muka kelat Aqilah itu dengan senyuman manis. Tangan Aqilah dicapai dan digenggamnya.
"Memang patut kau minta maaf dengan aku dan Jun. Lain kali jangan pernah nyorokkan apa-apa lagi daripada kami, kau faham? Nasib baiklah anak kau tu baik-baik saja kalau tak dah lama aku tarik si Areen tu suruh dia bertanggungjawab. Tak guna punya perempuan, sebab jantan pun sampai sanggup sakitkan kawan sendiri." Aqilah melempiaskan rasa marahnya kepada Areen apabila teringat gadis itulah punca Rina berada di hospital sekarang.
"Hish, tak habis lagi ke kau ni membebel? Sampai ke luar aku dengar suara kau. Sudah-sudahlah tu, dari nak sembuh tak sembuh-sembuh Rina tu nanti!" Tiba-tiba Jun masuk ke dalam bilik wad dengan membawa bungkusan makanan.
Rina memandang Jun dengan senyuman kerana telah 'menyelamatkan' dirinya daripada bebelan Aqilah. Tubuh Jun yang sudah berada di sisinya dipeluk erat begitu juga dengan Jun. Dia bersyukur kerana Rina sudah sembuh. Dia juga mahu menjaga Rina sama seperti Aqilah tetapi disebabkan hanya satu orang saja yang boleh menjaga pesakit maka dia mengalah dan pulang ke asrama dengan Syahiran.
"Ni lagi seorang, kenapa lambat sangat kau sampai? Tahu tak aku dah lapar." Aqilah menjeling Jun yang sudah duduk di birai katil disisi Rina.
"Sorry lah, kelas lambat habis. Aku bawa nasi ayam untuk kau orang berdua. Mesti makanan hospital tak sedapkan?" Jun tergelak mendengar bebelan Aqilah yang sudah diketahui perangainya yang kuat membebel macam mak nenek.
"Maafk an aku, sebab aku kau berdua pula yang susah." Rina meminta maaf lagi kerana sedikit sebanyak dia sudah sangat menyusahkan Aqilah dan Jun. Aqilah tidak meninggalkannya daripada bilik walaupun dia masih belum menjamah sebutir nasi sedikitpun dan Jun yang harus tergesa-gesa ke hospital untuk melawat dirinya dan membawa makanan untuk Aqilah.
"Kalau macam itu lain kali jangan rahsiakan apa-apa daripada kami lagi. Aku sudah ceritakan kepada Puan Azue tentang kau dari awal sampai akhir sebab aku tidak mahu ada gosip liar tentang kau. Puan Azue akan bantu kau menjelaskan perkara itu kepada pihak pengurusan universiti. Aku harap semuanya akan baik-baik saja." Jun mula menceritakan apa yang berlaku di universiti agar Rina tidak perlu berasa takut untuk pulang ke universiti selepas ini.
"Maafkan kami tak dapat sembunyikan perkara ini daripada Aqil. Kami tak tahu kau ada hubungan dengan Aqil." Jun menyambung lagi perbualan dengan rasa bersalah. Dia juga tidak menyangka selama ini Aqil dan Rina mempunyai perasaan terhadap satu sama lain kerana kedua-duanya pandai menyimpan rahsia. Apabila melihat Aqil yang marah semalam apabila mendapat tahu Rina mengandung barulah dia dan Aqilah tahu tentang hubungannya dengan Aqil.
Rina diam sejenak apabila Aqil sudah mendapat tahu bahawa dia mengandung. Apa agaknya yang bermain di dalam fikiran lelaki itu tentang dirinya. "Tak apa, bukan salah kau pun. Aku dengan Aqil tak ada hubungan apa-apa pun. Kau jangan salah faham terhadap kami. Mungkin dia hanya terkejut dengan berita kehamilan aku. Syahiran mana?" Rina memandang Jun. Tidak mungkin Jun datang ke sini sendirian kerana sahabatnya itu tidak tahu memandu kereta.
"Err... aku datang dengan Iqmal tapi dia sudah balik sebab ada kelas petang ni. Syahiran dia kata dia tidak dapat datang." Jun memandang Aqilah seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
"Sudahlah, kau makan dulu lepas tu makan ubat dan berehat. Nanti petang kau sudah boleh keluar wad kalau sudah tidak apa-apa lagi." Aqilah mengubah topik perbualan apabila melihat isyarat mata Jun meminta tolong.
Selepas makan ubat, Rina tertidur semula. Kesan ubat itu memang sugguh efektif terhadap Rina yang sekejap saja sudah lena dibuai mimpi. Aqilah dan Jun sama-sama keluar daripada bilik wad dan duduk di kerusi yang disediakan di hadapan pintu bilik wad.
"Kenapa? Ada apa-apa lagi yang berlaku ke di universiti tadi yang kau tak ceritakan kepada kami?" Aqilah memandang Jun tidak sabar mahu mendengar kata-kata Jun.
"Sebenarnya, bukan kita-kita saja yang tahu Rina sudah mengandung. Aku tak sanggup mahu memberitahu Rina bahawa satu universiti sudah mengetahui bahawa dia sudah mengandung. Aku tidak mahu dia tertekan Aqilah.” Jun mengusap wajahnya dengan kedua tapak tangannya.
“Siapa saja yang sudah tahu Jun?” Aqilah juga mula berasa cemas. Bagaimana perkara ini boleh tersebar luas. Adakah Aqil yang menyebarkan perkara itu? Begitu marahkah Aqil sehingga sanggup menghamburkan aib Rina kepada semua orang?
“Ibu Syahiran dapat tahu Rina mengandung daripada Syuhada. Tak pasal-pasal mak dia melenting dan menyuruh Syahiran balik ke Kuala Lumpur. Aku risau dengan keadaan Rina, macam mana kalau mak Syahiran datang ke universiti lagi dan membuat kecoh?” Jun bersandar lemah mula membayangkan jika perkara itu benar-benar berlaku. Boleh m
"Aduh! Mengapa dengan Syuhada tu? Apa yang dia tak puas hati sangat dengan Rina sejak daripada dulu lagi.” Aqilah mula naik angin. Boleh kena darah tinggi dia jika berterusan marah seperti itu.
"Biasalah, mana ada orang suka teman lelaki dia rapat dengan perempuan lain. Macam itulah Syuhada dan Syahiran." Jun menggelengkan kepala juga tidak menyangka Syuhada bersikap kebuda k-budakan.
"Macamlah dia tak tahu yang dia orang berdua tu kawan rapat. Bukannya ada apa-apa pun. Kau dengan Iqmal okey je aku tengok." Aqilah memandang Jun yang sudah bersandar lemah di kerusi.
"Iqmal pun sebenarnya tak bagi aku ikut campur lagi dalam urusan Rina. Aku pun tak tahu nak buat apa sekarang ni..." Jun teringatkan nasihat Iqmal kepada dirinya di dalam kereta tadi. Walaupun Iqmal tidak bercakap secara terus terang tetapi dia tahu apa yang lelaki itu maksudkan. Pasti Syahiran juga sudah menceritakan semuanya kepada Iqmal memandangkan mereka adalah kawan baik. Memang dasar mulut tempayan si Syahiran ni!
"Jun, aku tahu keadaan kau yang tersepit sekarang ini antara kawan dan kekasih tetapi aku cuma nak kau ingat satu je, Rina itu kawan baik kita. Walaupun aku tak tahu kau anggap Rina tu kawan baik kau atau tidak tapi yang aku tahu Rina sudah anggap aku dengan kau seperti keluarga sendiri. Sebelum kau jumpa si Iqmal itu, kau sudah dulu kenal Rina. Dia yang ada disisi kalau kau sedang bersedih dan jaga kau sewaktu kau sakit sebab keluarga kau di kampung. Walau apapun yang orang cakap tentang Rina aku akan sentiasa ada disisi dia kerana aku kenal siapa kawan aku." Aqilah bangun dari duduknya dan meninggalkan Jun diluar bersendirian. Dia tidak boleh paksa Jun untuk berada disisi Rina kerana itu adalah hak Jun untuk membuat keputusan tetapi dia sudah bertekad mahu menjaga Rina seperti ahli keluarganya sendiri.
Petang itu Rina sudah dibenarkan balik ke rumah. Rina perasan akan tentang ketegangan diantara Aqilah dan Jun. Apakah mereka bergaduh sewaktu dia sedang tidur? Tetapi semua persoalan itu hanya bermain di dalam fikiran Rina kerana dia tidak mahu memperkeruhkan keadaan kerana selalunya jika dia bertanya sewaktu mereka bermasam muka, kedua-duanya akan meminta dirinya berpihak kepada diri masing-masing. Jun duduk di kerusi menunggu sementara Aqilah dan Rina pergi ke kaunter untuk membayar bil hospital dan mengambil ubat. Rina hanya mendiamkan diri mendengar Aqilah dengan jururawat itu bercakap tentang ubat yang perlu diambil oleh Rina.
Matanya melilau melihat sekeliling sebelum tiba-tiba seorang lelaki berdiri disebelahnya dan mengeluarkan kad pengenalan miliknya untuk diberikan kepada jururawat yang bertugas. Kaki lelaki itu cedera ringan mungkin baru saja habis daripada kemalangan fikir Rina sendiri.
Mata Rina membulat melihat kad pengenalan itu. Wajah yang berada di dalam kad itu adalah wajah yang cuba dia lupakan. Badannya mula menggeletar, peluh dingin mula membasahi dahinya. Wajahnya tidak berani diangkat walaupun dia sudah berpurdah tetapi perasaan takut amat menguasai dirinya. Rina masih memandang kad pengenalan yang berada di hadapannya itu. Dirinya sangat bernasib baik kerana diberikan otak yang cerdas untuk menghafal. Semua yang tertulis di kad pengenalan itu dimasukkan ke dalam ingatannya.
"Lambat lagi ke?" Jun datang menghampiri masuk ke tengah-tengah perantaraan dirinya dan lelaki itu.
"Dah siap, jom balik." Aqilah jawab sepatah dan menarik tangan Rina. Rina mengangkat wajahnya dan disaat itu matanya terpandang tepat mata lelaki itu. Lelaki itu sama seperti beberapa bulan yang lalu. Wajah sombongnya masih tidak berubah. Dengan segera matanya di alihkan daripada terus memandang lelaki itu.
Share this novel