Bab 7

Romance Series 2347

Kenangan dua tahun lepas pasti akan diingati sampai bila bila. Ketika peperiksaan akhir senior nya dia juga ada disitu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Ryan namun langkah kakinya terhenti kerana memikirkan cintanha ditolak mentah-mentah oleh mamat tiga suku tersebut. Akhirnya dengan longlai dia meninggalkan kawasan tersebut dan terus pulang ke rumah sewanya.

Itu semua telah berlalu dan mungkin jejaka tersebut telah memulakan hidup baru mungkin dia sudah berpasangan seperti orang lain dan telah melupakan dirinya yang begitu tulus menyintai walaupun hatinya terluka dengan kata-kata Ryan. Mungkin benar dia tidak layak untuk jejaka itu. Hatinya betul terluka sehingga susah untuk membuka ruang menerima sesiapa lagi.

Kini Zara telah meneruskan empayar perniagaan ayahnya dan membuka cawangan Zara cafe & bakery di Petaling Jaya. Cawangan di Port Dickson telah diuruskan oleh kakak iparnya setelah abang sulungnya berkahwin. Sekarang ayah dan ibunya cuma menghabiskan masa melayan cucu kembarnya dan memberikan kepercayaan bulat bulat kepada Zara dan kakak iparnya.

"Kak Zara kita ada dapat order dari Centure Holdings sempena majlis ulang tahun syarikat tu tapi Ceo syarikat nak jumpa Kak Zara nak bincang pasal order tu akak nak pergi ke?tanya Adila pembantu Zara yang setia sejak dari awal pembukaan kafe bakerinya sehingga hari ini. Walaupun masih setahun jagung menapak namun perkhidmatan dan kesedapan dessert yang disediakan telah menjadi buah mulut golongan atasan disebabkan reputasi ayahnya yang hebat.

"Dia nak datang cafe kita ke macam mana dila".

"Rasanya dia suruh akak pergi syarikat dia sebab dia nak terus buat payment nanti".

"okay la kalau macam tu sebab esok kita pun ada cod area sana jugak kan.

"Haah kak. Alang-alang boleh pergi terus Venture Holdings tu. Dila dengar syarikat tu syarikat besar kan kak.

"Besar ke kecil ke diorang tetap pelanggan kita jadi kita kena bagi service tiptop untuk semua jangan memilih."

"Hihi okay kak."


...............................

Zara bersiap seperti biasa cuma kali ni pink masih dihati. Zara memandu dengan cermat memandangkan dia membawa tempahan pelanggan bersama sebelum meneruskan perjalanan ke Venture Holdings.

Setelah menghantar tempahan pelanggannya itu dia meneruskan niat asalnya untuk bertemu Ceo Venture Holdings.

Langkah kakinya laju menuju ke meja kaunter pertanyaan di pintu masuk syarikat besar itu.

"Selamat pagi cik ada apa-apa boleh saya bantu",ujar pekerja di kaunter tersebut ramah.

"Selamat pagi.Saya Zara dari Zara Cafe & bakery. Saya ada temujanji dengan Ceo syarikat ni hari ini.

"Baik Cik boleh duduk dahulu saya akan confirmkan dengan pihak pejabat dahulu.

"Baik.terima kasih cik.

Zara berlalu ke sofa bedekatan kaunter tersebut sambil tangannya membuka handfon untuk membaca mesej yang dihantar.

"Cik Zara Amelia ke?

"Ye saya.

"Saya Miza,setiausaha kepada Ceo syarikat ni.mari saya bawa cik berjumpa ceo kami.

"Baik cik Miza.

"Boleh panggil kak Miza tak perlu formal sangat ye cik Zara.

"Baik kak Miza pun boleh panggil saya Zara tak perlu bercik cik, katanya sambil Kakinya melangkah ke pintu lif.

Setiausaha tersebut tersenyum manis. Gaya elegan walaupun berhijab menampakkan karismanya sebagai orang korporat tidak sombong malah melayannya mesra.Walaupun berkerjaya tidak perlu sombong kan.

Lif bergerak menuju ke tingkat 5 yang menempatkan bilik pegawai-pegawai atasan syarikat.

Kakinya terhenti ketika membaca plat nama yang tertera di pintu pejabat yang bakal dimasuki itu.

Ryan Haziq bin Tan sri Razak nama yang telah sekian lama dia simpan di dalam hatinya yang terluka.

'Ya Allah kenapa Kau temukan aku dengan dia lagi Ya Allah. apa yang Kau rencanakan untuk hidup hambaMu ini Ya Allah'

"Zara, jemput masuk,ujar Kak Miza mematikan lamunannya.

Sosok tubuh yang tekun menghadap kertas kerja tersebut dipandangnya lama. Jejaka itu tidak langsung memandangnya.

"Encik Ryan ini Cik Zara Amelia pemilik Zara cafe & bakery yang kita nak tempah dessert untuk majlis ulang tahun syarikat nanti,

Jejaka tersebut terus memandang gerangan insan di hadapannya tanpa berkedip.

"Jemput duduk cik Zara,"ujar Ryan setelah menyedari renungan Kak Miza tadi.

Zara terus menarik kerusi dihadapan jejaka tersebut tanpa memandang wajah insan yanv telah melukakan hatinya dua tahun dulu.

"Kak Miza siapkan air untuk Cik Zara ye air milo.

Dia masih ingat air kegemaran aku. Apa yang kau cuba lakukan ni Ryan tolong jangan biarkan aku jatuh cinta sekali lagi.

"Baik encik Ryan. Setelah setiausahanya berlalu pergi Ryan mula memerhatikan insan didepannya insan yang dirindui sudah berhijab penuh tidak seperti ketika di tempat belajar.

"Cantik!

"Ye encik Ryan".

Ryan tersipu kerana terlepas cakap.

"Cik Zara pemilik Zara cafe & bakery yang terkenal sekarang ni ye,"Ryan memulakan bicara.

Terlalu formal namun dilayan jua kerana sekarang antara dia dan Ryan adalah hubungan antara pelanggan.

"Ye setakat ni saya lah pemilik cawangan Petaling Jaya.

"Kalau macam tu saya nak awak buat dessert yang paling sedap sampai teringat-ingat sampai dalam tidur boleh?

"InsyaAllah saya cuba. Tapi nak berapa jenis ye?

"Ikut awak. Saya akan bayar berapa yang awak minta. 50pax.

"Kalau macam okay saya akan buat yang saya mampu.

"Okay ni bayaran deposit,ujar Ryan sambil menyerahkan cek kepada Zara.

Ketukan di pintu kedengaran.

"Masuk.

"Ni air yang Encik Ryan minta. Kak Miza keluar dulu.

"Terima kasih kak.

"Jemput minum Cik Zara.

Zara menyisipi air milo tersebut dengan perlahan kerana masih panas.

"Apa khabar gula kapas pink".

Tersembur air milo yang sedang diminum terasa lecur lidah Zara.

Pantas Ryan mencapai tisu dan diserahkan kepada Zara yang muka kemerahan.

"Awak okay ke Zara.

"Saya okay saya okay,ulang Zara.

Aik kenapa hilang dah bahasa formal dia tu betul la dia masih lagi mamat tiga suku.

"Awak dah kahwin Zara?soalan cepumas lagi adei

"Belum tengah tunggu suami turun dari langit. Kalau tak ada apa apa saya minta diri dulu terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan Zara cafe & bakery.

Pantas Zara bangun sebelum Ryan sempat mengajukan soalan seterusnya.

"Tunggu sekejap.Mati langkah Zara.

"Nah kad saya apa apa boleh call saya.

Zara mengambil kad itu sambil bergegas keluar dari pejabat tersebut.

Ryan Haziq apa yang kau buat ni.


........................

Kejadian semalam telah membuka kisah duka Zara. Namun dia perlu profesional dalam kerja.
Kekacakan Ryan Haziq bermain di mata Zara.

"Kak Zara.

"opocot kau! hish kamu ni man kalau tak terkejutkan akak sehari tak boleh ke ha!

Man selaku runner kedai bakerinya sering mengusik Zara.

"Dah akak duduk berangan kat situ sape suruh,ni man dah siap delivery boleh tak Man nak ajak Dila makan luar.

"Erm pergi la akak tahu la tengah hangat bercinta tapi ingat jangan lewat Dila banyak kerja lagi nak buat.

"Baik boss.

Lif

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience