“Okay guys saya perkenalkan ni isteri saya Ellya Arisya, dia akan berada di Marketing Department”
Selepas Irsyad memperkenalkan Ellya ada beberapa staff yang berbisik antara mereka..yang dapat didengari ialah
“Ohh isteri dia..cantik jugak orangnya..”
“Ish kenapa ada kat marketing..patutnya jadi PA lah kan..”
“Alaa entah2 taktahu buat kerja je ni”
Pelbagai bisikan yang didengari oleh Irsyad nasib bukan bisikan syaitan..tetapi mulut staffnya boleh tahan puaka juga..
“Okay you guys can continue your work..” Irsyad sudah tidak tahan mendengar bisikan staff nya..
“Eh weh..bila masa isteri kau masuk department aku? Asal aku baru tahu ni?” Arif yang masih terpinga pinga ketika Irsyad membuat pengumuman sebentar tadi lalu bertanya
“Saje nak surprise kan kau..nanti dia boleh tengok tengokkan kau mana lah tahu kau banyak menular ke kan..”
“Ish kau..silap-silap bukan isteri kau yg spy aku..aku yg terspy dia..kalau lawa mcm ni..”
Laju tangan Irsyad menumbuk lengan milik Arif..
“Kau jangan cari pasal..aku belum lagi start plan aku nak kenakan dia..kau dah nak try..bagilah aku chance nak bahagia kau ni”
“Alahh..kau cakap jelah kau dah sayang dia..takpayah bagi alasan belum kenakan lah apa lah..hahahaha”
“Dahla pergi sambung kerja kau..”
Ellya yang perasan akan perbualan Irsyad dan Arif dia memandang mereka tajam tanda geram..
‘Apa lah yang diaorang borakkan tu..siap gelak gelak kutuk aku ke..’
“Okay Cik Ellya mari saya tunjuk meja Cik Ellya ya..” pinta Arif
“Eh tak perlu lah ber cik cik dengan saya awak ni Arif macam tak biasa pulak..Ellya je or El pun boleh”
“Hehe okayy El..sorry kita kena formal kat tempat kerja & takboleh membuang masa”
“Elehh formal & takboleh membuang masa..yang tadi saya tunggu Arif kemain lama berborak dengan Syad kenapa..”
“Erkkk..” ‘terkena pulak kat aku’
“Eh tadi tu saya tanya nak tunjuk ajar kat El macam mana..haa”
“Yelah..”
“Okay el..ni meja El..nanti saya bagi previous paperwork syarikat kita & awak try fahamkan dulu lepastu kalau tak faham boleh tanya saya..meja saya kat sebelah sana..apa apa datang je”
“Baik boss..” Ellya membiarkan Arif pergi untuk mengambil dokumen yang perlu dibacanya..
Setelah beberapa dokumen yang Ellya semak dan baca..dia berasa sungguh menarik tentang marketing di syarikat ni.. iyelah dulu dia bekerja di syarikat yang kecil jadinya peluang untuk mereka strategi baru untuk syarikat juga terhad dan kos adalah menjadi punca utama nya..namun di syarikat Irsyad kos nya adalah tinggi dan hasilnya juga luar biasa..
Selesai meniliti setiap dokumen yang diberikan Ellya pergi ke meja Arif..
“Dah?” Soal Arif
“Done..hehe now saya nak tanya sekarang projek apa yang tengah berlangsung & belum dimulakan..”
“Okay now kita tengah siapkan untuk klien kita dari Jepun..yang ini under team saya..so awak tak perlu risau..yang belum dimulakan ialah klien kita yang berada di Penang, saya nak awak uruskan tu..boleh? Simple je mereka dah selalu deal dengan kita..dan mereka tidak mempunyai banyak masalah”
“Baik boleh..boleh bagi saya data data yang perlu saya kemukakan?”
“Okay boleh..awak cuma buat preview nya sahaja..nanti dah nak masuk dealing with clients awak bagitahu saya..team kita handle nanti..”
“Okay baiklah..”
Sedang Ellya tekun dengan kerjanya telefonnya berbunyi..
‘Siapa pulak ni..’
“Assalamualaikum..kau tak lapar ke? Memang kau ni unta eh? Tahan tak makan berhari hari”
‘Call call je dah bebel macam mak jemah’ desis Ellya
“Nak makan lah ni..kejap tengah susun barang”
“Turun makan dengan aku..”
“Yelah..”
Irsyad terus mematikan telefon
Irsyad menunggu Ellya agak lama di cafe
‘Dia ni tahu ke tak cafe kat mana..takkan sesat pulak..ofis aku ni bukannya maze runner yang susah sangat nak jumpa’
Sedang Irsyad tercari cari Ellya..
“Tadaaa..cuba teka siapa”
Ada suara dari belakang yang menutup mata Irsyad..
“El..kau jangan memain boleh tak..aku dah lapar ni jangan sampai aku makan kau..”
“Alahhhh nak bergurau pun takboleh..”
“Memang lah takboleh..tengah lapar ni otak pun tak berfungsi dengan betul..”
“Tak berfungsi tu maksudnya menempah ma..”
Belum sempat Ellya menghabiskan percakapannya Irsyad terlebih dahulu memintas
“Menempah maut? Haa kau memang suka aku mati kan..boleh jadi janda meletop nanti suami mati..”
“Kalau jadi janda kaya takpa jugak..ni jadi janda takda pape..taknak lah”
“Ohhh kau pandang harta eh..aku dah agak dah kau kahwin dengan aku sebab kau nak nanti aku dah mati aku tinggalkan harta aku kat kau kan? Jangan harap!”
“Kedekut!”
“Diam lah..jom order makan”
Sedang mereka menikmati makanan mereka sambil bergelak ketawa.. ada mata yang memandang dengan sakit hati..
“Kau ingat aku boleh lepaskan kau ke Rayqal..kali ni tidak..” Tania bercakap seorang diri..
Dia menjadi obses dengan Irsyad apabila dia mendapati Irsyad ialah CEO di sebuah syarikat dan diberitahu oleh kawan kawannya semasa belajar dulu.. lagi lah tak keruan dibuatnya..dulu masa belajar Irsyad langsung tidak dipandang kerana Tania merasakan Irsyad ialah orang miskin, kerana Irsyad langsung tidak menunjukkan kemewahan yang dia ada sekarang..
“Kau tunggu..aku bagi kau bahagia dulu..nanti dah merana jangan kau cium kaki aku ye Rayqal..” Tania tersenyum sinis seorang diri..
Share this novel