Call Girl 41

Romance Series 1321945

Call Girl 41

Carlos terjaga dari lenanya.Matanya beralih menatap ke arah Zahra yang sedang memeluknya.

Erat.

Seluruh tubuh gadis itu berada di atas tubuh sasanya. Bahunya dijadikan bantal kepala gadis itu. Sebelah tangannya merangkul pinggang gadis itu.

Selimut yang menutup tubuhnya dan Zahra di betulkan sedikit. Dia mencium pucuk kepala Zahra. Dan menarik lebih rapat tubuh gadis ke arahnya.

Hampir sepuluh minit Carlos dalam keadanan begitu, Dia berhati-hati menjatuhkan badan Zahr ke atas tilam katil sebelum dia melangkah turun dari katil.

..........

Zahra terjaga apabila badannya terasa sejuk. Liur yang ditelan terasa perit. Lambat-lambat kelopak matanya yang seakan tergantung batu itu dibuka perlahan.

Dia bangun dari pembaringan dan duduk memerhati ruang bilik yang sunyi.Mana Carlos?. Kenapa lelaki itu tinggalkan dia sini sendiri. Air matanya menitis jatuh pipi.

Dulang berisi air dan Roti bakar ditatang Carlos penuh berhati-hati. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tangisan halus. Bimbang berlaku sesuatu pada Zahra pantas tombol pintu itu dipulasnya.

"Love..." Zahra mendongak ke arah pintu. Semakin kuat tangisannya bergema melihat gerangan siapa yang berdiri di situ.

Pantas Carlos melangkah laju masuk ke dalam.
Dulang diletak ke atas meja di sisi katil. Baru dia duduk, lehernya sudah dipeluk erat.

"Hub...by." Perlahan-lahan pinggang Zahra dirangkulnya. Bahu Zahra yang terdedah itu dikucup lama. Pelukan itu dilerai dan pipi Carlos disentuh Zahra pelahan. Wajah kacak itu ditatapnya kabur.

"Dont leave me...."

"I won't! Unless you want me..." Tanpa sempat Carlos melanjutkan bicaranya. Bibir Carlos terus di sambar Zahra.

Lama.

Pelahan-lahan Zahra melepaskan bibir lelaki itu bersama gelengan.

"Please Don't.. Because i love u.."

........

Carlos memegang erat tangan Zahra sambil sama-sama melangkah masuk ke dalam mansion miliknya.

Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila Zahra naik menarik lengannya.

"Kenapa ni love?" Soalnya bingung.

"Princess macam mana? Nanti kalau dia soal siasat saya nanti macam mana? saya malu la tak kan nak cakap saya lari dari daddy dia"

"La... Apa nak Malunya? Dah memang u lari dari daddy dia kan. "

"Hubby!" Bentak Zahra.

"Tak ada apa la sayang. I beritahu dia u tak sihat u kena banyak berehat, Nanti u dah okey i bawa u balik...Sayang jangan lah risau" Tangan Zahra itu ditepuk lembut. Juntaian rambut di dahi licin itu dibetulkan.

"Kalau dia merajuk dengan saya macam mana?"

"Pandai-pandai la kita pujuk dia nanti. Jangan risau, okey? Dah, jom."

..........

Kepulangan mereka di sambut Puan Fatihah dan Jasmine.

"Finally you're back Zahra. Dah lama kami tunggu." Jasmine yang pertama menghampiri Zahra, gadis itu memeluk erat tubuh Zahra. Matanya berkaca-kaca terharu dan sebak.

"I miss u sis.." Jasmine meleraikan pelukan.

"Baby..."Zahra melangkah setapak ke depan terus memeluk tubuh wanita berusia itu.

"Ummi, Ara minta maaf.."Teresak-esak dia menangis.

"Jangan buat macam ni lagi ye nak..Ummi rindu Ara.."

Zahra menjatuhkan kepalanya.

"Ara pun rindu dekat semua." Zahra mendepakan tangan mengamit Jasmine bersama. Mereka bertiga saling berpelukan.

"Abang macam mana? Rindu juga tak? Nak peluk jugak." Potong satu suara yang berdiri di depannya. Luq mikail.

"Meh sini aku peluk kau."Jawab Carlos sambil melangkah mendekati Luq.

"Kita masuk dulu la penat tengok Drama Jejak kasih ni.. Rindu.. Rindu.. Masa nak lari tak rindu." Usik Carlos sengaja!. Bahu Luq di peluk dan menarik Luq melangkah bersamanya.

"Ummi." Adu Zahra.

Terburai ketawa dua lelaki itu.

...........

Suasana makan malam sungguh meriah dengan penuh tawa. Farah juga di jemput untuk makan malam bersama. Pelbagai topik mereka bualkan. Dan paling Zahra tak sangka. Demi melindungi dirinya, Gibran mengaku Farah adalah isterinya.

Akhirnya malam ini terbongkar semuanya. Mereka juga sudah menjelaskan apa yang berlaku. Cuma masih ada satu rahsia yang tersimpan.

Setelah selesai makan malam, Zahra menghampiri Carol yang leka sedang bermain dengan Bik iera.

"Sweetheart" Zahra memanggil Carol yang sedang bermain itu dengan senyuman lebar meniti di bibir. Anak kecil itu segera berpaling ketika namanya dipanggil.

Tangan kecil comel itu menghulurkan tangan padanya.

"Mommy Nak ukung." ujar Carol pada Zahra.

Dari petang sampai ke malam, Anak kecil ini asyik minta nak dukung dan melekat je dengan Zahra. Tubuh Zahra di peluk. Dan adakala pipi Zahra di kucup anak kecil itu.

Rindu mungkin.

"Mari sini manja mommy." Tanpa membuang masa Zahra mendukung Carol membawa ke arah sofa ruang tamu. Tidak lekang senyuman di bibir Carol.

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia rindukan telatah anak kecil ini. Carlos hanya melihat dari jauh. Bibirnya menarik senyuman. Tanpa sedar ada seseorang juga melihat kemesraan Zahra dan Carol itu. Akhirnya keluarga ini akan lengkap kembali semula.

..........

PAP!

"Allahuakbar!" Hampir lepas handphone di tangan Farah, Bila tudungnya tarik kuat dari belakang. Panjang istighfarnya di bibir.

Nasib baik tak tercucuk kerongsang!

Baru saja dia ingin membaca maklumat yang di terima dari orang atasannya.

Dia mendengus kasar.

"Hang ni kalau aku sakit Jantung dah arwah hang tau daq!." IPhone diselit masuk ke semula di dalam handbegnya.

Tidak menghiraukan gadis itu. Gib duduk di kerusi di sebelah Farah. Kedua tangan diletak santai ke di atas meja. Tubuhnya sudah bersandar di situ.

Sunyi seketika.

Farah memandang Gib sekilas kemudian dia melemparkan pandangannya pada tasik kecil di depannya. Dia sukakan pemandangan ini tenang dan mendamaikan. Dengan lampu-lampu nion yang dihiasi tasik itu.

"Kenapa tak Join dia orang kat dalam?."

"Saja nak ambil angin," jawabnya pendek.

Segan dan Malu. Tak kan nak menyendeng je dengan Zahra. Sahabatnya pula, Sejak dah baik dengan Encik suami nak melekat je.

Akhirnya dia buat keputusan untuk berjalan ke taman mini ini seorang diri. Kebetulan dia juga ingin membaca beberapa maklumat penting yang baru di terima.

"Ara kata lepas ni kau kena hantar kerja luar?"

Farah menghelakan nafasnya. Sibuk nak tahu pula mamat ni.

"Ha'ah aku kan baqu ja dapat kerja, Jadi kena banyak la belajaq."

"Dah tu, Tak buat dah la parttime kerja Jaga kau tu?"

Sempat Farah menjeling Gib di sebelahnya. Tak habis-habis dengan 'Jaga' dia.

"Tak."Jawabnya sepatah.

Gib tersenyum sinis. Seraya menggelengkan kepalanya.

"Kau lepak la sini. Aku masuk dalam dulu. " Langkah lelaki itu di hantar dengan hujung matanya. Nafas di lepas pelahan.

"Dia tahu something ke?"

..........

"Hubby." Panggil Zahra manja. Terhenti tangan Carlos yang masih sibuk menaip sesuatu di komputer ribanya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.

"Iya.. love.." Carlos memandang Zahra berjalan mendekatinya.

"Dah nak tidur?"Soal Carlos lagi. Zahra menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

Carlos sengaja memberi ruang antara Zahra dengan Carol tadi. Dia boleh sahaja ikut bermain sekali dengan mereka, tapi dia mahu memberi peluang pada Zahra untuk meluangkan masanya bersama Carol. Dia tahu Zahra sangat merindui anak kecil itu. Begitu juga dengan Carol. langsung tidak mahu berengang dengan gadis itu.

"Ha'ah.. Awak banyak kerja lagi ke?"

"Ada sikit lagi, Kau tidur dulu boleh.."

"Tapi.."Zahra menundukkan kepalanya. Dia sudah berdiri di hadapan meja kerja lelaki itu.

"Kenapa ni?"

"Nak tidur dengan awak.. Tapi kalau awak sibuk takpe la.."Meleret suara gadis itu.

Carlos sembunyikan senyuman. Dia bangun berdiri dan mendekati Zahra. Tangan Zahra di tarik dan di dudukkan di sofa.

"duduk sini dulu. Aku buat kerja sikit lagi." Zahra mengangguk. Carlos kembali melangkah ke meja kerjannya.

Daripada duduk tegak Zahra sudah bersandar malas. Tapi Carlos masih fokus dengan kerjanya. Mata dipejam kejap bila terasa memberat.

Hampir 20 minit masa berlalu. Carlos merenggangkan ototnya seketika. Dia bangun dan berjalan mendekati Zahra yang sudah tertidur di Sofa. Raut wajah isterinyadi renung. Dada beralun lembut mengalun nafas tenang.

.......

Mata Zahra terbuka sedikit saat melihat Carlos yang sedang mengangkat tubuhnya. Dia menepuk pelahan bahu lelaki itu minta diturunkan dari dukungan itu.

"Shhh." suara itu berbisik. Zahra kembali memejamkan matanya, Tangannya naik melingkari leher Carlos dan dia makin merapatkan tubuhnya pada dada yang keras itu, dihidu aroma maskulin itu penuh nikmat.

Pintu bilik tidur perlahan ditolak dengan kakinya supaya tertutup kembali. Dia menghampiri katil, dengan lembut dia meletakkan Zahra di atasnya.

Pelahan dia menarik selimut menutupi tubuh Zahra lalu menyisir ke rambut gadis itu ke belakang dengan jarinya. Kemudian dia mengucup perlahan dahi dan pipi itu sebelum melangkah ke bilik mandi.

"Love?!" Terkejut Carlos keluar sahaja bilik air melihat Zahra yang duduk bersanda di atas katil terkebil-kebil memandangnya.

"Love kenapa bangun ni? bukan dah tidur ke?" Punggungnya dihenyakkan pada tilam empuk itu sambil matanya memandang wajah polos itu. Tangan naik mengusap pipi Zahra.

"Kenapa tak bagi tahu Jasmine dah nak kahwin dengan abang Luq." Soal Zahra

"Kau punya soalan macam aku dah jumpa kau dengan kau bulan lepas." Tanpa riak bersalah Carlos menjawab.

"Hubby!."Bentak Zahra. 'Haish,Nasib sayang.'

Carlos ketawa pelahan. Satu yang dia perasaan Zahra makin manja ketika mengandung. Dia suka.
"Iya betul kan. Aku baru je jumpa kau dan bawa kau balik sini mana sempat nak cerita semua lagi."

"Semalam boleh je kan bagitahu saya." Zahra cemberut. Dijeling sekilas pada lelaki itu.

Tetapi dia bersyukur sangat. Kalau Carlos tidak datang kepadanya, mungkin dia tidak dapat turut bersama di hari majlis penikahan Luq.

Walaupun Luq hanya abang susuannya Namun dia telah menganggap Luq mikail seperti abang kandungnya sendiri dari kecil di besarkan bersama. Susah senangnya dulu semuanya di kongsikan bersama lelaki itu.

"Kalau awak tak bawa saya balik sini mesti saya tak tahu abang Luq dah nak Kahwinkan, Kahwin pulak dengan adik awak. Kalau saya tak lari mesti saya tak kan jadi orang terakhir tahu, Nasib tadi masa makan ummi bagitahu tau. Sampai hati awak.. Sa..." Tanpa sempat Zahra habis bicara, Carlos terus mencium bibir isterinya itu. Melumat dan mengigit bibir atas dan bawah itu secara bergantian. Tidak memberi ruang untuk Zahra melepaskan pautan itu.

Carlos melepaskan bibirnya setelah mereka kehabisan nafas. Dia menjilat bibirnya sekilas sambil memandang wajah merah Zahra. Tercungap-cungap Zahra menyusun nafasnya kembali.

"Hubby Eeeeeee.?!" Bahu suaminya itu di tepuk kuat.

Carlos ketawa pelahan.

"Sayang.. Sebab tu aku bawa kau balik sini. Boleh berkumpul sama-sama raikan Majlis Nikah diorang. Majlis itu semua orang yang uruskan. Kau siap lawa-lawa je. Tak payah pening-pening kepala OK. Lagipun... Malam semalam kan kita sibuk." Terang Carlos sambil tersenyum. Matanya sempat di kenyitkan memandang Zahra.

Bibirnya Zahra mengukir senyuman saat mendengar penjelasan itu.

"Terima kasih Hubby untuk segalanya. I love u." dipeluk erat tubuh sasa itu sambil meletakkan kepalanya pada bahu kiri lelaki itu.

Tangan Carlos naik membalas pelukkan gadis itu. Punggung Zahra di tepuk perlahan. Tangan lagi satu mengusap kepala Zahra lembut.

"Sama-sama kasih sayang... Aku bertuah masih di beri peluang untuk bersama kau lagi. Kau sempurna untuk aku sayang." Carlos melonggarkan pelukannya, dia mengangkat dagu Zahra lembut.

"Kalau kita sambung yang semalam punya boleh?" Soal Carlos sambil tersengeh.

Zahra mendongak memandang muka Wajah Carlos dengan kerutan di dahi. Dia tidak faham. Carlos ketawa pelahan bila melihat wajah Zahra yang kebingungan. Dia berbisik perlahan di tepi kepala Zahra, Berharap hajatnya dapat lagi dipenuhi malam ini.

Mendengar bisikan itu Zahra terdiam memproses. Merah padam mukanya mendengar permintaan Carlos.

"Boleh ya. Bil air ni tertunggak lama. Kena bayar sikit-sikit." Kata Carlos Pelahan. Cuping telinga Zahra di cium sekilas dan tangannya ke pipi mulus Zahra.

Zahra memandang dada lelaki itu yang tidak berbaju. Tangannya kanannya ditekapkan di kulit dada kanan Carlos. Lelaki itu tidak mengenakan sebarang pakaian memandangkan dia baru sahaja keluar dari bilik mandi tadi. Tuala yang berada dikeliling pinggangnya Carlos pegang kuat.

"Kalau bil air tertunggak awak bayar je pakai Jom pay senang semua di hujung jari tau sekarang."Jawab Zahra pelahan. Sengaja ingin mengusik suaminya.

Carlos tersenyum sinis mendengara bicara Zahra. Dia menepis pelahan tangan isterinya itu. Dia bangun berdiri. Terkebil-kebil Zahra memandang Carlos.

"Awak nak pergi mana?" Tangan Carlos di capai. Jemari Carlos di genggam erat.

"Pergi bayar bil air pakai 'Touch n Go'." Jawab Carlos bersahaja.

Zahra mendengus geram. Kita nak sakitkan hati dia. tapi kenapa pula sekarang kita sendiri yang sakit hati. Sebelah tangannya serta-merta menarik kuat tuala yang melingkari pingang suaminya itu.

"Tak payah! Bayar pakai kaunter manual je!"

Hi >.< Maaf atas kelewatan untuk Cptr ni..

Share this novel

Naylilynadia Nadim
2022-01-13 18:46:50 

hahaha...jompay la... touch n go la... last2 manual kat kaunter...


NovelPlus Premium

The best ads free experience