Kaden... Aku call kau lagi. " pamitnya sebelum serahkan gagang telefon pada staf lelaki yang sama dan capai kotak tersebut setelah itu.
"Apa bendanya tu? "tanya Caleb semasa berasa curiga dengan kotak kamus itu.
Dalam keadaan was-was Eden belek kotak itu. Takut pulak nak bukak. Entah ada bom ke apa ke mana tahu.
Kring!
Kring!
Kring!
Tidak semena bunyi deringan telefon kedengaran dari dalam kotak itu. Hal itu buatkan Eden tersentak sekejap sebelum dengan kalut membuka pembalut kotak tersebut.
Sebaik ia terbuka, ianya mendedahkan isi kandungan kotak tersebut yang mengandungi sebuah telefon skrin sentuh.
Eden keluarkan telefon itu dengan kening berkerut tak faham. Melihatkan ada panggilan masuk di skrin, dia sentuh butang hijau di situ lalu di bawa ke telinganya.
"Hello? " sambut Eden.
Semua di situ pandang dengan awas ke Eden apabila ketua mereka menerima telefon misteri siap dengan panggilan itu.
"Hello? Declan ke yang bercakap ni? " balas Spencer.
"Siapa ni? "Eden petik jari, beri isyarat pada anak buahnya untuk lakukan sesuatu mengenai panggilan yang sedang dia terima.
"Lou... Spencer Lou. So kau ni Declan la ya... Well... Kau dengar sini elok-elok okay... Kau bukak phone yang kau pegang ni dan check dalam galeri. Tengok video yang ada dekat situ. Aku ada hadiah untuk kau... "
Mata Eden terbutang luas. Spencer?!? Apa yang Spencer mahukan dari Declan!?
Tanpa berlengah dia terus turunkan telefon dari telinga dan sentuh skrin itu. Menekan ikon gallery sebelum ternampak satu kotak video di situ. Terus dia sentuh skrin dan video itu mula dimainkan.
Caleb sertai Eden di sisi. Mahu lihat apa yang di lihat Eden.
"Sh*t!"lafaz Eden selepas melihat dalam video itu Davina yang dalam keadaan berdarah dan lebam sedang duduk di atas lantai. Tak guna!
Tidak memutuskan panggilan tadi, Eden bawa semula telefon ke telinga. "Hei!Keparat!Apa kau buat pada Davina hah! "bentaknya sekuat hati kerana berasa berang! Berani betul!
"HAHAHAHA!!!!! Kenapa? Marah? Hahaha... Itu la yang aku rasa lepas kau bunuh ayah aku... Sekarang giliran kau pulak Declan untuk rasa sakit! Apa kau fikir kalau aku bunuh kekasih kau ni? " ketawa Spencer sambil berkata.
Tangan sebelah Eden sudah siap mengepal penumbuk. Tak guna betul! Hanya disebabkan Declan, Davina jadi mangsanya. "Lepaskan Davina." arahnya.
"Boleh... Tapi dengan syarat. Aku nak kau datang sendiri bersemuka dengan aku. Ada perhitungan yang aku nak buat dengan kau! Ingat... Sendirian. Tak boleh ada kawan. Atau Davina mati."
Eden buka mulut hendak berkata, tapi panggilan tu diputuskan sesaat kemudian.
Caleb pandang terkedip-kedip bingung ke Eden. "Ada apa Eden? Siapa yang call? "
Edeb cengkam kuat telefon tu. Dia ketap gigi menahan sabar sewaktu memandang Caleb. "Semua orang dalam bilik ni... "kerlingnya. "Tak ada siapa boleh tahu apa yang kau orang dengar. No one. Termasuk pasukan Declan sendiri." pesannya dengan tegas. Declan tak boleh tahu sebab anak raja tu pasti akan buat kecoh. Lagipun Declan masih cedera. Dia tak boleh ambil risiko dengan memberitahu hal ini kepada Declan.
Anak buah Eden yang duduk dalam bilik itu sejak tadi pandang dengan serius ke ketua mereka tanpa berkata apa-apa.
"Spencer tahan tebusan untuk dapatkan Declan... Dia nak balas dendam untuk kematian ayahnya sewaktu serangan yang berlaku beberapa hari yang lepas."beritahu Eden.
"Siapa tebusannya? "tanya Caleb.
Nafas Eden naik turun hendak mengamuk di situ jugak. Dia ketap gigi seerat mungkin semasa memejam mata. Teringat akan imej wajah Davina yang berlebam dan berdarah dalam video tadi. "Davina... Spencer fikir Davina ada kaitan dengan Declan. "beritahunya dengan suara marah yang dikawal.
Caleb berkerut kening sebaik dengar nama tu. "Davina? Adik angkat Ketua? "tanya dia.
Eden gerak untuk ke kerusi lalu duduk di situ dengan kepala tergantung ke bawah dan kedua-dua tangan naik memegang belakang kepala dengan bengang. Haish! Macam mana semua ni boleh berlaku! Kalau la dia tak tinggalkan Davina sendirian mesti semua ni takkan terjadi!
Share this novel