Bab 10

Romance Completed 207871

Intan hanya mengikut Caden dari belakang. Takkan nak jalan beriringan pulak. Ingat Intan.. Kau tengah tugas ni, jangan tergelincir dari landasan ye.

Bila dipandang hala tuju di depan, macam nak ke bilik rehat dia je ni. Ha.. Kan betul.

Sebaik sampai di hadapan pintu, password di tekan. Berbunyi 'beep' dan pintu dibuka.

Caden melangkah masuk diikuti Intan dan perlahan pintu tertutup. Oh, Carlos ada kat sini.

Wow.. Banyaknya makanan. Berapa orang nak makan ni. Teruja Intan melihat makanan yang bersusun di atas meja makan. Eh, ada tiga plate. Carlos join sekali tak kekok sangat.

Caden menghilang ke biliknya manakala Carlos sibuk menyiapkan meja.

"Boleh saya tolong" tegur Intan pada Carlos yang sibuk menyusun makanan.

"Eh, hai pretty. It's okey. Dah siap pun. Marilah duduk sementara tunggu Tuan Caden." ajak Carlos lalu kerusi ditarik untuk Intan duduk. Rasa cam candle light dinner pulak. Auw..!

"Thanks" ucap Intan lalu melabuhkan duduk di kanan meja. Caden yang baru melangkah keluar dari bilik, tajam sahaja pandangannya pada mereka.

"Tuan Caden" tegur Carlos apabila nampak Caden menghampiri meja makan. Intan bangun sebagai menghormati Caden.

Dilihat wajah Caden segar, basuh muka barangkali.

"Duduklah, kita makan sama-sama" ajak Caden.

Intan dan Caden mengambil tempat masing-masing. Caden di hujung meja, Intan di sebelah kanannya dan Carlos di sebelah kirinya pula.

Caden mengangkat tangan untuk membaca doa. Carlos juga melakukan perkara yang sama. Bulat mata Intan pandang Carlos. Aik! Islam ke? Tapi nama tak macam islam pun.

Carlos tahu Intan memandangnya, tetapi pandangan Intan tidak dibalas, bimbang ada yang terganggu nanti.

Makan tengah hari itu senyap dan sunyi. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan sahaja.

Intan kusyuk menikmati makan tengah harinya. Tak berani nak pandang ke kirinya. Tapi ada juga jeling-jeling manja. Sopan kedua-dua jejaka ini makan.

Bagus betul. Kalau aku kat meja makan, tak sah kalau tak berbual sampai kadang-kadang tu marah arwah mak dengan suara aku riuh kat meja, padahal tiga orang je pun.

Walaupun itu bukan mak kandung tapi Intan sayang arwah mak yang menjaganya dari kecil dan sangat terhutang budi pada ayah yang sudi mengambilnya budak tepi jalan dijadikan sebagai anak. Dijaga bagai anak sendiri.

Tiba-tiba pulak rasa sayu. Tidak semena-mena air mata menitis. Cepat-cepat Intan menyeka air mata.

Sedang Intan mengelap pipi yang basah, dapat dirasakan seperti ada mata yang memerhati dirinya. Kepala didongak ke kiri dan kemudian dialih ke depan. Ai, dah kenapa tengok aku macam tu.

"Kenapa?" soal Intan pada Caden dan Carlos. Bergilir-gilir pandangan dilemparkan pada kedua mereka.

"Not we, but you. Why?" soal Caden yang pelik dengan Intan, tiba-tiba saja menangis.

"Oh.. Ni?" soal Intan sambil tunjuk pada matanya.

"Tak.. Teringat arwah mak. Biasanya kalau di meja makan saya yang paling meriah. Padahal tiga orang je pun. Arwah mak selalu tegur, anak dara tak sopan makan sambil bercakap" ucap Intan lalu melempar senyuman dalam kesedihan. Menitis lagi air mata.

"Sorry" pantas Intan bangun dan beredar dari situ menuju ke dapur. Tidak mahu selera mereka berdua terbantut disebabkan dirinya.

Hampir sepuluh minit juga Intan berada di dapur. Muka dibasuh agar kesan air mata hilang. Diambil tisu yang ada didapur lalu dikeringkan wajah. Nafas ditarik panjang dan dihembus perlahan. Agak sudah tenang. Intan melangkah semula ke meja makan.

Dilihat Carlos sudah tiada. Hanya tinggal Caden yang sedang meneguk air. Sebaik Intan sampai, pantas Caden menegurnya.

"Are you okey?" soal Caden. Adui.. Lembut suaranya. Caring la pulak..

"Saya okey" Balas Intan lalu duduk semula di tempatnya.

"Urm.. Mana Carlos?" soal Intan apabila dilihat makanan dalam pinggan masih ada.

"He needs to do something" balas Caden pendek. Matanya masih lagi tidak berkalih dari wajah Intan.

Intan jadi tidak selesa apabila menyedari yang Caden masih lagi memandangnya.

"Kenapa Tuan Caden pandang saya macam tu?" soal Intan.

Patah seleranya. Tidak jadi untuk menyambung makan. Intan ambil buah anggur yang ada dalam piring untuk dimakan. Pasti mereka pun sama. Terbantut selera.

"Dah lama arwah mak meninggal dunia, sakit ke?" soal Caden sambil memerhati Intan yang sedang mengunyah buah anggur.

"Dekat lima tahun, kanser" pendek jawab Intan.

Tiba-tiba Intan terdiam dan terhenti kunyahan anggur. Eh, hari tu dalam resume aku tulis apa ye pasal maklumat ibu bapa? Adui.. Kena semak balik. Lupa la pulak. Jangan katoi sudah.

Wajah ditoleh pada Caden yang berada di sebelahnya. Macam tak ada apa-apa. Gitu je air mukanya, tak ada perubahan apa-apa pun. Harap-harap la dia tak baca resume tu. Intan jadi tak senang duduk. Tapi Caden muka dia memang tak ada perasaan pun. Kalau dia tau kau tipu pun muka dia memang cam tu je. Ah sudah..

Tidak lama bunyi pintu dibuka. Terpacul Carlos bersama dulang makanan. Aik, sapa nak makan lagi ni.

"Tuan Caden" panggil Carlos.

"Give to her" arah Tuan Caden.

Plate yang ada di hadapan Intan diambil dan Carlos menggantikan dengan plate yang dibawa tadi. Apabila tudungnya dibuka, nah, spaghetti aglio olio. Sedapnya..

"Makanlah" ucap Caden. Manakala Carlos sudah berlalu ke hadapan, tempatnya tadi.

"Eh, saya kan dah makan" jawab Intan lalu memandang Caden.

"Tadi makan pun tak habis. Makanan pun dah sejuk" jawab Caden lalu bangun meninggalkan Intan bersama Carlos di meja makan. Caden pula sudah berlalu ke dalam biliknya.

"Makanlah pretty. Tadi makan sikit sangat. Nanti lapar" ajak Carlos sambil memerhati wajah Intan.

"Awak tak makan sama?" soal Intan. Segan lah pulak makan sorang-sorang.

"Saya dah kenyang, tak apa saya teman awak" balas Carlos sambil mengambil buah yang dipotong masuk ke mulut. Perlahan dikunyah, sopan mengalahkan anak dara.

Intan mengambil sudu dan garfu lalu mula menyuap spaghetti ke mulutnya. Sedap.. Habis sepinggan dimakan. Air diteguk dan bibir dilap.

Tersenyum Carlos di hadapan Intan.

"Dah kenyang?" soal Carlos sambil tersenyum.

Intan pantas mengangguk.

Carlos lalu bangun menuju ke pintu dan daun pintu dibuka. Masuk dua orang pekerja dan terus ke meja makan untuk mengemas.

Kalut Intan berdiri nak membantu tapi ditegah Carlos. Adui.. Bala. . Bala.. Sure punyalah.

Sebaik meja dikemas, Carlos membukakan pintu pada pekerja tadi dan dia juga turut keluar bersama.

Intan masih berdiri tegak di tepi meja makan.
Nak buat apa pulak ni. Nak kemas meja, meja dah kemas.

"Awak boleh turun dan rehat. Pukul lima tunggu saya" suara Caden menyapa pendengaran Intan. Bila ditoleh dapati Caden sudah pun lengkap bersuit. Nampak segar wajahnya, pasti baru lepas mandi.

"Pukul lima tunggu Tuan Caden? Nak pergi mana?" soal Intan pelik.

"Hantar awak balik. Pagi tadi datang dengan grab kan sebab nak ambil motor kat kedai" jawab Caden sambil membetulkan cufflinks.

"Mana Tuan Caden tau?" pelik ni. Dia skodeng aku ke..

"Pagi tadi, awak berbual di telefon. Saya terdengar" selamba je dia jawab. Tak ada rasa bersalah pun curi dengar perbualan orang. Ish ish ish

"Oo.. Eh, tapi tak apa, saya naik grab ke kedai motor. Nanti dari kedai motor saya bawak la motor tu" tak nak lah naik kereta dengan dia. Baru dua hari jadi housekeeper dah gini jadinya.

"Jam lima tunggu saya" ulang Caden lalu diserahkan secebis kertas pada Intan.

Intan mengambil kertas tersebut. Nombor telefon?

"My number. Call me when you need" kemudian terus bereder ke pintu dan setelah kasut di pakai, pintu dibuka dan terus keluar.

"Aik, gitu je. Dah la main paksa suruh tunggu dia. Ish, haru betul la. Ni turun nanti, tengoklah makcik-macik bawang tu, mesti sibuk tanya" kuat Intan mengeluh.

Kaki diatur ke pintu keluar, kasut disarung dan pintu dibuka. Laju kaki melangkah ke arah lift. Butang ditekan ke bawah.

Macam mana ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience