BAB 16

Family Series 2595

Sekolah Menengah Seksyen 4,Kota Damansara

Faridah sedang duduk di dalam kelas dan matanya tersengguk-sengguk menahan matanya. Mujur guru kelas tidak hadir lagi ke kelas Faridah. Syira yang sedang berbual-bual dengan rakannya pergi ke tempat Faridah.

"Hahh Ida ! Mengantuk lagi ke ? Kau tidur lepas sahur ke ? Mengantuk semacam je kau ni" kata Syira sambil menepuk meja Faridah.

"Kau nak apa gila ? Bagilah aku tidur dulu. Cikgu sampai kau kejutkan la aku" kata Faridah dengan geram

"Kau ni tidur je. Kalau Cikgu Rizal sampai nanti kau nak jawab apa kalau kau membuta je lagi. Silap-silap duduk luar jela kau Ida" kata Maizatul. Cikgu Rizal merupakan guru kelas Faridah.

"Haih aku tak sahur tadi . Sekarang aku lapar gila nih. Now aku kena la tahan sampai Maghrib nanti. Penat la malam tadi aku try makeup aku beli semalam. Dalam pukul 3 pagi aku tidur" kata Faridah sambil menguap berkali-kali.

"Okay kejap. Semalam korang pergi mana. Aku call kau dengan Syira tak angkat tau dari petang sampai malam. Dah lah kelas Sejarah kau tak datang. Cikgu tu siap nak lapor kat parents korang lagi" kata Arissa.

"Weh kau serius lah Arissa ? Mampus kalau dia report parents kita. Haih macam mana nih" kata Faridah sambil menepuk dahinya.

"Cikgu tuh beri peringatan lah agaknya kat student yang tak nak hadir kelas tambahan. Macam tulah" kata Arissa.

"Korang diam-diam sudah lah. Takyah kecoh. Sekarang ni nak tahu result trial SPM kita macam mana. Pada Cikgu Rizal tau sekarang ni. Bila-bila masa dia masuk kelas kita and keluarkan result nanti" kata Syira.

"Aduh risau aku doh. Math dulu dah la problem. Soalan entah pape masuk. Kusut aku nak jawab" kata Faridah.

"Koranggg !! Cikgu Rizal on the way. Duduk semua" kata Lee,pelajar berbangsa Cina di dalam kelas Faridah. Semua orang di dalam kelas duduk diam dan menunggu kehadiran guru kelasnya.

"Bangun...selamat sejahtera cikgu" kata Farid,selaku ketua kelas. Rakan-rakannya mengikutinya juga.

"Selamat sejahtera murid-murid. Duduk semua" kata Cikgu Rizal.

Cikgu Rizal membawa satu sampul dan meletakkan di atas meja gurunya. Semua murid sudah menjangkakan akan apa yang guru kelasnya diberitahu.

"Okay murid-murid seperti mana yang telah saya janjikan,saya akan beri slip keputusan percubaan SPM yang kamu semua dah duduki minggu lepas. Saya dah semak semuanya dan satu mata pelajaran iaitu Reka Cipta. Semua lulus. Tahniah korang saya bangga dengan kamu semua" kata Cikgu Rizal sambil tersenyum.

Cikgu Rizal bukan sahaja guru kelas tetapi beliau juga mengajar murid-muridnya Reka Cipta sebagai satu mata pelajaran elektif dan termasuk dalam mata pelajaran untuk Sijil Pelajaran Malaysia.

Semua murid bertepuk tangan. Faridah berasa bangga kerana mata pelajaran yang dia minati telah lulus.

"Tapi keputusan yang lain amat mengecewakan guru-guru yang telah mengajar kamu semua. Terutama sekali mata pelajaran Matematik,Ekonomi dan Sejarah. Matematik hanya dua orang sahaja lulus. Kamu memang tahu siapa yang pandai dalam kelas ni. Apa yang cikgu-cikgu lain cakap dengan kamu semua lepas ni tentang keputusan kamu bukannya borak kosong semata-mata. Ini untuk memberi pengajaran untuk kamu semua sebelum peperiksaan sebenar nanti. Cikgu panggil nama nanti kamu ambil slip keputusan kamu ya" terang Cikgu Rizal dengan panjang lebar.

Semua pelajar berasa cuak dan tidak berasa sedap hati apabila guru kelasnya menyatakan "hanya dua orang sahaja lulus Matematik". Faridah paling berasa tidak sedap hati. Sewaktu sebelum peperiksaan Matematik, Faridah tidak membuat apa-apa persiapan dan terlalu fokus pada handphonenya di dalam bilik. Dia merasakan dirinya gagal dalam semua matapelajaran.

Tiba giliran Faridah dipanggil untuk mengambil slip peperiksaan percubaan SPM,dia menuju ke meja guru dan Cikgu Rizal menggelengkan kepalanya.

“Faridah, tiga mata pelajaran kamu sudah gagal. Dan kamu tempat yang ketiga terakhir dalam kelas. Macam mana kamu study sebelum exam minggu lepas?” tanya Cikgu Rizal. Faridah terdiam sahaja selepas dia mengambil slip peperiksaan daripada Cikgu Rizal.

“Faridah, Cikgu Riana nak jumpa awak lepas kelas saya nanti. Nanti awak pergi. Cikgu rasa awak tahu apa yang awak dah buat kan?” kata Cikgu Rizal.

“Baik cikgu” kata Faridah dan kembali ke tempat duduknya.

Subang Jaya

Farhad baru selesai membeli sim card dengan nombor yang baru. Dia tidak mahu bersangkut lagi apa-apa yang berkaitan dengan rakan-rakannya yang telah pergi disebabkan kesalahannya sendiri. Farhad pulang ke biliknya dan baring di atas katil.

“Aku takkan datang ke Klang lagi dah. Apa aku nak buat sekarang? Aku dah takde rumah lagi apa semua. Minggu depan dah raya” kata Farhad seorang diri.

Tiba-tiba Farhad memikirkan tentang keluarganya di Damansara. Tetapi sejak peristiwa ditampar oleh ibunya sendiri, dia berasa agak sukar untuk memadamkan luka yang lama. Berapa lama lagi dia akan bersembunyi di dalam bilik hotel ini? Farhad masih buntu memikirnya. Dia tidak akan senang-senang menyerah diri kepada pihak polis atas kesalahan yang dia telah lakukan

Sementara itu di Taman Kota Pendamar,Klang. Haikal dan Zul mengunjungi rumah yang telah dipagar oleh pihak polis. Mereka memperhatikan persekitarannya.

“Terang-terang ini kerja si Halim Tokan tuh. Dia bunuh kawan kita sampai meninggal. Aku sedih gila pasal ni semua. Haikal, apa kata kita cari si Halim tuh. Dia tuh dah cari pasal dengan kita semua” kata Zul.

“Zul, kau jangan buat kerja gila. Aku tahu kau sedih. Aku pun sedih jugak kawan kita dah meninggal. Dah sampai ajal diorang. Tapi yang aku tak boleh tahan tu si Farhad tuhh. Dah buat salah terus lari. Kenapa tak nak serah diri kat polis je. Aku tak kira aku nak pergi jumpa polis jugak and suruh tangkap dia. Sebab dia kawan-kawan kita mati macam tu je!” kata Haikal.

“Dia ada sebab kenapa dia tak nak buat macam tu. Mungkin dia perlukan masa. Jangan buat report dulu. Kalau dia degil tak nak menyerah. Kita buat la apa yang kau cakap tuh” kata Zul. Haikal menggelengkan kepala sahaja.

“Zul,kau tak rasa ke macam ada orang perhatikan kita sebelum nih. Farhad kata kita duduk sini takde siapa yang tahu macam Halim tuh. So sekarang ni dia dah tahu kita duduk mana. Kalau kita terus ada kat sini,mati kita Zul. Macam ada orang diupah oleh Halim untuk cari kita semua” kata Haikal.

“So sekarang ni Haikal…apa kita nak buat? Nak bagitau polis dulu ke?” kata Zul.

“Kita tak tahu dia tuh siapa. So kita balik rumah masing-masing jangan cakap apa-apa. Jom” kata Haikal lalu dia dan Zul masuk ke dalam kereta dan bergerak meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

Di sekolah Faridah, loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah berakhir. Faridah melihat jam di tangannya. Sudah pukul 12.30 tengah hari. Hari ini pelajar sekolah pulang awal kerana hari ini adalah hari Jumaat. Kaum lelaki akan bersolat Jumaat apabila azan dilaungkan di masjid. Dan pada hari ini juga adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri menjelang.

“Okay pelajar semua. Esok kita dah start cuti hari raya. Korang kalau nak raya jangan seronok sangat ya. Masih ada berbaki beberapa bulan sahaja lagi untuk peperiksaan SPM yang sebenar. Cikgu nak kalau ada masa sila lah study elok-elok dan selalu hadir ke kelas tambahan. Faham semua?” kata Cikgu Riana,guru mata pelajaran Sejarah di kelas Faridah.

“Faham cikgu!” kata semua pelajar serentak.

“Sebelum kamu semua dibenarkan pulang ke rumah,cikgu nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri untuk pelajar-pelajar yang beragama Islam. Maaf zahir dan batin cikgu ucapkan untuk kamu semua. Cikgu nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada termarah atau terkasar bahasa kepada kamu semua. Tujuan cikgu marah kamu untuk mendidik kamu semua supaya jadi pelajar yang berdisiplin dan berdedikasi untuk sekolah. Jaga diri masa cuti raya ni. Okay pelajar terima kasih semua” kata Cikgu Riana sambil melangkah keluar dari kelas.

“Terima kasih juga cikgu! Selamat hari raya cikgu! Bye cikgu!” kata semua pelajar lalu melambai kepada Cikgu Riana.

“Yeahhh esok start cuti raya! Esok balik kampungg!” kata Khairi,rakan sekelas Faridah.

“Rilek dulu cuti raya. Nanti lepas raya study la kan. Hahahaha. Nak enjoy raya dulu” kata Zamri.

“Memang lah boleh rilek. Kau tengok naik cuti sekolah semua benda kau lupa memang kena gelak la kau Zam. Kau dah lah pelajar terpandai dalam kelas. Math kau paling bodoh-bodoh pun dapat A minus tau. Kau dengan si Raudhah tuh sama je” kata Arissa sambal tergelak. Semua pelajar tergelak kecuali Faridah.

“Eh nama aku pulak yang kena petik. Aku pun tak tahu tiba-tiba aku skor math A tolak hahahah” selamba sahaja Raudhah berkata begitu.

“Sudahlah kau Raudhah. Dari form 4 memang perform je mata pelajaran kau. Dah dah jom balik. Kesian kaum Adam nak pergi masjid nanti” kata Syira sambil memerhatikan Faridah yang sedang mengemas buku masuk ke dalam beg. Mukanya tidak ceria seperti hari-hari sebelumnya.

“Tahu pun kau Syira. Aku setiap Jumaat sebelah imam tahu hahahaa” kata Farid.
“Eleh sebelah imam konon. Datang pun lambat jugak solat juga kat saf belakang sekali hahahaha buuuuu” kata Haziq.

“Jom-jom balik rumah. Aku nak kunci kelas nih” kata Maizatul.

“Ida kau okay tak? Jom lah balik” kata Ayda.

“Eh aku okey je Ayda. Jom lah lambat dah ni. Mai nak kunci kelas tuh” kata Faridah

Syira memerhatikan sahaja gelagat Faridah yang tidak ceria hari ini. Mereka semua berjalan sambil berbual-bual kosong sehinggalah ke pagar sekolah. Maizatul dan Raudhah sedang menunggu van sekolah manakala Faridah dan Syira menunggu Grab untuk pulang ke rumah.

"Kau kenapa ni Ida? Monyok je dari lepas kita jumpa Cikgu Riana tuh. Kau terasa ke cikgu macam tu tadi. Alah kau nih takde apa lah. Dia cuma bagi warning je takyah risau la tak sampai pun benda ni ke mak ayah kita. Rilek jela" kata Syira sambil menepuk bahu Faridah.

.
.

Pagi tadi di bilik guru....

“Aduh masak la kita kena bebel. Bukan ke Cikgu Rizal kata kau sorang je yang kena panggil dengan Cikgu Riana tuh? Aku pulak yang kena haih” kata Syira.

“Kau ni Syira harap je kawan baik aku jiran aku. Tapi kau takleh harap. Biar kita kena bebel yang penting jangan sampai kau kena panggil jugak nanti. Kau nak lari mana nanti weh. Hadap jela cikgu tuh. Lagipun kau yang ajak aku semalam tau” kata Faridah. Syira mengeluh sahaja. Mereka meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di hadapan meja Cikgu Riana.

Mereka berdiri di hadapan Cikgu Riana yang sedang menyemak buku-buku latihan pelajar sekolah.

“Assalamualaikum cikgu. Ada apa cikgu nak jumpa kami?” kata Faridah dengan suara yang perlahan.

“Waalaikumussalam. Ya Faridah dengan Insyirah nak tahu kenapa cikgu panggil korang ni?” tanya Cikgu Riana kepada Faridah dan Syira. Mereka menggelengkan kepala.

“Rasanya kamu semua tahu kan apa tujuan cikgu panggil korang kat sini. It’s okay kalau korang tak tahu. Kamu semua jawab dengan jujur, ke mana kamu semua pergi tengah hari semalam?” tanya Cikgu Riana. Mereka hanya diam membatu sahaja.

“Hmm korang nih. Semalam korang dah ponteng keluar dari sekolah. Beritahu cikgu jujur sebelum benda ni sampai ke pengetua dengan parents korang” kata Cikgu Riana.

Faridah dan Syira terkejut. Mereka memikirkan apa yang akan terjadi jika ibu bapa mereka tahu. Pasti mereka akan teruk dibebel dan mungkin akan dikurung di dalam rumah sahaja. Mereka akhirnya nekad…

“Err cikgu…kitorang pergi mall cikgu. Nak cari barang-barang. Kami mintak maaf cikgu sebab tak beritahu cikgu. Saya sebenarnya yang ajak Ida untuk ikut sekali. Ida kawan baik saya juga cikgu” kata Syira dengan kepala menunduk ke bawah lantai.

“Haih korang. Kenapa boleh ponteng kelas tambahan saya semalam? Cara saya mengajar semalam garang sangat ke? Ataupun kamu semua tak suka belajar Sejarah nih?" kata Cikgu Riana. Mereka terdiam sahaja.

“Faridah, kamu tak lulus mata pelajaran Sejarah kan? Kamu pun sama Syira. Apa yang kamu belajar dalam kelas? Kamu tahu tak Sejarah ni penting untuk sijil SPM yang korang akan dapat nanti? Gagal sejarah dengan Bahasa Melayu, korang tak dapat sijil tau. Nak mohon kerja pun susah kalau takde sijil” kata Cikgu Riana.

Faridah dan Syira terdiam sahaja. Mereka mendengar sahaja Cikgu Riana berceramah tentang mata pelajaran yang telah gagal.

“Korang tak datang kelas tambahan semalam. Kelas tambahan lah kamu boleh belajar apa-apa fakta yang korang tak faham. Rugi tak datang kelas semalam. And harini korang gagal subjek Sejarah dalam trial SPM nih. Belum lagi exam sebenar. Macam mana korang nak hadap exam sebenar nanti kalau kamu takde buat apa-apa persediaan nanti?” kata Cikgu Riana.

“Aduh bila lah nak habis nih…dahlah aku ngantuk gila” kata Faridah di dalam hati.

“Kalau korang terus macam nih,memang korang akan gagal seumur hidup awak nih jika korang dah takde semangat nak belajar lagi. Apa yang awak semua nak cerita dengan mak ayah awak nanti tentang keputusan awak yang teruk nih? Kalau mak ayah awak tak marah takper. Ni kalau mak ayah awak marah? Mesti mereka akan kecewa. Korang balik rumah nanti tunjuk keputusan depan mak ayah awak” kata Cikgu Riana.

“Haih apa lah parents aku nak cakap nanti. Dahlah result aku teruk gila” kata Syira dalam hati. Syira ternampak riak muka Faridah agak gelisah sahaja.

“Ida,Syira,peluang kedua korang masih ada lagi. Dalam kehidupan nih mencuba mesti ada yang gagal and bukannya terus berjaya semata-mata. Kalau jatuh,bangunlah dan capailah kejayaan dengan usaha yang korang dah buat. Selepas nih,kalau mana-mana cikgu yang nak buat kelas tambahan,rajinlah datang. Selalu buat latihan apa yang cikgu dah bagi. Buku-buku latihan kamu pun ada tak siap lagi. Cikgu harap sangat korang buatlah nota dengan latihan yang cikgu dah bagi. Faham tak” kata Cikgu Riana.

“Faham cikgu. Maafkan kami cikgu kalau kami ada menyusahkan cikgu selama ni” kata Faridah.

“Ida,awak tak menyusahkan cikgu pun. Cikgu tak marah pun kalau korang tak datang. Cuma cikgu kecewa dengan prestasi akademik korang kat sekolah. Jadi cikgu panggil korang datang pejabat cikgu ni supaya cikgu boleh nasihat kamu semua. Dah korang masuk kelas. Sekarang ni kelas apa?’ kata Cikgu Riana.

“Kelas English cikgu” kata Syira.

“Okay masuklah kelas” kata Cikgu Riana. Faridah dan Syira masih berdiri di situ.

“Kenapa korang tercegat lagi kat sini?” tanya Cikgu Riana.

Faridah dan Syira menghulurkan tangan masing-masing kepada Cikgu Riana.

“Cikgu maafkan kami ke tak?” kata Faridah.

“Lah hahaha korang nih. Cikgu dah maafkan pun. Cikgu tak nak simpan lama-lama. Asalkan korang mengaku dan jujur terus terang kat cikgu je” kata Cikgu Riana.

“Okay cikgu terima kasih. Selamat hari raya cikgu” kata Syira. Cikgu Riana tersenyum sahaja.
. .

"Memang lah tak sampai kat parents kita. But kau tengok slip exam aku nih. Tiga gagal nih. Math,sejarah dengan ekonomi. Ni kalau mak ayah aku tahu memang habislah kena bebel teruk. Dahlah masa exam trial aku tak study langsung. Aku study pun baca-baca tengok je latihan yang aku selalu buat dalam kelas. Silap-silap phone aku kena rampas sampai habis SPM" kata Faridah.

"Itulah Ida. Apa yang kita nak cakap dengan parents kita nanti. Masak weh kena rampas fon lepastu tak benarkan balik kampung. Haih sakit nanti kita" kata Syira.

"Korang,apa-apa memang kena jujur dengan parents korang and tunjukkan slip kat parents sebenarnya. Diorang bebel ke hukum apa-apa saja bukan sebab benci marah sakit hati apa semua. Mak ayah korang memang sayangkan korang. Bukannya macam aku nih. Balik rumah nanti mak ayah aku kerja lagi tak balik rumah. Kerja tak menentu sampai tiga hari baru balik" kata Raudhah.

"Hmmm kesian kau Raudhah. Kalau mak ayah kau dah balik rumah and kau tunjukkan slip dekat diorang,mesti diorang gembira kat kau. Kau kan pelajar pandai. Bukannya macam aku. Family aku asyik bermasalah je" kata Faridah dengan muka yang muram.

"Takper,kau banyak-banyaklah doa kat Allah. Insyaallah Allah akan permudahkan urusan kau. Cuma kau jangan lupa solat tu je. Kau akan jumpa hasilnya nanti dengan izin Allah" kata Maizatul sambil memeluk Faridah.

"Amboi kau Mai nak peluk bff aku pulak. Aku pun nak jugak hehehe" kata Syira.

"Lek la Syira. Mai pun bff kita jugak kan" kata Faridah. Syira memuncungkan mulutnya.

"Ish korang nih. Kita semua lah sahabat selamanya. Aku sayang korang semua" kata Raudhah.

"Hah tuh grab dah sampai. Jom Syira meh lah alololo nak merajuk lak bff aku nih" kata Faridah.

"Okay lah kitorang gerak dulu. Pape whatsapp lah. Selamat hari raya maaf zahir batin" kata Syira kepada Raudhah dan Maizatul. Mereka semua berpelukan sesama sendiri.

"Raya nanti meh la datang rumah aku. Rumah aku ada open house nanti. Kalau adalah family aku nak buat hahaha" kata Maizatul.

"Iyelah Mai kitorang tak lupa pun. Bye korang assalamualaikum" kata Faridah sambil melambai kepada Raudhah dan Maizatul lalu menuju ke kereta yang mereka naiki untuk pulang ke rumah.

"Waalaikumussalam" jawab Raudhah dan Maizatul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience