DIA 27

Romance Completed 131781

Syaza serta Nazrul duduk di sebuah kafe untuk berbincang tentang majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung lagi beberapa hari. Syaza duduk bertongkat dagu, semua yang Nazrul katakan langsung tidak didengari.

Nazrul yang perasan dia sedang bercakap seorang diri terus berhenti. Dia menoleh memandang apa yang sedang menarik perhatian Syaza. Pintu?

"Sayang nak balik ke?" Syaza masih kaku.

"Sayang oii!" Panggil Nazrul.

Bebola mata Syaza beralih memandang wajah Nazrul kemudian keningnya diangkat.

"Bie cakap apa tadi?" Soal Syaza.

"Sayang ni okay tak? Dari tadi bie asyik cakap sorang-sorang je. Sayang fikir apa? Ke nervous sebab tak lama lagi kita nak kahwin." Nazrul meleret senyuman nakal.

Syaza menggeleng.

"Habis tu? Kenape?" Wajah Nazrul dipandang lama.

"Ha--Hanis." Nazrul mengeluh. Balik-balik nama perempuan tu, bebel hati Nazrul.

"Kenape dengan dia? Dia ada kacau sayang ke? Nak bie warning kan dia ke?" Soalnya dengan nada serius.

"Bukanlah. Dia... Dia dah pindah dari rumah tu. Dia langsung tak call or text sayang. Sayang risau. Kali terakhir jumpa dia pun masa... Majlis hari tu." Terang Syaza.

Nazrul berpura-pura terkejut.

"Dia pindah!? Tak bagitahu awak?" Syaza mengangguk.

"Tak guna betul perempuan tu. Dahlah keluar tak bagitahu. Perangai tak senonoh." Marah Nazrul.

"Mungkin... Dia keluar sebab sayang." Nazrul menggeleng.

"Sebab sayang bercinta dengan bie, sayang ambik bie dari dia. Sayang rasa... Serba salah." Ujarnya sayu.

"Ala pedulikanlah dia tu. Bukan penting pun untuk kita. Sekarang ni yang penting ialah, majlis perkahwinan kita. Lagi beberapa hari je tau." Ujar Nazrul cuba menenangkan Syaza.

"Bie... Kalau sayang nak jemput dia ke majlis kita boleh tak?" Soal Syaza takut-takut.

Dia tahu Nazrul pasti membantah tetapi tetap mahu mencuba. Wajah Nazrul tidak memaparkan sebarang riak. Dia hanya menoleh ke tempat lain.

"No... Saya tak nak jemput dia. Kang tiba-tiba dia buat kecoh pulak. Nak saya kahwin dengan dia pulak. Haishhh janganlah sayang." Ujar Nazrul.

Syaza mencebik lalu mengangguk perlahan.

---

Hanis duduk dihujung katil. Macam-macam yang bermain di kepalanya. Apa yang bakal terjadi selepas ni? Macam mana hidup dia dengan Hazzar nanti?

"Ya Allah, mudahan hidup aku tak seteruk apa yang aku fikirkan. Aku berharap Hazzar dapat terima aku, sebagai isteri dia." Ujar Hanis perlahan.

Klak!

Hanis menoleh apabila ada seseorang membuka pintu bilik. Hatinya mula berdebar-debar. Muncul wajah manis Jannah dan Aisyaa. Hanis menguntum senyuman manis kepadanya. Jannah mengambil tempat di sebelah Hanis manakala Aisyaa naik ke atas pangkuan Hanis.

"Hanis..." Panggil Jannah perlahan. Hanis menoleh dan mengangkat keningnya.

"Terima kasih sebab... Hanis sudi kahwin dengan Hazzar. Kalau tak, rak tahulah apa yang akan jadi dengan keluarga akak." Senyuman masih Jannah hadiahkan kepada Hanis.

"Hanis... Terima je kak. Kalau dah memang Hazzar Iskandar yang tertulis untuk Hanis, Hanis tak boleh buat apa-apa. Pusinglah satu dunia, Hanis tetap akan jumpa dia jugak." Balas Hanis.

Tok tok!

Hanis dan Jannah menoleh serentak. Riak wajah Hanis berubah spatula muncul wajah serius Hazzar di hadapan pintu. Hazzar mengukir senyuman nipis ke arah Jannah.

Jannah mengangguk faham lalu mengambil Aisyaa dari pangkuan Hanis dan membawanya keluar. Jannah berhenti seketika di sebelah Hazzar.

"Jaga dia Hazz. Jangan sakiti dia. Tak kisahlah fizikal atau mental." Ujar Jannah lalu kembali meneruskan perjalanannya.

Bebola mata Hazzar beralih kepada Hanis yang sedang cuak. Hazzar menutup pintu perlahan-lahan lalu dikuncinya. Lama mata Hazzar memandang Hanis sebelum berjalan ke hadapannya.

Tangannya naik bercekak pinggang. Badannya membongkok sedikit untuk memandang wajah Hanis. Nafas dilepaskan menggunakan mulut.

"Suka?"

Hanis angkat muka apabila mendengar soalan Hazzar.

"Seronok dapat kahwin dengan aku? Seronok dapat pecah belahkan keluarga aku? Sebab kau... Ikram lari entah ke mana. Dan sebab kau jugak, aku terpaksa kahwin dengan perempuan... Macam kau!"

Zup!

Kata-katanya betul-betul menusuk ke hati. Pedih! Hanis mengetap bibir.

"Kenape... Sebab saya, awak terpaksa kahwin dengan saya? Bukan kehendak saya. Bukan saya yang rancang semua tu." Hazzar tertawa kecil, tawanya betul-betul menyakitkan hati.

"Memang kehendak kau. Kau tak nak kahwin dengan adik aku, kau jadikan aku mangsa. Lagipun... Perempuan macam kau memang, bukan nak fikir malu ke, apa ke. Yang penting, duit. Kekayaan. Ikram dengan aku dah salah menilai kau. Kau... Lagi teruk dari perempuan dekat kelab malam sana."

Hanis sekadar menundukkan wajah.

"Bukan nak fikir malu, ape ke? Sebab saya tahu semua tu akan jadi, saya tak buat. Sebab saya tahu, babah akan bencikan saya kalau saya buat macam tu. Sekarang ni, dia dah tak anggap saya ni anak dia. Lagi teruk dari perempuan dekat kelab malam? Cakaplah apa yang abang nak.

Saya... Saya dah tak mampu nak tutup mulut orang. Cakap. Makilah saya sampai abang puas. Sampai abang... Terima saya sebagai isteri abang." Nada suara Hanis langsung tidak berubah, sayu sahaja.

Hazzar meleret senyuman sinis lalu mendecit.

"Kau kata apa? Terima kau sebagai isteri aku? Mimpi jelah. Sampai bila-bila, kau tetap isteri atas kertas. Nama kat tak terpahat dihati aku. Kalau Ikram ya. Kau tahu kata-kata terakhir dia sebelum dia hilang?" Hanis menggeleng perlahan.

"Selagi aku tak ceraikan kau, selagi tu jangan cari dia. Kau tak rasa bersalah ke?" Hanis menggeleng.

Hazzar tarik nafas sedalam-dalamnya apabila melihat balasan dari Hanis. Hazzar kembali menegakkan badan. Dia mengatur langkah berjalan keluar dari bilik dan tiba-tiba Hanis bersuara.

"Saya cuba untuk balas cinta dia, tapi tak dapat. Saya tetap cuba, solat istikharah, minta petunjuk. Lepas tu, abang dengan saya..." Hanis berhenti mengeluarkan kata-kata.

Hazzar tidak menjawab.

"Huhh! Alasan." Hazzar kembali meneruskan langkahnya.

Boom!

Hazzar menghempas pintu dengan kuat. Hanis memegang dadanya akibat terkejut. Nasib tak luruh jantung dia. Hanis kembali menurunkan pandangan.

"Sabar Hanis... Kau kena kuat. Kalau tak, macam mana kau nak... Ubah Hazzar. Itu matlamat aku. Ubah Hazzar, tak kira apa pun yang  terjadi. Buat dia terima aku sebagai isteri dia." Ujarnya seorang diri.

Tanpa disedari, Hazzar mendengar ujaran Hanis walaupun berada dihadapan pintu. Dia meleret senyuman sinis.

"Berangan jelah kau boleh ubah aku. Mak aku sendiri pun tak dapat ubah aku. Isteri? Layak ke kau dapat gelaran isteri aku?" Kepala digeleng perlahan bersama senyuman sinisnya.
Hazzar meneruskan langkahnya. Seseorang keluar dari satu tempat dan tersenyum puas, bonda.

"Bagus Hazz. Dia memang tak layak digelar isteri kau dan jugak menantu Puan Sri Zalia." Ujar bonda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience