BAB 4

Romance Completed 20930

“ Maira ! Ibu dan ayah ada sesuatu nak beritahu. Penting sangat ! ” Kata ibu Humaira. Humaira hanya menganguksebagai tanda dia sudah bersedia mendengarnya. Jus epal dihadapannya diteguk dengan penuh kesyukuran. Tidak sangka pula pada hari ini dia dapat menikmati jus epal itu. Inilah yang dinamakan rezeki.

“ Tapi, maira jangan marah ! ” Ucap ayahnya pula.

“ Kenapa pula Humaira nak marah ? ” Ayah dan ibu Humaira salin berpandangan. Mereka meneguk air liur masing- masing beberapa kali sebelum memulakan bicara.

“ Minggu lepas, ada orang datang meminang Maira. Ibu dan ayah terima sebab kami memang berkenan sangat dengan dia. ” Humaira dapat merasakan jantungnya berhenti berdegup. Dia memandang ayah dan ibunya dengan pandangan yang lebih tajam daripada lembing. Dia dapat merasakan bahana marah ada di dalam dirinya saat itu. Dia landsung tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya tadi.

“ Apa ? Tapi, kenapa ? ” Humaira bingkas bangun dari kerusi.

“ Sebab kami rasa dia yang terbaik untuk Maira… Dia anak orang kaya… Dia datang dari keluarga yang berada. ” Jawab ayah Humaira.

“ Kami yakin dia mampu bahagiakan Maira… ” Jawab ibunya pula.

“ Macam mana ? ” Humaira menyoal kedua- dua ibu bapanya dalam nada yang agak tinggi. Amarah telah pun menguasai dirinya.

“ Ayah dan ibu memang materialistic. Walau apa yang terjadi, Maira tak nak terima… Titik ! ” Kata Humaira. Dia segera menghayunkan langkah untuk masuk ke dalam biliknya. Dia mahu menangis semahu- mahunya.

“ Maira ! ” Panggil ayah dan ibu Humaira serentak. Namun, panggilan mereka langsung tidak dipedulikan Humaira. Humaira mengunci pintu biliknya. Dia tidak mahu digangu oleh sesiapa pun.

‘ Kenapa ayah dan ibu terima pinangan tu ? Ya Allah ! Aku tak nak kahwin… Aku tak nak… Tolonglah aku Ya Allah ! ’ Bisik hati kecil Humaira. Air matanya megalir laju membasahi pipi mulusnya. Akhirnya, dia tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience