BAB 23

Family Completed 4130

Tanpa dia sedari, dia sudah melepasi dua tiga tol. Hendak mengira, dia tidak sedar. Di mana dia sekarang pun dia kurang pasti. Keadaan juga sudah semakin gelap, renik-renik embun sudah mula kelihatan. Jam tangan dilihat. Pukul tiga pagi! What the? Where am I?

Beg yang disandang sudah dibawa ke hadapan. Dia ingin mencari telefon bimbitnya. Sungguh hairan kerana tidak ada seorang pun yang cuba mencari dirinya. Jam sudah melepasi dua belas tengah malam, sepatutnya ahli keluarganya sudah pulang ke rumah. Bukan mereka tidak tahu, Ayden juga kerap membawa perempuan ke rumah mereka setiap hujung minggu.

Telefon bimbit dicapai. Habis bateri. Logiklah kalau dia tidak menerima sebarang telefon dari ahli keluarganya.

Matanya dibuang pandang ke sekeliling kawasan di mana dia berhenti sekarang. Kosong. Malah dia merasa semakin sejuk sehingga ke tulang.

Bila motornya cuba dihidupkan lagi, tiba-tiba tidak berjaya pula. Ayden rasa marah kerana minyak sudah habis. Ughhhh! Dia tidak tahu di mana dia berada, sekarang motornya pula buat hal! Mana ada stesyen minyak buka waktu-waktu macam ni.

Dalam keadaan terpaksa, Ayden membawa motosikalnya lalu berjalan kaki tanpa tidak tahu ke mana hari dia tuju. Seram. Itu yang dia rasa sekarang. Perut pula terasa lapar. Sudah lebih sejam dia berjalan. Motor pula besar dan berat. Bertambah satu bebanan.

Seperti apa yang dibuatnya tadi, Ayden hanya membiarkan kakinya bergerak melangkah ke hadapan. Di mana? Dia pun tidak tahu.

"Assalamualaikum."

"Gosh jesus Christ!"

Terlompat badan Ayden bila ditegur secara mengejut. Motor yang dipegangnya tadi sudah selamat terjatuh.

"Maaf, saya tidak tahu awak bukan orang Islam." Ujar lelaki itu.

Ayden merenung lelaki itu tajam. Dari ceruk mana lelaki itu datang, dia pun tidak tahu. Takkan hantu kot? Ish! Dia memang tidak percaya benda-benda karut macam tu. Buang masa saja.

"Tak apa."

Tanpa menghiraukan kehadiran lelaki tersebut, Ayden mencapai motor ducatinya lalu menyambung perjalanannya.

"Encik." Tegur lelaki itu lagi. Ayden sudah mula hilang sabar.

"Kenapa?!"

"Saya temankan encik, boleh?"

Dia melihat seketika kelibat lelaki itu. Sekilas memandang, dia menjeling tajam sebelum meneruskan perjalanannya.

"Up to you."

Lelaki tadi tersenyum nipis bila melihat kerenah lelaki tadi. Persis budak-budak macam dirinya suatu ketika dahulu. Darah muda, sememangnya mudah naik angin.

"Nama encik siapa?"

"Ayden."

Walaupun percakapannya penuh dengan nada kesombongan, tapi dilayannya juga soalan yang diajukan itu.

"Dan nama encik?"

"Nama saya Kamarozzaman. Panggil saja Maroz untuk lebih mesra."

Ayden hanya menganggukkan kepalanya.

Suasana kembali diam sepanjang perjalanan mereka. Ketakutan yang tadi dia rasakan sudah semakin berkurangan dengan adanya kehadiran Maroz menemaninya.

"Encik." Lelaki tadi memecahkan kesunyian.

"Ya?"

"Encik hendak ke mana?"

Namun Ayden hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu hendak pergi ke mana sebenarnya.

"Encik Maroz tahu di sini kawasan mana?" tanya Ayden.

"Sini adalah kawasan Ipoh."

Terbuntang mata Ayden bila mengetahui dia sekarang berada di mana.

"Are you serious?"

"Ya Encik."

Hati Ayden sudah menyumpah seranah bila dia mengetahui di mana dia berada sekarang.

Ini adalah kerja gila. Sememangnya kerja gila. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu di mana dia berada. Senanglah kerjanya sesudah siang menjelma nanti.

"Encik nak ke mana?"

"Saya hendak menemui Ustaz Kazim Elias. Semakin hampir ke pusat yang dia kendalikan. Insya Allah nanti siang boleh ketemu dia kalau ada jodoh."

Ayden berkerut kening bila mendengar sebaris nama itu.

"Siapa tu?"

Lelaki itu hanya senyum.

"Ikut saya nanti, encik akan tahu."

"Okay."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience