Bab 13

Short Story Completed 6180

Selang beberapa hari kemudian, Datin Suraya sedang menonton televisyen. Sedang dia menonton televisyen, tiba-tiba kedengaran bunyi orang memberi salam.

Dia menjawab salam itu dan terus membuka pintu rumah. Dia terkejut apabila melihat Sherry, Puan Khadijah, Fatihah, Diah Hadirah dan Ayden Rizqy di luar rumah.

"Fatihah!" - Datin Suraya

"Mama. Mama, maafkan Tihah." - Fatihah

Fatihah terus bersalaman dengan ibu mertuanya dan mencium tangan Datin Suraya.

"Alhamdulillah, Tihah dah kembali. Mama rindukan Tihah sangat. Mama rindukan cucu-cucu mama ni." - Datin Suraya

"Aunty, maafkan Sherry? Sherry dah buat salah yang besar sebelum ni." - Sherry

"Aunty dah maafkan Sherry. Aunty nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab Sherry kembalikan balik Fatihah ke rumah ni." - Datin Suraya

Sherry hanya tersenyum. Datin Suraya terus memanggil Shazril dan suaminya.

"Abang! Ril! Fatihah datang ni! Eh, masuklah kan panas kat luar ni."- Datin Suraya

Semua yang berada di luar terus masuk ke dalam rumah. Shazril bergegas lari untuk berjumpa Fatihah. Dia memandang ke arah isterinya. Fatihah juga memandang ke arah suaminya. Fatihah pergi arah suaminya bersalaman dan mencium tangan suaminya itu.

"Abang, Tihah minta maaf." - Fatihah

"Tihah, Tihah tak salah pun, sayang. Abang yang salah. Abang minta maaf, ya?" - Shazril

Shazril tersenyum riang melihat isteri dan anak-anaknya.

"Papa!" - Diah Hadirah

Shazril terus memeluk anak perempuannya itu.

"Papa sayang Diah sangat." - Shazril

"Diah pun sayang sangat papa." - Diah Hadirah

Datuk Hamdan yang baru selesai mandi, terus turun ke ruang tamu untuk bertemu menantu dan cucu-cucunya.

"Baby Ayden, Nek Su sayang sangat dengan Ayden." - Datin Suraya

Puan Khadijah dan Sherry senyum gembira melihat semua orang sudah bersatu.

"Diah, Nek Su ada hadiah untuk Diah. Diah nak tak?" - Datin Suraya

"Nak!" - Diah Hadirah

Datin Suraya menghulurkan Ayden Rizqy kepada suaminya. Dia pergi mengambil semua hadiah di biliknya. Dia terus memberi hadiah-hadiah tersebut kepada Diah Hadirah, Fatihah dan Puan Khadijah.

"Nah. Hadiah untuk Diah." - Datin Suraya

"Terima kasih, Nek Su! Sayang Nek Su." - Diah Hadirah

"Nek Su pun sayang Diah. Kiss Nek Su cepat!" - Datin Suraya

Diah Hadirah terus mencium pipi neneknya. Dia gembira sangat dapat hadiah itu.

"Fatihah, ni untuk Tihah." - Datin Suraya

"Mama, buat susah je. Mahal ni rantai emas." - Fatihah

"Tak susah pun. Mama ikhlas beri Tihah hadiah tu." - Datin Suraya

Setelah itu, Datin Suraya memberi hadiah kepada Puan Khadijah.

"Akak, saya pun ada? Terima kasih banyaklah. Tak susahkan akak, ke?" - Puan Khadijah

"Tak susah punlah." - Datin Suraya

Diah Hadirah terus bermain dengan hadiah yang Datin Suraya beri kepadanya. Rupa-rupanya, hadiah yang diberikan ialah Barbie Doll dan mainan alatan memasak.

Shazril mengambil cincin di dalam poket seluarnya lalu disarungkan ke jari manis Fatihah. Fatihah senyum melihat suaminya menyarungkan cincin ke jarinya. Shazril mencium tangan isterinya itu. Shazril dan Fatihah kini hidup bahagia semula.

Datuk Hamdan bermain dengan Ayden Rizqy serta Diah Hadirah. Puan Khadijah memeluk Datin Suraya dengan erat. Keluarga mereka kini bersatu. Mereka semua hidup dengan bahagia. Semoga kehidupan mereka bahagia hingga ke akhir hayat.

Shazril menuju ke arah Fatihah yang sedang menepuk Ayden Rizqy yang sedang tidur.

"Sayang?" - Shazril

"Ya, bang?" - Fatihah

"Abang nak ucap terima kasih kat sayang." - Shazril

"Terima kasih sebab?" - Fatihah

"Sebab sudi terima abang. Abang tak tahulah macam mana hidup abang kalau tanpa sayang. Kasih sayang Tihahlah yang terindah dalam hidup abang." - Shazril

"Ala... Abang ni. Benda yang dah berlalu tak payahlah nak ungkit. Tihah pun nak minta maaf sebab lari dari abang. Tihah salah faham masa tu." - Fatihah

Shazril terus memegang tangan Fatihah. Dia mencium tangan isterinya itu. Fatihah senyum sahaja melihat suaminya mencium tangannya.

"Sayang..." - Shazril

"Ya..." - Fatihah

"Boleh tak abang nak request satu benda?" - Shazril

"Apa dia?" Fatihah

"Abang nak sayang janji dengan abang, walau apapun yang terjadi, sayang akan tetap sentiasa dengan abang. Kita tempuh semua rintangan sama-sama, ya?" - Shazril

"Ya, bang. Tihah janji, Tihah akan sentiasa dengan abang. Tihah takkan tinggalkan abang. Tihah sayang abang sangat-sangat." - Fatihah

"Abang pun sayangkan Tihah." - Shazril

"Ya, ke?" - Fatihah

Shazril terkejut apabila mendengar Fatihah berkata sedemikian. Fatihah sebenarnya sengaja menyakat suaminya itu.

"Yalah! Apalah sayang ni." - Shazril

"Tihah, tau. Ala, Tihah saja je! Nak tengok abang ni betul-betul sayangkan Tihah ke tak." - Fatihah

"Hahaha! Mestilah sayang!" - Shazril

Shazril senyum melihat isterinya senyum. Manis betul senyuman Fatihah kepada Shazril.

"Kenapa abang tengok Tihah macam tu?" - Fatihah

"Aik? Tengok isteri sendiri pun salah ke?" - Shazril

"Tak salah. Tapi, abang buat Tihah takut lah!" - Fatihah

"Takut nak..." - Shazril

"Ha, mulalah kata bukan-bukan!" - Fatihah

"Tak ada lah. Sayang ni, ke situ pula!" - Shazril

Shazril mencium dahi Ayden Rizqy yang sedang lena tidur. Fatihah senyum melihat Shazril mencium dahi Ayden Rizqy. Setelah cium dahi Ayden Rizqy, Shazril mencubit perlahan pipi Fatihah.

"Abang!" - Fatihah

"Haih, slow sikit! Ayden kan tidur? Tak ada, abang geram tengok muka sayang comel sangat. Tulah, siapa suruh comel sangat? Kan dah kena!" - Shazril

Fatihah ketawa mendengar kata-kata Shazril. Dia senyum ke arah Shazril dan Shazril pun senyum ke arah Fatihah.

"Ha, buat muka comel lagi! Nak kena cubit ke?" - Shazril

"Abang ni!" - Fatihah

Mereka ketawa sesama sendiri. Shazril dan Fatihah kini hidup dengan bahagia dan ceria. Tambahan lagi dengan adanya Diah Hadirah dan Ayden Rizqy yang menjadi penyeri hidup mereka.

Setahun kemudian...

Datuk Hamdan, Datin Suraya, Puan Khadijah, dan Diah Hadirah sedang berkumpul di meja makan. Sherry yang memasak makanan untuk dijamah mereka. Sherry mengambil makanan yang telah dimasaknya lalu diletak di atas meja makan.

"Ha, makanan semua dah siap!" - Sherry

"Wah! Pandai Sherry masak!" - Datin Suraya

"Mestilah, aunty!" - Sherry

"Sherry belajar dekat mana masak semua ni?" - Puan Khadijah

"Sherry belajar masa dekat Australia dulu, mak cik. Kawan-kawan Sherry yang ajar." - Sherry

Tidak lama kemudian, Fatihah dan Shazril tiba di meja makan.

"Fatihah, mana Ayden?" - Datin Suraya

"Ayden dia tengah tidur, ma." - Fatihah

Fatihah dan Shazril duduk di kerusi yang terdapat di meja makan. Shazril pelik melihat Fatihah yang kelihatan gelisah sahaja.

"Sayang?" - Shazril

"Ya, bang?" - Fatihah

"Sayang ok tak?" - Shazril

"Ok... Cuma pening sikit." - Fatihah

"Tihah... Tihah sakit ke?" - Puan Khadijah

"Tak adalah, mak. Pening sikit je ni." - Fatihah

"Tihah punya sakit macam lain macam je?" - Sherry

"Apalah kau ni, Sherry. Aku ok je." - Fatihah

"Dah dah. Jom kita makan. Shazril, baca doa." - Datuk Hamdan

Lalu Shazril membaca doa. Setelah membaca doa, Shazril mengambil lauk yang dikehendaki. Dia semakin rapat dengan Fatihah. Tiba-tiba Fatihah rasa mual dan terus ingin termuntah. Dia segera lari ke arah sinki.

"Eh, sayang!" - Shazril

"Hmm, Sherry dah agak dah!" - Sherry

"Hmm, nampaknya bertambahlah cucu ya, bang, akak?" - Datin Suraya

Puan Khadijah dan Datuk Hamdan hanya ketawa.

"Maksudnya, Diah nak dapat adik lagi, ke?" - Diah Hadirah

"Ya, sayang." - Puan Khadijah

"Wah! Tak sabarnya!" - Diah Hadirah

Semua ketawa mendengar kata-kata Diah Hadirah. Setelah Fatihah kembali ke meja makan, Datin Suraya mengarahnya supaya duduk di sebelahnya.

"Tihah, meh sini duduk sebelah mama. Kalau duduk sebelah Shazril nanti muntah-muntah lagi karang." - Datin Suraya

"Ha?" - Fatihah

Fatihah masih tidak faham apa yang cuba dikatakan oleh Datin Suraya. Dia terus sahaja duduk di sebelah Datin Suraya. Mereka semua makan makanan yang dimasak oleh Sherry dengan gembira dan bahagia.

Fatihah keluar dari tandas dengan wajah yang tersenyum. Dia memberi pregnancy test kepada suaminya.

"Kenapa ni, sayang?" - Shazril

"Tengoklah sendiri!" - Fatihah

Shazril melihat ke arah pregnancy test itu. Dia mendapati bacaan pregnancy test itu menunjukkan bahawa Fatihah mengandung.

"Sayang mengandung?" - Shazril

Fatihah hanya mengangguk dan senyum. Shazril terus memeluk dan mencium dahi isterinya kerana terlalu gembira apabila mendapati isterinya itu hamil.

Setelah Shazril memeluk Fatihah, Fatihah mula rasa nak muntah lalu lantas pergi masuk ke dalam bilik air. Shazril hanya tersenyum melihat Fatihah. Dia rasa sangat bersyukur kerana dia bakal dapat anak yang ketiga.

                         
                          -TAMAT-

Assalamualaikum semua! Okay, sebenarnya Nafis nak bagitahu yang cerpen ni adalah karya pertama Nafis. Tapi, Nafis lambat publish sebab ada hal tertentu. Hehehe... Hope, korang semua enjoy baca cerita ni! Bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience