Tiga Puluh Dua

Other Completed 44787

Cinta menanti suaminya pulang hingga dia terlelap diatas sofa diruang tamu bersama Rissa.

Luthfi balik apabila jarum jam tepat berada diangka 12. Dia menutup pintu utama dan terlihat Isterinya dan Rissa tertidur dengan TV melihat mereka.

Tak sampai hati melihat, Dia mengangkat Tubuh isterinya selepas dia meletakkan Rissa dibilik mereka.

Cinta tersedar melihat suaminya yang ingin berlalu.

"Abang baru balik?" Tanya Cinta Lalu duduk menghadap suaminya yang berdiri dimuka pintu bilik mereka.

"Sayang tidurlah. Abang ada kerja nak buat dekat bilik kerja Abang." Kata Luthfi dan berlalu meninggalkan Cinta dibilik bersama Rissa.

Cinta pelik melihat wajah kusut suaminya. Dia mulai turun dari katilnya dan berjalan keruang dapur ditingkat bawah.

Cinta menyediakan Minuman panas buat suaminya dan berlalu naik semula keatas dibilik kerja Luthfi.

Dia membuka perlahan dan terlihat Luthfi sedang bersandar dan menghadap kebelakang.

"Abang. Cinta bawa kopi. Abang jangan lupa minum tau." Kata Cinta.

"Letak je disana." Kata Luthfi.

"Abang ada masalah ke?" Tanya Cinta.

"Tak." Jawab Luthfi ringkas.

Cinta berlalu meninggalkan Luthfi. Dia masuk semula keruangannya dan mengambil laptop yang ada didalam laci meja sisi katil.

Dia mula menghidupkan laptopnya dan menyiapkan dokumen Misi Risikan di Sempadan nanti.

Telefonnya bergetar menandakan panggilan masuk. Dia melihat nama Panglima dikaca screen phonenya.

Lepas berbalas salam.

"Untuk Misi Risikan kali ni, Saya akan hantar dua team." Kata Ghaffar.

"Team siapa?" Tanya Cinta.

"Helang Rimba dan White Fox. Kata Ghaffar.

Bermakna Teamnya akan bergabung dengan Team Amar dan Umar dari Lahad Datu.

"Siapa yang mengetuai Team White Fox?" Tanya Cinta.

"Umairah. Umar dan Amar tak dapat sertai sebab ada pelatih baru." Kata Ghaffar.

"Ok. Esok Cinta jumpa Panglima." Kata Cinta apabila mendapati Luthfi masuk dan pergi kekamar mandi tanpa melihat wajahnya.

"Aku ada salah ke?" Tanyanya pada diri.

Selesai Lutufi mandi, Dia melihat suamina mahu menapak keluar dari bilik. Namun Cknta menghalang.

Kenapa dengan Abang ni?" Tanya Cinta.

"Takde?" Kata Luthfi.

"Dari tadi Cinta tengok abang macam mengelak dari Cinta." Kata Cinta.

"Apa yang Sayang buat belakang Abang tadi." Tanya Luthfi.

"Buat apa?" Tanya Cinta.

Luthfi mengeluarkan phonenya dari poket jeansnya dan melihatkan gambar yang diterimanya tadi pada Sang isteri.

"Mana Abang dapat." Tanya Cinta.

"Kenapa? Awak takut sebab tembelang awak dah pecah." Kata Luthfi mengawal amarahnya.

"Cinta tak buat apa apa. Abang jangan salah faham boleh tak." Kata Cinta.

"Tak buat Apa apa? Habis awak sukalah dibdlai oleh bekas suami awak tu?" Soal Luthfi.

"Awak dah salah sangka." Kata Cinta. Airmatanya mula bertakung menanti mengalir kepipi.

"Benda dah nyata. Awak nak pertikaikan lagi." Kata Luthfi lalu menolak isterinya ketepi.

"Cinta akan buktikan tu semua fitnah." Kata Cinta yang menangis didalam bilik.

Luthfi meninggalkan Cinta dan Rissa didalam Villa dan dia pergi ke Hospital untuk menemani Sarah, Kerana Layla menghubunginya dia dan suaminya harus terbang ke jakarta malam ni juga kerana ada masalah dalam bisnes mereka.

"Maafkan Abang Sayang. Abang tak boleh lihat wajah Sayang buat sementara waktu." Kata Luthfi yang dalam perjalanan kehospital.

Keesokannya, Cinta melihat wajahnya dicermin. Jelas wajahnya sembab dan ada lingkaran halus dibawah matanya.

"Hari ni, Rissa ikut Mama naik Motor ye Sayang. Papa sibuk sikit." Dia memasang tempat meletakkan Rissa didadanya. Dia kemudian memasukkan Rissa. Setela. memastikan semuanya, dia berlalu keluar dari Villa dan menunggang motor Ducatinya ketempat Kerja.

Dia bertembung dengan Luthfi dilampu Isyarat. Namun Cinta tidak perasan. Manakala Luthfi melihat isterinya yang penuh dengan Beg dibelakangnya dan Baby Rissa didalepannya.

"Ya Allah kau selamatkan Isteri dan Anak Saudara aku." Kata Luthfi didalam kereta. Dia memerhatikan Cinta memecut laju selepas lamou bertukar warna.

Sesampai Lutufi dirumah, Dia melihat, Isterinya tertinggal Wallet dan Phonenya diatas meja ruang tamu.

"Hmm." Dia membawa naik Wallet dan phone isterinya kebilik. Dia akan menghantarnya selepas dia selesai bersiap.

Sampai dia ditempat parking motor didepan Bangunan, Dia melihat Abangnya serta beberapa pegawai lain berada dipadang kawad termasuk HyQarl.

Dia datang kesana lalu menendang kuat HyQarl dari arah sisi.

"Kau dah gila ke apa hah?" Herdik HyQarl.

Thariq dan yang lain menileh melihat Cinta yang sedang memijak pipi HyQarl.

"Ye aku gila. Sebabkan Kau aku gila!" Kata Cinta lalu menendang kuat perut HyQarl.

"Bangun!! Kenapa kau takut!! Aku dah cakap Bangun!!!" tengking Cinta.

"Love kenapa ni?" Tanya Thariq.

"Korang masuk campur aku tak kisah siapa aku lawan." Kata Cinta.

HyQarl bangun dari rebah dan mula mengatur langkah untuk menjatuhkan Cinta.

"Kenapa dengan korang ni." Tanya Thariq lagi menahan emosi. Tak pernah dia melihat wajah bengis adiknya.

"Kalau kau tak mati hari ni aku yang akan mati!" Kata Cinta.

HyQarl mula menyerang Cinta. Pergaduhan berlangsung dipadang Kawad. Ghaffar melihat dari tingkap biliknya.

"Macam mana Panglima?" Tanya Al.

"Biarkan dulu. Aku nak lihat sejauh mana HyQarl dapat bertahan dengan Pegawai Risikan kita." Kata Ghaffar.

HyQarl jatuh tersengkur, Cinta yang masih tak berpuas hati mengambil helmet yang tergeletak tak jauh dari tempatnya berdiri dan mula menghayun kekepala HyQarl.

Namun sempat Luthfi menghalang isterinya.

"Kau lepaskan aku. Selagi dia tak mati aku tak puas hati." Kata Cinta.

"Dah lah Sayang. Abang tahu abang silap tak percayakan sayang semalam." Kata Luthfi mengaku kesalahannya.

"Kau masih berhutang dengan aku Qarl." Cinta berlalu meninggalkan mereka disana termasuk suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience