BAB 11

Humor Completed 78160

DALAM kereta Adam cuba menarik perhatian Aisyah.Dah banyak kali dia berdehem.Namun orang sebelah buat tak endah.Pemandangan luar tingkap lagi menarik dari yang kat dalam agaknya.Sejak dari masuk kereta sampai lah sekarang,Aisyah diam membisu.

Tadi dengan Aidil bukan main elok pula gelak tawa.Ni terus jadi patung.Tu lah Adam,awal-awal kau yang sendiri yang isytihar perang.Sekarang nak berbaik memang susah lah.

Aisyah pun macam tak kisah saja dengan Adam.Macam Adam tak wujud.Dah hampir dua bulan mereka hidup bersama.Bersama dalam satu bumbung saja.Yang lain memang buat hal sendiri.Adam juga nak yang nak kan begitu.Tak berani Aisyah nak bantah.

Adam kerling sekali lagi pada Aisyah di sebelah.Dah beberapa kali Aisyah menguap.Kali ni matanya tak boleh tahan dah.Lagu yang dimainkan DJ radio pun sangatlah mendayu-dayu.Dengan penghawa dingin yang dipasang maksima.Adam ni kulit tebal agaknya.Tak rasa sejuk.Bertuah orang sebelah,ada isi ketul-ketul.Tak macam Aisyah,lemak pun nipis saja,tu agaknya cepat sejuk.

Comel saja dia.Dengan skirt labuh bunga-bunga di padankan dengan blouse kosong.Shawl pakai ringkas pun dah nampak menarik.Dengan gaya sopan dan lemah lembut patut ramai tertawan.Tak payah mekap tebal-tebal pun dah sedia cantik.Cantik dari Julia.Dalam tak sedar Adam mula bandingkan antara Julia dan Aisyah.

Tak sampai hati Adam nak kejutkan.Tak kan nak biarkan tidur dalam kereta sampai esok.Angkat saja Adam,bisik hatinya.Adam tergeleng.Aku dah janji dengan diri aku yang aku tak kan sentuh dia.

Tapi dia isteri kau Adam.Tak salah kalau kau sentuh bukannya buat apa-apa pun.Adam tatap muka Aisyah.Dekat dan semakin dekat.Tiada sebarang cacat cela pun.Muka putih bersih malah lagi kemerahan.Mata hidung mulut semuanya sempurna.Anak mata Adam jatuh pada bibir Aisyah yang berwarna merah jambu.Tanpa sedar bibir Adam tersungging senyum.Sebab apa dia pun tak tahu.

Gerakkan kecil dari Aisyah membuatkan Adam panik dan kembali bersandar di tempat duduknya.Petanda Aisyah mula tersedar.Ketika itu mereka sudah sampai di tempat parking.Adam berdehem kecil.

"Dah sampai.."Terus Adam keluar dari perut kereta.Nasib Aisyah tak perasan.Kalau tak mana dia nak letak muka.Tu lah ego sangat.

Terhuyung-hayang Aisyah mengekori langkah Adam masuk ke dalam rumah.Tak cakap banyak terus Aisyah masuk ke bilik.Kantuknya masih ada.

Adam yang menapak naik ke bilik hanya menarik nafas lega.Takut 'perbuatannya' tadi dikesan Aisyah.

SEMENTARA itu di rumah, Datin Mazni dah naik angin.Mana tak geramnya.Aidil pun sama macam suaminya suka kan Aisyah.Tak lama lagi agaknya Adam pun ikut sangkut.

"Apa lagi Maz.Apa yang buat awak tak puas hati lagi?"tanya Dato Rais.Dari tadi dia perhatikan saja lagak isterinya.

"Saya tak suka betul lah dengan perempuan tu.Dia tak layak jadi menantu kita!"tegasnya dengan nada tinggi.

"Kenapa dengan awak ni Maz?Hah!Aisyah dah jadi menantu kita dah pun.Sikap awak masih tak berubah.Sebenarnya apa masalah awak?Saya tengok Adam tu elok saja terima Aisyah.Yang awak lebih-lebih dah kenapa!?"marah Dato Rais.

"Adam tu terpaksa saja.Saya tahu dia tak rela pun.Kalau awak nak tengok anak kita bahagia,biar Adam kahwin dengan Julia."dia mula masuk jarum.

"Perempuan tu memang tak sepadan dengan Adam!Saya dari mula memang dah tak suka.Tengok lah cara dia berpakaian bertudung macam berstoking bagai.Memang tak serasi langsung lah dengan keluarga kita."Datin Mazni mula mencari helah.

"Astaghfirullahalazim..Bawak mengucap Maz.Awak ni sengaja nak cari salah Aisyah.Saya tak nampak pun kat mana salah dan silap dia.Bertudung berstoking tu kan menutup aurat.Habis tu awak suka yang terdedah sana sini.Kepala togel.Rambut macam -macam kaler.Pakai baju macam tak cukup kain.Peluk jantan sana peluk jantan sini."

"Hei,Maz.Jangan ingat abang tak tahu.Maz ada jumpa dengan Julia kan?Jangan nak masuk campur hal rumah tangga Adam.Nanti awak akan menyesal."

Berdesing telingan Datin Mazni.Payah nak faham kan suaminya ini.Entah ubat guna apa lah yang budak Aisyah tu bagi.Geram yang amat sangat dah ni.

Dalam kepala dah rancang macam-macam cara nak usir Aisyah keluar dari hidup Adam.Lagi cepat Aisyah berambus lagi mudah dia nak satukan Julia dan Adam.Yang Adam ni pun satu bukannya nak pujuk Julia ker apa.Ni tidak asyik mengelak saja.Ntah-ntah dia dah mula suka pada perempuan yang tak segah mana tu.Dah lupa agaknya janji dia tak akan sentuh perempuan tu.Tak mahu aku cucu dari rahim perempuan tak guna tu.Sakit mata..sakit hati!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience