Bab : 1

Action Completed 53513

Pada keesokan harinya, Davina hadirkan diri ke kediaman Bernad selepas dijemput oleh keluarga itu. Pada awalnya Davina dah tolak. Tapi isteri Bernard tak habis-habis mendesak, Davina pun tak boleh nak buat apa-apa.

Dia mahu tak mahu terpaksa jugak akur dengan pelawaan itu. Jadi dia drive ke kediaman keluarga itu dan tiba sebelum waktu makan malam bermula.

Setiba saja Davina di situ., Kaden yang segak berpakaian sut tolong susun atur meja makan sementara Bernard tolong isterinya sediakan makanan. Keluarga itu kelihatan sangat harmoni. Buatkan hati Davina yang sedia terluka semakin robek sakit seperti di tabur garam pada luka yang terbuka. Yalah, dia tertanya-tanya, kenapa dia tak boleh ada keluarga bahagia seperti Kaden sendiri?Salah apa dia dah buat sampai nasib dia berakhir seperti ini.

Dia ada jugak offer tangan nak tolong, tapi keluarga itu hanya minta dia duduk dan tunggu. Tanpa berkata apa-apa, Davina duduk je la dekat kerusi di meja makan itu sambil perhatikan mereka,

"Maaf ya kamu tunggu lama. Biasanya saya masak sendiri cepat la siap...tapi bila dua orang ni dah menyibuk, habis semua kerja lambat di buatnya."beritahu Ibu Kaden kepada Davina semasa dia meletakkan jug air di atas meja.

"Hei...menyibuk ibu kata?Untung-untung Kaden tolong.."rajuk Akden sambil Tarik kerusi di sebelah Davina lalu duduk di situ lepas tugasnya selesai.

Bernard ketawa mendengar kenytaan isrerinya. Bukan selalu mereka anak bernaka dapat tolong uruskan kerja rumah. Kalau bukan kesibukan kerja yang mendesak , dapat la mereka a luangkan masa Bersama seperti ini dengan isteri di rumah. Sambil pandang ke Davina, sambil tu dia ambil tempat di kerusi hujung meja dan selesakan diri di situ.

"Oh ya...sebelum kita mula makan, ada sesuatu yang saya mahu sampaikan kepada kamu Davina. " beritahu Bernard dengan nada teruja.

Davina pandang tak teruja ke Bernard. Apa lagi orang tua ni nak buat. "Apa dia?"

"Saya merancang untuk pindah dari sini sama-sama dengan Kaden. Memandangkan director hospital telah bertukar tangan dengan ahli majlis hospital di situ, saya fikir mahu bawa kamu sekali Bersama kami."beritahu Bernard.

Ibu Kaden mengangguk kepala dengan gembira. "Ya betul tu...kamu boleh sambung kerja di sana juga. Bersama-sama dengan Kaden. Kami dah uruskan segalanya."

Kaden hanya diam bersahaja dekar sebelah Davina. Dia capai gelas berisi air kosong di situ sebelum di sisip sedikit. Ayah dia dah beritahu dia mengenai hal ni dari awal lagi. Jadi dia tada soalan yang nak di ajukan sebab dia ikutkan saja aturan ayahnya.

"Pindah?"tanya Davina dengan kening berkerut sedikit. Dah sampai masanya ke?

"Nanti lepas wedding kamu berdua, boleh la menetap terus ke situ. "sambung Bernard lagi.

Davina tak cakap apa-apa. Dia hanya pandang ke Bernard lalu ke Ibu Kaden silih ganti. Buat beberapa ketika kemudian dia pun mengangguk kepala akur. "Baik."

"Bagusla kalau begitu. Mari kita mula makan."aju Bernard dengan girang lepas dengae jawapan dari Davina.

Ibu Kaden mula sajikan hidangan kepada Bernard.

Mata Davina gerak dari pasangan suami isteri itu lalu ke jari tangan kirinya. Ya...dah empat bulat dia bertunang dengan Kaden. Semua ini aturan Bernard sendiri. Dia tak boleh mengatakan memandangkan Bernard dah banyak Berjaya dalam hidup dia. Kaden sendiri tak tolak jadi dia pun setuju la.

"Hey!"Kaden berbisik perlahan.

Perlahan-lahan Davina gerakkan matanya ke Kaden. Sumpah. Dia tak kuasa nak buat apa-apa sekarang ni. Dia dah putus asa. Tak boleh ke kalau dia mati?

"Semuanya akan baik-baik...trust me okay?"ucap Kaden lepas Davina pandang dia. Tangannya naik memegang belakang kepala tu memberi semangat.

"Macam mana awak tahu?"tanya Davina dengan mendatar.

Tersengih Kaden. "Aku tahu la...apa yang penting sekarang ni, kita teruskan hidup dan mula dari awal. Lupakan yang lepas, buka muka surat baru." ajunya.

Buat beberapa sar Davina terpana sekejap lepas dengar kata-kata Kaden. Kalau macam tu dapat ke dia lupakan semua ni?

Dengan kasih, Kaden ramas tangan bercincin Davina ingin memberi semangat. Lalu gunakan tangan sebelah lagi untuk makan.

Davina pandang tangan Kaden yang sedang merasa tangannya itu dengan perasaan berbelah bahagi dan sedih. Dia harap dia dapat bertemu dengan Eden semula dan minta maaf kepada lelaki tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience