Rate

1

Drama Series 1160

"kirng....kring...kring..." bunyi loceng sekolah menengah kebangsaan Marudi berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Rania dan sahabatnya Ilya berjalan menuju ke kantin untuk membeli makanan, tiba-tiba "Rania! sini kejap." panggil ustaz Akram yang merupakan satu-satunya ustaz di sekolah tersebut. "Ya ustaz." jawab Rania laju, "nanti kamu panggil semua pelajar islam untuk berkumpul di bilik pendidikkan islam selepas waktu rehat ya, terima kasih" pesan ustaz Akram kepada Rania. "Baiklah ustaz, nanti saya panggil semua pelajar islam." Setelah mendapat arahan daripada ustaz Akram, Rania dan sahabatnya Ilya bergegas untuk memanggil pelajar islam dari satu kelas ke kelas yang lain. Tiba di hadapan kelas tingkatan 5 Rania merasa sedikit gugup kerana 'crush' Rania ada disana. Manakala Ilya yang perasan akan perubahan muka Rania cepat-cepat mengenggam tangan sahabatnya itu dan berkata " it's okay babe, you can do this. Buat macam kau tak minat dia, jangan nampak sangat kau berdebar." ujar Ilya sambil menenangkan sahabatnya itu. Setelah Ilya berkata demikian, Raniya memberanikan diri untuk mengetuk kelas 5G untuk memanggil pelajar islam. Tok..tok..tok "maafkan saya cikgu, boleh saya berjumpa dengan semua pelajar islam kelas 5G." ujar Rania dan tidak lama kemudian semua pelajar islam di dalam kelas tersebut bangun menuju ke pintu namun hanya seorang sahaja yang benar-benar membuat Rania merasa gelisah iaitu pelajar yang bernama Zulakmal, ya Zulakmal adalah lelaki yang sangat dipuja oleh semua pelajar perempuan di sekolahnya kerana dia merupakan seorang penari, pengawas dan juga merupakan pelajar yang boleh dikatakan mempunyai sikap yang diidamkan oleh semua wanita. Pada saat itu, mata Rania tertumpu kepada Zulakmal sahaja, disebabkan oleh terlalu berdebar Rania hampir terlupa apa yang ingin dia sampaikan. Tiba-tiba ada seseorang bertanya " ya Rania, kenapa awak panggil semua pelajar islam?" tanya pelajar tersebut kemudian Rania tersedar ke realiti dimana dia telah diarahkan untuk menyampaikan arahan ustaz Akram sewaktu rehat tadi. "oh ya, saya hampir lupa. Maaf, tadi ustaz pesan dekat saya dia nak jumpa semua pelajar islam di bilik pendidikkan islam sekarang." ujar Rania dengan nada suara yang agak tersekat kerana masih menahan gelisah berhadapan dengan lelaki yang dia puja. "Baiklah, terima kasih." ujar salah seorang rakan sekelas Zulakmal manakala Zulakmal hanya menatap wajah Rania dan tersenyum sambil menganggukkan kepala nya. 'Ya Allah, asal laki ni senyum-senyum macam tu, aku boleh pengsan ni japgi kalau tak balik ni.' Rania bermonolog dalam hatinya yang sedang gelisah dan berbunga kerana dapat melihat 'crush' nya yang tersenyum manis dihadapan mata nya. Tidak lama kemudian, semua pelajar islam berkumpul untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh ustaz Akram. Lalu ustaz Akram pun memanggil Rania untuk berdiri dihadapan bagi membantu dia menulis nama pelajar yang akan mendapat jawatan dalam persatuan pelajar islam yang akan dipilih sebentar lagi, tanpa Rania sedar sepasang mata memerhatikan dia dari hujung sudut bilik pendidikkan islam tersebut dan pada masa yang sama juga Rania menoleh ke arah sepasang mata tersebut dimana Zulakmal sedang tersenyum-senyum memandang ke arah Rania. Rania yang tersipu malu terus menundukkan pandangan nya agar tiada siapa yang mengetahui bahawa dia sedang berperang dengan perasaan nya sendiri. 'Budak ni comel juga aku tengok, tapi itulah dia ni macam nakal sikit.' ujar Zulakmal dalam hati nya. ' Nakal sikit takpe kot, tapi budak ni memang ya Allah comel sangat!' Zulakmal masih bermonolog dalam hati sehingga tidak sedar namanya dipanggil oleh ustaz Akram "Zulakmal! oh Zulakmal!" panggil ustaz Akram kemudian Zulakmal tersedar dari lamunan nya dan menjawab "ya ustaz panggil saya?" tanya Zulakmal, ustaz Akram pun menjawab "tidaklah, ustaz tengah panggil orang yang kamu tenung tu ha si Rania." ujar ustaz Akram bergurau. Zulakmal lalu menundukkan kepala nya kerana malu tertangkap menatap wajah anak dara orang di dalam bilik pendidikkan islam lagi tu dan suasan bertukar riuh seketika setelah mendengar gurauan ustaz Akram tersebut. " ye Zul, ustaz panggil kamu. Ustaz nak tanya kamu nak ke tidak jadi pengerusi persatuan pelajar islam?" tanya istaz Akram setelah dia meredakan keadaan yang riuh sebentar tadi. "Ya ustaz, saya bersedia untuk menerima jawatan ini." ujar Zulakmal penuh yakin dan keyakinan nya itu telah disambut oleh tepukkan yang gemuruh yang diberikan oleh semua pelajar yang berada di bilik pendidikkan islam tersebut. Setelah selesai perjumpaan tersebut semua pelajar kembali ke kelas kecuali ustaz Akram, Zulakmal, Rania, Ilya dan Faiz yang tinggal kerana ustaz minta mereka berempat untuk tinggal sebentar. " Baiklah, dengan ini ustaz telah mengamanahkan bilik pendidikkan islam ini kepada kamu Zul, kamu bertiga juga perlu menolong Zul untuk uruskan bilik pendidikkan islam dan juga pelajar islam yang bermasalah di sekolah kita ya." ucap ustaz Akram panjang lebar. Tidak lama kemudian, Rania dan Ilya bergegas untuk kembali ke kelas kerana takut dimarahi oleh guru matematik mereka sehingga Rania tidak sengaja tersepak kasut Zulakmal sehingga jatuh ke dalam longkang. "Ya Allahh!" teriak Rania, "kenapa Ran? apa jadi?" tanya Ilya yang kerisauan. kemudian Rania menunjukkan kepada sahabatnya kasut yang telah pun kotor dan berenang dalam longkang tersebut sambil berkata " Ilya, mati aku kalau mamat tu tahu. Macam mana ni?" kata Rania yang hampir menangis dan saat itu krekk..krekk.. bunyi pintu dibuka dan Rania menoleh ke belakang dengan tersenggih manakala Zulakmal sudah kehabisan kata melihat kasutnya yang berada dalam longkang. "Awak, saya minta maaf. Saya tak sengaja, saya nak cepat-cepat lepastu saya tersepak kasut awak. Maaf sangat-sangat tau awak." ujar Rania kesal dan suaranya bergetar kerana menahan nangis kerana merasa bersalah. kemudian Zulakmal hanya tersenyum dan berkata " Ye awak, takpe. Kasut saya tu boleh ambil balik lepastu boleh cuci, yang penting bukan awak yang jatuh dalam longkang tu ha." ujar Zulakmal separuh bergurau kerana dia hampir ketawa melihat wajah cuak Rania yang ketakutan akan dimarahi. Setelah selesai sesi mengambil balik kasut Zulakmal yang berada di dalam longkang tersebut, akhirnya Zulakmal memutuskan untuk menggunakan selipar yang berada di tempat mengambil wuduk yang dipinjamkan oleh ustaz Akram kepada nya. "eh Zul, asal kau tak marah je budak perempuan tu tadi?" tanya faiz kebinggungan kerana Zulakmal yang dia kenali adalah Zulakmal yang panas baran sekiranya barang dia diganggu apatah lagi dijatuhkan ke dalam longkang yang kotor dan berbau itu. "Nama dia bukan budak perempuan bro, nama dia 'R.A.N.I.A' Rania bro" ujar Zulakmal yang mengeja satu persatu nama Rania agar sahabatnya mengerti bahawa gadis bernama Rania tersebut bukan gadis sebarang gadis. "selain tu, aku tak marah sebab dia tu comel sangat." ujar Zulakmal lagi sambol tersenyum dan pada saat itu faiz mengerti kenapa Zulakamal tidak memarahi Rania walaupun Rania telah membuat salah kepada Zul. 'Kau tunggu Rania, kau comel sangat tapi kau selalu jual mahal kat aku kan? kau tunggu acara 'dance night' nanti.' kata Zulakmal dalam hati nya.

Kepada yang membaca, semoga cerita ini dapat membuatkan hari anda sentiasa ceria kerana cerita yang saya olah ini berkaitan sedikit dengan kehidupan saya. Harap semuanya suka akan karya yang tidak seberapa ini. Terima kasih kepada yang sudah membaca, semoga sihat selalu, murah rezeki, dipanjangkan umur dan baik-baik sahaja walau dimana-manapun. Sekali lagi terima kasih kerana membaca hasil karya saya yang tidak seberapa ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience