Mereka mempertimbangkan idea dan berbincang dengan lebih teliti. Hera sebenarnya tidak mengemukakan idea itu dengan tangan kosong. Dia telah membuat kajian tentang pasaran di Malaysia sekak beberapa minggu lepas. Dia juga datang ke kedai mereka untuk melihat berapa ramai dan jenis pelanggan yang datang ke kedai tersebut.
“Hera, kami setuju dengan idea kamu. Sekarang saya sebagai pemegang saham terbesar syarikat ni mengarahkan supaya kami mencari pereka yang boleh mereka pakaian kanak – kanak dan lelaki yang unik dan menarik. Kamu sendiri belajar fesyen sebelum ini bukan?” soal encik Aiman.
“ayah, maafkan saya encik Aiman, encik kata Hera belajar fesyen?” Aireel mencelah dia seakan – akan tidak percaya Hera pernah belajar fesyen kerana pakaianya agak kolot ketika ke pejabat.
“ya, saya ambil ijazah dalam seni reka fesyen sebelum ni. Baiklah tuan saya akan cari pereka yang sesuai dan kalau boleh saya juga nak menyumbang rekaan saya untuk syarikat kita. Tu pun kalau Taun dan encik Aireel benarkan” memandang Aireel.
“sudah pasti. Kamu tak perlu tanya Aireel saya akan benarkan. Aireel, lain kali ambil kisah tentang pekerja. Jangan nak buli pekerja dan anggap mereka seperti orang gaji kamu pula” sindir encik Aiman.
Aireel hanya menganggukkan kepala ketika mendengar kata – kata ayahnya. Dia tidak menyangka yang ayahnya tahu apa dia lakukan di pejabat. Dia mengalihkan pandangan kepada Hera.
“takkan budak bodoh ni cakap dengan ayah aku? tapi, tidak ni tak adalah bodoh sangat idea dia memang bagus” bisik hati Aireel.
Selepas perbincangan tersebut mereka berdua kembali semula ke pejabat. Sepanjang perjalanan Aireel dan Hera langsung tidak bercakap. Sesekali dia melihat Hera. “Hera” akhirnya Aireel memulakan perbualan.
“ya boss! Ada apa? boss nak makan ke? saya boleh pergi beli” tersenyum.
Share this novel